KASUT Koci habis kena lumpur. Semalam hujan lebat. Dia terpaksa redah juga. Kalau tak kerana kerja, tak ingin dia meredah lumpur setebal setengah inci di tapak pembinaan tu. Apa nak buat..nak cari rezeki. Esok-esok pula nak kahwin. Tahan je la demi rezeki..
Koci melangkah berhati-hati. Silap hari bulan mahunya tersembam muka kat lumpur tu. Jalan dah la licin semacam je.
Encik Farid!!
Koci menoleh. Langkahnya terhenti. Siapa pulak panggil aku Farid ni..Perempuan mana pulak ni
Berlari-lari perempuan tu ke tempatnya. Koci dah menelan liur. Perempuan tu macam kalut..lari dah macam brek rosak!
Aaaaaaaaaaarghhhh!!!!
Dua-dua dah jatuh tergolek! Koci tergamam. Mukanya hanya sejengkal dengan muka perempuan tu. Lawanya mak ai!!
Errbo..boleh tak awak bangun Koci senyum kelat.
Ops! Sorry
Its okno harm.. Koci sengih. No harm Kau dah penuh bersalut lumpur macam tu Kalau lelaki yang hempap,
agak-agak boleh kata no harm ke..hehehememang aku tak boleh tengok minah cun.
Koci sapu lumpur pada baju dan seluar. Nasib baik jatuh tadi dah dekat dengan rumput. Tak banyaklah lumpur menempel kat baju dan seluar. Dia pandang perempuan tadi. Sikit pun tak kena lumpur. Mana taknya, dah hempap badan aku!
Errmaaf..saya nak cepat tadi..
Tak apa..awak siapa Nak apa Koci ambil topi keselamatan yang tercampak tadi.
Saya Seri...pekerja baru MN Construction. Tadi Mr. Wong cakap, saya kena datang sini, tolong Encik Farid. Tu yang saya datang ni.. Seri dah menggelabah. Takut kena hambur. Ya la..dah buat mamat tu jatuh macam nangka busuk, lepas tu hempap pulak tubuh sasa dia..mahunya tak menggelabah tahap gaban..
Tolong saya Tolong apa Koci dah pening. Nak tolong apa minah cun ni kat tapak yang penuh lumpur ni.
Entah..saya ikut arahan je. Seri tunduk. Haah ek..nak tolong apa
Hmm..kalau macam tu..saya nak awak tolong basuh baju saya ni..dah kotor ni..macam mana saya nak buat kerja dengan pakaian kotor macam ni Koci sengih. Sengaja nak kenakan balik minah tu.
Hah Seri garu kepala. Tudung yang terselak tadi dibetulkan balik.
Kenapa Tadi nak tolong kan
Err..ok la..
Koci senyum. Selamba je dia tanggalkan bajunya depan Seri. Seri dah pejam mata. Rapat.
Nah!
Seri buka mata. Kemeja Koci dah ada dalam tangannya.
Err..kena basuh sekarang ke Seri dongak.
Ya la..habis saya nak pakai apa nanti Koci ugut Seri.
Errsaya nak basuh kat mana Seri pandang sekitar tapak pembinaan. Ada satu paip air di hujung bangunan.
Tu.. Koci tuding ke arah paip air.
Tak ada sabun
Tak payah sabun sabun..bagi hilang lumpur kat baju je.. Koci senyum nakal.
Seri belek baju Koci. Nasib baik tak banyak yang kena lumpur. Kalau tak, mahu satu baju tu dia rendam.
Apa lagi Koci cekak pinggang.
Seri dah gelabah. Dia terkocoh-kocoh melangkah ke arah paip air.
Koci duduk berteduh bawah pokok. Senyum melihat Seri terkial-kial tonyoh bajunya dengan tangan. Hihihi..rasa kau..
Nah!
Dah hilang semua lumpur Koci belek baju yang telah dibasuh. Hmm..not bad minah ni.
Jemurlah! Koci hulur semula baju kepada Seri.
Hah Seri mengetap bibir.
Tu..sangkut kat dahan pokok tu..hari panas macam ni..sekejap je kering. Koci dongak ke langit. Memang terik pun! Dah sepet matanya menahan pancaran terik matahari.
Seri menurut saja kata Koci. Terlompat-lompat dia nak menyidai baju Koci.
Koci dah gelak sakan. Dia sengaja tak nak tolong, biar minah tu buat semuanya! Dah kotorkan baju aku..terimalah padahnya! Hahahaha
SERI hempas beg atas meja. Dia henyakkan tubuh dengan kasar. Geram. Dahlah aku baru kerja, mamat tu buli aku suka hati dia je!!
Kenapa ni Seri Siti menapak ke meja. Siti dah setahun kerja di syarikat pembinaan tu.
Siapa Farid tu Seri dongak. Soalan Siti tidak dijawab.
Ohmuncung ni..pasal Koci la ni.. Siti ketawa.
Koci Saya tanya Farid la kak. Seri berpeluk tubuh.
Samalah tu! Memang nama dia Farid tapi dia lebih suka dipanggil Koci. Siti duduk depan meja Seri yang bekerja sebagai kerani kontrak di syarikat tu.
Apasal pulak Koci Macam kuih je Seri jeling Siti.
Siti angkat bahu. Kalau Seri nak tahu sangat, Seri tanyalah dia sendiri..
Seri diam. Jauh langit dengan bumi nama Farid dengan Koci. Memang pelik macam tuan dia jugak.
