Kristal Berdarah - 10
BAB 9

La! apa kena dengan kau ni, Ramlan Kau nampak macam orang tak cukup makan je

Ruang tamu banglo itu kelihatan berseri dan ceria apa bila jalurjalur cahaya matahari bersinar melalui tingkap dan pintu yang terbuka. Walaupun cahaya matahari tidak di gemari oleh kebanyakan orang Malaysia, tetapi kehad irannya nyata memeriahkan keadaan. banglo yang mati ketika mal am menjelang, bertukar menjadi indah.

Ramlan melangkah perlahanlahan, menuruni anak tang ga itu. Sesekali dia menenyeh matanya walau pun dia baru sahaja mandi. Mungkin salah satu usahanya untuk memastikan tiada tahi mata yang melekat di penjuru kelopak matanya. atau boleh jadi juga, kuman resdung mula menyer ang.

Suhaili tersenyum memerhatikan gelagatnya. Suhaili masih mengenakan pakaian semalam. Langsung tidak menampakkan ciriciri sebagai jutawan sebagaimana yang sering dibanggakannya. Malah Ramlan juga tidak meng hiraukan imejnya selaku seorang peguam yang sering ber pakaian kemas ketika berurusan sama ada urusan rasmi atau tidak.

apa maksud kau aku macam biasa sahaja. Macam juga di pagipagi yang lain.

Hah! Suhaili mengejek. Kau betulbetul berlainan. Ti dak seperti Tuan Peguam Ramlan aslani yang aku kenal.

Ramlan berhenti sejenak. Menumpukan pandangan ke pa da wanita jutawan itu.

Kau jangan merepeklah. Kalau betul pun aku berlai nan, aku tetap aku. bukan macam kau. Lekas merajuk walaupun kau tahu aku tak pernah bermaksud nak bunuh kau. aku hanya nak buktikan bahawa maklumat yang kit a terima sebelum ni betul, kata Ramlan. Dia sudah tidak dapat menahan gejolak yang melanda hatinya lagi.

Sudahlah! Jangan nak berleter lagi. Kalau kau teringin sangat nak berleter, tunggu dalam perjalanan nanti. Kita kena bergerak sekarang juga. Saoud dah lama menunggu.

Ramlan merenung meja makan. Takkan langsung tak ada masa untuk aku bersarapan

Suhaili tersenyum dan menarik lengan Ramlan.

Mereka duduk bersebelahan di meja makan. Jalil tidak pula muncul seperti semalam. Suhaili bangun dan terus menuju ke mesin pembancuh kopi. Menuangkan ke dalam dua biji cawan dan membawa ke meja makan di mana Ramlan sedang menunggu dengan mata berat.

Salman tengah memeriksa barangan kita di luar.

Ramlan membuka matanya, memandang ke arah

Suhaili.

nak ajak dia ke dalam tanya Suhaili sambil memberi kan cawan yang berisi air kopi kepada Ramlan.

biarkan dia bekerja. Dia masih muda lagi. Keluarga kau memang aneh. apa nama pemandu yang kau sebutkan tadi tu

Saoud. Kau tahu, Salman tak boleh menyebut nama Saoud dengan betul. Katanya, kehidupan di luar ban daraya membuatkan dia kelihatan seperti orang bodoh.

Ramlan mengambil masa yang panjang untuk meng hirup kopinya.

anak kau sebenarnya kurang keyakinan diri... mak sud aku, dia tidak mahu menyelami kehidupan lain.

bagaimana dengan kau sendiri Kau pun tak pernah melibatkan diri dengan corak hidup masyarakat lain selain bandar.

Jangan samakan aku dengan anak kau. aku mempu nyai pengalaman yang luas. Pelangganpelanggan aku mem punyai pelbagai latar belakang. Daripada mereka, aku belajar banyak perkara.

