Dia nak pergi berenang kat kolam rupanya! Baik aku pergi juga. Wah! Seronoknya dapat berenang dengan Kharlissa dan berbual-bual dengannya.
Kolam renang itu jenis yang tertutup. Hanya buat penghuni di situ sahaja terletak di tingkat bawah kondo. Kolam renang di bahagian luar dikhaskan untuk kanakkanak sahaja. Kolam renang untuk dewasa lebih privasi. Selalunya tidak ramai orang di waktu petang hari bekerja. Semasa Kharlissa masuk ke situ, tiada sesiapa pun. Air kolam renang yang besar itu kelihatan tenang tidak beriak.
Kerusi malas yang terdapat di situ semuanya kosong. Kharlissa bebas memilih kerusi malas yang disukai, untuk meletakkan tuala dan beg berisi baju persalinan. Dia menanggal seluar bermuda, kemudian terjun ke dalam kolam dengan baju mandi yang telah dipakainya sebelum keluar dari rumah tadi.
Dia berenang-berenang bebas seperti ikan duyung. Seronok rasanya bermain dengan air yang lembut beralun. Sifat air sangat istimewa. Kharlissa mahu menjadi seperti air, lembut mengalir. Tidak pernah hilang arah. Air selalu mengikut alur yang betul. Sedangkan Kharlissa merasakan dia sering kali tersalah arah sejak dia pulang ke Malaysia.
Baru sepuluh minit bersendirian, dia terdengar bunyi deburan air dari arah bertentangan. Seseorang sedang terjun ke kolam yang sama dengannya. Dia memerhati teman baru yang mengganggu ketenteramannya. Kepala lelaki itu timbul ke udara. Dia memandang ke arah Kharlissa.
Hai! Tegurnya dari jauh.
Kharlissa dapat mengecam lelaki itu. Lelaki yang bertemu dengannya di pasaraya dahulu. Teman Khairul Rasheed yang menjaga rumah lelaki itu sepanjang ketiadaannya. Seingat Kharlissa mereka belum berkenalan. Dia tidak tahu nama lelaki itu.
Kharlissa melambai. Lelaki itu berenang ke arahnya. Agak jauh juga dia berenang untuk tiba di seberang kolam.
Hai! tegurnya sekali lagi setelah mendekat.
Hai! balas Kharlissa.
Nafas Norman tercungap-cungap mencari udara. Dia terus melompat naik dan duduk di tubir kolam. Kharlissa ikut naik, mencapai tuala dan mengelap rambutnya. Dia mengenakan seluar bermuda, kemudian membalut rambutnya yang basah dengan tuala. Norman memerhati sahaja aksi Kharlissa.
Dapat tak kerja tanya Norman ramah.
Dapat. Esok saya mula kerja.
Tahniah.
Kharlissa sekadar mengangguk.
Mungkin sebab saya doakan awak tadi.
Kharlissa menoleh, menghadiahkan sebuah senyuman mengejek.
Eh! Awak dah nak balik tanya Norman cuba untuk menahan Kharlissa yang berjalan laju keluar dari ruang itu.
Ya, saya ada hal lepas ni, jawab Kharlissa sambil terus berjalan, tidak menoleh lagi ke belakang.
Norman turut berjalan laju mencapai tuala dan bergegas naik. Hatinya kesal sedikit. Kharlissa tidak sombong tetapi sukar dihampiri. Namun dia sedar ada daya penarik yang membuat dia ingin terus mendekati wanita itu. Dia tidak peduli, walaupun harus berebut dengan Khairul Rasheed.
The best man win, Kay! Bisik Norman.
MAK, kakak tu datang lagi! bisik Murni ke telinga ibunya apabila dia nampak Kharlissa datang.
Sekitar jam lapan malam, Kharlissa datang ke lorong kelam itu mencari Murni. Kharlissa mendapati kedua-dua anak beranak itu masih duduk di tempat pertama kali dia menemui mereka. Kharlissa membawa sebuah beg plastik besar berisi makanan yang sudah siap dibungkus. Dia singgah di kedai mamak di Jalan Tuanku Abdul Rahman tadi, membeli lebih kurang sepuluh bungkus nasi campur. Dia turut membeli minuman.
Dua bungkus nasi dihulur kepada Murni dan ibunya. Dia tahu di lorong itu ramai para gelandangan. Dia berjalan perlahan memasuki lorong itu, menghulur nasi pada manusia-manusia melarat yang tidur di situ. Sekejap sahaja sepuluh bungkus nasi sudah pun diagihagihkan.
Kharlissa kembali ke sisi Murni dan ibunya. Murni sedang menyuap ibunya makan. Kharlissa duduk di sisinya. Cemburu rasa hati Kharlissa melihat kemesraan ibu dan anak itu.
Walaupun di situ terhidu bau yang kurang enak, tetapi Kharlissa terasa ingin berbual-bual dengan Murni. Dia ingin menyelami perasaan Murni.
Mak, makanlah lagi mak, pinta Murni perlahan.
Kau makanlah pula Murni. Nanti kau lapar, kata ibu Murni.
Tak apa mak. Kakak ni beri kita dua bungkus nasi.
Oh, ya ke Dia yang beri nasi ni Patutlah lauknya sedap, puji ibu Murni sambil tersenyum.
Makanlah lagi, mak cik, seru Kharlissa dengan lembut.
Yalah, terima kasih nak, jawab ibu Murni.
Dia memerhati badan Murni yang tidak lagi mengenakan pakaian yang compang camping. Kharlissa yakin, dengan duit yang diberi tempoh hari, Murni telah membeli baju baru. Kharlissa berbual-bual dengan Murni selepas kedua-dua beranak selesai makan. Ibu Murni berbaring. Dia kelihatan lelah. Beberapa kali dia terbatuk keras.
Mak Murni tak sihat, kata Kharlissa, Dia dah biasa macam tu, kak.
Dah lama dia batuk Cuaca di luar ni sejuk. Udara pun tak bersih.
Dah tak ingat, tapi rasanya dah lama dia batuk.
Dah berapa lama Murni di sini
Entah. Tak ingat. Tapi lama juga.
Ayah mana
Ayah masuk penjara, sebab jual dan hisap dadah.
Kharlissa diam. Kita ada kisah sedih yang tersendiri, bisiknya pada angin malam yang baru lewat. Bau hapak dan hancing di situ membuat Kharlissa tidak tahan untuk berada lebih lama. Dia kembali ke kereta, memecut pergi membelah jalan raya. Dia menyedari sejak tadi dia diekori.