Jauh sangat you bawa kita orang dating ni. Nasib baiklah I ada assistant dan GPS, kalau tak harus I sesat barat you tau. Tapi, disebabkan you yang nak belanja I okey je. Bebel Lisa yang tidak berpuas hati terhadap Brian tetapi Brian hanya menegakkan dua batang jarinya sebagai tanda peace.
Lisa, movie apa kita nak tengok ni tanya Brian.
Erm, apa kata kita tonton movie Elysium nak tak I dengar movie ni best. Sound effect dia pun mantap. El ok tak kalau kita tengok movie ni soal Lisa sambil menunjukkan ke arah skrin.
El ikut je Kak. Mana-mana pun El tak kisah. El okey je cerita apa pun. Kak, El nak pergi ladies sekejap ya Tutur Elzaara sebelum mengorak langkah mencari tandas.
Okey. Brian, you ok ke kalau kita nak tengok movie ni Ke you nak tengok movie romantik tebak Lisa dengan ketawa mengusik.
Movie romantik Em, kalau movie romantik baik you tengok dengan Zahar jelah. Kita ambil movie ni
jelah. Best juga tengok cerita aksi ni.
Okay, as you wish. Kita pilih Elysium jelah.
Okay. You pergi beli popcorn ke apa-apalah and I will buy our tickets, arah Brian.
Alright! Anyway, you nak apa
Popcorn saiz jumbo.
Okey!
Lisa dan Brian berpecah menuju ke kaunter yang berlainan untuk membeli tiket wayang dan makanan ringan mereka. 10 minit kemudian, mereka bertiga bertemu di hadapan pintu masuk. Brian pun memberikan tiket mereka kepada penjaga pintu dan manakala Elzaara membantu Lisa membawa makanan dan minuman yang dibelinya tadi.
Sebaik saja sampai di dalam panggung, mereka mula mencari tempat duduk masing-masing. Keadaan yang kelam dan suram amat menyukarkan mereka mencari tempat duduk mereka. Tiba-tiba, kaki Elzaara tersadung di anak tangga tetapi dengan pantas Brian dapat menyambutnya. Wajah Elzaara sudah kemerah-merahan manakala Brian pula terkedu. Dia memperbetulkan posisi badannya dan bersegera duduk di tempat mereka.
Thank you.
My pleasure.
Brian, I baru perasan kenapa you ajak kita tonton wayang dekat sini. Rupa-rupanya sebab TGV ni ada kelainan kan. Ni kalau ada bantal sedap tidur. Memang empuk gila seat dia. Komen Lisa apabila tubuhnya bersatu dengan seat dalam panggung tersebut.
Yup, sebab tu I bawa you all datang sini. Bestkan tempat ni. Memang relaks kalau nak tonton wayang dekat sini. Seat ni namanya Beanie Plex. Dekat Malaysia tak banyak panggung wayang yang ada seat ni sebab tu harga tiket dia agak mahal sikit kalau nak tengok dekat dalam Beanie Plex ni. Tapi yang paling bestnya, you boleh bersantai macam dekat dalam rumah. Even kalau you nak tidur sambil baring pun dipersilakan. Seriously!
Brian mengangguk.
Berapa harga tiket dia
RM38 untuk satu seat.
Apa! Mahal gila! Briannnn...
Ssyyyhhhh... Wayang nak start dah ni.
Tapi, I...
Tiba-tiba lampu mulai dimalapkan dan wayang dimulai. Lisa masih lagi ingin menanyakan soal harga tiket itu lagi tetapi dia disuruh diam oleh Brian. Mereka mula menonton filem tersebut tetapi Elzaara dan Brian masing-masing tidak begitu fokus pada filem yang sedang ditayangkan itu.