Kau menyindir aku

Tak! aku tak pernah sindir sesiapa. aku bercakap dengan hati ikhlas. Kadangkadang kita ni perlu tengok hid up orang lain sama. Kadangkadang, apabila kita rasak an hidup kita sudah cukup sempurna, kita sebenarnya lari jauh daripada garis hidup yang sebenar. Kita lupa kepada sesuatu. Lupa kepada Yang Menjadikan.

Maksud kau

Yalah... seseorang yang kaya dan bergelar jutawan macam kau... sorry, aku terpaksa mengatakannya... jarang sekali mengagungkan Tuhan. Malah adakalanya, Tuhan tidak ada dalam diri orang kaya macam kau. Suhaili terdiam.

Perbincangan kita nampaknya dah tersasar jauh.

Tak! Semua yang aku cakapkan tu, ada pada diri kau.

Kau bukan kaunselor aku.

Sebahagian daripada tugas peguam ialah membuat kan pelanggannya faham tentang sesuatu. aku adalah seorang peguam dan kau pula adalah anak guam aku.

Suhaili terdiam. Ramlan merenung Suhaili sambil ter senyum. ada sesuatu yang berdetak di hatinya. Kau tak bawa makanan tambahan, Suhaili Suhaili berpaling dan mengangguk.

Macam mana perangai Saoud

Susah nak cakap. Dia pendiam, tak banyak cakap. Dia dah periksa barangbarang kita. Dia

seperti seorang yang terlalu berhatihati.

baguslah kalau macam tu.

Harapharap pun macam tu jugalah. Tapi aku raguragu sikitlah. Suhaili mengerutkan dahinya.

Kenapa pula

boleh ke dia sesuaikan diri dengan kita nanti

ah! biasalah tu. Kau tengoklah nanti. Menjelang pe tang je, dia yang bercakap lebih banyak daripada kita bertiga.

Sementara itu disuatu sudut, seseorang sedang merenung mereka. Sukar orang itu untuk mempercayai apa yang dia pandang sekarang. Sukar baginya hendaknya mengakui yang dia sebenarnya telah tertewas. Dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. Dia tidak dap at menyelesaikan salah satu daripada perkara terp enting di dalam tugasnya.

Subuh tadi dia telah menelefon seseorang. Seseorang yang telah mengupahnya untuk melakukan semua kerja itu.

Kau tak selesaikan semua kerja kau dengan baik! Suara daripada gagang itu bagaikan mencairkan hatinya.

Semuanya dah saya buat. Tapi yang ni...

Sepatutnya kau bunuh dia sebelum dia berjumpa Suhaili dan Ramlan. bukannya selepas dia jumpa

Suhaili dan Ramlan!

Tapi...

aku mahu mereka disabitkan dengan kematian pe ngemis itu. Sebelum tu pun kau dah buat silap. ingat! aku dah banyak habiskan duit untuk kau. Jangan cuba nak menipu aku!

Maafkan saya encik Zul. Saya tersalah sangka. Saya ingat, kalau saya bunuh selepas Suhaili dan Ramlan ber jumpa pengemispengemis itu, bukti untuk mengatakan me reka yang membunuh pengemis itu akan jadi lebih kukuh.

Kau jangan lupa, Ramlan adalah seorang peguam. Dia tahu mencari alibi.

Ketika itu, dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia ti dak boleh melawan lelaki yang menjadi pengarahnya itu. Lelaki itu terlalu berkuasa wang ringgitnya malah le bih berkuasa daripada Suhaili sendiri.

aku mahu kau mengekori mereka. cuba sabitkan me reka dengan jenayah yang bukan mereka lakukan, faham

baiklah, Tuan Zul.

Jangan panggil aku Tuan Zul. aku tak suka dengan nama singkatan. Sebutkan nama penuh aku. baik Tuan Zul... err.. Tuan Zulkifli. Kletak!

Dia tersentak. Lamunannya sertamerta hilang. Dari ting kap yang terbuka, dia mengintai keluar. Saoud keli hatan begitu tekun membetulkan barang dan peralatan Suhaili, Ramlan dan Salman. Sekejap dia menutup pintu belakang jip tersebut tetapi kemudian membukanya kem bali sambil me me riksa sesuatu.

