Arissa Daniel - 10
BAB 10

HAMPIR tiga bulan berlalu. Daniel bersandar di kerusi empuknya. Kedua jemari tangannya bertaut. Otak ligat berfikir. Ingatannya masih kuat pada gadis itu.

Whos that girl

Deringan kuat telefon bimbit di atas meja mematikan lamunannya sebentar tadi.

Yes Really Ok!

Panggilan dari pengurus anak syarikatnya di Petaling Jaya. Tender yang dihantar untuk projek kosmetik dan barangan mandian telah diluluskan dan terpilih untuk turut serta dalam pengilangannya di Korea. Sekali lagi dia berjaya melangkah ke satu lagi bidang baru, industri kosmetik! Gagal dalam industri bioteknologi makanan tak bermakna dia hilang peluang dalam bioteknologi lain. Sekarang ini, pihaknya perlu berusaha keras dalam penyelidikan kosmetik.

I need to tell this good news to my dad!Daniel senyum lebar. Kepalanya dilentukkan ke kerusi empuk.

Telefon bimbitnya dicapai dari atas meja. Teruja memberitahu berita gembira yang baru diterima tadi. Dalam tempoh enam bulan itu, ayah datang beberapa kali ke Malaysia. Selalunya segala dokumen penting jika memerlukan tandatangan ayah, ayah akan habiskan masa seminggu dua di Malaysia sebelum balik ke London semula. Di London, ayah masih menguruskan beberapa syarikat di sana.

Hmm..I should celebrate! Daniel bingkas bangun. Dia capai kunci kereta dan bergegas ke depan foyer.

Gagak! I need you now!

Yes boss Gagak muncul dengan kereta BMW 7 series hitam tak lama kemudian.

Kita ke Penang! Daniel masuk ke dalam kereta.

BMW hitam itu dipandu laju meninggalkan bangunan pejabat dua belas tingkat menuju ke lebuhraya PLUS. Gagak memang tidak banyak soal. Segala arahan bos mudanya dituruti dengan setia.

Kita ke rumah rehat ke bos Gagak bertanya. Sempat jeling Daniel di tempat duduk belakang.

Yes! And..please arrange for the party tonight!Daniel capai majalah bisnes dan mula membelek halaman demi halaman. Matanya tertancap pada satu halaman yang memuatkan perniagaan Tan Sri Johari Nasir. Satu halaman penuh kisah itu dipaparkan di majalah itu.

Hmm...nampaknya projek ni hampir menjadi. New scientist Daniel berkerut kening. Dia baca lagi. Siapa Arissa Lee Badlisha Dia cuba mencari foto gadis itu tetapi hampa.

So...inilah saintis yang disebut-sebut tu.. Daniel senyum. Di benaknya sudah ada rancangan.

Dulu dia pernah baca berita tentang projek rawatan air sungai yang tercemar terpampang besar di mukasurat kedua sebuah suratkhabar tempatan. Tersenyum lebar muka Tan Sri Johari Nasir. Bangga membuat sidang akhbar tentang kejayaan projek itu.

Hmm..so..this is the project that my dad had been involved but got nothing! Daniel hempas majalah. Dadanya berombak menahan getar amarah. Dendamnya kembali membakar.

SAMPAI di rumah rehat di Batu Feringghi, Daniel segera melangkah masuk ke rumah. Gagak pula keluar semula untuk membuat persiapan majlis malam nanti. Daniel mula membersihkan diri di biliknya yang cukup luas. Rumah itu memang sentiasa bersih dan kemas. Ayahnya sejak dulu menggajikan seseorang untuk datang membersihkan rumah setiap hari.

Hmm..so freshing! Kedua tangannya didepa luas sambil menghirup udara segar di balkoni bilik yang mengadap laut.

Perlahan Daniel menanggalkan bajunya. Selamba dia ke bilik air tanpa seurat benang.Berendam dalam jakuzi dengan buih tebal..

Hmm...I should have more rest right now.Tonight is gonna be my lovely night.. Daniel sandar kepala. Selesa berendam dalam air buih sabun di situ.

PARTI malam itu sungguh meriah. Ramai jemputan hadir terutama rakan perniagaan. Daniel senyum bangga. Setiap kali projek yang diusahakan berjaya, parti seperti itu tidak pernah dilupakan.

Tahniah!

Daniel menoleh. Senyum. Hadir juga Sharif bersama ayahnya.

How are you Datuk Daniel bermanis muka. Matanya melihat riak Datuk Mustafa yang tersenyum lebar.

Good! Very good! Datuk Mustafa tepuk-tepuk bahu Daniel.

Daniel hanya senyum hambar. Wajah Datuk Mustafa diperhatikan seketika. Memang selama ini Datuk Mustafa pernah tidak tahu yang dia adalah anak kepada Datuk JB!

So, when the products are going to be released in the market Datuk Mustafa mula berbicara soal bisnes. Teruja mengetahui anak muda seperti Daniel sudah berjaya sampai ke tahap itu. Nyata syarikat DJB Sdn Bhd milik Daniel sudah mampu berdiri megah di dunia perniagaan di Malaysia.

Daniel senyum. Memang tidak sabar dia ni. Matanya beralih pada Sharif. Ada perempuan cantik di sebelah Sharif yang bakal jadi mangsa Sharif.

Sejak kenal Sharif,tidak pernah sekali pun melihat lelaki itu serius dalam perhubungan.

Well, the project just began. So, the target maybe by the end of this year. Around three months time. Daniel menjelaskan projek terbaharunya.

Wow! Congratulations my friend! Sharif peluk Daniel.

Datuk Mustafa angguk dan senyum.

