Miza pula pulang ke kampung. Untunglah Miza kerana kampungnya di Melaka. Jadi, hampir setiap bulan dia akan pulang ke sana.
Samsung Galaxy A kucapai dan aku mula melihat senarai contacts yang kusimpan. Hendak SMS mama atau abah, baru pagi tadi mereka menelefonku. Kalau SMS Shauqi nanti mengganggu pula. Baru semalam aku berSMS dengannya dan katanya minggu depan dia ada presentation dan test. Munirah Sah hujung minggu begini keluar dengan tunangnya, Faiz. Kalau bukan tengok wayang, pergi main go-kart.
Akhirnya aku tersenyum saat melihat nama yang tertera dalam senarai contacts. Sebelum menghantar SMS, aku susun dahulu ayat yang sesuai.
Aliya Shaqina:
Assalamualaikum, Mak Cik Ruqayyah apa khabar
SMS itu kuhantar dan sambil menunggu, skrin Galaxy A kuketuk-ketuk. Sopan ke kalau aku hanya SMS atau lebih baik telefon sahaja Mak Cik Ruqayyah Sedang berfikir tiba-tiba Galaxy A berbunyi riang dengan ringtone lagu Let It Go dari Demi Lovato. Alamak Mak Cik Ruqayyah telefon. Aku berdehem dua tiga kali sebelum menyentuh simbol hijau.
Assalamualaikum mak cik. Sopan aku memulakan bicara.
Waalaikumussalam Aliya, balas Mak Cik Ruqayyah dengan suara yang cukup lembut.
Mak cik apa khabar Soalku sebagai mukadimah.
Alhamdulillah mak cik sihat. Aliya macam mana Soalnya kembali.
Saya sihat juga mak cik. Saya ganggu mak cik ke
Eh taklah Aliya. Mak cik yang patut tanya soalan tu sebab mak cik yang telefon. Mak cik nak buat satu permintaan dengan Aliya boleh Dahiku berkerut saat mendengar kata-kata Mak Cik Ruqayyah.
Suspendlah pula.
Boleh mak cik. Insya-Allah kalau saya mampu, saya tunaikan. Ish mulut aku pun laju sahaja bersetuju. Buatnya Mak Cik Ruqayyah nak suruh aku jadi menantu dia macam mana Alamak, terperasanlah pula. Bawa bertenang Aliya Shaqina.
Mak cik nak ajak Aliya makan malam dekat rumah mak cik boleh Sebagai tanda penghargaan untuk pertolongan Aliya. Nak balas tak termampu, jadi ini ajelah yang mampu.
Nafas lega kuhela saat mendengar permintaannya, Susahkan mak cik aje. Lagipun pertolongan saya tu kecil aje. Senyuman manis kuukir walaupun Mak Cik Ruqayyah bukan berada di hadapanku.
Mak cik harap sangat Aliya setuju. Nada suaranya benar-benar kedengaran mengharap dan pastinya aku tidak sampai hati untuk menolak.
Baiklah mak cik. Aliya akan ke rumah mak cik.
Terima kasih Aliya.
Setelah Mak Cik Ruqayyah memberitahu hari dan waktunya serta berbual pendek, kami tamatkan perbualan itu.
Tidak kusangka rupa-rupanya Mak Cik Ruqayyah mempunyai tiga orang anak. Seorang perempuan dan dua orang lelaki. Salah seorang anak lelakinya sedang menuntut di Jordan manakala seorang lagi tidak tinggal bersamanya.
Agak pelik, tetapi aku tidak mahu bertanya lebihlebih. Tidak elok terlalu mencampuri urusan orang lain. Aku pernah terbaca dalam satu buku berkaitan hadis. Salah satu pengajaran yang dinyatakan ialah mencampuri urusan orang lain boleh menyebabkan perpecahan serta pertikaian antara manusia. Juga, lebih baik kita diam daripada menyoal perkaraperkara yang tidak sewajarnya dan tidak membawa kebaikan kepada diri sendiri malahan orang lain.
Fikiranku teralih seketika saat lagu Let It Go berbunyi sekali lagi. Mataku dihalakan pada skrin Galaxy A yang diletakkan di atas meja kopi. Panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, tetapi aku tetap menjawabnya.
Hello, assalamualaikum, sapaku penuh hemah.