Dia terfikir sesuatu.

Tidak! aku tak boleh bunuh Saoud. Kalau Saoud ma ti, maknanya aku tak berkesempatan untuk

melihat siapa yang me reka cari.

Dia masih ingat pesanan Tuan Zulkifli.

aku tak mahu Suhaili datang ke sini balik. aku tak mahu dia menjadi pengerusi eksekutif Syarikat Setia Jaya lagi. cukuplah kalau selama ini dia menjadi pengerusi eksekutif. Walaupun syer syarikat itu hampir 50% kepu nyaannya, aku tetap mahu menyingkirkan dia. aku mahu syernya jatuh ke tangan aku sebagaimana jatuhnya syer Dato Mansor kepada aku. Jangan biar dia mus nah kan apa yang telah aku bina. aku dalam usaha untuk menambah pegangan dalam syarikat ini.

Dia memahami tugas yang diberikan oleh Zulkifli itu. Se belum Dato Mansor sakit, sememangnya dia kerap me ngun jungi Zulkifli di pangsapurinya yang terletak di tengah pusat bandar raya.

Di pangsapuri itulah mereka merancang. Mulamula mereka akan membuatkan Dato Mansor tidak dapat bek erja. Zulkifli akan dirangka untuk menggantikan Dato Mansor walaupun masih terdapat pengarahpengarah lain yang layak untuk jawatan Pengarah Urusan Setia Jaya.

Mereka berjaya. Dia sendiri memainkan peranan pen ting dalam kejayaan tersebut. Dia telah mengancam Dato Mansor yang kebetulan mempunyai seorang perempuan simpanan bernama Faridah. Dia akan men de dahkan segala skandal dan salah laku Dato Mansor selama ini kep ada isterinya seandainya Dato Mansor tidak bertindak.

Sebagai seorang yang bijak, Dato Mansor telah mengubah namanya di dalam setiap geran harta per sendiriannya, bagi mengelak daripada dikenakan cukai pen da patan yang terlalu tinggi. Segala hartanya dinama kan kepada isterinya. Malahan wang simpanannya juga dima sukkan ke dalam akaun isterinya.

Jikalau isterinya mendapat tahu tentang perkara ter sebut, sudah tentulah Dato Mansor akan muflis. Jikalau Dato Mansor muflis, dia akan kehilangan segalagalanya tetapi tidak kerusi empuk pengarah urusan dengan proksi.

Dia berjaya dalam usahanya. Dato Mansor terkejut dan langsung jatuh sakit sakit orang kaya, sakit jantung. Te ta pi sebelum Dato Mansor bersara daripada jawa tan nya, dia telah mencadangkan Zulkifli sebagai pengarah urusan yang baru. cadangannya diterima.

Hanya apabila Zulkifli terlantik sebagai pengarah urusan baru, barulah Suhaili diberitahu. Mujurlah Suhaili tidak menentang. Jikalau tidak, sudah tentulah rancangan itu tidak akan berhasil atau Zulkifli masih di takuk lama.

Sekarang, dia ada tugas yang perlu dibereskan. Dia telah mencuba sedaya upaya. Sekalipun Ramlan bukanlah hero di dalam setiap gerakgeri Suhaili, tetapi Ramlan ba gai kan dapat mencium setiap tindakan yang hendak dilakukannya. Dengan bantuan dan nasihat Ramlan, me reka dapat mengelak daripada dituduh sebagai pembunuh.

ah! aku akan mengekori mereka tanpa mereka se dari. Kemudian aku akan jalankan cara untuk membunuh Suhaili, katanya lagi.

Dia berkemas. ala kadar. apa yang perlu sahaja. Tetapi dia teringatkan sesuatu.

aku nak naik apa Takkan aku nak jalan kaki

Dia cuba berfikir sejenak. Melemparkan pandangan nya keluar. Tiada sebuah kenderaan pun yang dapat dipandunya.

Sesuatu terlintas di fikirannya. Dia memetik jari.

