Qaireen yang juga sudah bersandar turut membalas pandang. Namun tiada dayanya untuk dia bertahan. Terus saja dia kalih pandang. Renungan redup Adwan nyata berjaya melemahkan jantungnya. Membuat dadanya sekali lagi dilanda debaran kuat.
Kenapalah saya bodoh sangat Terbit bicara di bibir Adwan. Memecah hening di sekeliling mereka.
Qaireen memandang Adwan semula. Keningnya terangkat. Tidak faham maksud kata-kata Adwan.
Dua tahun yang sia-sia. Apa yang saya dapat Nothing. Adwan mengungkap satu persatu. Menjelaskan maksud kata-katanya tadi walau Qaireen tidak bertanya.
Qaireen masih memandang. Menanti dengan sabar keluhan yang ingin Adwan luahkan.
Kenapa awak jadi gadis yang naf, Qaireen Kenapa awak tak tarik saya saat itu Bicara Adwan seolah-olah Qaireen yang bersalah dalam hal ini.
Terus tegak badan Qaireen. Bengang. Angin tak ada, ribut tak ada. Dia pula yang dipersalahkan. Bibirnya terbuka ingin membantah. Ingin mempertahankan dirinya. Namun suaranya tidak terkeluar bila mendengar sambungan bicara Adwan.
Saya tahu Allah telah susun segala-galanya. Hidup saya tidak pernah sunyi dengan kehadiran perempuan. Mereka datang dan pergi. Macam bertukar baju. Petik saja jari pasti saya dapat, jeda.
Tapi, saya tetap rasa kosong. Semakin parah bila seorang demi seorang pergi dari sisi saya. Tiada lagi yang sudi menemani. Saya reda. Mungkin itulah rancangan Allah untuk saya. Adwan tersenyum. Posisi duduknya dibetulkan sebelum kembali menyambung kata. Awak tahu kenapa, Qaireen Rupa-rupanya Tuhan menghantar seorang bidadari cantik untuk mengisi kekosongan itu. Nada Qaireen untuk Zulfan Adwan, pandangan matanya tidak lepas memaku wajah putih dan mulus milik gadis cantik di depannya.
Qaireen terkebil-kebil. Lidahnya kelu. Tak mampu nak bersuara berbanding tadi. Lelaki macam Adwan ni ada jiwa rupa-rupanyanya. Dia tarik senyuman nipis.
Qaireen, lembut sahaja panggilan Adwan.
Spontan Qaireen kulum senyumannya tadi. Takut pula dikatakan dia memperlekehkan Adwan. Walhal dia tak maksudkan begitu.
Jiwang sangat ke apa yang saya cakap tadi sampai awak tersenyum-senyum Adwan angkat kening. Rasa macam nak undurkan masa balik. Menyesalnya melayan jiwa lara tadi. Tak pasal-pasal kena gelak dengan Qaireen.
Terburai ketawa dari mulut Qaireen. Tawa yang cuba ditahannya sedari tadi. Abang teman baiknya ini macam tak seperti yang diceritakan Amanda. Cepat sangat sentap.
Seriuslah Qaireen, cemberut terus muka Adwan. Tak suka dirinya dipersendakan.
Maaf, maaf. Saya tak bermaksud apa-apa pun. Seriously, is that you Adwan Patutlah ramai perempuan terpikat. Qaireen menggeleng. Masih lagi dengan sisa tawanya.
Manis bergula tahap diabetes ni dengan awak aje. Sungguh saya tak pernah cakap macam ni sebelumsebelum ni. Tak pandai, beria-ia Adwan memberitahu. Menegakkan kata-katanya.
Kalau dengan perempuan lain guna ayat apa Qaireen cuba melayan jiwang karat Playboy Malaya ini. Nak tahu juga macam mana pula kata-kata manis Adwan pada gadis-gadis yang pernah lelaki ini dampingi.
Kosa kata Bahasa Melayulah. Adwan membalas keras. Tidak mahu mengalah.
Ayat memikat seorang playboylah, eh Qaireen menari-narikan keningnya. Masih lagi mahu mengusik hati Adwan.
Saya bukan playboylah. Adwan tayang muka serius.
Boleh percaya ke ni Tadi bukan ke awak ada cakap yang hidup awak tak pernah sunyi dengan perempuan. Itu nak dikategorikan sebagai apa Lagipun Amanda selalu cerita dekat saya yang... Eh! Laju Qaireen tekup mulutnya.
