GALLIMARD: Tiap-tiap minggu aku berulang alik ke opera tu.. dan tiap-tiap kali dia akan jumpa aku sekejap je. Dalam 15 minit macam tu. Paling lama pun 20 minit. Dah 15 minggu dah macam ni. Aku makin lama jadi tak tentu arah sebab tiap-tiap kali aku berpisah dengan dia, keinginan aku untuk jumpa dia jadi makin membuak-buak. Aku teringat Marc. Betul ke apa yang Marc cakap tu Kadang-kadang aku percaya,kadang-kadang, entahlah.. tapi dalam hati aku, aku percaya Song suka aku. Aku rasa apa yang dia buat pada aku selama ni cuma nak menduga aku je. Ada perang dalam diri dia tu, antara diri dia yang sebenar, yang pemalu dan takut tu, dengan luaran dia yang berani dan lantang. Perang antara nilai-nilai barat dan budaya timur.
SONG: (suara dari luar pentas) Sekejap ya! Kalau ada apaapa, panggil Shu Fang.
GALLIMARD: Susah nak percaya tapi akhirnya aku dijemput juga masuk ke rumahnya. Aku tak faham kenapa sebab aku masih nampak yang dia masih takut pada aku. (Gallimard melihat sekeliling dan mengambil sekeping foto di atas meja. Song masuk dengan memakai gaun hitam yang elegan dan berdiri di pintu) SONG: Itu ayah saya.
GALLIMARD: (Terkejut) Oh, Cik Puan Song (song bergerak ke arah gallimard dan mengambil foto tersebut dari tangan Gallimard)
SONG: Saya bersyukur sangat ayah tak sempat melalui revolusi. Kalau tak, dia pun akan diseksa macam orang lain, dipaksa melutut atas kaca kemudian dipaksa mengaku salah yang kadang-kadang tak wujud pun. Bukanlah makna katanya ayah saya ni orangnya baik pun tapi dia tetap ayah saya. Saya tak sanggup nak tengok dia diseksa macam tu.
GALLIMARD: Saya rasa bertuah sangat kerana Cik Puan menjemput saya ke sini. (song tunduk hormat)
SONG: (Menjerit ke arah orang gajinya, Shu Fang yang berada di luar pentas) Shu Fang! Mana teh nya Cepat lah! (kepada Gallimard) Maafkan saya, tuan. Saya dah sediakan semuanya..
GALLIMARD: Tak apa.
SONG: Tapi belum apa-apa lagi..
GALLIMARD: Tak apa, Cik Puan. Saya belum rasa nak minum pun lagi..
SONG: Semuanya tak menjadi..
GALLIMARD: (Tegas) Cik Puan Song! (song duduk) SONG: Maafkan saya.
GALLIMARD: Untuk apa pulak kali ni (Senyap. Song ketawa kecil)
SONG: Entah! (Gallimard ketawa) GALLIMARD: Tau pun.
SONG: Bodohlah saya ni! Saya janji saya takkan buat lagi, sekurang-kurangnya untuk malam ni. Tuan dengar tak apa saya cakapkan ni
GALLIMARD: Bagus. (Shu fang masuk membawa teh dan mula nak menuang ke dalam cawan)
SONG: (Kepada Shu Fang) Tak apa. saya buat. (Shu Fang merenung Galllimard seketika dan bergerak keluar pentas)
GALLIMARD: Cantik rumah awak.
SONG: Tak lah.. saya.. saya tak tau pun kenapa saya jemput awak datang.
GALLIMARD: Tak apa. Saya suka dan terima kasih. (song melihat sekeliling rumahnya)
SONG: Tak tau lah kenapa saya selalu rasa terancam kalau tuan ada dekat saya.
GALLIMARD: Oh
SONG: Tuan tau kenapa, kan
GALLIMARD: Tak penting pun untuk saya. Yang penting kita berdua tau kenapa kita ada di sini.
SONG: Saya pun rasa yang sama. Tapi.. mungkin..
GALLIMARD: Apa sebenarnya
SONG: Mungkin saya yang penakut. Takut apa orang kata. GALLIMARD: Dengan apa yang awak buat sekarang ni
SONG: Ya. Saya duduk dengan lelaki asing. Dalam rumah saya.
GALLIMARD: Tapi kalau di Perancis itu tak jadi..
SONG: Perancis. Perancis negara moden. Lain dengan China. China kuat dengan budaya. Budaya yang umurnya 2000 tahun dulu. Apa yang saya buat sekarang ni, walaupun cuma minum teh, kesannya lain dalam budaya saya. Dinding dan tingkap rumah saya ni semuanya ada mata dan telinga, tuan. Saya ni pun sekarang ini walaupun dalam gaun Barat ni, tetap berkata-kata yang bukan-bukan, tuan. Katakata yang saya tak mau dengar pun.. (song menghulurkan secawan teh kepada Gallimard. Gallimard menyentuh tangan Song yang memegang cawan teh) GALLIMARD: Awak cantik pakai baju ni.
SONG: Jangan.
GALLIMARD: Kenapa
SONG: Saya tak tau pun baju ni padan dengan saya atau tidak.
GALLIMARD: Awak tak percayakan saya
SONG: Awak datang dari Perancis. Kat sana mesti ada ramai lagi perempuan-perempuan yang lebih cantik.
GALLIMARD: Perancis Sejak bila pulak perempuanperempuan barat tu
SONG: Oh. Apa yang saya buat ni (Song berlari ke arah pintu dan menarik nafas kemudian berpaling ke arah Gallimard) Tuan Gallimard, saya rasa tuan kena pergi.
GALLIMARD: Tapi..kenapa
SONG: Benda yang kita buat ni tak betul. GALLIMARD: Tapi saya tak nampak pun..
SONG: Saya tak sepatutnya buat macam ni..
GALLIMARD: Bukan.. awak cuma tak biasa..
SONG: Tolonglah. Saya dah cuba. Saya dah cuba sedaya upaya saya jadi moden, jadi berani tapi..saya gagal.
Dalam hati saya, saya takut sangat. Saya ni orang Cina, tuan Gallimard. Saya tak sepatutnya dan tak pernah pun bawak masuk lelaki ke dalam rumah saya. Saya malu dengan apa yang saya buat ni. Malu sangat.
GALLIMARD: Apa yang awak takutkan sangat Bukan saya, kan
SONG: Saya dibesarkan untuk jadi perempuan yang sopan, Tuan Gallimard.
GALLIMARD: Saya tau. Sopan dan cantik. (Gallimard menyentuh rambut Song)
SONG: Tolonglah. Tolonglah pergi sekarang. Mungkin lain kali akan jadi lebih baik dari sekarang.
GALLIMARD: Saya tak mau yang lebih baik. Saya suka yang sekarang ni. Awak yang ini.
SONG: Degil.
GALLIMARD: Orang putih memang degil. (Gallimard bergerak ke arah audiens. Song keluar pentas. Gallimard bercakap kepada audiens) Perasan tak komen-komen dia pasal perempuan-perempuan barat tu Lain kan dari mula-mula dulu Maknanya, masalah dia cuma dia rasa rendah diri, pada perempuan-perempuan tu, juga pada aku.