CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 10
RAMBUT dilurut perlahan sebelum berbaring atas tilam. Penjelasan ibunya sebentar tadi benar-benar buat dia tak senang hati. Rasa bersalah terhadap Ika Alia, tak semena datang menjengah.

Lebih-lebih lagi, apabila terjumpa gadis itu secara empat mata. Rasa kesal kini bersarang di dada. Wajah mulus yang nampak naif di mata. Apa perlu dia buat

Patutkah dia berjumpa Ika untuk meminta maaf

25 OKTOBER 2013

Gadis itu, Ika Alia. Rupanya dia bekas tunang aku. Tadi aku tengok apa dia buat dalam kereta. Dia cuba tanggalkan cincin. Aku syak, itu cincin pertunangan kami bila dia kata aku tak faham apa-apa.

Kasihan dia. Aku harap, dia tak simpan dendam.

Kalau waktu boleh diundur semula, aku nak kenal Ika lebih dekat. Tapi, sekarang aku tak layak. Aku dah kahwin. Buku catatan disimpan bawah bantal. Untuk mengelak dari terus berfikir soal Ika, dia berhajat menghubungi Irdiana. Baru dua hari berjauhan dengan isterinya, tiba-tiba hati merindu.

Irdiana dihubungi melalui talian, tapi panggilan tak dijawab. Kemudian, dia kirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Idlan:

Salam. You kat sana macam mana Semua okey

Namun, mesej dikirimkan juga tak berbalas. Idlan mengeluh hampa dan mengambil keputusan untuk tidur saja.

Pintu bilik ditolak dari luar. Terjojol wajah Che Jah sambil membawa ubat nyamuk.

Lan tak tidur lagi

Idlan bangkit semula lalu duduk di birai katil, Tak mengantuk lagi, mak.

Che Jah tersenyum dan melabuh duduk di sisi Idlan. Sejak Lan balik, mak perhatikan Lan macam ada masalah. Yelah, balik sorang-sorang. Cuti kerja sampai dua bulan. Jadi, apa halnya dengan isteri Lan kat sana Tak apa ke kalau Lan tinggalkan lama-lama Atau, ada perkara Lan sorok dari mak

Idlan usap belakang leher. Nampaknya, dia akan diasak Che Jah untuk buka mulut mengenai perkara sebenar. Berat hati untuk meluahkan, tapi sampai bila dia mampu menyorok masalah di hadapinya sekarang Kalau orang luar tak boleh tahu, sekurang-kurangnya biar ibunya tahu.

Mungkin... ini balasan untuk saya sebab pernah engkar kehendak mak dan ayah. Idlan membuka kata.

Biar dia bercerita. Buat apa disimpan-simpan lagi. Maksud Lan, apa

Idlan tarik nafas dalam-dalam dan melontar perlahan. Mengumpul kekuatan untuk berbicara dari hati ke hati dengan Che Jah yang belum tahu apa-apa.

Mak... saya minta maaf. Ampunkan kesalahan saya. Mungkin sebab tak dapat restu dari mak dan ayah, rumahtangga saya tak bahagia suara Idlan perlahan. Dia tunduk sambil menarik tangan ibunya. Tangan Che Jah dicium berkali-kali. Melepas kesal yang menjengah ruang hati.

Kenapa jadi macam ni, Lan Apa sebenarnya berlaku Cerita dekat mak... Che Jah memberi reaksi simpati.

Idlan angkat muka. Merenung lama setiap kedut pada wajah ibunya.

Isteri saya tak dengar kata. Degil. Selalu berbelanja mewah. Tak pernah solat. Nak puasa jauh sekali. Makan minum saya tak diambil peduli. Idlan hela nafas sebentar.

Saya gagal didik dia. Gagal jadi suami untuk memimpin rumahtangga. Mungkin kerana dosa saya pada mak dan ayah, Allah hukum saya begini, luah Idlan tanpa ada rahsia yang tertinggal.

