Demi Ajai - 10

bab 10

KELAM dada langit menambah suram pada wajah Cikgu Isa. Esakannya mengerubungi keheningan malam. Bersedu-sedu dalam kidung doa yang gagal diungkap.

Tapak tangannya masih terbuka menampung udara. Menggigil-gigil menyertai getaran yang lahir dari badan. Lafaznya tersimpan sedang tangisnya masih bernafsu menzahirkan harapan.

Sesudah sungai bening surut, dia mencuri nafas. Penuh harapan agar hajat yang tersekat tadi dapat diluahkan.

Ya, Tuhanku! Permudahkanlah segala urusanku. Ampunilah setiap kelekaanku ketika meniti kehidupan ini. Lorongkanlah kecintaan dalam jiwaku ini semata-mata untuk-Mu. Moga dengan rahmat kasih-Mu, aku akan terus tenang dan damai.

Cikgu Isa menyeka air mata yang masih berbaki di pipi. Janggutnya yang turut bermandi juga disapu ala kadar. Sekali-sekala disedutnya

lendir jernih yang gontai menggeluncur keluar dari gua hidung.

Alhamdulillah. Harapnya ini bukan qiamullail yang terakhir, doanya tulus.

Agak lama sejadahnya tidak terhampar pada tengah malam. Entah mengapa malam ini dia berasa seperti diseru. Seingatnya, dia memang ada bermimpi tadi. Bayangan kematian menziarahi mimpinya dan membawanya keluar menghadap Ilahi.

Sungguh, dia tidaklah sehebat Nabi Yusuf a.s. yang bisa mentakwilkan mimpi. Tetapi, dia pasti mimpi itu terilham untuk mengajaknya mencari kehidupan hakiki. Sebuah pencarian yang sukar ditemui tanpa kesucian rohani.

Cikgu Isa sedar usianya berpenghujung. Pasti akan menemui noktah itu. Tetapi, dia tidak pasti penamatnya di mana. Sama ada masih nun jauh di sana atau sudah pun di hadapan mata.

Kali ini dia bermenung dengan penuh perasaan. Dia mahukan tangisannya berterusan. Selaku hamba yang hina, tangisan itu amat diperlukan sebagai pelebur dosa. Dosa yang sudah berkurun ditimbus kealpaan dunia.

Azan subuh masih dalam perjalanan. Ajai pasti sedang tidur lagi.

Cikgu Isa melangkah ke bilik Ajai yang berdekatan gerbang dapur. Hatinya bercabang.

Sama ada mahu menggerakkan remaja itu atau tidak. Kebiasaannya, Ajai akan bangun sendiri selepas terdengar azan. Memang azan subuh berfungsi sebagai penggeranya sejak dahulu lagi. Cikgu Isa tidak terlalu pusing tentang itu. Asalkan dia bangkit solat dan bersiap untuk ke sekolah.

Tidur Ajai tidak terganggu. Pintu bilik dikatup rapat sehingga tidak bercelah.

Cikgu Isa kembali ke biliknya. Ada perkara yang perlu diselesaikan. Hal yang sangat penting. Boleh juga dikira urusan antara hidup dan mati.

Lantas komputer ribanya dipasang. Dia menyemak peti masuk e-melnya.

Aduhai, dah seminggu masih tak berbalas! Sekarang dah masuk bulan tiga. Cuti sekolah pun dah dekat.

Berkali-kali Cikgu Isa meneliti peti masuk e-melnya. Dia sangat mengharapkan akan ada jawapan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Malangnya, harapan cuma tinggal harapan.

Dia terus menarikan jarinya di papan kekunci. Soalan yang sama seperti sebelum ini. Sejurus siap, terus dia meng-e-melkan ke alamat tersebut. Tawakal sajalah, bisiknya.

Cikgu Isa menggaru-garu kepala.

Kemudian, terturun pula ke dahi. Tiba-tiba

pipinya pula ditampar. Amanat Cikgu Omar membayanginya.

Isa, kamu kena ingat. Tarikh pendaftaran pelajar untuk menduduki PMR makin hampir. Ajai tu tak ada pengenalan diri lagi. Macam mana

Maafkan saya, cikgu. Saya dah cuba ke kampungnya bertanyakan kepada tok batin. Tapi, tok batin pun tak tahu.

Beginilah, kamu cuba tanya di jabatan ... jabatan apa

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

Ha! Ya, jabatan itu. Tanya dengan pegawai di sana. Manalah tahu dia ada simpan dokumen Ajai.

Tak mungkinlah. Kalau dia tak mendaftar di situ, memang tak adalah jawabnya.

Cuba dulu.

Kini barulah dia tahu betapa menjadi seorang guru bukan sekadar mengajar sahaja. Malah lebih daripada itu. Kadang kala kerenah birokrasi juga menjadi faktor kepada masalah pendidikan pelajar luar bandar dan indigenous. Padanlah mereka sering meletakkan pendidikan pada tahap cukup-cukup makan sahaja.

