Begitu mudah, dalam masa seminggu Qaseh sudah mendapat tempat di sekolah baharu di negeri Melaka. Mana tidaknya, kebanyakkan pegawai- pegawai tinggi di Jabatan Pendidikan di negeri Melaka itu adalah kawan-kawan Zetty belaka. Maka tidaklah menjadi masalah buat Qaseh untuk menuntut di mana-mana sekolah kebangsaan di bandar Melaka itu. Namun, yang menjadi masalah Qaseh sekarang ini ialah bagaimana dia hendak menghubungi Zed.
Sudah lebih seminggu dia tinggal bersama Zetty. Hari-hari dia melihat sahaja talifon yang terdapat di dalam rumah makciknya itu. Talifon bimbit makciknya pula kadang-kadang lama terbiar di atas meja. Jika Qaseh capai dan dail nombor talifon bimbit Zed, sudah tentu awal-awal lagi Qaseh bisa menghubungi Zed. Tetapi sayang seribu kali sayang, Qaseh tidak ingat nombor talifon bimbit Zed. Selama ini dia hanya menyentuh gambar Zed yang tertera di muka talifon bimbitnya dan talian pun bersambung. Tidak pernah terlintas dalam fikiran Qaseh untuk menghafal nombor talifon bimbit Zed. Malah, tiada satu pun nombor talifon bimbit kawan-kawannya lain yang dia hafal.
Di rumah makciknya juga terdapat komputer dan notepad yang bermutu dan terkini. Sebut sahaja semuanya ada. Boleh sahaja Qaseh menghubungi Zed melalui twitter atau facebook, tetapi Zed pula tidak memiliki alamat twitter atau facebook. Malah alamat rumah Zed pula, Qaseh tidak hafal, sekurangkurangnnya boleh juga berutus surat. Terfikir juga Qaseh hendak menghubungi beberapa orang kawannya melalui facebook atau twitter tetapi mereka-mereka itu bukanlah kawankawan yang rapat atau boleh dia percayai. Ragu-ragu juga jika mereka tahu pekara yang berlaku, mereka akan hebuhkan gosip di sekolah. Dan besar kemungkinan jikalau pekara itu sampai ke telinga ayahnya, keadaan akan menjadi lebih parah. Sekali lagi sayang seribu kali sayang. Kini nasi sudah menjadi bubur. Jika Qaseh menangis airmata darah sekalipun Zed tetap tidak dapat dihubungi, kecuali dengan izin Tuhan.
Itulah sahaja harapan yang masih ada, dengan izin Tuhan. Harapan itulah telah meredakan sedikit airmata Qaseh yang mengalir setiap malam sebelum dia tidur, sejak dia berpisah dengan Zed kekasihnya itu. Menyesal sungguh dia kerana tidak memaksa Zed untuk memiliki alamat facebook atau twitter, tidak lama dulu. Kini hanya doa yang menjadi harapan Qaseh. Setiap hari selesai bersolat, Qaseh akan panjatkan doa agar dapat bertemu Zed. Tiada siapa yang akan mengerti perasaan gadis sunti yang sedang memedam rindu kepada Zed.
Kini telah masuk minggu ke dua mereka berpisah. Zed juga sedang tersiksa menanggung rindu pada Qaseh. Puas Zed bertanya kawan-kawan di sekolah samada mereka tahu di mana Qaseh, tetapi tiada seorang pun antara kawan-kawan Qaseh yang tahu. Malah mereka sendiri terperanjat apabila diberitahu oleh Zed bahawa Qaseh telah pindah. Kemudian, ada salah seorang dari kawan Qaseh, bernama Noraida telah cuba menghubungi Qaseh di faceboook.
WIDE SHOT.
EXT. MEJA MAKAN - KANTIN SEKOLAH / SIANG.
KITA LIHAT ZED DAN NORAIDA SEDANG BERBUAL SERIUS. NORAIDA BERBUAL SAMBIL MAKAN, TETAPI ZED NAMPAKNYA LANGSUNG TAK SENTUH MAKANAN. WAJAHNYA NAMPAK SERABUT.