Matilah dia. Terlepas cakap. Mesti Adwan cari Amanda balik nanti. Mesti esok Amanda marah dia.
Nak ambil emergency leavelah esok.
Amanda cerita pasal saya pada awak Why Giliran Adwan pula menari-narikan keningnya. Hati memang dah bersorak sebab gadis di depannya ini tahu segala kisah dia selama dua tahun lepas. Bermakna nama dia sudah lama terpahat dalam hati Qaireen.
Saya pun tak tahu kenapa. Ikutkan nak buat pekak aje tapi sebab dia kawan baik saya, layankan ajelah. Lagi satu, saya tak nak dia terkenang-kenang kisah dia dengan Imran.
Terima kasih sebab sudi menunggu saya. Adwan kemam bibir. Terharu.
Eh! Bila masa pula saya tunggu awak Qaireen mencebir. Celah mana pula dia cakap dia tunggu Adwan. Ke dia ada cakap, tapi dia tak perasan
Kalau tak nak mengaku tak apa. Saya faham, senyuman senget terlayang di bibir Adwan. Pakej dengan kening menari-nari.
Jangan nak perasanlah, bentak Qaireen. Bengang.
Lelaki ini seperti dapat meneka apa di dalam hatinya. Bohonglah dia tidak menunggu. Cumanya dia lelah. Sangka dia pertemuan pertama dua tahun lepas telah mengikat mereka. Rupa-rupanya dia hanya bertepuk sebelah tangan. Sebelah mata pun Adwan tak pandang dia. Langsung! Dia aje yang terhegeh-hegeh. Malunya bila mengenang kisah lalu.
Khilaf saya, Qaireen. Bukan salah awak. Apa kata kita mulakan semula, nak Adwan memandang dengan penuh harapan.
Mulakan apa Qaireen masih mahu bermain tarik tali. Jual mahal sikitlah, Qaireen. Tak kan mudahmudah nak kata setuju dengan Playboy Malaya ni
Qaireen meleret Adwan menyebut nama Qaireen.
Qaireen hela nafas dalam-dalam. Kenapa lelaki ini semakin bijak memanipulasi hatinya Kenapa lelaki ini semakin pandai menyusun bicara Kenapa lelaki ini suka membuat hatinya rasa lain Sudahlah jantung rasa macam nak tercabut. Otak pula sudah fikir yang bukan-bukan.
Bagi saya masa, dia mula jual mahal.
Just take your time. Ill wait. Selama mana masa yang awak perlukan. Kalau dua tahun awak sanggup menunggu, masakan saya tak boleh melakukan perkara yang sama. Adwan tenang sahaja. Dia memang sudah bersedia dengan semua ini. Tak mungkin Qaireen akan terima dia macam tu aje.
Tak tahan saya dengar ayat-ayat playboy awak ni. Saya nak balik. Dah lewat sangat. Qaireen memandang jam tangannya. Risau melihat jarum jam yang berhenti pada angka sepuluh.
Saya hantar awak balik.
Saya datang sendiri tadi, kan. Tak apa. Saya boleh balik sendiri. Qaireen sudah pun berdiri.
Kalau kita dah rasmi jadi sepasang kekasih, saya tak akan benarkan awak memandu sendiri, tegas Adwan tika mereka mula melangkah keluar dari Ocean Caf.
Qaireen hanya menggeleng dan ketawa. Memang dasar playboy.
KEADAAN hotel agak kelam kabut. Sibuk berbanding hari-hari lain. Pihak hotel baru sahaja menerima tempahan penganjuran seminar peringkat antarabangsa. Bila mendapat notis singkat, Adwan tak sempat nak fikirkan hal lain. Banyak perkara yang perlu dia uruskan. Kisah malam tadi lebur dari ingatan.
Ya, Rina. Adwan menjawab sebaik interkomnya berbunyi.
Ada panggilan dari Lovely Bakery. Encik Adwan nak jawab ke Tanya Rina.
Berkerut dahi Adwan. Lovely Bakery Siapa Amanda Qaireen Ada hal apa Kalau ikutkan dia malas nak jawab. Dah pesan dekat Rina, tapi panggilan ini dari Lovely Bakery. Manalah tahu ada hal kecemasan.
Sambungkan, arahnya.