Astaghfirullahalazim Che Jah urut dada.

Menitis air mata apabila mendengar cerita Idlan. Rambut Idlan diusap penuh kasih sayang. Diciumnya sekali dua sebelum bertindak menyeka air mata sendiri.

Adatlah hidup berumahtangga. Bukan sebab mak dan ayah restu atau tak. Dalam hati, mak reda dengan apa yang dah jadi. Hampir setiap malam mak doa pada Allah supaya rumahtangga Lan aman damai. Tak ada pertelingkahan. Sebagai suami, Lan kena banyakbanyak sabar...

Tapi, saya dah tak tahan dengan perangai dia. Saya mati akal dan tak tahu macam mana nak nasihatkan dia lagi. Saya betul-betul buntu, luah Idlan lagi. Nadanya kian sebak.

Che Jah gosok belakang Idlan secara berulangulang, Sabar, nak. Berdoa banyak-banyak. Minta Allah tenangkan hati, ya

Paling saya tak boleh terima, dia kata menyesal kahwin dengan saya.

Che Jah menggeleng laju. Tak percaya menantunya sanggup berkata begitu, Betul ke ni

Idlan sekadar mengangguk lemah. Segala beban dipikul, akhirnya terlepas sedikit demi sedikit. Terasa ringan bahunya selepas meluah isi hati yang dipendam selama ini.

Habis, sekarang ni macam mana Lan balik sini maksudnya, Lan dah ceraikan dia Soal Che Jah. Dia benar-benar ingin tahu.

Idlan menggeleng, Kami masih suami isteri. Cuma sekarang, saya ambil keputusan berpisah sementara. Cukup tempoh dua bulan, saya harap keadaan rumahtangga kami pulih semula. Dalam tempoh ni juga, saya mahu dia berfikir.

Macam mana nak selesai kalau sorang kat sana dan sorang pula kat sini Che Jah nampak ragu-ragu dengan tindakan Idlan.

Saya dah tak ada cara lain. Ini satu-satunya jalan yang saya nampak selain berdoa, meminta supaya dia berubah. Lagipun ayah mentua saya yang cadangkan kami berpisah sekejap, balas Idlan sambil mengesat mata dengan hujung lengan t-shirt. Air mata lelakinya keluar ketika itu.

Che Jah terangguk-angguk. Tak mahu mendesak Idlan lagi dengan bermacam soalan. Risau kalau Idlan tertekan.

IKA mendengus halus. Sekali lagi gambar passport bekas tunang diambil dari almari. Wajah hampir serupa dengan lelaki yang menghantarnya pulang

malam tadi, diteliti cukup lama.

Kalau dalam gambar, lelaki itu berwajah ceria. Muka licin tanpa sebarang kumis dan janggut. Tapi, sekarang, keceriaan di wajah itu seakan hilang.

Gambar dipusing bahagian belakang. Idlan. Sebaris nama tercatat di situ buat keningnya berkerut. Memang sah itu bekas tunangnya. Sekarang, tibatiba muncul depan mata. Ika senyum sumbing dan mencampak gambar ke dalam tong sampah. Bibir dijuih panjang sedepa.

Dia bergerak ke arah almari. Sepasang baju kurung merah jambu diambil untuk dipakai pada hari ini. Sekarang adalah masa untuk pergi kelas menjahit. Bukan duduk termenung mengingati Idlan. Huh... tak berbaloi.

Ika keluar dari rumah tanpa sempat bersarapan. Hari ini dia nak makan nasi lemak bungkus dari warung Nik Asmawi yang letaknya tak jauh dari rumah.

Skuter dihidupkan lalu meluncur perlahan atas jalan.

Sampai di warung, dia berhentikan skuter. Dari jauh dia nampak Nik Asmawi tersengih-sengih memandang ke arahnya. Tak ada benda lain. Mesti nak usik dia. Lelaki itu kalau tak mengusiknya dalam satu hari, memang tak sahlah hidup.