NORAIDA
I dah bukak facebook Qaseh, tapi dah lebih dua minggu facebook dia tak aktif.
Messenger, SHAREit, WeChat, Instagram..
semua pun sama...tak aktif.
ZED
Apa ke jadah semua tu, gua tak ambik tau.
Yang gua tau sekarang ni, hidup aku dah jadi kelat. Macamana ni Apa lagi cara gua nak cari dia, togk!
NORAIDA
Itulah...memang dari dulu pun facebook
dia jarang aktif, yang lain-lain tu, lagi laa.
Its ok Zed. I akan check it out, hari-hari.
ZED Thanks...Noraida. Kau terbaik laa!
BARULAH ZED NAMPAK BERSELERA SIKIT UNTUK MAKAN.
CUT TO.
EXT. KAWASAN BERHAMPIRAN KANTIN
SEKOLAH / SIANG.
KELIHATAN DUA ORANG MURID PEREMPUAN SEDANG BERJALAN SAMBIL MEMANDANG KE ARAH ZED DAN NORAIDA DI KANTIN.
MURID P-1 Omg! Look at that!
MURID P-1 ITU TERUS MENANGKAP GAMBAR ZED DAN NORAIDA; GUNA TALIFON BIMBITNYA.
MURID P-1 Yess...got it!
MURID P-2 What...what!
MURID P-1
Woy! Buta ke apa! Sana tu! Zed dengan bff baru dia!
BERSUNGGUH-SUNGGUH SI MURID P-1 MENUNJUK KE ARAH ZED DAN NORAIDA. MURID P-2 TERKEJUT DENGAN APA YANG DILIHAT.
MURID P-2
Omg! Si sado aku telah dirampas oleh minah current itu! Haahaa!
MURID PEREMPUAN BERDUA ITU KETAWA-KETAWA. DAN GELAGAT MEREKA TELAH MENDAPAT PERHATIAN ZED.
BACK TO.
EXT. MEJA MAKAN - KANTIN SEKOLAH / SIANG.
ZED KURANG SENANG MELIHAT GELAGAT MURID PEREMPUAN BERDUA ITU. TETAPI TERPAKSA BUAT SELAMBA.
NORAIDA PULA NAMPAKANYA TERUJA DAN TERSENYUM. TETAPI KEMUDIANNYA NORAIDA SEPERTI PURA-PURA MARAH.
NORAIDA I hate diorang tu. Hashtag...kaki gosip.
ZED
Yang sorang tu mental sikit, kan.
Dia pernah selamba jer ajak gua couple.
NORAIDA
Norma tu Ramai girls sekolah ni syok kat you actually. You jer tak tau. Heehee...
NORAIDA MELEMPARKAN SUATU SENYUMAN BERMAKNA PADA ZED. MUNGKIN MENYAKAT
AGAKNYA. ZED TIDAK PEDULI DENGAN KATAKATA NORAIDA ITU. DI DALAM HATINYA HANYA ADA QASEH.
ZED
Ahh...tak penting. Jom kita bla...sebelum diorang berdua tu melarat datang sini.
ZED PUN BANGUN MELANGKAH KAKI DARI SITU DIIKUTI OLEH NORAIDA DARI BELAKANG.
KITA DAPAT LIHAT, NORAIDA CUBA BERJALAN SEIRING DENGAN ZED TETAPI LANGKAH ZED LEBIH LAJU NORAIDA TINGGALKANNYA DI BELAKANG.
CUT TO.
MONTAJ:
EXT. PERHENTIAN BAS BERHAMPIRAN
SEKOLAH / SIANG.
KITA LIHAT ZED BERBASIKAL DATANG MENGHAMPIRI NORAIDA YANG SEDANG MENUNGGU BAS. ZED BERTANYA SESUATU; NORAIDA MENGGELENGKAN KEPALA. ZED
KECEWA BEREDAR DARI SITU.
CUT TO.
MONTAJ:
EXT. KAKI LIMA BANGUNAN SEKOLAH /SIANG.