Elzaara yang seperti cacing kepanasan kerana terperangkap dalam situasi yang dia tidak gemar manakala Brian pula mula mencuri-curi memandang wajah Elzaara. Hanya Lisa yang berada ditengahtengah antara mereka sahaja yang khusyuk menonton. Brian yang telah jatuh hati kepada Elzaara sejak pertemuan pertama mereka di taman permainan dulu sering mencari Elzaara ataupun Haziq di taman tersebut pada tiap-tiap petang, tapi malangnya kelibat Elzaara mahupun Haziq tidak juga kelihatan setelah kejadian tempoh hari. Wajah Elzaara yang polos dan comel itu membuatkan Brian angau. Dia menunggu jikalau Elzaara ada menghubunginya melalui kad nama yang diberinya kepada Lyn, tetapi dia hampa.
Dia tak mengerti dengan perasaan ini. Kenapa dia boleh jatuh hati dengan perempuan beranak satu dan isteri orang pula tu. Ah, perasaan cinta memang sukar untuk dihalang, kan
Brian, you ni okey ke You macam tak okey je. Tak berkedip-kedip mata you. You tengok movie ke you tenung heroin Tegur Lisa berbisik kerana tidak mahu menganggu perhatian orang lain yang sedang menonton wayang.
Ha Apa! Ohh, I okey je. Err, I tengah tengok movielah. Apalah you ni. Mengacau konsentrasi I ajelah, sengih Brian.
Dia cuba menutup kekalutannya dengan menjawab tergagap-gagap. Brian tidak menyangka bahawa dia akan terkantoi dengan Lisa kerana mencuri-curi menatap wajah Elzaara.
Elzaara yang langsung diam tidak berkutik hanya memfokuskan matanya pada layar di hadapan. Dia terus membisu menonton wayang walaupun ada kalanya dia sering menilik jam tangannya. Mereka terus melayan filem yang masih lagi sedang terbentang dihadapan mereka.
Sebaik sahaja filem tamat mereka keluar dengan masing-masing tidak berhenti-henti mengomel tentang filem tadi. Hanya Elzaara sahaja yang membuntuti langkah mereka dengan senyap. Dek kerana hari sudah hampir menginjak ke waktu maghrib, mereka membuat keputusan untuk pulang.
Okeylah Lis, Elzaara. I have to make a move. Next time kita jumpa lagi. Kejap lagi jammed lambat pula I nak balik kafe.
Ok, eh kejap! Give me your phone number. Nanti senang I nak contact. Tadi lupa nak mintak.
Lisa meminta nombor telefon Brian dan Brian menghulurkan kad namanya kepada Lisa dan Elzaara dan sebagai balasannya Lisa memberikan nombor telefonnya kepada Brian.
Elzaara tidak menyangka bahawa dia juga menerima kad nama yang daripada Brian. Sempat lagi Brian membuat isyarat call kepada Elzaara. Elzaara terkejut dan kaget tetapi dia tetap mengambil kad tersebut demi menjaga hati Brian.
Apa salahnya kalau aku ambil kad tu, lagipun dia kan pernah tolong Haziq kan. Monolog Elzaara.
Thank you very much, kata Elzaara dengan segaris senyuman yang dibuat-buat.
Nanti kirim salam dekat anak you ya...
Elzaara hanya mengangguk bagaikan burung belatuk.
Brian tersenyum lebar kerana Elzaara sudi untuk mengambil kad namanya dan dia mengharapkan bahawa Elzaara akan sudi menghubunginya. Brian menghantarkan Lisa dan Elzaara ke kereta sebelum dia memboloskan diri ke dalam keretanya yang berada di petak parking kereta bersebelahan mereka.
Wah, El pun dapat kad nama daripada Brian. Ermm.. Lisa tersenyum-senyum sambil mengantungkan ayatnya.
Nah, Akak simpanlah kad ni. El tak nak kad ni. El pun tak tahu kenapa dia bagi dekat El, ujar Elzaara sambil menghulurkan kad nama tersebut kepada Lisa.
Lisa menolak huluran Elzaara sambil tersenyum, Eh taklah. Akak gurau jelah. El simpanlah kad tu. Akak pun dapat tadi. Simpan banyak-banyak nak buat apa, kalau nak buat business bolehlah. El simpan jelah mana tau lepas ni boleh keluar dengan Brian lagi ke
El dah ada anak dah Kak. El tak perlukan bendabenda macam ni semua. Tak manis!
