DIARI CINTA ROMEO - 10
Hari yang ceria. Cahaya mentari galak mencium segenap pelusuk bumi. Kehangatannya menjadikan embun tersejat menghilangkan kelembapan dan kesejukan pagi. Kelas berjalan seperti biasa hari ni. Kuliah, tutorial, latihan dan pembentangan bagai. Bosan.

Classmate aku, aku Farid tak datang. Kena denggi. Dah tiga hari dekat hospital. Hari ni kitorang plan nak pergi jenguk dia dekat HKL. Tahu apa puncanya Construction dekat kolej aku yang tak pernah siap-siap. Nak tunggu ada yang mati agaknya, baru nak siap. Denggi ni satu hal, lepas tu tak utamakan keselamatan langsung. KPM sila take note. Debu dan habuk tu jangan cakaplah. Dah macam dekat padang pasir. Kalau hujan, akan lecak selecak-lecaknya. Kalau panas, akan berdebu. So memang tak berbaloi kalau nak pakai kasut mahal-mahal.

Farid ni budak Pendang, Kedah. Dia main ragbi dekat kolej ni. Pernah bercita-cita menjadi askar tapi aku tak jelas lagi kenapa cita-citanya tak kesampaian. Tak berani nak tanya, takut benda tu isu sensitif pulak. Jadi aku buat keputusan untuk biarkan jela. Nak dijadikan cerita, hari tu kami habis kelas petang pukul 4.30 petang. Lepas asar, kami gerak ke HKL sebab waktu melawat pun sampai pukul 7.00. jadi sempatlah kami pergi melawat. Kami pergi dua kereta, Avanza dan Gen2. Selebihnya naik motor. Dalam perjalanan, aku mesej CapitalM

Aku : Awak, Fiz pergi HKL. Kawan kena denggi.

CapitalM : Pergi dengan siapa

Aku : Classmate

CapitalM : Hm okay

Aku : Awak okay Ada masalah ke

CapitalM : Saya minta maaf tentang hari tu

Aku : Its okay, lupakan je

CapitalM : Awak jangan mengharap pada saya. Saya tak boleh janjikan apa-apa. Saya terikat wak

Aku : Apa awak cakap ni. Belum apa-apa, awak dah nak mengalah

CapitalM : Bukan mengalah. Saya takut. Saya tak mampu beri awak apa-apa. Sedangkan saya sedang bagi awak harapan sekarang ni. Saya tak nak mulakan apa-apa.

Aku : Awak dengar sini. Apa pun yang jadi, biar Fiz yang tanggung. Biar Fiz yang hadapi sendiri k.

CapitalM : Maafkan saya

Aku : Tanya hati awak. Apa yang hati awak mahu.

CapitalM : Hm k saya mau sendiri. Awak hati-hati

Aku : Baik

Aku sedih. Semalam dia menyatakan kegusaran dia terhadap aku. Dia takut tak mampu beri apa-apa kepada aku. Dia tak berani menjanjikan apa-apa walaupun hatinya sudah sedia untuk aku, sedia untuk mencintai aku. Aku hanya mampu memberikannya sokongan. Memberikannya kekuatan bahawa hati dia milik aku walaupun jasadnya milik orang lain.

Dia akui tentang perkara itu. Aku datang tepat pada masanya. Ketika dia memerlukan seseorang di sisi. Ketika dia sedang dipinggirkan oleh orang yang tidak sepatutnya, aku datang memberikan perhatian. Dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri. Bimbang kalau aku berkata-kata, aku akan menyakitkan hati sesiapa. Biasalah, bila hati dah tak tenteram, minda diluar kawalan. Aku cuma anggap ini hanya dugaan kecil yang Allah turunkan buat kami. Aku dapat rasa yang perjalanan kami masih panjang dan banyak lagi dugaan yang perlu kami tempuh. Dugaan aku sekarang ialah dia masih belum yakin dengan aku. Dia belum kuat dan dia belum tabah untuk mengharungi apa yang mendatang. Jadi sekarang tugas aku untuk terus menyokongnya dan ia tentu tak mudah. Sebab aku juga manusia. Rapuh. Rapuh serapuh-rapuhnya.

Kami singgah Bangsar. Qiu nak isi minyak kereta. Jalan sesak tapi setakat Bangsar jela. Lepas tu jalan dah okay. Dalam kereta tu, ada lagi tiga orang classmate aku. Semuanya perempuan. Diorang duduk belakang. Laila, Syud dan Anis Fadhilah.

