Suasana hingar-bingar dengan suara manusia yang bercakap sesama sendiri di dalam bilik kecil yang diterangi lampu kalimantang dan hawa sejuk daripada aircond jenama Rex.
Sudahlah. Kita nak bermesyuarat elok-elok. Bukannya nak bergaduh bersilat bagai. Masing-masing dah tua. Dah berubah. Dah beranak-pinak. Takkan nak jadi binatang lagi Tak ada sifat demokrasi langsung!
Wanita yang menyuarakan pendapat itu kembali duduk. Dadanya diurut beberapa kali tanda lega kerana dapat menyuarakan pendapatnya. Seorang lelaki tiba-tiba bangun.
Betul kata Mary tu. Kita nak berbincang elok-elok. Bukan nak bergaduh. Kita kena sama-sama fikirkan dan selesaikan masalah yang kita hadapi sekarang. Semua mata memandang tepat ke arah empunya suara.
Hafez.
Seorang lelaki gempal memakai jaket pula bangun. Dia sempat membetulkan topi yang dipakai.
Memang betul. Aku, Yop, Fetty dan Tima datang sini nak berbincang. Tapi, kamu kena faham. Sekarang dah ramai yang nak masuk Les Chateau. Aku baru je habis meeting dengan wakil daripada Kerajaan Bersepadu Jaya Hijau. Diorang kata name list semakin naik. Kalau ikutkan agreement, kawasan ni kawasan ekslusif untuk kita-kita dan mereka yang mencari peluang kedua. Tapi, dah ramai sangat. Wakil Kerajaan Bersepadu Jaya Hijau sendiri dah habis modal alasan nak menolak, ujar Majid panjang lebar. Dia mahu penduduk Les Chateau tahu perkara sebenar. Aku faham. Tapi, kita pun kena la faham. Apa tujuan kita dulu sebelum sama-sama dirikan Les Chateau Ingat lagi Soal Hafez.
Seorang wanita india lengkap berpakaian sari bersama kuntuman bunga yang diselitkan pada rambut bertocangnya mengangkat tangan.
Kami faham. Kami masih ingat lagi semua tu. Kita susah senang semua bersama. Masalahnya sekarang kami takut penduduk yang lain dalam bahaya kalau kami lepaskan semua. Tengoklah apa dah jadi hari tu. Bukan kami tak tahu kes pokok pisang Yop tu kamu yang buat, kata Fetty dengan nada sinis.
Aku mengaku itu memang salah aku. Aku dah pun minta
maaf dekat Yop.
Kau nampak apa yang aku bimbangkan Kita semua kena lepaskan. Kalau tak, boleh gila meroyan nanti. Sebab tu kami tak senang bila ramai yang masuk sini. Bahaya untuk kita. Tapi, ada satu perkara yang aku fikir banyak kali.. Fetty berhenti di situ.
Apa yang kau fikirkan
Mary. Ringkas jawapan diberikan Fetty. Seorang wanita berkulit putih dan berambut kusut berwarna coklat gelap memandang ke arah Fetty.
Hah Apa kena mengena dengan aku Kejap, korang cerita pasal apa ni Tanya Mary dengan nada bingung.
Kau ni lawak la, hantu! Mengelamun dah sampai negeri mana
Semua ahli mesyuarat ketawa. Suasana tegang kembali mengendur. Kadang-kadang perkara kecil begitu boleh merendahkan haba ketegangan yang muncul.
Relax la. Nak gaduh macam budak kecil. Lek luu. Sap kok luuu. Mary cuba membuat lawak.
Bongok hantu ni, kata satu suara.
Betul tu. Celaka juga dia ni, sahut suara yang lain. Semua ahli mesyuarat mula tersenyum seolah-olah berterima kasih kepada sifat blur Mary yang pandai mencari kunci untuk mengelakkan daripadanya berlakunya perang yang lebih besar.
Berbalik pasal belakang rumah tetamu tu. Aku pelik betul. Masa tu aku kat depan tengah sapu sampah.. Mary memulakan cerita.
Kau sapu sampah waktu malam
Majid, janganlah naif sangat.
Oh, lupa! Majid tersengih-sengih mengakui kesilapannya.
Berbalik pasal tadi..
Sebilangan ahli mesyuarat ketawa kecil. Wajah Mary sedikit masam kerana terpaksa mengulang kembali cerita.
Masa tu aku kat luar. Tiba-tiba Fetty datang menyusur. Dia cakap ada benda tak kena. Aku pelik sebab aku tak rasa apa-apa. Terus aku dengan Fetty pergi belakang rumah. Kitorang nampak macam ada rasaksa. Macam gajah pun ada. Makhluk tu tengah ranapkan bahagian belakang rumah. Setahu aku, tak ada penduduk Les Chateau macam tu, kata Mary sambil menarik nafas. Mula-mula aku ingat nak serang. Tapi, Mary suruh aku berjaga-jaga dulu sebab kita tak tahu siapa atau apa benda hidup tu boleh buat kat kita, sambung Fetty.