Seri buat-buat sibuk bila nampak Farid dah menapak ke dalam pejabat. Sengih-sengih! Ingat handsome sangat ke
KOCI senyum. Dia sandar di sofa. Tak sangka hari ni dia jumpa gadis manis. Dah tu, siap hempap tubuh aku lagi..haihkalau tak ada iman, dah lama aku peluk dan cium minah tu.
Senyum sengih sorang-sorang ni kenapa Jai duduk sebelah Koci.
Kau dah habis kerja
Jai angguk.
Lain macam je kau senyum Jai turut sandar pada sofa.
Koci hanya jeling Jai di sebelah. Otaknya masih pada kejadian pagi tadi.
Kau percaya tak pada takdir
Jai cepat menoleh. Berpusing sembilan puluh darjah kepalanya memandang Koci.
Lain macam je soalan kau ni
Aku rasa aku dah jumpa Koci usap dagu. Matanya dah pandang atas. Macam muka Seri dah melekat kat atas tu.
Jumpa apa Jai berkerut dahi.
Koci sengih. Dia bingkas bangun. Kunci kereta dipusing-pusing dengan jari telunjuk.
Aku naik dulu. Badan dah bau! Koci cium ketiak yang dah masam. Lepas bajunya kering tadi, dia kena pula tinjau kawasan pembinaan dari pagi sampai petang.
Apa kena dengan Koci ni Jumpa Jumpa apa Jai garu kepala.
Dia turut menapak ke bilik. Sekejap lagi dah nak maghrib.
KOMPUTER riba dibuka. Dia perlu habiskan laporan analisa makmal untuk hari tu. Tadi banyak pula pelanggan hantar produk untuk dianalisa. Terpaksa bawa balik laporan yang belum siap.
Hmmdia ni lagi.. Ada mesej dari Kosong.
Jai > Macam mana awak kenal saya
Kosong > Kenal gitu-gitu je..
Jai > Ya la..gitu-gitu tu..macam mana Ingat ni nujum pak belalang ke
Aku offline karang baru tahu!
Kosong > Salah ke saya nak berkawan dengan awak
Jai > Tak salah..yang salah tu..awak yang tak kenalkan diri awak yang sebenar. Kosong!
Kosong > Awak perli saya
Jai > Kalau awak ada isi..awak kena luahkan isi tu.
Kosong > Isi apa
Aik! Tanya pulak dia ni..
Jai > Jangan nak loyar buruk dengan saya.
Kosong > Ok..ok.apa yang awak nak tahu pasal saya
Jai > Siapa awak Nama betul
Kosong > Ucu
Ucu Apa pelik sangat nama dia ni
Jai > Nama betul
Eh! Dah offline pulak minah ni!
Jai sambung kerja semula. Daripada layan minah Kosong tu, baik aku habiskan kerja aku ni. Esok nak kena hantar kat pelanggan.
Jai pusing kepala. Bunyi ketukan di pintu dah nak pecah anak telinga.
Masuklah!
Acik dah menapak masuk. Sengih.
Hmm..datang dah bakal abang ipar aku ni Jai senyum sinis.
Aku tak kata..kau sendiri yang sebut.. Acik angkat kedua tangan. Senyum lagi.
Kau chat dengan sape Acik intai skrin komputer Jai.
Jai cepat-cepat klik pada tanda pangkah.
Hmmmesti awek ni.. Acik sengih. Dia bersila atas katil Jai.
Mana ada awek nak kat aku ni..lainlah kau tu. Awek tengok muka pun dah cair.. Jai masih menatap laporan.
Cuba kau banding aku dengan kau..kau ada la iras pelakon Korea tu..siapa tu..Lee Min Ho Acik petik jari, cuba mengingati pelakon kacak dari Korea.
Weh! Kau pun suka tengok drama Korea ke Aku ingatkan perempuan je yang tergila-gila dengan cerita Korea ni! Jai sengih. Dia alihkan muka ke arah Acik.
Tak adalah..adik aku tu..kalau tak tengok cerita Korea tak sah. Sampai aku pun dah hafal nama pelakon-pelakon tu.. Acik sengih.
Kau ni..sebenarnya nak cerita pasal apa ni Jai dah tangkap maksud Acik. Ni mesti pasal nak kenenkan adik dia ni..
Acik sengih. Macam tahu je aku nak tanya pasal adik aku..hehehe..
Err..kau betul ke dah ada awek Acik tanya lagi. Sempat dia lihat di ruangan laman sosial terkenal tadi.
Mana ada Jai senyum. Kau
Aku
Jai angguk.
Aku belum jumpa lagi la. Kalau jumpa pun, mama aku nak adik aku tu Acik tiba-tiba senyap. Dia letak tapak tangan di bibir.
Kenapa dengan adik kau
Err..jadi ke kau datang rumah aku Acik ubah topik.
Kau nihari tu dah tanya..berapa kali nak tanya Jai berkerut dahi.
Jadi tak kau datang
Jai angguk. Sekali ni je
Ok! Aku masuk tidur dulu! Acik bangun. Sebelum berlalu keluar dari bilik Jai, sempat dia berbisik ke telinga Jai.
Jai senyum kelat. Ni dah terang-terang offer adik sendiri kat kawan. Hmm..aku kena pergi ni..teruja pulak nak tahu pasal adik Acik ni. Cantik ke Gemuk ke kurus Sopan ke kalut macam Seri tu Ah! Kalau tak pergi, mana aku nak tahu, ya tak Haruslah aku pergi!
Dia mula baring di atas katil. Dia capai telefon dan mula buka galeri foto. Wajah manis gadis yang perlahan menerjah hatinya ditatap seketika.
Hmmkalaulah aku boleh luahkan rasa hati aku ni. Foto itu ditatap lagi.