Hai Ika. Serba-serbi pink hari ni. Tudung pink, baju pink, motor pink, tegur Nik Asmawi dengan sengih melebar.

Ika mencebik, Apa nak sibuk hal orang Bak sini nasi lemak dua bungkus.

Garang sungguh anak Ayah Wan ni, usik Nik Asmawi sambil tangan sibuk membungkus nasi lemak yang diminta.

Ika menyilang tangan ke dada. Dia bukan marah betul-betul. Tak ada hal pun kalau Nik Asmawi mengusik sebab dia dah lali. Apa yang buatkan dia tak ada mood, apabila ingat pada hal semalam. Tak sangka, lelaki yang menghantarnya pulang dan membantu ketika kainnya melekat pada pagar berduri, adalah bekas tunang sendiri.

Berapa Soal Ika sebaik saja Nik Asmawi hulurkan plastik. Beg tangan kecil dibuka zipnya dan mengeluarkan wang kertas bernilai lima ringgit.

Abang bayar.

Satu suara kedengaran dari belakang, buat Ika berpaling serta-merta. Idlan!

Nik Asmawi tercengang-cengang apabila menatap wajah lelaki yang berdiri di belakang Ika.

Lan! Dia separuh menjerit.

Hai Nik tegur Idlan.

Bila kau balik

Baru dua hari, jawab Idlan tanpa melihat Nik Asmawi. Pandangan hanya tertumpu pada Ika.

Tak apa. Saya boleh bayar sendiri. Ika masih hulurkan wang pada Nik Asmawi, tapi cepat-cepat Idlan mengambil wang itu dari tangan Ika dan masukkannya ke poket baju. Ika berdecit geram. Sibuk aje nak membayar. Macamlah dia tak ada duit sangat. Nik Asmawi mengambil wang dihulurkan Idlan. Dia tersenyum apabila memandang kedua-duanya. Macam ada masalah saja antara anak Ayah Wan dan anak Che Long. Nik Asmawi berteka-teki.

Terima kasih, ucap Ika dan beredar.

Malas nak berdiri lama-lama di situ dan menghadap wajah Idlan. Tiba-tiba perasaan benci menular dalam diri. Dia sendiri tak faham kenapa. Kalau sebelum ini dia tak ambil kisah dengan kedatangan Che Jah dan Che Long ke rumah memutuskan pertunangan, tapi kenapa sejak Idlan muncul, tak semena dia menyampah

Sama-sama, jawab Idlan secara berbisik.

Idlan berpaling melihat Ika sedang hidupkan enjin skuter, Ika nak ke mana pagi ni

Kelas menjahit! Jawab Ika dari jauh.

Idlan berpaling semula ke arah Nik Asmawi yang tak henti-henti membungkus nasi lemak.

Tiba-tiba kau balik, kenapa Soal Nik Asmawi.

Hairan melihat Idlan muncul depan mata.

Idlan tersenyum, Aku nak balik kampung sekalisekala, tak boleh

Bukan tak boleh. Tapi, sebelum ni, kau jarang sangat balik. Atau tak pernah balik langsung, kut Ini tiba-tiba muncul. Hairan aku.

Apa kau nak hairan Suka hati akulah nak balik ke tak, tempelak Idlan selamba badak.

Nik Asmawi mencebik sedepa.

Erm, betul juga. Suka hati kaulah nak balik ke tak. Mak ayah kau tu... kiranya suka hati kaulah nak ambil peduli ke tak, kan Sindiran Nik Asmawi memang terbaik. Betul-betul mengena!

Idlan terdiam. Kata-kata Nik Asmawi benar-benar menyinggung perasaan. Kemudian, dia meminta diri. Sensitif sungguh dia sejak kebelakangan ini. Padahal dia sendiri tahu kata-kata Nik Asmawi bukan bermaksud apa-apa. Hanya usikan dan gurauan teman sekampung.