Assalammualaikum. Hello! Susahnya nak bercakap dengan Tuan Pengurus. Suara garang seorang perempuan berkumandang.
Adwan tersenyum. Gagang telefon diangkat, Waalaikumussalam.
Tak percaya dekat kami ke Rasanya ini kali kedua kami berjaya dapat tender, dengan tiada mukadimah, suara Qaireen terus keras menerjah.
Adwan jarakkan sedikit gagang telefon. Dia cuba mencerna kenapa gadis kesayangannya tiba-tiba sahaja menyerang begini. Teringat akan sesuatu, gagang telefon kembali melekap pada telinganya.
Qaireen Lembut suaranya menyeru nama si gadis. Orang tengah panas, mana boleh disimbah minyak. Takut makin menyala-nyala api kemarahan tu.
Ke pasal kita, sampai awak double check dengan Lovely Bakery Suara Qaireen masih lagi keras. Meluahkan rasa ketidakpuasan hati.
Qaireen, sekali lagi Adwan menyeru lembut. Itu sahaja yang mampu dia buat sekarang ini.
Qaireen, Qaireen. Awak ni dah kenapa Cat got your tongue Qaireen menyindir.
Saya tengah serabut ni, sayang. For your info, this is our first time handling international event. Tak ada kena mengena dengan hal kita semalam. Banyak benda yang kami nak buat termasuklah hal makanan tu. Maaflah kalau pihak Amazon Berhad ada menyusahkan pihak Lovely Bakery, terang Adwan senafas.
Dia tahu kenapa Qaireen marah-marah. Dia yang arahkan stafnya untuk membuat panggilan susulan ke Lovely Bakery. Itu prosedur. Dia tak mahu ada sebarang masalah timbul pada hari kejadian.
Errr... Suara Qaireen tersekat.
Adwan dah tersenyum-senyum. Ini barulah boleh dipanggil cat get your tongue. Sengaja dia memanggil Qaireen sayang. Siapa suruh si dia mengasak dengan soalan-soalan yang memeningkan kepala. Nasib tak berubah warna aje rambut dia sekarang ni.
Cat got your tongue Dia luahkan juga apa yang hatinya kata. Pulang paku buah keras kata orang. Bukan niatnya hendak menyindir. Saja mahu mengusik si dia.
My bad. Maaf.
Its okay, sayang. Saya tak kisah. Maknanya awak betul-betul komited dengan tugas yang diamanahkan. Im proud of you. Adwan memuji. Tahu Qaireen malu.
Dia tak naklah menambah lagi paras malu si dia.
Errr Adwan, suara Qaireen seperti tertahantahan.
Hurmmm sengaja Adwan berbisik sedikit. Mahu menguji sejauh mana kekuatan Qaireen menangkis godaannya.
Stop calling me sayang, please Suara Qaireen separuh berbisik.
Adwan tersenyum lebar. Maknanya skil menggoda dia tak adalah tumpul mana. Masih berbisa. Buktinya, dia dapat rasakan yang hati Qaireen di sana dah rasa lain macam.
Why Berikan saya sepuluh sebab, dia masih lagi mahu mengusik. Alang-alang orang dekat sana dah berdebar-debar.
Perlu ke
Perlu, sebab saya dah mula sayang orang tu.
Awak dah makan
Adwan gelak tanpa suara. Rasa macam nak buat lompat bintang. Qaireen cuba tukar topik. Comel pula dia rasa. Dia berdehem. Cuba kembalikan intonasi suara serius.
Jangan nak lari, Qaireen.
Bukan nak lari. Kalau awak belum makan, kita boleh makan sama.
Qaireen! Adwan sengaja tinggikan suaranya. Menggertak Qaireen yang mempermainkan dia.
Okey, okey. Apa dia, babe Sekejap. Saya kena letak ni. Dengarkan tadi, suara Amanda
Adwan tahu Qaireen menipu. Dia boleh dengar tawa Qaireen. Dia belum pekak lagi. Dah orang tak sudi nak jawab. Mahu diapakan lagi.
You owe me that stupid reasons, Nada Qaireen. Adwan mengingatkan. Sekali lagi telinganya menangkap tawa Qaireen di hujung talian.
Saya letak. Assalammualaikum.
Waalaikumussalam, sayang. Adwan hanya menggeleng. Memandang gagang telefon seketika sebelum meletakkannya. Terasa serabut yang memberat di kepala hilang begitu sahaja.