Elzaara mencebik mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Lisa itu. Dia tidak gemar melakukan perkara-perkara seperti itu tadi. Gaya Lisa seperti mahu menyatukan dia dengan Brian pula.
Lisa ketawa lepas dan sepanjang perjalanan Lisa asyik menyebut nama Brian sehinggakan Elzaara naik bosan mendengar nama jejaka mat saleh itu.
Kak Lisa, El nak tanya, tapi jangan marah ya...
Apa dia
Akak dengan mamat tu bercinta ke Sebab El tengok Akak dengan dia semacam rapat je, soalan cepu gangsa terbit keluar dari mulut Elzaara.
Uhuk! Uhuk!
Apa! Lisa yang sedang memandu terkejut lalu menekan brek kereta secara mengejut. Elzaara pula hampir saja terantuk kepalanya sebaik saja Lisa membrek secara mengejut.
Lisa membulatkan mata memandang tepat ke muka Elzaara. Manakala Elzaara pula mulai kecut perut apabila melihatkan wajah Lisa sebegitu rupa. Dia terkejut melihat Lisa menekan brek secara tiba-tiba dan raut wajahnya yang bengis. Mujur tiada kereta sewaktu Lisa memberhentikan keretanya secara mengejut tadi.
Aaaa.. Kak Lisa, El minta maaf. El cuma tanya je. Sorry Kak Lisa. Akak jangan marah ya Bersungguh-sungguh Elzaara meminta maaf. Dia tidak menjangKakan yang pertanyaannya tadi akan mengundang kemarahan Lisa pada waktu itu.
Elzaara... Elzaara... El buat Kak Lisa geli hatilah dik, tiba-tiba ketawa Lisa meletus.
Hah... sudah! Kenapa pula Kak Lisa ni Tersampuk hantu wayang ke apa ni tiba-tiba gelak macam tu Gumam Elzaara dalam hati.
Kak Lisa, Akak okey tak ni Kenapa Akak gelak sakan macam ni Elzaara sudah ketakutan melihatkan Lisa yang masih lagi ketawa.
Dia mengoncangkan tubuh Lisa. Dia menjangKakan bahawa Lisa akan memarahinya tetapi sebaliknya dia hanya tertawa.
Apa yang lucu sangat
Okey, okey Akak stop. Adoi! Keras perut Akak gelak tadi. El tanya soalan basi tu sebab based on perangai Akak dengan Brian tadi tu ke Atau sebab Brian ada panggil Akak sayang dan itu yang buat El fikir kami bercinta, macam tu Aju Lisa.
Yup. El tengok cara Akak bercakap, bergurau dengan dia, tu yang El ingat Akak dengan dia tu bercinta. Nak pula Akak dengan dia rapat semacam. Sampai family dia pun semua Akak kenal, Jawab Elzaara takut-takut.
Nopelah El. Akak dengan Brian tu dulu satu universiti. Kami memang rapat sebagai kawan rapat cuma tulah kadang-kadang orang selalu salah tafsirkan hubungan kami tu. Dah ramai sangat yang anggap kami ni pasangan bercinta padahal tak pun. Sebenarnya Akak ada buah hati dekat Malaysia ni. El pun dengar tadi Brian sebut nama buah hati Akak tadi. Mamat-mamat saleh ni bukan taste Akak untuk dibuat sebagai calon suami, Lisa menurunkan handbreak dan meneruskan perjalanan pulang mereka.
Kenapa El tanya Akak macam tu El dah jatuh hati dengan Brian ke Kalau El dah jatuh hati bolehlah Akak rekomenkan. Lisa menyerkap jarang dengan keduadua keningnya dinaikkan.
