SEOUL LOVE STORY - 10
Abriel memilih untuk keluar dari rumah semata-mata untuk menghindari Jaejoong. Dia pergi menonton wayang sebelum menghabiskan masa di kedai buku. Dia akhirnya membeli tiga buah buku yang disukainya.

Sambil berjalan pulang ke apartmennya, otaknya ligat memikirkan apa yang telah terjadi sejak kebelakangan ini. Jaejoong, Yoohwan dan semuanya. Kenapa dia tak marah saat Jaejoong menciumnya Adakah dia sukakan lelaki itu Tetapi serentak dengan itu bayangan wajah Ruben muncul di ingatannya.

Dari jauh dia telah melihat kelibat Jaejoong yang sedang berdiri bersandar pada keretanya tidak jauh daripada deretan kedai yang sedang dilaluinya. Dia menundukkan kepala, berpura-pura tidak melihat lelaki itu. Dia berjalan melewati lelaki itu dan terus melangkah melewatinya.

Awak dari mana soal Jaejoong di belakangnya.

Abriel meneruskan langkah. Dia mahu segera sampai di apartmennya dan bersembunyi dari Jaejoong.

Kenapa telefon awak off Habis bateri

Abriel terus melangkah sambil menunduk. Langsung dia tidak melirik ke arah Jaejoong yang sedang menyaingi langkahnya.

Jaejoong segera menghalang laluan Abriel. Gadis itu berhenti tetapi wajahnya masih ditundukkan.

Dengar, saya tak marah. Saya risau. Saya dah tunggu awak lebih dari dua jam. Telefon awak tak on. Awak ingat saya boleh buat macam biasa Tak peduli

Saat itu, Abriel mendongak. Apa yang dilihat Jaejoong dalam matanya membuat dia merasa ingin menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Gadis itu kelihatan sedih. Tidak, gadis itu kelihatan seperti sedang patah hati. Apakah yang terjadi selepas dia tinggalkan Abriel semalam

Saya rasa itu yang sebaiknya awak buat. Cari perempuan lain dan jangan ganggu saya lagi, ujar gadis itu serius tetapi penuh yakin.

Kata-kata itu membuat amarah Jaejoong membara. Apa pekiknya agak kuat. Tidak peduli seandainya ada orang yang mendengarnya. Awak cakap apa ni Apa yang dah jadi sampai awak cakap macam tu Awak ingat saya senangsenang boleh buat macam tu

Apa masalahnya sengit Abriel kembali, nada suaranya setinggi suara Jaejoong. Lelaki dengan rupa dan reputasi macam awak bukan susah sangat nak carik perempuan. Lagi pun apa maksud awak mendekati saya Awak ingat saya ni apa Kita tak ada hubungan apa-apa!

Jaejoong menarik nafas panjang, cuba meredam kemarahan yang semakin membuak di dadanya. Selepas apa yang terjadi semalam. Semudah itu Awak suka saya, ujarnya tegas.

Itu bukan pertanyaan. Itu pernyataan. Sekarang giliran Abriel pula mengeluh. Saya minta maaf kalau saya menyakiti hati awak, tapi saya tak suka awak! Tiga perkataan terakhir itu sengaja ditekankan.

Jadi awak memang selalu mencium lelaki yang awak tak suka

Bukan saya yang cium awak! Awak yang cium saya! getus Abriel, wajahnya sudah merah padam.

Tapi kenapa awak tak tampar saya. Bukan kebiasaan awak. Abriel mengeluh sambil mendongak ke langit. Lelah. Pertengkaran ini membuatnya lelah. Awak tak tahu kebiasaan saya, ujarnya perlahan. Hampir tidak terdengar. Boleh tak awak pergi jauh dari hidup saya Tolonglah. Bukan senang untuk saya, percayalah.

Jaejoong terdiam sambil memandang mata gadis itu yang kini sudah berkaca-kaca. Tidak, ujarnya perlahan. Masih berdegil.

Saya patut cakap sebabnya dulu baru awak pergi

Apa pun alasan yang awak bagi, saya takkan buat macam

tu.

Abriel merenung wajah itu lama, cuba mencari kekuatan. Saya pernah berkahwin.

Dia berharap Jaejoong akan gusar atau takut mendengar kenyataan itu. Mata Jaejoong ditatapnya. Tetapi tidak sedikit pun lelaki itu goyah. Jadi soal Jaejoong selepas beberapa saat berlalu.

