HARI Ahad, hari cuti mingguan. Selepas solat subuh, Zack bercadang untuk berjoging sebentar di sekitar kawasan tempat tinggalnya.
Ketika keluar dari bilik, kelihatan Hanif sedang sibuk di dapur, masak nasi goreng untuk sarapan. Hanif memang rajin memasak, terutama hari minggu dan hari cuti. Dia tak berapa gemar makan di luar. Untung siapa yang dapat bersuamikan Hanif. Dia juga untung dapat Hanif sebagai teman serumah, dapat tumpang sekaki. Kalau nak harapkan dia sendiri, memang tak berasap sangat dapur rumah jawabnya. Tapi dia pelik, selalunya Hanif tidak akan masak sarapan seawal ini.
Awal kau bangun, Nep Tegur Zack.
Aku kena pergi Bangkok. Jawab Hanif.
Zack angguk. Dia ke rak kasut.
Hantar aku pergi KL Sentral
Ketika sedang memakai kasut, Zack terdengar Hanif melaung dari dapur.
Pukul berapa
Sepuluh.
Tak de hal. Zack terus keluar.
STRARBUCK, MIDVALLEY
MINUMAN dalam cawan masih berbaki separuh. Makanan di atas meja tidak berusik. Muka Farizah masam mencuka. Muka Badli juga tegang. Aura negatif terawang-awang menyelubungi mereka, tersebar sebanyak satu meter disekeliling. Sesiapa yang lalu di sebelah tempat mereka duduk, pasti terasa akan aura negatif itu.
Sekali pandang, orang yang lalu-lalang tahu yang mereka bergaduh besar walaupun suara mereka tidaklah lantang apabila berbicara.
Perkara yang sama Badli bangkitkan sejak sejam yang lalu. Kalau tadi, Badli menuduh Farizah curang, kali ini Badli menuduh Farizah main kayu tiga pula. Ayat yang berlainan tapi definisinya tetap sama.
Aaronlah mangsa terbaru you sekarang Badli bersuara.
Hell -Loh! What do you mean by Aaron is mangsa terbaru I
Girl macam you ni Izzybukan susah sangat nak predict. Mana-mana lelaki yang kaya, itulah yang you kejarAkibat sakit hati, Badli mula mengeluarkan kata-kata bisa.
Oh. So, you nak consider diri you sebagai mangsalah Pleaselah Bad. Bukan I yang terhegeh-hegeh nak pada you tau You yang kejar I ke sana, ke sini Balas Farizah.
Badli tersenyum tawar. Ya, dia akui. Dia memang tergila-gilakan Farizah. Semenjak terjumpa Farizah dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, dia tidak dapat melupakan gadis itu. Lelaki buaya sepertinya, memang pantang melihat perempuan cantik.
Sangkanya, Farizah sama seperti mana-mana perempuan yang didampingi sebelum ini. Taburkan saja wang ringgit, pasti dengan mudah menyerah diri. Tapi dia silap. Farizah tidak semudah itu untuk diperangkap. Tak akan mudah cair dengan pujuk-rayu. Jenis jinak-jinak merpati. Apa yang menyakitkan hatinya, sudah banyak dia melabur untuk mendapatkan Farizah, namun sia-sia.
Hatinya semakin membengkak apabila mendapat tahu, sahabat baiknya sendiri mula memberi perhatian kepada Farizah. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Aaron dan Farizah semakin kerap keluar bersama. Macam mana hatinya tidak sebal Sahabat baiknya sendiri mahu menikamnya dari belakang.
I tak suka you keluar dengan Aaron. Suara Badli mendatar.
Sebelum ni, you tak kisah pun kalau I keluar dengan lelaki lain. Kenapa dengan Aaron, you nak cemburu
I tak kisah kalau you keluar dengan lelaki lain. As long as notAaron.
Whats the different
Because Aaron is my buddy.
Farizah memutarkan biji matanya. Come onlah Bad. You pun keluar juga dengan kawan-kawan I yang lain. You ingat I tak tau Hampir semua kawan-kawan I, you pernah date. Sheena, Atiqah, Jenny, Imelda
Ikutkan hati Farizah, dia mahu menyebut kesemua nama-nama wanita yang pernah keluar dengan Badli tapi itu hanya membuang masa.
Badli mempamerkan senyuman. They are just friends. Lagipun, I lelaki. Tak salah I nak keluar dengan mana-mana perempuan yang I suka.