Ish mak cik ni, dah berkulat saya tunggu baru dapat reach mak cik. Mak cik bergayut dengan siapa tadi Si pemanggil terus becok berceloteh dan aku terus dapat meneka siapakah pemilik nombor ini.
Niel sibuk telefon akak ni kenapa Rasa macam kita dah tak ada apa-apa urusan kan Sengaja aku buat suara tiada mood.
Mak cik tak rindu saya ke Dah seminggu kita tak bercakap dan tak jumpa. Saya tahu mak cik mesti ingat saya sebab tu saya telefon. Niel ketawa pendek.
Dengan aku sekali ketawa tetapi alasanku jauh berbeza dengan Niel. Aku ketawa kerana Niel memang juara berturut-turut dalam bab PERASAN. Nombor telefon dia pun aku tak save, inikan pula hendak rindukan dia. Tapi, jujur dengan diri sendiri, adalah juga beberapa kali aku teringatkan dia ~ TANPA SENGAJA okey!
Mak cik diam aje ni kenapa Soalan Niel mematikan lamunanku. Aku berdehem dua tiga kali sebelum membalas.
Kalau mak cik berdehem, itu tandanya tengah control perasaan. Ha... ini mesti perasaan suka! Niel lebih cepat menyambung.
Sabar ajelah aku dengan budak ni. Geramnya. Ada sahaja idea untuk menyakatku.
Tolong pergi sekolah perasan dan ubatkan sikit sakit perasan yang dah sampai tahap Gunung Everest tu. Ni cuba cakap betul-betul kenapa telefon akak Akak sibuk ni. Kalau tak cakap, kejap lagi akak letak telefon. Amaran yang kuberi tidaklah tegas sangat.
Nak buat garang, tapi tak menjadi. Ni saya nak tanya, kenapa dah lama sangat tak update status Facebook Dah enam bulan kut. Berkulat dah Facebook mak cik ni. Ramai ni orang tag mak cik. Replylah.
Aku ternganga saat mendengar penerangan Niel, Macam mana Niel boleh tahu Facebook akak Jangan buat benda bukan-bukan atau tak senonoh dekat Facebook akak, tegahku sebelum mengetap bibir.
Mak cik guna nama penuh sendiri. Taip ajelah terus jumpa. Berguna juga kan dompet mak cik duduk dengan saya tiga jam. Lagi satu, mak cik macam bagi cadangan aje dekat saya. Sebenarnya saya tak terfikir pun nak buat apa-apa. Tapi, dah mak cik cakap, kan. Niel ketawa geli hati.
Bahaya betul budak ni. Habis kad pengenalan aku dan telefon bimbitku digeledahnya. Memang tak boleh dipercayai langsung. Perangai budak kurang didikan!
Jangan buat apa-apa dekat Facebook akak. Sila jangan view apa-apa. Pergi main jauh-jauh. Sekali lagi aku memberi amaran.
Salah mak cik sebab tak setting private. Jangan lupa approve friend request saya dan baca apa yang saya post dekat wall mak cik. Niel ketawa lagi dan aku semakin cuak.
Niel jangan! Kali ini aku menjerit serentak berlari ke tingkat atas.
Masuk bilik terus capai laptop. Jantung berdebar tak menentu. Ya Allah! Aku memegang dahi saat membaca apa yang dihantar oleh Niel.
Niel
I miss you baby!
Memang boleh sakit jantung aku dibuatnya. Tahap kesabaranku sudah memuncak malahan sampai ke tahap mendidih kali ini. Hampir sepuluh komen dari rakan-rakan di Facebook kuterima. Semuanya menyoal itu dan ini tentang Niel dan ada yang hanya meletakkan tanda soal sampai berpuluh.
Apa yang harus kujawab Andai dibiarkan sahaja lebih parah. Akhirnya aku tiada pilihan lain selain deactive akaun Facebook. Biarlah yang sudah terlihat post itu berada dalam tanda tanya.
Harap-harap tidak ramai yang sempat melihatnya. Mujur aku cepat bertindak tadi. Mujur juga rakanrakan Facebook aku hanya 400 lebih. Buatnya empat ribu, lagi kecohlah jawabnya.
Panggilan telefon mengundang jeritan kecilku. Ini semua gara-gara Niel. Aku mengusap dada beberapa kali sebelum memandang Galaxy A yang kucampak ke atas katil tadi. Perasaanku jadi tidak kena saat ini. Rasa hendak telan orang pun ada sekarang.