Kau tahu tak Farid wad mana Qiu

Wisma Kayu. Wad mana aku tak tahu Laila

Nanti lepas aku drop korang, aku kena hantar barang kejap. Nanti kirim salam dekat Farid jela okay Qiu

Kau nak pergi mana Aku

Hantar barang sekejap. Barang ayah aku. Nak bagi dekat kawan dia Qiu

Dekat mana Aku

Setapak Qiu

Aku diam. Sampailah HKL. Qiu drop kitorang. Yang lain tak sampai lagi. Macam kitorang je yang baru sampai ni.

Kirim salam Farid. Lepas Maghrib nanti aku jemput korang dekat sini Qiu

Okay. Nanti apa-apa aku mesej aku Aku

Wisma Kayu. Bangunan daripada kayu. Patutlah nama Wisma Kayu. Suasana suram dan menyeramkan. Betul aku cakap. Siapa yang pernah pergi, mesti diorang tahu macam mana keadaan Wisma Kayu ni. Tak macam bangunan hospital. Aku bayangkan macam sebuah kilang kayu yang dah kena tinggal empat atau lima tahun. Ditambah lagi kami sampai masa tu dah dekat-dekat pukul 6.00. Suasana memang agak sunyilah. Nasib baik kami berempat.

Dah sampai, takkan dok tercongok dekat parking tu je. Kitorang pun gerak mencari dan terus mencari dan terus mencari. Dari satu wad ke satu wad yang lain. Patutlah seram. Rupanya kami masuk dari pintu pagar belakang tadi. Apalah Qiu ni. Dah cari-cari, baru kami sedar rupanya kami dari belakang. Patutlah menyeramkan. Kami terserempak dengan Hisham. Dia bawak awek dia, Dian. Awek dia ni tengah belajar jugak, course nursing. Semua classmate aku memang kenal dengan Dian ni. Tak rapat tapi memang kenal. So kitorang pun follow jela Hisham ni. Sebab dia yang hantar Farid masuk wad dulu. Kalau dia lupa, aku ciumkan muka dia dengan sandal aku ni.

Masuk wad, rupanya Put dah sampai dulu. Dia rempit. Cilok-cilok sebab tu sampai dulu. Sampai je, aku salam dengan Farid. Sayu. Kesian aku tengok dia. Tu yang aku mampu cakap. Dengan keadaan wad. Bukan nak complain tapi suasana wad tu memang tak kondusif langsung. Sempit, tiada pengaliran udara yang sempurna ditambah lagi tiada pengasingan untuk pesakit mengikut penyakit. Aku hanya cakap apa yang aku nampak. Seriously aku bersyukur dengan apa yang ada sebab kalau dekat luar negara, nak ada hospital pun susah. Cuma sesuatu perlu dilakukan supaya HKL tu betul-betul seperti sebuah hospital.

Hang okay tak Farid Dah kurang sikit sakit tu Aku

Macam nilah. Cuka ruam dah kurang sikit. Kalau tak, gatal-gatal ni ha seluruh kaki Farid

Makan macam mana Okay Aku

Makan sedap. Okay. Tapi Cuma aku tak selera sangat Farid

Eh sebelum aku lupa, Qiu kirim salam Aku

Dia p mana Farid

Tadi dia hantar kitorang. Lepas tu dia kena hantar barang dekat Setapak Aku

Oh okay takpelah Farid

Farid ni katil dia hujung sekali. Sebelah kiri dia dinding. Katil sebelah kanan pulak kosong. Depan katil dia pun kosong. Jadi dia selesa sikitlah. Tak sesak sangat. Cuma yang ada dekat situ sorang pak cik India yang macam sakit tua. Ada seorang perempuan pertengahan abad. Isteri dia kot. Isteri yang setia menjaga suami yang sedang sakit. Dan katil hujung sebaris dengan Farid ada seorang patient OKU. Aku tak berapa pasti. Cerebral pulsy kot.

Aku tengok atas meja penuh dengan air. Ada 100 Plus, air masak dua botol dengan air panas. Dalam thermos. Dengan dia pun kena masuk air lagi dekat tangan. Aku tak banyak berbual sangat dengan dia. Sebab dia tengah waktu makan sebenarnya sekarang ni. Dian pun ada bawakkan ketam masak sup. Dia cakap kuah suap tu baik untuk orang yang kena denggi. Aku dengar je. Tak tahu apa-apa. Nasib baik katil Farid dengan toilet, so senanglah sikit kalau ada panggilan alam.