Itu bukan halangan untuk awak

Awak kata awak pernah berkahwin. Pernah. Sudah berlalu. Sekarang awak dah bebas daripada ikatan perkahwinan, bukan

Awak tak nak tanya alasan kenapa saya dah tak berkahwin Penting ke saya kena tahu Wajah Jaejoong serius.

Mungkin saya masih cintakan suami saya.

Bekas suami. Jadi saya tanya sekali lagi. Penting ke saya kena tahu

Sebenarnya penting.

Sebenarnya bohong kalau saya kata saya tak mengharap awak membalas perasaan saya. Tapi kalau saya harapkan benda itu berlaku sekarang, tentu saya tak ada di sini.

Abriel mengeluh. Kenapa awak selalu menyusahkan hidup saya

Jaejoong ketawa sinis. Dan kenapa awak tak fikir awak sedang menyusahkan hidup saya. Kenapa susah sangat awak nak terima kenyataan yang awak dah berada dalam hidup saya Sebab bekas suami awak Kenapa awak masih terkenang kisah silam Hidup ni sentiasa berjalan, masa tak boleh diputar semula. Kalau awak tak boleh buka pintu hati untuk saya, buka tingkapnya. Tolonglah. Beri peluang untuk saya masuk ke hati awak dan menjaganya. Beri peluang saya untuk menjadi masa kini dan masa depan awak sebab saya sudah menjadikan awak masa sekarang dan masa depan saya.

Abriel tertawa sinis. How poetic, sindirnya.

Terpulanglah. Saya tak paksa awak percayakan saya. Sekarang yang paling penting, awak nak ikut secara sukarela atau saya kena dukung awak masuk kereta

Abriel memandang lelaki di hadapannya. Lelaki yang tidak tahu erti mengalah. Tetapi dia takut dengan perkembangan baru ini. Takut dengan hatinya yang berdebar-debar saat menatap wajah lelaki itu. Takut dengan otaknya yang seakan menelan kata-kata lelaki itu bulat-bulat. Saya tak nak ikut awak! ujarnya tegas sebelum cuba beredar. Percuma. Dengan mudah lelaki itu mengangkat dan mendukungnya menuju ke kereta. Dia cuba menjerit dan meronta tetapi sia-sia. Pintu kereta dibuka dan Abriel ditolak masuk ke tempat duduk hadapan.

Jangan sampai dia lari! ujar Jaejoong kepada seseorang yang duduk di tempat duduk belakang. Abriel menoleh dan melihat Yoohwan yang sedang tersenyum sinis memandangnya. Abriel kembali menoleh ke depan. Shit! Dia terdengar Yoohwan tertawa sinis di belakang.

Jaejoong masuk ke dalam. Seatbelt, katanya pada Abriel. Abriel menoleh ke luar. Tidak peduli. Dengan kesabaran yang tersisa, Jaejoong membongkok untuk menarik dan memasangkan tali pinggang keledar gadis itu. Kemudia melarikan kereta itu membelah keheningan malam. Tanpa bicara. Masing-masing larut dalam fikirannya.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di hadapan sebuah rumah. Sunyi, tidak seperti sebuah rumah yang sedang mengadakan pesta. Namun saat pintu dibuka, suasana pesta meruap dari dalamnya. Abriel melangkah tanpa rela, kerana tubuhnya didorong oleh Jaejoong dari belakang. Lelaki itu ramah menyapa dan tertawa. Hilang sudah raut wajah tegangnya sepanjang perjalanan tadi.

Patutnya awak jadi pelakon, bukan penyanyi, getus Abriel agak keras, cuba melawan bunyi muzik yang kuat.

Oh, memang ada yang menawarkan saya jadi pelakon.

Awak rasa saya patut terima ke

Abriel mencebik kerana sindirannya tidak mengena. Jaejoong menarik tangannya. Jom kita jumpa tuan rumah dulu, ujarnya.

Abriel ditarik ke ruang dapur. Ada beberapa orang sedang berbual-bual di situ. Seorang gadis yang dikenali Abriel sebagai salah seorang ahli kumpulan wanita yang sedang meningkat naik sedang berbual dengan Kibum yang tertawa riang di sebelahnya. Ada seorang gadis cantik yang lain sedang berbual dengan seorang lagi lelaki. Wajah gadis itu berseri-seri saat melihat Jaejoong datang.