Fine. You keluar ajelah dengan mana-mana perempuan yang you suka. I wont stop you. Farizah memandang jelek lantas menggeleng. Dasar jantan buaya! Kalau dia tahu keluar dengan Badli akan hanya menyakitkan hati, lebih baik dia lepak saja di rumah. Ikutkan hati, dia tidak mahu sebenarnya keluar dengan Badli. Namun, Badli pandai memujuk, dia bersetuju juga akhirnya.
Badli menarik nafas panjang kali ini. Sedar yang dia tersilap cara untuk memerangkap sang merpati.
Izzy, you tak sayangkan I Karektor Badli mula berubah. Ayat-ayat pemanis mula digunakan untuk memujuk Farizah.
What about you You sayangkan I Farizah membalas dengan soalan.
Of course I sayangkan you.
BadBad. Kalau you rasa, semudah tu I nak percayakan youyou memang silap besar. Apa bukti yang you sayangkan I Soal Farizah.
I sanggup buat apa saja untuk you, sayang
Farizah tersenyum sinis. Ayat you memang tak boleh blah, Bad. Im sure, Im not the first person to hear that. Not even the second, or third, or forth. Mungkin, I orang yang ketiga ratus lima puluh, yang dengar you cakap macam tu Perli Farizah.
Badli diam. Wajah Farizah direnung lama. Julung-julung kali dia berdepan dengan gadis seperti ini. Tidak mudah untuk ditewaskan.
Nampak saja Farizah itu manja dan mudah didekati tetapi bukan semudah itu Farizah hendak menyerah. Dalam diam dia telah jatuh hati dengan gadis itu, lebih dari sekadar untuk berdampingan. Sikap keras kepala dan kedegilan Farizah, sedikit sebanyak telah menyebabkan hatinya tertawan tetapi dia tak akan mempamerkan rasa hatinya yang sebenar kerana dia sudah pun bertunang dengan pilihan ibu bapanya. Walaupun tidak bersetuju, dia tidak boleh membantah. Jika tidak, namanya akan digugurkan dari senarai pewaris harta. Tiada siapa yang tahu tentang pertunangan itu melainkan ahli keluarga terdekat. DanAaron.
Itu adalah antara sebab-sebab dia tidak mahu Aaron rapat dengan Farizah. Dia tidak mahu Aaron membocorkan rahsia pertunangannya kepada Farizah dan sekaligus menyebabkan Farizah terus pergi darinya.
IzzyBadli memanggil lembut.
Farizah hanya mengangkat kening.
I tak nak you keluar lagi dengan Aaron. Ada sedikit nada ketegasan dalam suara Badli.
Kalau I keluar jugak Farizah sengaja mencabar.
You akan menyesal kalau you tak ikut cakap I. Badli memberi amaran.
Sudahlah, Bad. I malaslah nak layan you. Balas Farizah. Kemudian, dia terus bangun dan berlalu meninggalkan Badli di situ.
Badli hanya memandang tajam. Seketika kemudian, dia bangun dan meninggalkan tempat itu. Jika tiada Farizah pun, masih ramai lagi gadis yang boleh dia dampingi.
HUNGER GAMES.
Berapa orang
Sorang.
Eh, sorang aje
Pertanyaan dari si penjual tiket wayang menyebabkan kening Zack berkerut. Nada suara si penjual tiket yang seolah-olah mempersendakan niatnya untuk menonton wayang seorang diri itu mengundang sebal. Apa, salah ke nak tengok wayang sorang-sorang
Sepuluh ringgit.Kata si penjual tiket lalu menghulurkan tiket wayang nan sekeping.
Zack menghulurkan wang walaupun sudah terdetik di hatinya untuk membatalkan saja niatnya menonton wayang seorang diri.
Terima kasih. Enjoy the show. Ucap si penjual tiket.
Zack senyum sumbing. Malas nak ucap sama-sama kepada si penjual tiket. Selepas membeli Pop-corn dan Coke, dia melangkah masuk ke pawagam nombor sembilan. Di sana-sini, kelihatan beberapa pasangan duduk sebelah menyebelah.
Zack duduk di barisan tiga dari atas. Kerusi kedua terakhir dari kiri. Ketika dia masuk, kelihatan seorang gadis ayu bertudung ungu sedang duduk seorang diri di kerusi sebelah kanannya.
Hai. Sorang je Zack hanya mampu menegur dalam hati. Nak tegur depan-depan, dia tak berani. Mampu jeling-jeling saja.