Ha... merajuklah tu. Cakap sikit, merajuk. Perangai kau memang tak berubah sejak dari zaman sekolah! Bidas Nik Asmawi apabila melihat tingkah Idlan.

Idlan berpaling. Menapak semula ke arah sahabatnya.

Nik.. panggilnya. Apa

Kau tahu tak, kat mana Ika belajar menjahit Soal Idlan penuh mengharap. Perasaan tersinggung tadi ditolak ke tepi.

Nik Asmawi garu kepala. Apa ke bengonglah si Idlan ni Tiba-tiba tanya soalan macam tu Ingatkan nak beli nasi lemak ke apa.

Kenapa kau nak tahu

Idlan gigit bibir bawah. Rambut dilurut sebentar. Aku... aku... ah, susah betul aku nak cakaplah.

Apa hal ni Pelik semacamlah kau ni, Lan... Nik Asmawi garu sisi telinga. Hairan betul dengan kawan dia ni. Balik aje, terus tunjuk perangai pelik.

Aku nak minta maaf dengan dia.

Apesal pula

Kau tak tahu apa-apa cerita ke

Cerita apa ni

Idlan diam sesaat. Ah... susah cakap dengan kau ni. Aku balik dululah.

Merajuk lagi ke Eh, Lan. Malam nanti kau ceritalah kat aku!

Malaslah! Jerit Idlan dari kejauhan.

Nik Asmawi jongket bahu. Langsung tak faham dengan sikap Idlan. Kisah Ika putus tunang dengan Idlan pun dia tak tahu. Apa punya masyarakat kampunglah dia ni.

NISSAN MURANO dipandu perlahan. Entah ke mana arah tujuan, dia sendiri tak pasti. Apa yang ada dalam kepala sekarang, bagaimana cara meminta maaf dengan Ika. Hati takkan tenang selagi Ika tak maafkan kesalahan.

Brek ditekan secara mengejut apabila mata menangkap ke arah skuter pink yang diparkir sebelah bangunan dua tingkat di seberang jalan. Dia yakin, itu skuter Ika. Bibir menguntum senyum spontan lalu tangan memulas stereng.

Idlan keluar dari kereta. Berdiri tegak di hadapan bangunan dua tingkat itu sambil berpeluk tubuh. Bengkel Jahitan Mesra Rakyat, Kota Bharu. Papan tanda bahagian atas bangunan dibaca. Tanpa raguragu, dia menapak masuk.

Di satu sudut, dia ternampak Ika. Perlahan dia menuju ke arah Ika yang tekun membuat kerja.

Ika.. tegurnya sepatah.

Ika mendongak. Matanya membulat. Terkejut dengan kehadiran Idlan. Kemudian, dia mengheret Idlan keluar. Bimbang Puan Hasnah ternampak. Mana boleh Idlan masuk sesuka hati.

Buat apa datang sini Dengan bengang Ika menyoal. Tangan melekat pada lengan Idlan segera dileraikan.

Abang nak minta maaf dengan Ika. Abang yakin,

Ika dah tahu siapa abang.

Ika kecilkan mata. Menunjuk sikap marah.

Tak ada maaf, dia membalas dengan wajah separuh masam. Senang-senang aje nak minta maaf dengan dia. Ingat dia ni apa Barang mainan Idlan ke

Idlan lepas keluhan panjang. Wajah diraup sekali dua. Penerimaan Ika yang dingin, buat dia sentap. Namun, dia tak boleh salahkan Ika. Setiap kesilapan adalah di bahunya. Jadi, segala tingkah laku Ika dan bagaimana cara Ika menangani dirinya, dia tak boleh ambil kisah. Biarlah Ika marah. Biar gadis itu puas hati dapat lepas kemarahan padanya.