Bagi beberapa kes, pemikiran ibu bapa sendiri yang membantutkan pelajaran anakanak. Cikgu Isa faham benar. Inilah tugasnya

sebagai warga pendidik. Pendidikan hak semua, bagai cinta. Mulai saat ini dia berazam untuk menyedarkan ibu bapa mereka. Dia tidak akan sesekali membiarkan mereka terus jauh ketinggalan.

Pernah dia terfikir betapa pentingnya golongan guru itu terdiri daripada kelompok mereka sendiri. Dia pernah melihat seorang guru besar yang cukup gigih menyedarkan kaumnya akan kepentingan pendidikan. Malangnya, jumlah guru yang sebegitu amat sedikit. Alangkah baiknya jika mereka dididik kaum sendiri. Tentu lebih mudah.

Laungan azan subuh berkumandang menggegar Taman Sentosa. Cikgu Isa melupakan dialog-dialognya bersama Cikgu Omar. Hari sudah bermula. Moga hari ini lebih mulia daripada semalam.

GANA mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Sudah pukul satu tengah hari. Perutnya memulas. Biasanya waktu begini dia sedang di meja makan menanti hidangan ibunya.

Sekarang di atas meja hanya ada buku-buku dan alat tulis yang berselerak. Dia tersenyum sendiri. Sungguh tidak dia menyangka dapat mengulang kaji di sini.

Gana tersandar di kerusi. Dia berhajat

untuk merehatkan otak setelah berjam-jam organ itu berfungsi. Sejak pukul 10 pagi tadi dia dan Ajai menelaah di sini.

Musim cuti sekolah digunakan untuk ke Perpustakaan Negara. Rasa bahagia berdampingan dengan buku-buku. Selain persekitaran yang sunyi, rujukan yang banyak juga membantunya menyelesaikan kerja rumah yang bersusun-susun. Setiap subjek ada sahaja tugasan. Mujur ada Ajai. Sekurang-kurangya tugasan dapat dilakukan bersama supaya lebih mudah dan cepat dilangsaikan.

Kini lebih separuh tugasan telah disempurnakan. Cuma tinggal folio untuk subjek Sejarah masih tertangguh. Ajai pula sudah tidak berdaya lagi untuk terus menghadap buku-buku sekolah. Dia sibuk mencari bacaan ringan di rak dewasa. Gana juga teringin, tetapi dia mahu makan dahulu.

Gana, kau bosankah sapa Ajai.

Gana membetulkan duduknya. Dia tidak sedar Ajai datang dari arah belakang. Tak adalah. Aku cuma lapar. Ajai tersengih.

Nanti kita makanlah. Lepas aku solat zohor, ya

Oh, tak apa. Tapi Ajai, aku selalu dengar kamu orang makan dulu sebelum sembahyang. Sebab takut nanti waktu sembahyang terbayang

makanan, berdosa, Gana menduga sambil tersengih.

Ajai tertawa kecil. Lucu dia mendengar omongan Gana.

Tak sampai jatuh hukum berdosalah. Ajai ketawa dalam bicaranya. Sebenarnya, mereka cakap begitu sebab takut tidak khusyuk dalam solat. Takut pahalanya kurang.

Oh, begitu. Jadi lebih baiklah makan dahulu supaya pahala tidak kurang.

Ajai tersengih lagi. Dia yakin Gana masih tidak dapat menangkap maksudnya.

Bukan begitu. Pada aku, solat lebih penting berbanding makan, Ajai mengaku.

Kenapa Gana musykil.

Baik, cuba kau fikirkan. Mereka mengatakan makan perlu didahulukan, sebab mereka takut tidak khusyuk. Tetapi, adakah selepas makan mereka betul-betul boleh khusyuk dalam solat

Sekejap, khusyuk itu apa celah Gana.

Khusyuk itu apabila sesorang itu solat, dia akan menumpukan sepenuh hati tanpa memikirkan apa-apa selain Allah. Faham terang Ajai.

Oh, kiranya tiada kepastianlah tentang khusyuk itu. Betul juga, kalau dia makan pun entah-entah dia teringat apa yang dah dimakan tadi, samalah juga, balas Gana mencuba nasib.

93

Ha, tahu pun kau! Lagi pun, lagi awal solat, lagi bagus. Sebab orang yang mendirikan solat tepat pada waktunya akan mendapat ganjaran. Itu juga sunah.

Dahi Gana berkerut lagi. Sunah itu apa pula

Sunah tu, apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad, nabi utusan kami. Termasuklah percakapan dan perbuatannya. Kalau kami ikut, kami dapat kemuliaan. Sunah memang sangat dituntut. Ajai memperjelas kekaburan di minda remaja India itu.

Oh, begitu. Tak apalah, Ajai. Aku tunggu kau solat dulu, lepas tu baru kita makan.

Ajai terdetik mendengar Gana menyebut perkataan solat. Terima kasih, Gana. Jangan risaulah. Sekejap saja aku solat. Tapi aku nak baca buku ni dulu sementara tunggu masuk waktu zuhur.

