Aku, Dia Dan Somtam - 10
BAB 10

IZARA senyum melihat kereta kakaknya mula memasuki halaman rumah. Hatinya sudah tidak sabar untuk memberikan somtam pemberian Anis kepada kak Dina. Sejak kak Dina mengandung, sudah banyak tempat dia merasa somtam tetapi somtam di kampung juga yang boleh masuk tekak.

Izara segera mendapatkan kakaknya yang mula keluar dari perut kereta. Tersenyum riang melihat kak Dina berseri-seri hari tu.

Kak! Kenapa lambat Banyak kerja ke kat ofis Izara mula mengangkat semua barang dari bonet kereta.

Akak singgah di pasar tadi. Irdina mengusap rambut Izara. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke ruang tamu.

Kak! Adik bawa sesuatu untuk akak! Marilah! Izara menarik tangan kakaknya ke arah dapur.

Tiba di dapur, Izara segera mencapai bekas plastik putih yang berada di atas meja.

Kak..makanlah! Sedap tau! Kawan adik yang buat. Dia memang pandai buat somtam! Izara mula memuji somtam Anis depan kakaknya.

Ya Irdina mula menyuap somtam ke mulutnya. Somtam dikunyah perlahan dengan mata dipejam menikmati keenakan rasa somtam.

Macam mana Sedap tak Izara mula tidak sabar mendengar komen dari kakaknya.

Emmsedap..rasanya macam somtam yang abang beli kat Tumpat dulu.

Ya ke Izara sengih makin lebar.

Izara turut merasa somtam Anis. Dia pandang kak Dina. Mereka saling berpandangan. Senyap seketika.

Ehem!!

Imran sudah tercegat di muka pintu dapur. Pandangan mereka kembali pada somtam semula.

Hello! Apa yang telah terjadi ni Macam nampak hantu je Imran mula mendekati kedua saudara perempuannya yang tercengang. Dia melabuhkan punggung di kerusi. Matanya tertancap pada bekas plastik putih.Somtam

Mana dapat somtam ni Imran pandang pula kedua saudara perempuannya yang masih kaku tanpa suara di situ.

Err..abang, adik tanya sikit boleh Izara mula duduk di sebelah Imran.

Imran jeling Izara yang duduk rapat dengannya. Memandangnya tidak berkelip. Apa kena dengan adik aku sorang ni

Lain macam je adik ni..apa dia

Somtam yang abang bawa balik hari tu..siapa yang bagi

Imran mula mengukir senyuman. La..ingatkan apalah tadi. Kan abang dah kata, kawan yang bagi.

Izara dan Irdina saling berpandangan. Riak kecewa mula tergambar di wajah masing-masing mendengar jawapan Imran.

Korang ni suka sangat makan somtam. Sedap sangat ke Imran hanya pandang sepi somtam dalam bekas warna putih.

Eh abang ni! Yang abang bawa balik somtam hari tu kenapa Izara mencebik bibir.

Kak Dina kan sedang mengidam. Kebetulan abang dapat tahu ada hamba Allah ni yang pandai buat somtam, jadi abang minta dia buatkan untuk kak Dina. Imran sengih. Wajah gadis somtam yang marahkannya tika dia merampas somtam dulu mula kembali bermain di ruang mata.

Adik pun bawa somtam ni untuk Kak Dina jugak! Bukan abang seorang je yang ambil berat! Anis mencubit paha Imran.

Kita tengok somtam siapa yang sedap! Imran gosok pahanya yang terasa sakit bila dicubit kasar.

Dah! Tak payah bergaduh! Akak pun dah jumpa orang yang pandai buat somtam. Somtam yang dibuat tu lagi sedap dari somtam korang berdua ni! Irdina mula teringat somtam yang dipesan daripada Anis. Walaupun dia belum merasa somtam gadis itu tapi dia yakin somtam gadis itu tentunya sedap dan enak. Senyumannya melirik lebar di bibir.

Serentak Imran dan Izara memandang ke arah kakak sulung mereka. Seketika kemudian Imran mula melirik senyum. Senyumannya sudah sampai ke telinga.