Then...how do you get that tender Do you know somebody Datuk Mustafa senyum sinis.

Daniel hanya memerhati riak Datuk Mustafa. Jelas di wajah Datuk Mustafa ada riak sinis seolah semua urusan perniagaan dilakukan secara kotor. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Datuk Mustafa.

Nope! All these are my hard works. Everyone think Ive made a killing but the truth is, it is a hard work to get all these.For the first two years, I couldnt make ends meet but my business finally got off the ground.Sengaja Daniel berkata macam tu.

Hard work Datuk Mustafa sekali lagi senyum sinis. Tak payah nak kelentong aku la! All business matters are bull shit!

Ok Datuk, Sharif..enjoy the party! Daniel senyum.

Oh yes..dont get drunk! Daniel berkata perlahan pada Sharif. Dia beralih pula kepada rakan bisnes yang lain yang mula memenuhi ruang legar tamu yang luas. Ruang yang sudah dihias dengan bunga, minuman koktel, makanan dan sudah tentunya deretan minuman keras pelbagai jemana turut dihidangkan untuk meraikan tetamu.

Daniel! Congratulations! Zarul yang baru muncul di muka pintu menjerit kuat mengucapkan tahniah pada Daniel.

Hey! Zarul! Come in! Daniel menapak ke arah Zarul yang segak dengan suit kemeja hitam dan seluar denim kelabu.

Wow! Great party huh Any girls for meZarul kenyit mata.

Daniel ketawa. Otak biru betul la kawan aku ni.

So, kau dari mana Daniel utarakan soalan yang tak ada kena mengena.

Aku dari pejabat la tadi. Lepas je kerja aku terus drive ke sini. Penat lagi ni. Tak sabar nak datang sini. Zarul sengih. Matanya meliar sekitar ruang tamu. Ramai tetamu yang datang. Bermacam gaya. Yang perempuan pula bermacam fesyen. Seksi!

Kau dah makan

Tentulah belum bro! Lapar ni! Zarul pegang perutnya.

Okey, kau nampak kat sana tu. Makan je apa yang kau nak! Daniel tuding ke arah meja bufet yang penuh dengan pelbagai jenis makanan.

Kau

Aku kena layan tetamu. Enjoy the food!Daniel sengih.

Dude, you did a great job! Congrats!Sekali lagi Zarul puji Daniel.

I like your haircut! Daniel sentuh rambut Zarul. Pendek dan kemas..ala-ala artis Korea!

Zarul hanya sengih dan mula beredar ke tempat meja bufet.

Majlis parti malam itu berlangsung sehingga pukul tiga pagi. Ramai yang sudah mula pulang.

DANIEL hempas tubuhnya di atas katil. Penat! Kedua tangannya diletakkan di bawah kepala. Mata menala ke siling putih. Masih memikirkan majlis tadi. Sharif pantang melihat perempuan. Zarul pula sudah mabuk!

Hmm...seems like Datuk Mustafa know nothing. Good! Daniel senyum lebar. Biarlah Datuk Mustafa tidak tahu yang dia adalah pewaris JB Corp Bhd.

Dia lihat sekitar bilik. Malam itu tidak ada perempuan menemaninya. Bukan tak ada yang menawarkan diri tadi tapi entah kenapa wajah gadis berbaju kurung biru itu selalu mengacau benaknya. Bukan main lagi masa mandi di jakuzi siang tadi, dia terbayang menikmati tubuh perempuan selepas habis majlis parti.

Whats wrong with me Am I fall in love with her Oh! No!! Daniel bingkas bangun. Jam di atas meja hampir lima setengah pagi.

Telinganya menangkap suara nyaring yang dilaungkan dari masjid berdekatan. Dia menapak ke balkoni bilik. Sempat jenguk ke arah jalan kecil.

Sayup kedengaran suara yang memanggil umat Islam ke masjid. Terasa begitu menusuk walaupun tidak faham sepatah haram apa yang dilaungkan oleh orang itu. Itulah pertama kali dia mendengar suara seperti itu dilaungkan waktu macam tu. Kalau dulu, waktu sebegini dia masih tidur nyenyak sehingga sembilan pagi. Daniel menapak semula ke katil. Dia perlu tidur juga. Lampu bilik ditutup.

SEPULUH PAGI. Daniel bergegas ke Kuala Lumpur semula. Sharif dan Zarul masih terbongkang

tidur di bilik. Kereta BMW hitam dipandu laju meninggalkan rumah rehat yang masih berselerak dan bersepah. Sebelum bertolak tadi, sempat dia menyuruh Gagak mengarahkan seorang pekerja perempuan yang selalu datang membersihkan rumah itu. Kereta dipandu laju melalui lebuhraya PLUS. Memang dia lebih suka memandu daripada menaiki pesawat. Tiba di Kuala Lumpur, dia terus menuju ke Mid Valley. Dia perlu masuk pejabat. Semalam dia sempat mengarahkan Gagak menyiasat sesuatu.Harap-harap hari ini dia dapat sesuatu yang bermakna.

Langkahnya laju menuju ke bilik pejabat. Sudah penuh dalam tray, surat yang perlu dibelek.

Hmm...good. Next week, the factory will start producing the toiletries products. Daniel senyum sebaik membaca surat dari kilang di Korea yang menyatakan pengilangan akan bermula.

Aku kena melawat kilang tu. See whats going on there. Daniel senyum. Dia segera interkom Sherry untuk menempah tiket dan penginapan di sana.

Suratkhabar dari atas meja dibelek sekilas. Tiada berita menarik. Dia menyambung semula kerja yang perlu dibereskan sebelum bertolak ke Korea lusa.