Semenjak kenal Niel, tahap kesabaranku sering sahaja sampai ke tahap maksima. Galaxy A diam semula. Ya Allah boleh pula aku terlupa tentang panggilan itu. Tidak perlu menunggu lama kerana beberapa saat kemudian, ia berbunyi semula.
Shauqi. Spontan mulutku menyebut. Habislah aku. Apa aku hendak jawab dengannya. Bohong atau jujur sahaja. Adakah dia sudah melihat status itu
Hello. Aku buat suara ceria.
Dekat Facebook tu apa Suara Shauqi tegang.
Gawatlah aku. Memang sah Shauqi sudah melihatnya.
Mana ada apa. Aku cuba melindungi getaran suaraku.
Siapa Daniel tu Soalan yang mampu membuatkan lututku ketar.
Budak senget. Dia tersilap post. Aku cuba mereka cerita. Tetapi, hampir tepatlah tu.
Kalau macam tu kenapa terus deactive Facebook Nampak sangat macam bersalah. Ini kalau mama dengan abah tahu macam mana Shauqi makin menekanku.
Teringatkan mama dan abah lagi cuak aku dibuatnya. Sudahlah mama dan abah masih mengharapkan jawapanku tentang rombongan merisik semalam. Sebenarnya aku hampir terlupa tentang perkara itu.
Janganlah cakap dekat mama dengan abah. Perkara kecil ajelah. Kata sibuk kan untuk minggu depan. Dah pergi study. Talk to you later. Bye. Aku terus matikan talian. Tidak mahu Shauqi menyoal macam-macam lagi. Dia pun satu hal, memang penyibuk. Laju sahaja mendapat khabar.
SHA, aku nak tanya pendapat kau sikit boleh Munirah tiba-tiba menyoal dengan dahi yang
sedikit berkerut.
Aku terus matikan niat untuk menyuap mushroom soup yang sudah dicedok. Selepas habis waktu kerja tadi, sengaja Munirah ajak aku lepak di Pizza Hut. Katanya sudah lama tidak lepak sambil bersembang panjang denganku. Harapkan lunch hour, memang tidak sempatlah kami hendak bersembang lama.
Lain macam aje suara. Aku jongketkan sedikit kening. Dari tadi topik perbualan kami hanya santai. Berkisarkan tentang isu semasa, fesyen dan macammacam lagi. Tetapi, kali ini Munirah nampak serius.
Kalau lelaki tak bagi kita tengok phone dia, apa maksudnya tu Kau rasa sebab dia ada sembunyikan sesuatu tak Gambar perempuan lain atau mesej dengan perempuan lain
Seakan kutahu sahaja siapa yang Munirah maksudkan. Ish kau ni jauhnya fikir. Negatif belaka pula tu. Siapa lelaki yang kau maksudkan tu Tunang kesayangan Sengaja aku menyoal inginkan kepastian.
Yalah, siapa lagi. Tak kan si Riz tu pula Kalau adik aku tu, nak ada sepuluh awek pun aku tak kisah.
Amboi, mulut tak ada filter. Sanggup ke kalau Riz tu jadi playboy Spontan aku mencuit lengan Munirah sambil menggeleng.
Aku main-main ajelah. Geram sangat dengan Faiz tu. Dulu dia tak macam ni. Bayangkan, aku nak pinjam phone dia nak hantar mesej dekat Riz pun dia tak bagi. Sanggup bagi aku nombor topup yang dia baru beli. Suruh aku topup dekat nombor sendiri. Curiga giler kan perbuatan dia tu. Kata-kata Munirah tidak terus kubalas.
Sebaliknya aku berfikir hampir sepuluh saat untuk merangka ayat. Munirah pula sambung mengunyah hirisan Hawaian Chicken yang baru luak separuh.
Aku tak boleh nak bagi apa-apa konklusi tentang Faiz tu. Takut nanti tersalah pula. Tapi, aku cuma boleh bagi pendapat. Apa kata kau selidik dulu elok-elok. Jangan terus menuduh macam ni. Fikiran negatif ni semua akan buat kau serabut. Selagi Faiz masih layan kau dengan baik dan juga selagi kau tak dapat apa-apa bukti yang menunjukkan kecurangan Faiz, kau tak boleh terus bertindak terburu-buru.
Siapa pula cakap aku nak bertindak terburuburu Munirah menyepetkan matanya.
Aku cakap in advance. Manalah tahu kau ada niat nak pergi marah Faiz tiba-tiba ke Karang perang besar pula dengan tunang kesayangan.