Jaejoong! Sampai jugak akhirnya. Dan..wow! Ni perempuan masa konsert dulu kan soal Kibum pada Jaejoong yang menjawabnya dengan anggukan dan senyuman lebar. Jadi betul lah gosip tu ujarnya nakal.

Abriel hanya tersenyum. Dia tidak ada keinginan untuk mengetahui apa-apa gossip, lagi-lagi yang berkaitan dengan dirinya. Selamat hari jadi, ujarnya sambil menjabat tangan Kibum.

Kibum menyambutnya dengan senyuman manis. Maaf kalau menakutkan kamu dan banyak tanya. Biasanya Yoohwan hyung yang selalu bawak perempuan datang ke majlis seperti ini. Bukan hyung yang ini, katanya sambil menuding ke arah Jaejoong.

Gadis yang tadinya memerhatikan saja perbualan mereka bertiga sudah berdiri di sebelah Jaejoong. Hey, Jaejoong! ujarnya riang sambil memaut lengan lelaki itu, memaksa Jaejoong menoleh ke arahnya.

Hi, Chaekyong. Apa khabar

Kau sudah menghindari ku sekarang. Tak jawab panggilan aku. Tak mahu berjumpa aku. Padahal dulu kau sanggup berkhemah di depan rumahku. Diakah alasannya soal gadis yang bernama Chaekyong itu. Dia memandang Abriel yang hanya memakai kemeja-T dan jeans, bermekap tipis dan rambut yang cuma diikat satu. Biasa je, ujarnya dengan riak mengejek.

Of course! Getus Abriel dalam hati. Pakaian, mekap dan dandanan gadis itu pasti sudah menghabiskan ratusan ribu won, fikirnya.

Jaejoong menarik tangan Abriel dan menggenggamnya erat. Kenalkan, ini Abriel. Kekasih aku.

Kesannya ternyata agak besar kerana bukan hanya gadis itu yang kelihatan terkejut, tetapi juga orang lain yang ada di dapur itu, kecuali Yoohwan yang sedang menghirup minumannya. Abriel menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi tidak dipedulikan gadis itu.

Jadi sebab tu kau bawak dia ke sini Nak buat aku cemburu soal gadis itu dengan rahang terketap.

Abriel menoleh ke arah Jaejoong, cuba mencari kebenaran dalam kata-kata gadis itu. Wajah lelaki itu sangat serius saat menuturkan Tidak.

Jangan main-main dengan aku! Perempuan macam ini menggantikan aku Kau bergurau kan jerit gadis itu agak kuat. Beberapa orang yang tadi berada di ruang tamu mula muncul di dapur saat mendengar kekecohan itu. Saat itu Abriel berdoa agar bumi terbelah dan menelannya. Dia benci menjadi bahan perhatian seperti itu.

Aku tak main-main atau bergurau. Dia memang kekasih aku. Hubungan kita dah lama berakhir. Terima kenyataan dan teruskan hidup kau. Berhenti menjerit. Kau memalukan diri sendiri. Kata-kata Jaejoong kedengaran tenang dan selamba tetapi siapa yang mengenalnya pasti tahu yang dia sedang benar-benar marah.

Dan rasanya gadis itu juga tahu kerana beberapa saat, dia berpaling dan terus beredar dengan penuh dramatik selepas melemparkan pandangan penuh benci pada Abriel. Abriel tertunduk. Dia tahu semua orang pasti sedang memerhatikannya dan bercakap tentangnya. Mujurlah Jaejoong menyedari ketidakselesaannya lalu mengajaknya naik ke atas. Mereka masuk ke dalam perpustakaan lalu Jaejoong mengunci pintu itu dari dalam.

Saya minta maaf, ujarnya sambil memandang ke arah Abriel.

Abriel menggeleng. Dia berjalan-jalan melihat keadaan di dalam perpustakaan itu. Sesekali dia melihat beberapa tajuk yang menarik perhatiannya. Ruang itu sunyi untuk beberapa ketika.

Jadi dia bekas kekasih awak Perempuan tu tadi ujarnya tanpa menoleh ke arah Jaejoong.

Chaekyong Ya. Kami pernah ada hubungan untuk beberapa saat, ujar Jaejoong sambil mengulum senyum.