Hmm..abang yakin, somtam yang abang bawa tu paling sedap! Korang pun dah rasakan Jadi..apa kata kita bertaruh! Siapa yang kalah kena denda! Imran semakin berani. Dia tahu kedua saudara perempuannya tidak akan mampu mengalahkan somtam yang dibuat oleh minah somtam itu.

Abang dapat somtam tu kat mana Izara masih tidak puas hati. Ditenung mata biru kehijauan abangnya yang tersengih-sengih dari tadi.

Itu tak penting! Nak bertaruh tak Imran mengetuk meja dengan hujung jari sambil menjeling manja ke arah Izara dan Irdina.

Amboi! Rahsia sangatlah tu! Adik tahu abang bukannya suka makan somtam ni! Sayur kampunglah, itulah , inilah..banyak songeh! Atauabang dah jatuh cinta dengan gadis yang buat somtam tu Izara ambil satu sudu somtam lagi. Begitu berselera somtam itu dikunyah.

Pantas Imran menoleh ke arah Izara.

Oh ya kak! Abang Kamarul belum balik lagi Imran mula mengubah topik. Kalau dilayan adik kembarnya, banyak pula soalan nanti. Dia pun bukan kenal sangat dengan minah somtam itu.

Hmm..sekejap lagi kut. Irdina jeling jam bulat yang digantung cantik di dinding dapur.

Siapa pula telefon aku ni Izara mengambil telefon bimbitnya dari dalam poket seluar.

Imran dan Irdina masing-masing hanya memandang gelagat Izara yang senyum memanjang sepanjang perbualan di telefon.

Siapa call Irdina mula membasuh bekas plastik putih. Somtam sudah licin dimakan.

Gadis somtam sayalah! Esok..dia akan bagi somtam kat adik! Izara pandang Imran dan mula mengenyit mata.

Huh! Kita tengok siapa yang menang nanti! Imran terus beredar dari situ.

Izara dan Irdina hanya memandang Imran berlalu pergi dengan senyuman penuh makna.

IMRAN masuk ke bilik. Balik dari kampus tadi, dia tidak singgah di mana-mana walaupun beria Zafran mengajaknya bermain futsal.

Dia segera ke bilik air menyegarkan badan. Seharian di kampus, badan pun sudah mula terasa melekit. Laungan azan maghrib dari masjid berdekatan berlalu begitu saja. Seolah tiada makna buat dirinya. Tugasan perlu disiapkan untuk dihantar kepada pensyarahnya esok. Dia capai pula nota yang dibaca semalam. Halaman pertama dibuka. Sesekali bibirnya mengukir senyum. .

Hmm..lucu..kena denda basuh jamban.Lawak..lawak. Imran terus membaca sehingga halaman ke lima.

Nota itu disimpan kemas di atas susunan majalah di atas meja belajar. Tugasan yang diberi oleh pensyarah mula ditaip.

Nota tu dibaca lagi. Bosan bila tiada idea untuk tugasannya..

Aku suka! Macam mana aku tak perasan dia ni ek Imran senyum lagi. Segala cerita yang dicoretkan dalam nota itu menarik perhatiannya. Macam dah baca sebuah novel!

Imran cepat-cepat tutup nota bila mendengar ketukan di pintu bilik. Dia mula menoleh ke arah pintu. Mama sudah tercegat di situ tersenyum simpul kepadanya.

Abang buat apa, belum tidur lagi Dah lewat malam ni.. Puan Zaharah mendekati anak bujangnya yang masih menelaah di meja belajar.

Imran pantas menjeling jam di atas meja belajar. Hah! Patutlah! Jarum jam sudah menunjukkan ke angka dua belas tengah malam. Dia pandang ibunya semula sambil tersenyum kelat.

Mama pun belum tidur lagi

Belum..kebetulan mama lalu di sini, nampak bilik abang masih terang. Hmm..rajin anak mama ni belajar. Puan Zaharah mengusap lembut rambut Imran yang lebat.

Esok kena hantar assignment. Ada sikit lagi ni nak siap. Imran perlahan tolak nota itu ke tepi.