Kau ni macam nak menangkan Faiz pula. Siapa bestfriend kau sekarang ni Nada suara Munirah jelas kedengaran tidak puas hati.
Aku hanya mampu tergelak kecil.
Dah tua-tua pun nak merajuk. Buruklah. Aku cuit lengan Munirah. Kawanku ini tarik muncung itiknya pula.
Okey, kalau ada apa-apa tentang Faiz lepas ni terus bagitahu aku. Jangan risau sangatlah. Percayakan dia selayaknya aje boleh, kan Lembut sekali aku menasihati. Sebolehnya aku tidak mahu kawanku terluka. Sudah setahun dia bergelar tunang Faiz dan jarang sekali mereka bermasalah. Aku tidak mahu hanya kerana satu salah faham, hubungan mereka retak begitu sahaja.
Thanks a lot Sha. Kaulah kaunter aduan terbaik aku. Akhirnya Munirah kembali ceria. Sengihan lebar menghiasi wajahnya.
Dah nak Maghrib ni, jomlah kita balik. Nanti terkocoh-kocoh pula nak solat. Aku mengajak dan Munirah hanya mengangguk.
LEBIH kurang jam lapan malam aku tiba di rumah Mak Cik Ruqayyah. Kehadiranku disambut baik oleh wanita itu bersama anak sulungnya, Inayah. Benar-benar mewarisi kecantikan ibunya. Kulit putih kemerahan dihiasi hidung mancung serta bibir nipis dan merah. Manis sekali bertudung bidang besar ketika menyambutku di halaman rumah.
Jemputlah duduk dulu Aliya. Mak cik dengan Inayah nak hidang makanan sekejap. Mak Cik Ruqayyah mempelawa dengan lembut sekali.
Tak apa mak cik. Aliya tolong sekalilah. Segan pula duduk sorang dekat ruang tamu ni. Aku menolak sopan sambil memaut lengan Mak Cik Ruqayyah.
Susahkan Aliya aje. Kalau anak bongsu mak cik dah sampai boleh juga jadi teman berborak. Mak Cik Ruqayyah membalas ketika kami bertiga sudah mula melangkah ke dapur.
Berdebar pula rasanya hendak bertemu dengan anak teruna orang. Jangan sampai tersangkut hati sudah. Ish, sempat pula aku fikir bukan-bukan. Tetapkan kembali niat asalku iaitu ingin memenuhi permintaan Mak Cik Ruqayyah.
Wah, sedapnya bau. Belum makan lagi dah terasa keenakannya. Pandai betul mak cik dengan Inayah masak, pujiku ketika hidung diterjah aroma yang sungguh menyelerakan.
Inayah tukang kacau gulai aje Kak Aliya. Ummi yang banyak masak, balas Inayah sambil ketawa sopan. Dia nampak begitu cepat mesra denganku.
Mesti sambil-sambil tu belajar juga. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan... Aku balas dengan kemesraan juga.
Kami seterusnya mula mencedok lauk-pauk yang masih di dalam periuk ke dalam mangkuk. Gulai lemak ayam, ikan goreng berempah, sup daging, sayur campur goreng, sambal belacan dan ulam mentimun ialah menu yang disediakan oleh kedua beranak ini. Perutku bagai berdendang sayang seiring dengan langkah kakiku ke meja makan ketika mengangkat hidangan. Kemudian aku kembali ke dapur untuk mengambil pinggan pula.
Assalamualaikum ummi, kakak. Sorry lambat sikit. Satu suara tiba-tiba kedengaran.
Seakan kukenali suara itu. Dengan dahi yang berkerut aku menoleh ke belakang perlahan-lahan. Terus mulutku ternganga, mataku membulat.
Waalaikumussalam Fitri. Lembut sekali Mak Cik Ruqayyah membalas salam.
Dia yang kukenali sedang tunduk mencium tangan Mak Cik Ruqayyah. Senyuman manis terukir di bibir. Kemudian tangan beralih pada Inayah pula. Dikucup juga. Jelas sekali dia tidak menyedari kehadiranku di sini. Aku berada di sudut dapur dan dia pula di bahagian tengah dapur.
Andainya dia tahu kewujudanku sekarang pasti reaksinya sama denganku. Mulutku bagaikan terkunci dan aku hanya mampu melihat adegan mesra ini tanpa berkelip.
Apakah maksud semua ini