KELIHATAN ZED DAN NORAIDA DI DEPAN KELAS.
ZED BERTANYA SESUATU. NORAIDA MENGELENG KEPALA. WAJAH ZED KECEWA BEREDAR DARI SITU. CUT TO.
INT. SHOPPING MALL-FOOD COURT / SIANG.
ZED DAN NORAIDA BAHARU SAMPAI DI SITU. MEREKA BERSALAMAN DAN ZED TERUS BERTANYA.
ZED
Certialah apa Qaseh cakap yang you tak boleh nak citer kat phone aja tu
NORAIDA
I dapat chat dengan dia kat facebook, tapi dia taknak cakap dia kat mana.
(geleng kepala)
I mentioned pasal you, tapi dia selamba macam tak layan pun.
ZED
Adus! Habis tu, pahal lu paksa gua datang sini Cakap kat phone aja pun boleh.
(muka bosan)
Konon, ada story baik nak bagi tau gua.
ZED TERUS HENDAK BEREDAR DARI SITU, TETAPI DITAHAN NORAIDA; DIA MENDESAK ZED TEMAN DIA MAKAN.
NORAIDA Tapi I memang ada something else nak
bagitau you. You temanlah I makan kejap. Jom, I spedo you.
ZED
Tak payah spedo sangat. Gua sekarang tengah kusut pasal Qaseh.
(bengang)
Gua gerak dulu!
NORAIDA DENGAN BERANINYA TERUS MEMEGANG TANGAN ZED; MENGHERET ZED DUDUK DI SALAH SATU MEJA DI FOOD COURT ITU. ZED BERKERAS TIDAK MAHU.
ADENGAN TARIK-TARIK TANGAN BERLAKU SEKETIKA; AKHIRNYA NORAIDA LEPASKAN TANGAN ZED. DAN ZED BEREDAR DARI SITU.
KITA LIHAT PADA WAJAH NORAIDA; ADA TERUKIR SENYUMAN BERMUSLIHAT.
Masa berlalu begitu cepat. Masuk minggu ke tiga kehilangan Qaseh, membuat Zed semakin tidak keharuan. Berbagai cara telah diusahakan. Namun di manakah Qaseh masih menjadi tanda tanya. Dua minggu lagi Zed harus berangkat ke Kuala Lumpur untuk sama-sama terlibat dalam satu persembahan konsert di sana. Latihan demi latihan bersama kumpulan band perlu dilalui dengan lebih gigih. Dalam pada itu jiwa Zed terus terusik dik ketiadaan Qaseh. Ketika sesi latihan, teman-teman dewasa dari kumpulan band, mulai nampak kepincangan dalam jiwa Zed. Terutama sekali Abang Black. Dia pun bertanya pada Zed, mana Qaseh, langsung tak nampak Sepatah Abang Black bertanya, sepuluh patah Zed jawab.
Ketika itu mereka sedang berhenti rehat dari sesi latihan. Zed menceritakan segala masalahnya pada Abang Black.
Segala usahanya menjejaki Qaseh melalui muat naik sesawang internet dan laman multimedia yang banyak itu, samalah bagai mencari kutu di dalam ijuk, makin mustahil jadinya. Dan dia sekarang menaruh harapan tinggi kepada Noraida, agar dapat menghubungi Qaseh melalui facebook. Itu pun hampir menuju jalan buntu. Jiwa Zed semakin luntur, tetapi semangatnya tidak mudah kecundang. Zed tidak segan-segan meminta agar Abang Black membantunya mencari Qaseh di Kuala Lumpur nanti, setelah konsert selesai.
Sejak kecil Zed dididik supaya kuat semangat dan jangan sesekali mengeluh tatkala datangnya dugaan dari Tuhan. Zed tahu, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Dalam proses penyelesaian masalah, Islam menyarankan kita agar memiliki nilai-nilai murni seperti sentiasa bersikap pro aktif, berani berhadapan dengan masalah, berfikiran positif, yakin bahawa setiap masalah mempunyai hikmah di sebaliknya, sabar dan tenang agar tindakan yang diambil tepat dan berkesan. Dan antara ikhtiar yang dituntut oleh Islam ialah menggalakkan kita sentiasa berdoa. Doa itu inti ibadah. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah. Bisik Zed kepada dirinya.