Senyumannya disedekahkan kepada remaja berbangsa India itu. Lega hatinya kerana memiliki rakan yang boleh memahaminya. Jika tidak, susah untuk dia beribadah.

Buku apa tu soal Gana.

Ajai membisu. Hanya memaparkan kulit buku yang sedang dibaca kepada Gana. Suku Kaum Jakun: Suatu Perkisahan Ya, balas Ajai dengan anggukan.

Rajin kau baca buku-buku macam tu, tegur Gana.

Ajai meneruskan pembacaan. Dia sedar Gana tidak tahu asal-usul dirinya. Juga dia takut kalau dikaitkan dengan Cikgu Isa seperti pertemuan awal mereka dulu.

Eh, Ajai! Jakun itu sejenis kaum, ya Bukan....

Ya, bukan yang macam kebanyakan orang fikirkan, sahut Ajai dengan pantas mempertahankan kerabatnya. Sedang dia sendiri tidak pasti hakikat sebenarnya.

Aku ingat jakun tu ada satu maksud sahaja. Rupanya ada maksud lain, kata Gana.

Mana kau tahu jakun yang orang lain maksudkan itu membawa maksud....

Ajai terdiam. Kata-katanya memakan diri. Dia terperangkap. Masakan dia mahu mengaku bangsanya seperti apa yang disangka orang ramai. Mati akal.

Kenapa, Ajai Maksud apa Gana bersungguh ingin tahu.

Eh, tak ada apa-apalah! Gana, mari kita turun. Badan aku pun dah naik beku duduk lama-lama di sini, Ajai mengecek.

Tadi kata nak solat dulu.

Yalah, suraunya di bawah. Lepas itu kita terus ke kantin, ya

Gana tersengih. Mahu sahaja dia melonjak. Perutnya sudah lama rindukan makanan.

Mereka berdua mengemas meja. Bukubuku yang dipinjam diletakkan dalam rak bergerak di sebelah kiri.

Ajai memunggungi Gana yang menurut dari belakang. Remaja India itu memang canggung dengan dunia luar. Dia hanya akan keluar rumah jika bersama keluarga. Jika tidak, dia akan bersendiri di rumah. Budak introvert sepertinya memang suka menyendiri, berbanding Ajai yang lebih gemar berkelana mencari kehidupan yang tidak pernah dijamahnya sewaktu kecil.

Dalam perjalanan ke surau, mereka lebih banyak diam. Ajai masih terngiang-ngiang peristiwa tadi. Fikirannya makin matang. Dia perlu mencari jawapan sebenar. Tidak mahu lagi dicubit rasa rendah diri. Tetapi, bagaimana

TAK apalah kalau macam tu. Saya cuma risaukan budak-budak tu saja. Terima kasih ya, Encik Thiru.

Cikgu Isa mematikan telefon bimbitnya. Kemudian, diletakkan di atas televisyen. Lega seketika.

Mujur dia menyimpan nombor telefon bapa Gana. Dia memang sudah lama mengenali doktor itu. Sejak Gana berkenalan dengan Ajai, bapanya selalu datang ke rumah. Kadang-

kadang menghantar Ajai pulang, kadang-kadang menjemput Gana yang berguru di rumahnya.

Banyak sangatkah kerjanya sampai tak balik-balik lagi ni Risau pula aku.

Tiba-tiba Cikgu Isa tersenyum. Mengenangkan tugasan cuti yang diberikan kepada pelajar. Sunyi sejeda.

Ah, mesti boleh punya! Itu baru sikit. Berbanding dengan kerja rumah subjek-subjek lain yang bertimbun. Lagi pun bukan selalu budak-budak tu buat karangan. Sekali bagi banyak-banyak apa salahnya, sungutnya sendiri dalam hati.

Kadang kala dia tidak faham mengapa pelajarnya mengambil enteng subjek Bahasa Malaysia. Sedangkan subjek itu juga tergolong dalam subjek utama untuk PMR. Mungkin dirasakan mudah kerana itu bahasa pertuturan mereka. Tetapi, apalah salahnya jika dapat dikuasai dengan lebih lagi. Bukan sekadar tahu sahaja.

Tidak semena-mena dia tergelak. Nama saja bahasa ibunda. Kalau menjawab soalan tatabahasa tunggang-langgang juga. Kalau tak diberi markah kasihan, mahu juga gagal budakbudak tu.

Lensa matanya dihantar ke taman. Dilihatnya remaja-remaja lain sedang bermain bola sepak. Ingatannya kembali kepada Ajai.

Hatinya mula terdetik. Dia patut membelikan Ajai sebuah telefon bimbit. Supaya mudah untuk mereka berhubung jika masingmasing keluar dari rumah. Selalunya Ganalah akan memaklumkan keadaan mereka kepada Encik Thiru. Dia tidak mahu lagi menyusahkan Encik Thiru.

Ya, dia akan usahakan. Demi Ajai.