Boleh mama tanya sikit

Imran dongak melihat riak wajah ibunya yang tersenyum dari tadi. Apa dia mama

Mama dengar.abang ada kawan istimewa Hmm..boleh mama tahu siapa Lembut suara Puan Zaharah menutur kata-kata.

Eh, mana ada! Memang istimewa pun! Minah kalut a.k.a minah somtam. Imran sengih.

Abang tak boleh bohong dengan mama. Mama tahu kalau abang cuba bohong. Puan Zaharah senyum. Dia duduk di atas katil Imran. Sesekali dia pandang sekitar bilik. Bilik itu cukup luas. Kalau Imran kahwin nanti bilik itu cukup untuk dia dan isterinya tinggal di situ.

Betul mamamana ada Dari dulu mama suka ambil tahu kisah cintanya. Setiap gadis yang dia dekati, seboleh mungkin mama akan suruh bawa balik rumah. Nak kenal katanya. Gadis itu pula akan disuruh memasak sekali dengannya di dapur. Setakat hari ini, tiada seorang pun lagi yang berjaya menambat hati mama.

Walaupun mama tidak kisah tentang gaya dan penampilan gadis itu tapi dari segi masak memasak, mama memang cerewet dalam bab yang satu ini.

Kenapa cakap macam tu Selalunya anak mama ni senang je pikat perempuan! Gurau Puan Zaharah lagi. Seronok menyakat satu-satunya anak bujang yang ada.

Yang dulu-dulu tu abang hanya suka-suka saja. Tak ada perasaan cinta pun! Imran mengeluh kecil. Luka hatinya masih belum sembuh. Tidak semudah itu dia membenarkan hatinya dicintai dan mencintai. Dia jeling ibunya yang penuh khusyuk mendengar cerita gadis koleksinya.

Hmm..itu maknanya abang tak boleh mainkan perasaan orang. Yang penting, mama tak mahu anak bujang mama ni berpeleseran tak tentu hala. Bawa anak dara orang ke hulu ke hilir. Mereka pun ada mak bapak! Puan Zaharah mula menasihati Imran secara halus. Memang dari dulu lagi dia tidak berkenan dengan sikap Imran yang satu ini. Suka memberi harapan pada gadis-gadis.

Hmm..abang bukan buat benda tak baik pun. Abang hanya ajak jalan-jalan je. Makan-makan, tu je.

Baguslah kalau macam tu. Perempuan ni bila diajak keluar selalu, mereka akan mula menaruh harapan tinggi.

Mama dah senyum lebar. Agaknya dia boleh agak yang aku ada koleksi. Tapi mama memang benar. Pernah seminggu aku menghilangkan diri demi mengelak dari berjumpa dengan gadis koleksinya yang menagih cinta darinya. Pening!

Okeylah! Mama pun dah mengantuk ni. Jangan lupa kenalkan gadis bertuah tu pada mama! Kalau gadis tu pandai masak, mama lagi suka! Puan Zaharah mencium dahi Imran sebelum berlalu pergi.

Imran hanya senyum kelat. Terbayang wajah minah somtam. Agaknya dia bencikan aku sekarang ni..

Imran termenung seketika. Buku kecil tadi dibelek semula. Kata-kata yang tertulis di situ direnung kembali. Memang manusia dikurniakan akal, hati dan nafsu. Jika digunakan ke arah kebaikan, maka beruntunglah ia. Perlahan dia menutup buku kecil itu. Badannya disandarkan ke kerusi. Fikirannya mula melayang mengingati kejadian di perpustakaan siang tadi. Entah kenapa tiba-tiba tubuh gadis tu dipeluk. Tak ada niat nak mengugut. Saat dia merangkul tubuh gadis itu, hati dan perasaannya dirasakan berdebar. Jantungnya berdegup kencang.

Kenapa aku rasa macam tu Imran mula keliru.Laman facebook ditatap buat sekian kalinya.Hmm..dia online! Mesej terus dihantar. Tiada balasan. Dia pun dah tidur agaknya.