Kita cakap kat luar sekejap, boleh Pinta Idlan sesungguh hati.

Ika julingkan mata ke atas. Apa yang Encik Idlan nak cakap Semua dah jelas.

Ika Alia, ada apa-apa masalah ke Tegur Puan Hasnah yang muncul di belakang.

Tak ada apa-apa, Puan Hasnah, jawab Ika gelisah. Bimbang kalau dia dimarahi.

Kalau tak ada apa-apa, kenapa awak tinggalkan kelas Awak tahukan, undang-undang bengkel jahitan ni macam mana Pelajar tak dibenarkan keluar sebelum jam 1 tengahari. Apatah lagi ada orang luar datang berbual-bual dengan awak kat sini, bebel Puan Hasnah dengan mengawal intonasi suara.

Puan, saya abang Ika. Boleh puan bagi keizinan dia keluar sekejap Maksud saya, puan bagi dia cuti teruslah hari ni. Idlan tersenyum.

Ada hati dia mengaku sebagai abang kandung Ika. Dah tu, dia memang tak ada cara lain untuk bercakap secara privasi. Niatnya cuma satu. Hanya untuk meminta maaf. Bukan dia nak mengurat Ika.

Ika ternganga. Sungguh berani Idlan menipu!

Puan Hasnah memerhati Idlan dari atas sampai bawah. Baru saja minggu lepas seorang lelaki datang cari Ika, juga mengaku sebagai abang. Tapi, ketika itu, wajah lelaki tempohari amat berbeza dengan lelaki yang berdiri depannya ini.

Ika, awak ada berapa orang abang

Dia ramai abang, puan. Ada lima orang semuanya, lekas-lekas Idlan jawab bagi pihak Ika.

Dia tak peduli riak wajah marah Ika sekarang. Apa yang dia mahu, Ika dapat keluar dengannya. Cukup untuk dia jelaskan keadaan dan mahu meminta maaf dengan cara yang betul. Dia nak dengar sendiri dari mulut Ika bahawa gadis itu benar-benar memaafkannya.

Puan Hasnah tergeleng-geleng. Tak faham dengan situasi depan mata. Dia terus beri persetujuan. Dia tak mahu kehadiran abang Ika itu mengganggu tumpuan pelajar-pelajar lain. Lagipun, bukan dia tak tahu sikap pelajar-pelajar yang mengambil kursus jahitan di situ. Pantang nampak lelaki handsome. Mulalah nak bergosip.

Idlan senyum lebar. Dia tahu, Ika tiada pilihan apabila Puan Hasnah beri keizinan.

Mulut Ika terkumat-kamit. Membebel dalam senyap. Dia berjalan sambil menghentak kaki menuju kereta yang ditunjuk Idlan.

Dalam perjalanan, Ika hanya membisu. Apabila Idlan menoleh, dia buat-buat tak nampak dan terus melihat ke sisi, memandang keluar tingkap cermin kereta.

Encik Idlan nak bawa saya ke mana Kalau isteri Encik Idlan nampak, macam mana Nanti jadi kes salah faham pula.

Idlan senyum nipis, Ika jangan risau. Abang tak ada niat jahat. Tentang isteri abang tu... dia tak ada kat sini. Dia ada di Johor Bharu.

Pantas Ika menoleh. Geram dengan jawapan Idlan, Bila isteri Encik Idlan tak ada kat sini, Encik Idlan bebaslah nak buat sesuka hati

Huh... lelaki gatal. Ada isteri buatlah macam ada isteri.

Idlan garu kening. Ika tak faham dan dia malas nak terangkan. Biar gadis itu terus berteka-teki.

Nanti kita berbual kat tempat sesuai. Bukan kat dalam kereta ni. Abang tengah memandu. Apa yang Ika nak tanya, abang tak dapat bagi perhatian. Sorry...

