Benar Hasya perlu berlari agar dia tidak menjadi gila. Bak katanya kepada Bahrain, I have too much energy. Im afraid if I sat for too long, Ill probably explode.
Seringkali dapat Hasya rasakan, apabila berada pada satu-satu tempat untuk jangka waktu yang panjang, otaknya tiba-tiba bercelaru; tidak semena-mena terwujud perasaan gelabah tidak tentu arah tanpa sebab dan musababnya. Fokus terhadap sesuatu perkara akan hilang sekelip mata! Otaknya itu diibaratkan bergerak lebih laju daripada cahaya yang berkelajuan 299,792,458 meter sejam! Keadaan ini menyukarkannya tidur malam, malah tidak tidur berhari-hari seakan menjadi resam hidupnya. Barannya yang semakin menjadi-jadi bukan saja menambah resah Sebastian, Dorothy dan mendiang Miryam bahkan lebih buruk lagi, ianya turut mempengaruhi pergaulannya dengan orang sekeliling serta rakan taulan.
Justeru, diagnosis ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) digesa Sebastian yang peka akan masalah neurosis itu, untuk dijalankan ke atas Hasya oleh doktor keluarga Jones sewaktu masih lagi bergelar penuntut di Universiti Malaya bagi mengenalpasti ketidaksempurnaan yang ditanggungi. Memang sah Hasya mengidap ADHD! Maka sejak detik itulah Hasya bergantung penuh kepada Adderall yang berfungsi untuk menenangkan dirinya agar fokus dapat diberikan kepada pelajaran. Namun dia sedar, pergantungan yang berterusan terhadap apa jua yang ada di muka bumi ini; meskipun sekadar ubat-ubatan, boleh memudaratkan untuk jangka masa yang panjang jika tidak berhati-hati.
Attachment of any kind is never good, dan kata-kata yang hanya difahami oleh segelintir ilmuan inilah, yang memberi petunjuk kepada Bahrain bahawa Hasya bukan gadis biasa; bukan juga calang-calang.
Kini, selama membuat rawatan akupuntur dengan Master Leong sejak dua tahun kebelakangan ini, dia berhenti mengambil dadah terkawal itu. Namun aktiviti larian yang sudah sebati dengan dirinya tetap diteruskan kerana sesungguhnya ia mendatangkan bukan sedikit kebaikan.
Hasya mengiringkan badannya ke kiri, melabuhkan
kepala di lengan yang menjadi bantalnya. Tersenyum sendiri. Bahrain Bahrain begitu banyak yang cuba dicungkilnya dari Hasya sedang mulutnya sendiri terkunci rapi untuk menyingkap rahsia peribadi. Namun diberanikan juga dirinya bertanya tentang status Bahrain di pertemuan itu; seandainya dia masih lagi dalam ikatan perkahwinan, because Ive always seen you around, having lunch and dinner alone. I wonder if your wife doesnt cook for you at home, umpan Hasya ingin melihat kalaukalau Bahrain cenderung berbohong.
I am.
Hasya menunggu seandainya ada lagi jawapan yang bakal terpacul dari mulut lelaki yang mengingatkannya kepada mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin itu. Cara mereka bercakap dengan tonasi serupa dengan suara yang dalam; lebih banyak berdiam, ketinggian yang sedang-sedang, jarang berbicara kecuali yang perlu saja namun apabila sesekali berhujah, bisanya sampai ke tulang!
Malang sekali tidak. I am: Itu saja jawapan Bahrain bagi menjelaskan statusnya. Memang dia tidak berbohong tetapi Hasya mengharapkan jawapan yang lebih daripada itu: Jawapan yang menggambarkan betapa dia sudah tidak bahagia lagi di sisi isterinya bahawa hakikatnya title suami-isteri antaranya dan Regina hanya tinggal pada kertas semata, tidak lebih dari itu jawapan yang mengesahkan bahawa mereka sudah berpisah, lama dahulu sebelum hadirnya Hasya kerana tiada lagi persefahaman antara mereka bla la bla
Pelamin angan Hasya musnah sejurus Bahrain bertanya, You dont believe in marriage, do you
No, pintas Hasya, I dont believe in anything.
Jawapan yang membuatkan Bahrain terbungkam, namun segera diperbetulkan nahunya agar maksud yang mahu disampaikan tidak disalah faham.
Im not against anything and who am I to against anything
Terlintas di fikiran Hasya, berbicara dengan Bahrain saling tidak ubah seperti berkomunikasi dengan warga Amerika yang tidak faham Bahasa Malaysia! Memang pelik bila difikirkan, sesama Melayu, tetapi tidak berbahasa ibunda sendiri. Tapi apakan daya, Hasya terpaksa juga mengikut tempo demi membuktikan dirinya tidak ketinggalan dengan puak Melayu baru seperti Bahrain ini yang merasakan diri mereka jauh lebih maju dan lebih hebat dari kelompok Melayu jati pribumi! Mujurlah Bahasa Inggeris yang bertukar menjadi bahasa ibundanya sebaik satu bumbung dengan keluarga Jones menjadi bonus buat Hasya dalam mendepani situasi ini.
Bahrain merenung tepat ke arah Hasya seakan meminta penjelasan. Im not against marriage, kata Hasya sebelum menyambung, Im just against anything which is based on lies, serius nadanya membuatkan Bahrain terjegil biji mata.
Dia kemudiannya menambah, One can stay in a marriage as long as the love is there but once its gone, it is better to part ways than living as a hypocrite for the sake of reputation.
Sekali pun tidak berkelip mata Hasya tatkala menuturkan pandangannya itu, dan ini membuatkan Bahrain terdiam. Kata-katanya itu bukan omong kosong semata tetapi lahir dari pengalamannya sendiri sebagai penyiasat yang terbukti memberi banyak pendedahan kepada dunia perkahwinan di era metropolitan ini. Terlalu banyak perkahwinan khususnya di kalangan mereka yang tinggi darjat serta berpangkat; disaksikan dengan mata kepalanya sendiri, hanya didasari reputasi yang dibimbangi akan tercemar andai berlakunya penceraian. Di majlis rasmi, bangga mengusung isteri sedangkan di belakang tabir, perempuan simpanan yang dicumbui.
Terkena lagi ke batang hidungnya sendiri! Namun dia sepertinya mengakui akan hakikat itu apabila mengungkap, Yeah! Once the love is gone, its gone
Dalam sekali maksud ungkapan Bahrain itu, kata akal fikiran Hasya yang terus aktif menginterpretasi.
Mata masing-masing kini bertentangan tanpa sepatah pun kata yang terzahir. Hanya nafas turun naik yang berdegup kencang.