Kenapa putus soal Abriel lagi.

Maksud awak

Abriel menjongket bahu, masih tidak menoleh ke arah Jaejoong. Dia kan cantik. Nampak macam orang kaya.

Cuma

Menyakitkan hati pancing Jaejoong. Abriel tertawa kecil.

Awak cemburu soal Jaejoong lagi.

Awak suka kalau saya kata ya, kan

Jaejoong merenungnya lama. Bercakap dengan gadis ini harus berhati-hati, seperti memusnahkan bom. Kerana reaksinya sukar dijangka. Mestilah saya suka.

Abriel ketawa sinis. Tak sangka awak ni jenis yang akan bergembira atas penderitaan saya.

Hei, bukan tu maksud saya. Mestilah saya nak awak selesa, aman dan bahagia dalam pelukan saya, ujarnya sebelum berhenti seketika. Abriel sedang ketawa, kali ini lebih bersungguh-sungguh. Dia menunggu gadis itu berhenti ketawa sebelum menyambung. Tapi kalau awak ada simpan perasaan cemburu yang berkaitan dengan saya, mestilah saya suka. Lagi-lagi kalau awak bertindak macam kekasih yang memahami. Bukan mudah nak jadi kekasih seorang lelaki yang kacak dan berbakat macam saya.

Abriel memandang lelaki itu dengan penuh rasa tidak percaya. Wajah Jaejoong kelihatan agak merah. Awak malu ke cakap benda-benda macam ni dengan saya Tak malu lah! sangkal Jaejoong pantas.

Kenapa muka awak merah

Sebab awak cantik sangat, sahut Jaejoong sambil tersengih. Kali ini giliran wajah Abriel pula yang memerah. Walaupun jawapannya tidak berkaitan, tapi apabila dipuji oleh seorang lelaki yang kacak, pasti akan membuat hati berbungabunga.

Awak boleh tanya apa-apa tentang saya. Saya akan jawab dengan jujur, ucap Jaejoong sambil membetulkan duduknya.

Saya tahu tentang awak. Atau sekurang-kurangnya sebahagian besar tentang kehidupan awak. Setiap tabloid ada memaparkan cerita tentang awak.

Jaejoong mengangkat kening. Tapi tak semestinya semuanya betul kan Mungkin satu dua benda je yang

betul.

Abriel cuma tersengih. Tidak ada jawapan untuk itu.

Awak suka buku soal Jaejoong padanya.

Abriel mengangguk. Saya boleh habiskan sehari suntuk membaca buku. Kalau ada masa lapang, saya suka ke perpustakaan atau ke kedai buku.

Bukan sepanjang masa awak ada masa lapang

Tak semestinya. Aku perlu pergi ke kelas, bekerja di kedai, mengemas rumah, cuci baju, gosok baju, buat tugasan. Bukan free sepanjang masa, kan

Jaejoong tersenyum dan mengangguk. Saya boleh temankan awak.

Kening Abriel berkerut. Maksud awak

Saya boleh temankan awak, ujar Jaejoong lagi. Temankan awak baca buku di perpustakaan. Awak boleh membaca dan saya boleh menulis lagu. Jadi memang sesekali kita boleh ke perpustakaan atau kedai buku.

Abriel terdiam. Di dalam hatinya memprotes. Itu couple je yang buat! Kita bukan couple! Tetapi sepertinya lelaki itu tidak mendengar suara hatinya.

Apa lagi yang awak suka soal Jaejoong lagi.

Saya suka tengok wayang, suka pergi konsert juga tapi susah nak enjoy bila orang di sekeliling kita menjerit-jerit. Hmm.. kalau bab menonton wayang, rasanya tak ada masalah. Tapi kena menyamarlah. Kalau konsert, awak mesti tonton konsert saya. Kalau boleh yang di luar negara sekali.

Mereka saling berpandangan, lama sekali. Abriel merasa seperti hampir satu jam berlalu. Awak nak turun bawah soal Jaejoong selepas beberapa ketika. Jangan risau, saya akan jaga awak daripada serigala-serigala lapar kat luar tu, katanya dengan senyuman.

Abriel turut tersenyum. Saya pun ada taring sendiri, tau ujarnya sebelum mereka keluar dari perpustakaan itu. Jaejoong tertawa mendengarnya.