Gadis itu mula mengeluarkan telefon pintar berjenama Samsung Galaxy S4 dari beg tangannya dan menaip sesuatu
Zack turut mengeluarkan telefon pintarnya juga. See, telefon kita sama. Macam sehati sejiwa pulak
Zack membuka permainan Candy Crush Saga sebagai memenuhi masa lapang. Walaupun waktu yang tertera di tiket menunjukkan masa tayangan adalah pada pukul 12:00 tengahari. Dia tahu, tak mungkin filem akan ditayangkan tepat pada waktu. Iklan di panggung wayang akan dipaparkan dahulu, sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tayangan sebenar .
Excuse me.
Suara yang menegur menyebabkan Zack menoleh. Seorang lelaki kacak bergaya meminta kebenaran untuk masuk ke bahagian tempat duduk yang di tetapkan.
Zack menegakkan sedikit badannya, memberi laluan. Lelaki kacak bergaya itu duduk di sebelah gadis ayu bertudung ungu sambil menghulur Pop corn.
Gadis ayu itu senyum sambil mengucapkan terima kasih.
Tukar tempatlah.
Zack terdengar si lelaki kacak bergaya berkata walaupun bernada perlahan. Si gadis ayu dan lelaki kacak bertukar tempat. Lelaki kacak bergaya kini duduk di sebelahnya. Lelaki itu sempat menjelingnya dengan tajam. Seolah-olah dirinya itu seorang pencabul yang akan mencabul teman wanitanya bila-bila masa dari sekarang.
Poyo ah! Zack menyambung lagi permainan Candy Crush Saganya sambil menantikan iklan di skrin habis. Seorang gadis berambut panjang duduk di sebelah Zack. Tak sempat Zack menjeling, panggung digelapkan menandakan tayangan akan bermula sekarang.
HABIS tayangan, panggung menjadi terang semula. Para penonton mula bangun meninggalkan panggung. Mereka meninggalkan sekali segala sampah sarap berupa bekas kotak pengisi pop corn, cawan coke, botol air mineral dan juga bekas pembalut burger McDonald yang dibawa masuk secara curi-curi.
Tidak mengapa. Harga tiket itu sudah termasuk sekali dengan harga kos pembersihan. Kalau bersih sangat, macam kerja makan gaji buta pula pekerja di panggung wayang ini. Zack bangun lalu mencapai cawan Coke yang isinya hampir habis.
Zack
Izah
Mereka saling memandang dan tersenyum.
You tengok wayang jugak ke Soal Farizah, agak teruja melihat Zack.
Dah datang sini, mestilah tengok wayangcik adik. Takkan nak main badminton kot Balas Zack.
Farizah ketawa. Sorang aje Mana girlfriend
Iniyang kat depan ni Zack mula membuat lawak poyo-gedik-manja.
Ngada-ngada Farizah turut menjeling manja.
Brokalau nak ngorat awek pun, boleh tak bagi laluan dulu Si lelaki kacak bergaya di sebelah Zack tadi bersuara. Jelas kedengaran suaranya yang bengang kerana dari tadi, dia menunggu Zack dan Farizah bangun tapi tak gerak-gerak sampai ke sudah.
Sorry. Balas Zack.
Farizah ketawa kecil lalu bangun.
Jom. Kata Farizah lantas memaut lengan Zack.
Zack terpinga-pinga namun tidak pula menolak. Mereka berjalan berdampingan meninggalkan panggung wayang.
So Zack Sambil berjalan, Farizah bersuara.
Ia
Kenapa Zack tak call Izah
Zack senyum. Tak tahu bagaimana hendak dijawab soalan itu.
Zack tak suka berkawan dengan Izah ke
Ishbukan macam tu. Balas Zack.
Jadi
Niat nak call tu ada, tapientah. Takut kalau call nanti, orang tu pulak tak nak layan
Zack tak call, mana Zack tahu orang tu nak layan ke tak
Zack tersenyum. Izah datang sini, sorang aje ke Soal Zack pula, mengubah topik.
Taklah. Tadi Izah datang dengan kawan. Lepas tu dia ada hal. Izah pulak malas nak balik awal. Izah tengok wayang dulu. Farizah menjawab, berbohong pastinya.
Zack terangguk-angguk.