Kenapa aku bodoh sangat Kan Syarikat Setia Jaya ada helikopter yang boleh digunakan aku hanya perlu mendail Tuan Zulkifli dan minta dia hantarkan helikopter tersebut. Suhaili tentu tidak tahu. Dia tersenyum.

Pantas dia mendapatkan gagang telefon. Dia menekan nombor kombinasi talian terus Zulkifli.

Hello... Suara Zulkifli kedengaran di dalam gagang tersebut.

Tuan Zulkifli... saya.

Siapa

Orang Sarawak.

Oh, kau! apa halnya

Saya memohon untuk menggunakan helikopter.

Helikopter Jadah apa yang kau nak buat

Saya nak ekori Puan Suhaili, Ramlan dan Salman ke Gunung Kemuning. Saya nak jalankan tugas saya.

Jangan jadi gila! banyak benda lain yang kau boleh buat.

Saya tak tahu memandu. Lagipun tak ada orang yang boleh tolong saya.

ah! Kau ni menyusahkan sajalah. Siasia aku upah kau. Kau carilah cara lain. Zulkifli terus menghempas kan gagang telefon tersebut, sekali gus mematikan terus perbualan mereka.

Dia melongo. Tak tahu apa yang boleh dilakukannya.

Suhaili! Ramlan menghirup air kopinya. Kau yakin, kau tetap nak melakukannya. Maksud aku, inilah peluang terakhir kau untuk mengubah fikiran.

Kau seperti orang mamai. Sepatutnya kau tak cakap ma cam ni kat depan aku. Suhaili ketawa geli hati. ini adalah peluang aku untuk menambah kekayaan. Wal aupun aku terpaksa menempuh pelbagai halangan, aku te tap nak melakukannya. aku pasti, sembilan puluh juta ringgit akan masuk ke akaun aku.

Kau tahu, apa yang kita akan buat sama sahaja se perti sebuah perniagaan. bezanya, aku terpaksa melaku kannya secara realiti, bergelut dengan alam, sedangkan perniagaan pula bergelut dengan suasana perniagaan itu sendiri. Tak ada bezanya, tambah Suhaili.

Ramlan menambah minumannya. baiklah. aku cu ma berharap usaha kita ini akan berhasil. Kalau tak ber ha sil, bermakna habuan untuk aku juga akan berkurangan. Peluang ini tak mungkin datang banyak

kali dalam hidup aku.

Suhaili tersenyum lebar.

Kau tentu tahu kan, aku dah jumpa dengan orang yang masih ingat jalan ke Gunung Kemuning Suhaili benarbenar serius.

Ya! betul kata kau tu. Masalahnya sekarang, mereka cu ma ingat jalan ke sana yang digunakan dua puluh tahun lampau. Sedangkan seperkara yang tak boleh dipandang ringan ialah, perubahanperubahan drastik sudah pasti akan berlaku di sesebuah tempat. Ramlan masih tidak da pat memutuskan sama ada dia perlu mengikut atau tidak.

Maksud kau Suhaili tidak faham.

Mungkin jalan ke Gunung Kemuning sudah berubah. Mungkin telah ada jalan baru. Dua puluh tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek. banyak perkara yang mungkin berubah. Sama macam kau dengan Salimah...

Suhaili mengangkat bahu. nampaknya dia tidak begitu berminat untuk memperkatakan tentang Salimah.

Kita dah banyak kali berbincang tentang perjalanan ini. Tetapi aku hanya mendengar tentang duit itu dari kau. Sedangkan kau tak pernah menceritakan apaapa fa sal kakak kau. Mujurlah aku ada buat sedikit penyelidikan. aku rasa kau tidak perlu tahu apa yang aku tahu, kata Ramlan sambil merenung wajah Suhaili yang sudah berubah.

Suhaili mengangkat bahu. Dia nampaknya tidak ber kecil hati dengan katakata Ramlan. Macam yang kau katakan, peristiwa itu dah berlalu dua puluh tahun dulu. Lagipun kami berdua taklah rapat sangat.