Dalam ramai-ramai tu, Suhani menangis. Dia sebak. Terharunya aku. Macam aku je yang sakit. Dia ni Asal Alor Setar. Orangnya ceria, peramah dan kadang-kadang terlebih peramah. Tapi bila dia menangis sebab dia sebak, so sweet Suhani.

Hari ni semua classmate aku ada. Laila, Suhani, Farah, Faezah, Ibtisam, Qucai, Pidot, Amar, Zul, Hisham, Put, Malia, Syud, Anis, Iylia dan Yam. Cuma Qiu dengan Zaki je yang takde. Zaki patutnya ada tadi. Tapi dia kena balik kolej sebab dia lupa nak bawak barang Farid. So dalam pukul 6.30 baru dia sampai. Masa tu kitorang nak gerak dah. Sebab dah lama sangat. Nurse dekat situ pun dah usha-usha panas je dekat kitorang. Lepas Zaki sampai je, kitorang pun mintak izinlah dengan Farid nak gerak balik.

Farid, kitorang gerak balik dululah. Rasanya dah lama sangat kitorang dekat sini Zul

Okay-okay, terima kasih datang wey Farid

Kau jaga diri Farid. Jangan mengurat nurse yang tengah praktikal. Nanti makin lambat kau baik Aku

Semua tergelak. Sebelum gerak, diorang plan nak dinner together. Yela, bukan senang nak kumpul semua macam ni. Betul jugak tu. Kalau takde apa-apa event, memang susah nak kumpulkan semua.

Okay cadangan nak makan mana Qucai

Otak-otak dengan ikan bakar. Ada satu kedai tu dekat Setapak Pidot

KFC takde k Zaki

Aduh kau ni Zack. Asyik KFC je. Bosanlah. Kalau tak makan KFC, tak boleh k Selain KFC Amar

Dah tu je yang confirm halal Zaki

Semua gelak. Jawapan slumber Zaki memang buat orang bengang. Dia memang, orangnya cool. Sangat tenang.

Okay-okay macam ni. Kita maghrib dulu dekat sini. Lepas tu, baru kita plan. Ni Qiu pun takde lagi. Kita tunggu dia Qucai

Lepas solat, kami semua tunggu depan masjid HKL. Aku tengok handset, takde mesej. Biarlah. Aku tak nak ganggu dia. Dia nak ruang sendiri tu. Lepas semua dah ada, kitorang makan dekat Setapak. Dekat-dekat dengan Kampung Puah.

Kau orderkan aku Nasi Gorang USA. Kejap lagi aku datang Qiu

Okay Aku

Lepas order semua, Qucai belanja satay. Best. Terima kasih Qucai. Aku order nasi goring USA. Bertambah lapar. Aku tengok masing-masing tengah kelaparan. Macam harimau yang sedang menunggu untuk mebaham mangsa. Yela, masing-masing tak makan malam lagi. Sekarang dah pukul 9.00. Kira lewatlah jugak. Suapan pertama yang gagal. Aku dapat mesej. Dari CapitalM,

CapitalM : Awak, semuanya dah berakhir

Aku baca dua tiga kali mesej tu. Aku bangun. Makanan tadi aku biarkan. Aku pergi jauh. Aku try call CapitalM. Tak berjawab. Aku cuba lagi. Dia jawab,

Awak, apa benda semuanya ni Aku

Maafkan saya CapitalM

Kenapa nak mintak maaf Sekarang awak cakap dengan Fiz. Apa yang dah jadi sebenarnya ni Aku

Rizman. Dia dah jumpa dengan family saya. Dia nak bertunang dengan saya. Raya ni insyaALLAH kami tunang. Family saya dengan family dia dah setuju. Saya tak boleh buat apa lagi CapitalM

Awak jangan nak tipu Fizlah. Awak berguraukan. Jangan nak main-main okay. Fiz penat ni Aku

Saya serius. Buat apa saya nak main-main tentang hal ni. Betul, petang tadi ayah saya telefon saya. Ayah saya yang beritahu. Takkan ayah saya nak main-main pula. Lagipun ni soal masa depan saya CapitalM

Awak tipu, Fiz tak percaya Aku

Betul wak. Tolonglah percaya CapitalM

Habis Fiz macam mana Aku

Awak lupakanlah saya. Saya bukan yang terbaik untuk awak. Awak terlalu baik untuk saya. Saya terpaksa. Saya dah tiada pilihan. Dan saya tiada sebab untuk menolak Rizman. Saya kenal dia dulu baru saya kenal awak. Saya terpaksa pilih dia walaupun hati saya milik awak CapitalM