INT. STUDIO LATIHAN BAND / MALAM.
KELIHATAN TEMAN-TEMAN BAND SEDANG
BERKELIARAN BUAT HAL MASING-MASING.
KITA DI SATU SUDUT DI MANA ZED DAN ABANG BLACK SEDANG BERBUAL SERIUS; DI TANGAN MEREKA MEMEGANG MUG MINUMAN.
ZED
(sedih)
Macam gitu la. Qaseh tak layan
bila Noraida tanya dia pasal saya.
Frust saya. Lepas tu, dia kata...
Qaseh akan block facebook. Lebih kurang macam gitulah...kacau saya, abang.
BLACK
Ye ke Qaseh langsung tak tanya pasal kau pada Noraida Tapi bukan main lagi korang cintan, aku tengok. Tak akan Qaseh lupa kau macam gitu aja.
ZED
Itu la...pelik. Saya confident Qaseh tak macam gitu. Kami dah janji, abang.
BLACK
Abang ada facebook. Takpa, nanti aku cari facebook Qaseh...senang aja.
WAJAH ZED TERUS BERUBAH CERIA. TIBA-TIBA SEMANGATNYA MEMBARA SETELAH MENDENGAR KATA-KATA ABANG BLACK.
ZED
Hahh Yess! Saya ada terfikir tu!
Menyesal pulak saya, dulu tak ambik pot pasal facebook ni...kan.
BLACK Tak ambik pot, ke tak tau!
BLACK MENYAKAT; DISENGGOLNYA ZED KE DADANYA. SAYANG BETUL BLACK PADA BUDAK KECIL YANG BERBAKAT BESAR ITU.
BLACK
Ok..takpa. Nanti abang akan cuba locate kekasih kau tu di facebook abang.
ZED
Nanti bila, abang Tu...
(mulut mucung tunjuk sesuatu)
Tuuu...notepad abang ada kat situ.
BLACK
Ewah...ewah...habis tu tak payah practise ke kita ni
ZED
All rite! Jom sambung practise, lepas tu layan facebook...haahaa!
ZED PUN DENGAN PENUH GIRANG BANGUN MENERUSKAN LATIHAN. YANG LAIN PUN TURUT GIRANG. MEREKA PUN SAMBUNG BERLATIH.
Selesai sahaja sesi latihan malam itu, abang Black dan Zed pun membelek-belek notepad. Mereka cuba mengesan facebook Qaseh. Tidak lama selepas mencarinya, mereka jumpa. Ternyata facebook Qaseh masih ada, tidak diputuskan seperti yang dikatakan Noraida kepada Zed. Facebook Qaseh cuma tidak aktif. Abang Black pun melayari facebook Qaseh sambil diperhatikan Zed.
Tiba-tiba Zed terkejut, bagai nak runtuh jantungnya apabila dia lihat di dalam facebook Qaseh itu ada terpampang dua keping gambar. Gambar Zed bersama Noraida sedang duduk makan di kantin sekolah. Satu lagi gambar Zed bersama Noraida sedang berpegangan tangan di depan food court di sebuah pusat membelibelah. Zed kenal benar suasana dan ketika mana gambar itu diambil. Peristiwa itu membuat Zed terasa sangat musykil, bagai tulang dalam rongkongan. Puas dia memikirkan siapa yang telah merakam gambar-gambar itu.