Rajin Zack tengok wayang sorang-sorang
Tak ada niat pun nak tengok wayang sebenarnya. Tadi Zack hantar kawan pergi KL Sentral. Lepas tu, macam boring pulak nak balik rumah. Jadi, Zack datanglah sini.
Farizah senyum.
Isk, main-main mata pulak kau ni! Zack pura-pura melihat jam tangan.
Izah...Izah nak pergi mana-mana ke lepas ni Soal Zack.
Kenapa Farizah menjawab dengan pertanyaan.
Zack nak balik dah
Oh...okey Farizah terdiam.
Zack juga kehilangan kata-kata.
SoIll see you around Ujar Zack, setelah terdiam beberapa saat.
Zack
Errya
Boleh tak hantar Izah balik Laju Farizah membuat permintaan.
"Hantar balik"
Farizah mengangguk.
Zack mula serba-salah. Boleh tuboleh tapi
Tapi apa
Zack naik motor. Takut Izah tak selesa pulak nanti...
Oh Balas Farizah, pendek.Wajahnya bertukar riak.
Zack semakin serba-salah. Tapi...kalau errr...kalau Izah tak kisah nak naik motor....
TakIzah tak kisah. Farizah senyum.
Zack terperangkap di situ.
"Jomlah...kalau macam tu." Ajak Zack.
Farizah tersenyum.Lengan Zack dipaut sekali lagi.
PERJALANAN dari Mid Valley ke Cheras mengambil masa lebih kurang 15 minit saja. Hanya 15 minit kerana Zack memacu motorsikalnya agak laju. Dia menggelabah kerana sepanjang perjalanan, Farizah memeluk pinggangnya erat. Walaupun terasa seperti terkena renjatan eletrik berkali-kali, dia tetap menggagahkan diri menunggang motorsikalnya untuk memastikan Farizah selamat sampai ke rumah. Baik sungguh hati.
Di hadapan pintu masuk Vista Tasik, Zack memberhentikan motorsikalnya tanpa mematikan enjin. Farizah turun dari motor. Zack membuka topi keledarnya, lantas menggosok rambutnya beberapa kali.
Farizah turut membuka topi keledar dan dia menghulurkannya kepada Zack.
Thanks Zack sebab hantar Izah balik. Ucap Farizah.
Zack mengangguk sambil tersenyum sumbing. Mulutnya seperti terkunci saat ini.
Zack tak nak masuk dulu
Gila kau Zack menggeleng beberapa kali. Masih tak keruan, masih tersenyum sumbing. Masih terasa pelukan erat Farizah di pinggangnya tadi.
Ehem Tiba-tiba ada sesuatu tersekat di kerongkong, lantas Zack terbatuk kecil.
ZackZack okey ke Kenapa Izah tengok Zack macam ada yang tak kena aje ni
Ehokey. Zack okey. Tak ada apa-apalah. Jawab Zack.
Farizah tersenyum.
Izah, Zack balik dulu ya Zack meminta diri.
Zack Sekali lagi Farizah bertindak di luar jangkaan. Dia memegang jari Zack dengan sengaja.
Izah nak jumpa Zack lagi. Itupun, kalau Zack sudi.
Hmm..nanti..err..kita calling-calling lah Balas Zack.
Okey Farizah tersenyun manja lagi.
Aduhpayah macam ni. Zack mengalihkan pandangan.
Zack balik dulu. Zack terus meminta diri.
Farizah mengangguk. Jari Zack dilepaskan. Bye Zack.
Bye. Zack memakai kembali topi keledarnya. Yang satu lagi, disangkutkan ke pemegang. Tidak menunggu lebih lama, dia meninggalkan kawasan itu.
MASUK saja ke dalam rumah, Farizah ternampak kelibat Amy di dapur. Selepas mengunci pintu, Farizah menjejaki Amy.
Amy Panggil Farizah.
Amy menoleh lantas mengangkat kening.
Kau masak apa
Maggi. Jawab Amy.
Maggi je
Haah.
Farizah tersengih. Dia menuju ke peti sejuk dan mengeluarkan sebotol air masak.
Amy Panggil Farizah lagi.
Ya Amy menjawab tanpa memandang Farizah. Api dapur gas dimatikan.
Betul ke yang Zack tak ada girlfriend
Soalan dari Farizah menyebabkan kening Amy terangkat. Dia berpaling ke arah Farizah lalu bersandar di kabinet dapur.
Dulu ada tapi dah putus. Jawab Amy, lima saat kemudian.
Farizah terangguk-angguk.
Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal Zack Amy pula yang menyoal.
Aku terserempak dengan Zack tadi. Dia yang hantar aku balik Terang Farizah.
Bukan kau keluar dengan Badli
Jangan sebut nama dialah. Suara Farizah kedengaran jengkel.
Dan motif kau tanya aku, Zack ada girlfriend ke tak...sebab
Dia sweetlah Amy. Balas Farizah sambil tersenyum sendiri menyebabkan kening Amy terangkat sekali lagi.
Hes not your tastelah, Izah.
How do you know
Kalau aku compare dengan senarai boyfriend kau yang berderet tumemang tak ada yang sama macam Zack.
Betul. Zack memang lainkan
Kali ini Amy mula merengsa. Kata-kata Farizah membawa pelbagai makna.
Izahplease. Not Zack. Suara Amy kedengaran serius kali ini.
Why not
Ramai lagi orang lain, Izah. Kenapa mesti Zack
Farizah tersenyum sinis. Why do you care
Zack keluarga aku.
Keluarga Zack keluarga kau AmyAmy. Kau ingat aku tak tau Kau tak pernah baik pun dengan Zack dari dulu sampai sekarang.
Kenapa tiba-tiba kau beria-ia pulak nak sibuk dalam hal ni Suara Farizah meninggi.
Baik atau tak baik, itu bukan perkara penting. Kami berkongsi mak dan ayah. Dan aku tak nak kau mainkan perasaan Zack, sama macam mana kau mainkan perasaan lelaki lain kat luar tu. Aku ada hak nak masuk campur sebab Zack keluarga aku! Tegas Amy.
Farizah tidak menjawab.
Izahsampai bila kau nak jadi macam ni Soal Amy pula.
Farizah tetap mendiamkan diri.
Aku tahu, kau sakit hati lagi pada Shah. Tapikau tak boleh balas dendam, permainkan perasaan orang lain hanya sebab. Shah tinggalkan kau. Perkara tu dah lama
Damm! Farizah menghentak botol air ke meja sekuat hati.
Kau jangan sebut lagi nama jantan tu depan aku! Tengking Farizah dan terus meninggalkan Amy
Duumm! Sepuluh saat kemudian, terdengar pula bunyi pintu bilik dihempas kuat. Amy menggeleng.
DITEMANI Jack Sparrow di sebelah, Zack duduk di beranda rumahnya, menghisap rokok sambil melihat pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam.
Dalam masa yang sama, dia berbalas mesej WhatsApp dengan Amy. Sesuatu yang amat jarang sekali berlaku. Mereka teramat jarang menghubungi antara satu sama lain. Kalau ada apa-apa perkara penting yang hendak disampaikan, selalunya ibunya atau sesekali Encik Alwi, ayah Amy merangkap ayah tirinya yang akan menjadi orang tengah. Jadi, apabila Amy menghantar mesej secara langsung kepadanya, dia tertanya-tanya.
(Amy Alwi)
Jangan rapat sangat dengan Farizah
(Zack Iskandar)
Kenapa
(Amy Alwi)
Adalah. Tak penting untuk kau tahu.
(Zack Iskandar)
Kau apa hal, kak Tak ada angin, tak ada ributtiba-tiba tak kasi aku rapat dengan Farizah.
(Amy Alwi)
Adalah sebab dia. Kau tak perlu tahu.
(Zack Iskandar)
Kak...kau jangan nak buat perangai pelikboleh
(Amy Alwi)
Pelik ke, tak pelik kelantaklah. Aku cuma bagi nasihat
Zack tidak membalas lagi mesej dari Amy. Perbualan mereka mati di situ. Asap rokok dihembus. Teringatkan Farizah tiba-tiba. Pertemuan yang berlaku telah menimbulkan kesan padanya. Sebagai lelaki, bukan susah untuk dia mengagak yang Farizah sengaja menggoda. Tapi kenapa
Dan sebagai lelaki normal, sedikit sebanyak dia tertarik dengan godaan itu.
Farizahgadis yang diminati ketika zaman sekolah dulu. Agak lama juga menyimpan rasa. Bila bertemu kembali, rasa teruja itu pasti ada. Namun, dia kurang pasti. Apakah perasaan yang dia rasa ini ikhlas atau hanya tarikan nafsu semata-mata
Nasihat dari Amy tiba-tiba menjengah minda. Rokok disedut lagi dan Zack melepaskan asap berbentuk bulatan ke udara.