Awak tolong jangan pergi. Jangan buat Fiz macam ni. Semuanya baru nak bermula. Fiz bahagia dengan awak. Awak jodoh Fiz. Fiz dapat rasa. Tolong wak, jangan pergi Aku

Saya tak boleh nak buat apa wak. Semuanya dah ditetapkan. Lagipun saya tiada sebab untuk menolak. Dia kenal family saya. Dia rapat dengan family saya. Lagipun dia orang Sabah jugak. Jadi tiada masalah jarak tu untuk kami CapitalM

Awak, Fiz tak pernah risau tentang jarak. Dari awal dulu Fiz dah tahu awak orang Sabah. Kalau Fiz risau tentang jarak, Fiz takkan melamar awak dulu. Tolong jangan pergi. Please awak Aku

Fiz, jangan macam ni. Awak boleh. Awak kuat untuk lupakan saya. Lagipun kita baru kenal. Jadi saya fikir mudah untuk kita melupakan antara satu sama lain. Awak carilah orang lain CapitalM

Hati awak. Cuba tanya hati awak. Apa yang hati awak nak Aku

Hati saya mahu awak. Betul saya cakap. Saya dah tertawan dengan awak. Ya, saya mahu dengan awak. Saya mahu menjalani hari tua dengan awak. Tapi CapitalM

Tapi apa lagi Awak kena usaha. Awak kena kuatkan. Awak tak boleh nak abaikan apa yang awak rasa macam tu je. Fiz akan jaga awak. Fiz takkan sia-siakan awak. Tolong jangan pergi sayang Aku

Talian terputus. Aku buntu. Mata dah berair. Aku dah teresak-esak. Dari jauh aku nampak Qucai dok perhati aku je dari tadi. Yang lain sibuk makan. Qiu pun dah sampai. Sebelum diorang nampak aku menangis, aku pergi jauh sikit. Lagi jauh dari tadi. Di lorong, belakang rumah seorang Cina. Aku dial. CapitalM

Fiz, awak jangan macam ni. Awak kena kuat CapitalM

Macam mana Fiz nak kuat Semuanya baru nak bermula. Fiz bahagia dengan awak sayang. Jujur Fiz dah all out dengan sayang. Tolong jangan buat Fiz macam ni Aku

Fiz CapitalM

Awak boleh sayang. Awak ada kuasa untuk ubah keputusan tu. Ni soal masa depan awak. Awak mesti. Awak sayang Fizkan Tolong do something untuk hubungan kita Aku

Awak jangan menangis. Saya dah tak boleh buat apa-apa lagi CapitalM

Please jangan cakap macam ni Aku

Maafkan saya Fiz. Jangan menangis. Saya tetap jadi kawan awak. Saya ada bila awak perlukan saya CapitalM

Sampai hati awak Aku

Saya harap awak faham. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Kalau pun kita bersama saat ni tapi kalau tiada jodoh antara kita, kita tetap tak bersama jugak CapitalM

Awak, jangan buat Fiz macam ni Aku

Saya tak mampu.. CapitalM

Aku putuskan talian. Aku tak mampu berkata-kata lagi. Aku perlukan seseorang untuk meluahkan rasa sedih. Classmate Tidak, bukan diorang. Aku tak nak diorang bersedih. Aku tak nak rosakkan kegembiraan diorang. Mak Bukan jugak. Aku tak nak dia risau. Kalau Abah aku tahu, lagi haru jadinya. Aku scroll nama dekat contacts. Aku perlukan seseorang untuk dihubungi.

Shimaa. Ya Shimaa. Aku telefon dia. Dia angkat. Aku tak mampu cakap apa-apa. Aku tersesak-esak. Teruk sangat keadaan aku masa tu. Orang yang lalu-lalang aku tak endahkan. Apa aku peduli. Aku sedih. Sebak. Merintih. Sangat-sangat sebak.

Ya Allah Hafiz, kenapa ni Shimaa

Dia pergi. Dia dah pergi Aku

Siapa Shimaa

Dia Aku

Sabar Fiz, sabar. Ingat Allah Shimaa

Aku

Aku tak mampu berkata-kata. Shimaa pun. Aku rasa dia tergamam. Saya minta maaf Shimaa kalau saya ganggu awak. Saya perlukan seseorang dan saya tak tahu kenapa saya telefon awak. Kami tak berkata-kata. Dia senyap. Hanya esakan aku sahaja yang memenuhi ruang talian. Entah kenapa, aku rasa selesa begitu. Aku rasa selesa bila Shimaa mendengar esakan aku. Seperti aku mendapat sokongan. Sepertinya kekuatan aku dah kembali pulih. Lama juga sehingga aku menghentikan talian. Ada mesej masuk. Aku tak baca. Aku off handset. Lap air mata. Redakan perasaan kembali ke meja seperti tiada apa yang berlaku.