Abang Black pun merungkai lebih jauh menyelongkar apa lagi yang boleh diperolehi dari facebook Qaseh itu. Mereka dipertemukan dengan satu petunjuk, bahawa gambar-gambar itu dihantar kepada Qaseh oleh ibunya, Sofia. Persoalan seterusnya dari mana pula Sofia dapat gambar itu. Jenuh Zed memikirkan apakah motif Makcik Sofia berbuat demikian. Kemudian Zed terfikir, mungkin motifnya hanya ingin membuat Qaseh marah dan akhirnya melupakan Zed. Mungkin benarnya kata-kata Noraida. Disebabkan gambar-gambar itulah maka Qaseh tidak layang pertanyaan Noraida tentang Zed. Terhangguk-hangguk kepala Abang Black dan Zed mendalami dan mencungkil satu persatu muslihat yang tersirat di situ. Berbagai spekulasi telah mereka, reka-rekakan. Tidak lama kemudian satu persoalan terjawab. Apa dia, bang Tanya Zed pada Abang Black. Hemm...tengok gayanya, tak ada pun Noraida chatting dengan Qaseh dalam facebook ni. Dia tipu kau Zed. Jelas Black pada Zed dengan penuh yakin. Sadarlah Zed bahawa Noraida tidak boleh dipercayai. Tapi siapa yang bagi gambar-gambar itu pada Makcik Sofia Tanya Zed sambil merenung tepat mata Abang Black.
Orang pertama yang akan Zed tanya ialah Noraida. Tetapi Abang Black cadangkan jangan ditanya Noraida dahulu. Kerana apabila dilihat secara terperinci lagak dan gaya Noraida di dalam gambar itu, dia sepertinya tahu bahawa gambarnya sedang dirakam. Black yakin bahawa Noraida tahu segalanya. Tetapi apa pula motif Noraida Setelah hampir dua jam Abang Black dan Zed cuba merugkai segala persoalan, mereka masih belum dapat jawapan kepada semua persoalan yang timbul. Sehingga Black bertanya Zed, selain dirinya dan Noraida, siapa lagi tahu tentang Zed cuba mengesan Qaseh melalui facebook. Dengan pantas Zed berkata, Abang Jef. Dia tahu saya minta tolong dari Noraida.
Seperti anak panah terbang ke papan, pantasnya Abang Black mengesahkan bahawa Jefri yang memberitahu pada ibubapa Qaseh tentang perkembangan Zed itu. Jefri juga kenalan Black. Jefri pernah meluahkan perasaannya pada Black bahawa dia tidak berapa gemar Zed terlibat secara langsung pada bidang muziknya selagi belum habis sekolah. Dari situ Black mengagak tentu Jefri bersependapat dengan ibubapa Qaseh, yang berusaha hendak menjauhkan Zed dan Qaseh, supaya mereka menumpukan pada pelajaran terlebih dahulu sebelum bermain cinta.
Zed bersetuju dengan pendapat Abang Black, kemungkinan Abang Jefri yang menceritakan pada ibubapa Qaseh tentang usahanya mencari Qaseh melalui laman facebook. Mereka tidak boleh memaksa Qaseh menutup alamat facebook, maka mereka pun melakar cerita kononnya Zed kini bercinta dengan Noraida, agar Qaseh lupakan Zed. Masuk akal spekulasi Abang Black itu. Kata Zed sambil mengangguk kepala dengan penuh yakin. Namun Zed harus pastikan dahalu kesahihan teori itu sebelum dia bertindak apa-apa terhadap Noraida dan Abang Jefri.
Marah sungguh Zed pada Jefri, tetapi disimpankan dahulu perasaan marahnya itu. Di rumah Zed seperti biasa sahaja dengan Jefri. Namun, kerenggangan mereka tetap dirasai oleh Jefri. Sejak kebelakangan ini Zed tidak lagi bersarapan atau makan malam bersama Jefri. Dia akan tunggu Jefri makan dahulu baharu dia makan. Dan jika Jefri mengajak Zed makan bersamanya, Zed akan menolak dengan seribu alasan. Namun Jefri tidak terfikir apa-apa pun atas perubahan sikap Zed itu. Dia hanya menyangka Zed terlalu sibuk dengan latihan dan dalam waktu sama terpaksa menelaah buku-buku sekolah. Maklumlah pada hujung tahun nanti Zed akan menghadapi peperiksaan PT3.