CARTA HATI - 10
KELUAR saja dari tandas perempuan, mata Syakila melilau ke arah sekeliling. Mencari kereta Zairis. Mana pula mamat ni pergi

Tiba-tiba

Sebuah kereta berhenti di hadapan Syakila. Hah, baru nampak! Ke manalah dia ni pergi

Syakila segera masuk ke dalam perut kereta tersebut. Buk!

Satu tumbukan mengena tepat pada lengan Zairis.

Asal kau pukul aku

Pergi mana

Risau

Mestilah! Kalau kau tinggalkan aku tadi, memang aku bakar kereta kau. Aku tak main-main. Aku serius!

Zairis tergelak perlahan. Kelakar pula dia melihat wajah Syakila ketika ini.

Jangan risau. Aku pergi isi minyak kereta tadi. Tak adanya aku nak tinggalkan kau.

Memanglah, tapi otak kau ni tak boleh dipercaya!

Buatnya kau tinggalkan aku tadi macam mana Manja pula dia ni

Manja apa Kau jangan nak mengada-ngada ya

Dah, diam. Sekarang, kita balik ya

Kau bawa cepat sikit. Jangan nak lambat sangat! Kasar Syakila memberi arahan.

Ya, okey. Kereta mula berlalu dari stesen minyak.

SYAKILA memasuki pejabat pada pagi itu. Apabila dia menjejakkan kaki ke dalam, tiba-tiba seperti ada beberapa pasang mata sedang memandang

ke arahnya.

Woii! Suara Mariana dulu bergema. Dia mendekati Syakila.

Kau ni, terkejut aku! Syakila beristighfar perlahan. Wajah Mariana menjadi santapan matanya.

Macam mana date dengan Zairis Seronok tak

Entahlah, biasa-biasa aje. Syakila menuju ke meja pejabatnya.

Ayat kau, nampak klise. Mustahillah tak seronok, siap masuk Opss Media lagi

Apa! Tersedak Syakila. Masuk Opss Media Biar betul!

Yalah, Opss Media. Yang fanpage lebih 2.7 juta pengikut tu. Terkenallah kau, masuk kat situ.

Kau jangan main-main, Riana. Silap orang kut. Tak adanya aku sampai masuk situ, itukan untuk gosipgosip artis. Aku bukan artislah!

Kau bukalah Facebook kau. Cuba tengok bahagian fanpage tu.

Syakila segera berbuat apa yang disuruh oleh Mariana. Terpapar fanpage Opss Media, terus dia menghalakan jarinya pada skrin. Skrin tersebut diturunkan ke bawah.

Terjojol biji matanya. Bagai hendak tersembul keluar. Ada sebuah gambar yang dimuat naik. Gambar itu ketika dia dan Zairis berada di Bougainvillea Tunne. Dan caption si Opss Media tu memang bikin panas aje!

Sesuai sungguh Zairis bersama pasangannya, bak cendawan yang mula tumbuh. Segar-segar, dan bergurau senda bagaikan sudah dilamun cinta - Lensa Opss Media.

Pitam!

Telefon pintar Syakila berdering. Naik nama Zainura di situ. Alamak, minah ni pula yang telefon

Mesti nak tanya pasal gambar ni. Aduh!

Syakila menekan punat hijau.

Hah, apa dia soal Syakila usai memberi salam terlebih dahulu.

Wehh, asal sampai masuk Opss Media ni Kan dah kata!

Manalah aku tahu. Aku pun, masa dengan Zairis tak perasan yang pihak media sembunyi-sembunyi ikut. Kalau aku tahu, memang taklah aku nak datang!

Kau tengoklah ni, like gambar ni sampai seratus ribu. Komen, jangan cakaplah. Dua ribu orang yang komen. Ramai yang tak suka kau, Syak!

Aku nak buat macam mana Bukan aku hadap sangat nak masuk dalam tu. Kau ni, kenapa Nak marah aku

Tak adalah aku nak tanya ni, kau ada dapatkan sign daripada Zairis tak

Ada. Kau ni, balik bila

Ahadlah. Isnin kan aku dah kerja.

Oh, okey.

Jangan hilangkan. Berharga tu! Yalah! Klik!

Panggilan dimatikan. Syakila menghela nafas, tiba-tiba terlayar kembali macam mana dia minta sign Zairis untuk Zainura.

Nah Sekeping kertas dihulurkan. Ketika itu, Zairis sudah sampai di kawasan apartment Syakila.

Apa benda ni

Nak minta tolong

Tolong apa

Cuba fikir sendiri!

Senyum mula terukir di bibir Zairis.

Oh, nak minta sign

Ya!

Minat jugak ya Dalam diam minat aku eh

Jangan banyak cakap boleh tak Sebelum kertas ni aku sumbat dalam mulut kau, baik kau sign!

Minat, tapi malu! Sambil mengusik, kertas itu diambil juga. Selesai tandatangan di situ, kertas itu diberikan semula kepada Syakila.

Jangan perasan ya Tak ingin aku nak minta autograph dari kau. Ni kawan aku yang nak! Yalah tu.

Syakila segera keluar dari kereta tersebut. Sebelum sempat dia memulakan langkah, kedengaran suara Zairis bergema lagi.

Jangan peluk kertas tu. Bye! Kereta tersebut terus meluncur laju.

Ciss! Cakap orang perasan, tapi dia pun sama aje! Syakila mengetap bibirnya sambil menggelengkan kepala.

Hah, ni buat kerja ke mengelamun Seorang wanita tiba-tiba menepuk meja itu. Tersentak Syakila. Hilang terus lamunannya.

Errr Syakila kembali membuat kerjanya semula.

Saya tahulah awak dah masuk dekat Opss Media,

tapi kat sini awak tetap seorang staf. Faham

Faham, puan. Wanita itu mula berlalu dari situ. Fuh, tak sedar begitu lama termenung sampai bos datang! Nasib baik tak kena marah sangat.

Satu pejabat dah kecoh yang Syakila masuk Opss Media. Ni kalau nenek tahu, memang masaklah dia nak menjawab!

Satu keluhan dilepaskan. Syakila menyandarkan tubuh pada kerusi tersebut. Kepalanya dipicit-picit, pening memikirkan perkara itu.

BALIK saja dari kerja, Syakila terus melambungkan tubuh ke atas katil. Nak rehat sekejap sebelum tunggu waktu Maghrib. Dia

membuka komputer ribanya.

Dah lama betul aku tak check email, kata gadis itu. Satu email baru dibuka.

Email daripada TV3 Dah kenapa pula ni Syakila hairan. Perlahan-lahan, dia membaca email tersebut.

Nurul Syakila binti Abdul Halim,

Kami, dari pihak TV3 ingin menjemput cik untuk menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular 2015 yang akan dianjurkan pada masa terdekat.

Cik, bersama pasangan yang merupakan seorang model dan artis terkenal, Zairis Haikal akan memperagakan fesyen pada malam karpet merah tersebut.

Sila beri maklumbalas emel dalam masa terdekat. Kerjasama cik, amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Rahang Syakila terjatuh! Terkejut apabila selesai membaca email tersebut. Hah Dia dijemput untuk datang ke majlis Anugerah Bintang Popular Kenapa pula ni Dia bukan artis pun!

Dah jadi satu masalah lagi ni! Macam mana pihak TV3 boleh tahu nama penuh dia berserta email Siapa pula yang suka-suka bagi ni