Ika mencebik panjang. Sengaja herotkan mulut ke kiri dan ke kanan. Mengajuk setiap patah bicara Idlan. Abang konon. Abanglah sangat. Bila masa Idlan jadi abang dia Abang dia cuma Afi Lukman.

Kereta berhenti bawah pokok kelapa. Untuk berbual-bual dengan Ika, Pantai Cahaya Bulan jadi pilihan.

Cakaplah apa benda Encik Idlan nak cakap sangat tu. Ika terus ke topik utama. Dia bersandar pada kereta sambil berpeluk tubuh.

Idlan senyum memandang Ika. Garang betul. Malam tadi, Ika nampak mesra berbual. Tapi, pada hari ini sikap Ika berubah serta-merta. Idlan yakin, tentu Ika tahu apa sebenarnya ikatan mereka sebelum ini. Boleh Ika maafkan abang

Nak maafkan Encik Idlan buat apa Encik Idlan ada buat salah apa dengan saya Sinis Ika menyoal. Sesekali tudung dibetulkan kerana tolakan angin pantai agak kuat ketika itu.

Maafkan abang atas perkara yang berlaku. Abang tak pedulikan Ika sebagai tunang abang.

Ika menoleh. Dia memandang tajam pada Idlan,

Pembetulan. Bekas tunang.

Ya... bekas tunang, Idlan mula sedar diri.

Ika membisu. Rasa hairan menjalar di segenap ruang hati. Tiba-tiba dia begitu marahkan Idlan sedangkan sebelum ini, dia langsung tak kisah dan tak ambil peduli. Tapi, sekarang, kenapa perasaannya berubah apabila Idlan ada depan mata Dia sendiri tak faham.

Sekali lagi abang minta maaf dengan Ika, pinta Idlan lagi. Tak putus asa.

Encik Idlan bukan saja bersalah dengan saya. Tapi, dengan keluarga saya juga. Lebih-lebih lagi dengan mak dan ayah saya, balas Ika. Air mukanya nampak tenang sedikit.

Ika nak suruh abang pergi ke rumah untuk minta maaf dengan mak dan ayah Ika Abang boleh pergi jumpa mereka kalau Ika mahu. Kata Idlan. Nak juga dia tahu apa sebenarnya Ika nak sebagai balasan.

Kalau Encik Idlan sanggup, pergilah jumpa mereka. Lagipun, saya tak kisah sangat sama ada dapat maafkan Encik Idlan atau tak. Apa yang penting, mak dan ayah saya. Boleh ke mereka terima kemaafan Encik Idlan

Tapi, Ayah Wan ada tegur abang malam tadi. Kami berbual sekejap. Abang yakin, dia tak marahkan abang.

Dia berbual tak semestinya dia dah maafkan Encik Idlan. Suara Ika mendatar. Tak lagi sinis macam tadi.

Ika.. panggil Idlan. Mengharap supaya gadis itu bertentang mata ketika bercakap. Ika macam tak sudi memandang. Macam dia jijik sangat di mata gadis itu.

Erm... Apa lagi Boleh tak Encik Idlan hantar saya ke bengkel sekarang Nanti Puan Hasnah bising pula...

Ika sendiri dah dengar tadi. Dia bagi cuti untuk Ika hari ni. Bolehlah kita bincang dan selesaikan masalah.

Ika menoleh. Tepat matanya memanah mata Idlan. Sungguh jengkel lelaki ini.

Masalah apanya Kita bukan ada masalah apa-apa pun. Encik Idlan bawa saya ke sini semata-mata nak minta maaf je, kan Okey saya dah maafkan. Saya boleh lupakan apa yang berlaku. Sekarang, tolong hantar saya balik semula ke sana. Saya nak ambil motor, nak balik rumah, tegas Ika lalu membuka pintu kereta.

Idlan mengeluh dan kemudian menurut permintaan Ika. Nak bercakap lama-lama sikit pun payah. Keras hati betul budak ni.