Aku duduk. Minum air. Qucai pandang aku dengan seribu satu persoalan. Nasi goring USA aku tak terusik. Aku tak selera. Dah hilang selera. Tak sampai lima minit aku duduk, aku rasa mata dah tak mampu menampung lagi. Aku bangun,

Aku nak bungkus Aku

La, tahu tadi aku bungkus jugak. Baru je nak makan Qiu

Takpe, kau makan dulu. Aku takde selera Aku

Aku pergi kaunter. Nak bungkus. Classmate aku semua terpinga-pinga. Tertanya-tanya kenapa dengan aku. Aku diam. Minta maaf kawan. Aku takde niat nak rosakkan hari korang. Lepas bungkus dan bayar, aku tak dapat tahan lagi. Aku terburai. Aku menangis semahu-mahunya. Aku lari ke kereta. Tak nak diorang nampak aku menangis. Aku sedih. Sangat sedih. Aku nampak diorang datang dekat aku. Aku dah tak mampu nak elak. Aku dah tak boleh berhenti. Aku menangis. Memang menangis.

Kenapa wey Ada masalah keluarga ke Qucai

Aku tak menjawab.

Sabar Piz. Jangan bagi budak-budak ni nampak kau menangis Zaki

Aku cuba mengesat air mata. Tapi mata ni tak nak berhenti dari mengeluarkan air. Aku tak tahu kenapa aku sedih sangat. Kenapa mesti aku menangis Adakah aku lemah Memang aku lemah. Aku tak kuat.

Semua tanya kenapa, tapi aku tak menjawab. Aku senyap dan menggeleng. Dalam kereta sepanjang perjalanan balik, aku terus menangis. Qiu, Laila, Syud dengan Anis Fadhilah senyap. Nasi goreng USA aku bagi Laila. Aku takde selera. Kalau aku bawak balik pun, belum tentu aku makan. Sampai bilik aku sibukkan diri. Mengemas itu dan ini. Tapi aku masih menangis. Aku mandi. Solat isyak dan solat sunat. Aku mengadu semahu-mahunya pada Allah.

Ya Allah, aku redha dengan ketentuan-Mu. Aku dah cuba yang terbaik untuk berada di landasan-Mu tapi aku hanya tetap seorang hamba-Mu yang banyak khilafnya. Kau ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku dan dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Sama ada dosa-dosa yang terdahulu dan terkemudian, Ya Allah, hamba-Mu ini lemah. Kau berilah kekuatan kepadaku untuk menempuh hari mendatang. Kau tautkanlah hati aku dan dia. Aku hanya mahu yang halal dengan dia. Aku bersyukur sekiranya sudah tertulis jodoh itu milik kami. Namun aku tetap redha sekiranya Engkau ada perancangan yang lebih baik untuk diriku

Qiu datang bilik aku. Aku segan. Aku malu. Aku tak perlukan siapa-siapa saat ni. Aku perlu bersendirian. Aku malu. Aku tak mampu nak hadapi hari esok. Aku tak nak jumpa siapa-siapa.

Kau kenapa tadi Qiu

Aku okay. Takde apa-apa. Jangan risau Aku

Jangan tipu akulah. Aku tahu. Aku boleh baca fikiran orang Qiu

Biarlah Aku

Aku diam. Aku tak cakap apa-apa. Sorry Qiu, aku belum sedia nak cerita apa-apa lagi. Untuk hari esok pun, belum tentu aku mampu nak hadapi. Aku tutup lampu. Aku baring. Aku fikir. Macam-macam aku fikir. Tentang CapitalM, tentang aku, tentang hari esok, tentang masa depan. Aku rasa dunia aku gelap. Aku dah takde masa hadapan. Aku kecewa. Sangat kecewa. Sedih. Merintih. Aku menangis lagi.

Aku tak tahu kenapa perlu aku menangis. Aku sakit Aku sedih Aku lemah Tidak. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi bila dia pergi tinggalkan aku, aku menangis. Ya Allah, aku redha kalau Engkau tarik nyawaku pada malam ni. Mata aku penjam. Hanya bunyi kipas yang kedengaran, selain kesunyian yang menyelubungi segenap ruang bilik. Sepi