Aah, memang bernas sungguh idea Akak tu. Tapi, daripada Akak rekomenkan dia untuk El, baiklah Akak rekomenkan untuk Lyn tu. Lyn tu pun suka sangat mamat tu. Apa kata Akak bagi je mamat tu dekat Lyn, selamba sahaja Elzaara memberikan idea yang tak masuk dek akal itu.
Eh, tak adalah. Akak tanya je. Manalah tahu kotkot dalam hati El ada taman ke kan. Nada El tanya tadi pun dah macam jealous je.
Hah! El Brian El nak jealous No way! Sanggah Elzaara.
Lisa ketawa galak.
Taklah Kak. El saja tanya je sebab hubungan Akak dengan dia baik sangat. El tak naklah ada sebarang hubungan dengan kaum lelaki ni. Kaum lelaki ni cuma tahu menyusahkan hidup perempuan je, dengus Elzaara kasar.
Ish, tak baik El cakap macam tu. Kita ni kaum perempuan perlukan lelaki dalam hidup. Macam tu juga dengan kaum lelaki, memerlukan perempuan dalam kehidupan mereka. Barulah namanya saling lengkap-melengkapi. El pun tahu kan perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki. El lupa ya kisah macam mana Siti Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S Tegur Lisa.
Erm entahlah Kak. Sebenarnya El dah fobia sangat-sangat, dah trauma dengan lelaki ni. Lebihlebih lagi lepas apa yang berlaku pada arwah Kak Fira dulu. El rasa cukuplah apa yang dah berlaku. El tak mahu memperjudikan nasib El dengan orang yang kita cuma kenal luaran sahaja. Bagi El tahu lelaki ni cuma tahu menyusahkan hidup perempuan je, bukan tahu menghargai.
El, tak baik cakap macam tu. Tiap apa yang berlaku dalam hidup ni ada hikmahnya. Kita akan rasa kepahitan dahulu sebelum merasai kemanisan. Macam pelangi juga. Pelangi takkan timbul secara tibatiba, kan Hujan akan turun dahulu, lepas tu matahari timbul dan kemudian pelangi pun muncul. Macam tu juga dengan kehidupan kita. Hidup kita ni macam roda, kejap kita rasa sakit, kejap kita rasa bahagia. Tu semua ujian daripada Allah supaya kita tak terleka dengan semua nikmat yang kita dapat dekat dunia ni. Dekat dunia ni kita tak boleh nak bongKak, tak boleh nak sombong sebabnya dalam sekelip mata je Allah boleh tarik nikmat tu. Hujah Lisa.
Elzaara membuang pandangan keluar tingkap. Ada betulnya kata-kata Lisa. Tapi, egonya tetap mempertahankan hujahnya.
Kalau lelaki hanya menyusahkan hidup perempuan, Akak rasa El sendiri pun takkan lahir. Begitu juga dengan Elfira, Akak, Lyn, semua orang yang ada dalam dunia ni. Manusia takkan berkembang kalau perkahwinan tak wujud. El tengok sendiri, macam mana Pak Long dengan Mak Long, Pak Ngah dengan Mak Ngah, mereka bahagia je. Dah bertahuntahun mereka kahwin tapi tak ada pun mereka rasa perkahwinan tu membebankan ataupun menyusahkan mereka. Tak semua orang dapat nasib yang sama El. Ada yang bahagia sampai hujung nyawa, ada juga yang bercerai, ada juga yang kahwin dua tiga kali baru bahagia. Masing-masing ada takdir tersendiri.
Erm...
Dah tertulis takdir jodoh Elfira sampai takat tu, kita tak boleh nak ubah apa-apa. Kita bukan memperjudikan nasib kita dalam perkahwinan, tak baik fikir macam tu sebab itu sebelum kahwin kita kena ada sesi taaruf dulu. Kan dalam Islam ada caranya. Kalau niat kahwin tu betul, ikhlas, jujur, Insya-Allah, Dia akan permudahkan urusan kita. Yang penting kita jangan lupakan Allah. Nasihat Lisa.
El faham Kak. Terima kasih menyedarkan El. El tak sepatutnya cakap macam tu.
Sama-sama sayang.