Sebut pasal benda hidup.. Tima bersuara. Dia yang hanya berbaju kurung dan berseluar jeans menuju ke arah pantri. Tangannya mencapai sebuah mug dan menuangkan air panas ke dalamnya. Tiga kuntum bunga cengkih turut dimasukkan. Air itu dikacau perlahan sebelum dia kembali duduk.
Esok atau lusa ada jiran baru nak masuk sini. Jadi, apa plan kita Tima menghirup air perlahan-lahan.
Kejap. Jiran baru, rasaksa belakang rumah Mary. Kau tak rasa kebetulan ke Hafez membuat andaian dengan mengaitkan dua perkara tersebut.
Ish, tak! Aku tengok diorang ni biasa je. Tak ada pun nak buat onar. Elok je laki bini dengan dua orang anak. Macam kau juga. Tima menolak andaian Hafez.
Kalau macam tu, boleh la kita buat makan-makan sikit. Adat Les Chateau berabad lamanya jangan kita tinggalkan. Muliakan tetamu yang masuk. Besar maknanya kepada kita semua, ujar Hafez.
Ahli mesyuarat mengangguk setuju. Yop bangun sambil memusingkan tangannya berulang kali.
Kenapa Skru longgar Hafez cuba berjenaka.
Hampir kesemua ahli mesyuarat tergelak dengan pertanyaan lucu Hafez. Tima tidak dapat menahan ketawa hingga tersembur air yang diminumnya manakala Mary masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga.
Aku tak faham betul korang semua ni, kata Mary sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Diamlah. Pergi mereput sana! Sampuk salah seorang ahli mesyuarat.
Tup!
Keadaan bilik mesyuarat tiba-tiba gelap. Lampu kalimantang seolah-olah tidak berfungsi. Pendingin hawa tiba-tiba berhenti membekalkan udara sejuk.
Hoi, tak bayar bil ke Suara Majid memecah kesunyian. Majid, diamlah! Seseorang memberikan amaran. Perlahan-lahan angin sejuk memenuhi ruang bilik. Hafez memandang ke arah pendingin hawa di dinding. Tidak berlampu.
Pelik! Dari mana datang suhu sejuk
Fetty.. Eh Tima bersuara perlahan.
Dia berasa pelik. Gumpalan asap kecil terbentuk apabila dia bercakap sedang berada di satu kawasan bersuhu rendah. Masing-masing memeluk tubuh dan menggosok telapak tangan. Siapa punya ker.. Belum sempat Tima menghabiskan kata-katanya, lampu kalimantang kembali berfungsi. Bilik mesyuarat kembali terang benderang. Segalanya berada dalam keadaan baik kecuali Mary yang terduduk.
Mary Fetty lantas mendapatkan Mary. Kepalanya dipangku.
Mary sedang menggigil dengan matanya terbeliak. Tolong aku, rintih Mary. Suaranya kedengaran seperti sedang menanggung kesakitan.
Mary mengaduh. Pisau yang biasanya digunakan untuk memotong daging terbenam di dadanya. Semua ahli mesyuarat terkejut apabila melihat darah membuak keluar.
Siapa kau Keluar sekarang! Jerit Fetty. Mukanya kelihatan bengis.
Sabar. Biar aku tengok.
Hafez berjalan menghampiri Mary. Dia meneliti pisau dan kesan luka di dada perempuan itu sebelum melepaskan keluhan panjang.
Pelik. Sepatutnya Mary tak akan cedera kalau terkena
pisau macam ni.
Habis tu, ni apa Fetty sudah hilang sabar. Dia tidak sanggup melihat Mary menanggung kesakitan dengan pisau yang masih terbenam di dada.
Tolong aku, rayu Mary.
Tima datang dan meletakkan kedua-dua tangannya di belakang badan Mary.
Kita kira sampai tiga. Tima, kau boleh mula sekarang, arah Hafez yang sudah mengambil posisi di sebelah Tima.
Tima mengangguk. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu dengan laju dan tanpa henti. Dia memejamkan matanya. Serentak itu lampu kalimantang berkelip-kelip dan angin entah dari mana datang membelai keadaan tegang.
Satu. Tima mula mengira. Dia masih lagi dalam posisi yang sama.
Dua. Tima membuka kelopak matanya perlahan-lahan.
Sekarang!
Argh! Mary mengaduh kuat menahan kesakitan. Hafez berjaya mengeluarkan pisau tersebut. Kesan luka di dada Mary agak lebar dan dalam. Dia menarik nafas lega.
Semuanya dah selamat. Jangan risau, kata Tima sambil tersenyum memandang Mary.
Urgh!
Tima memuntahkan lender berwarna kuning dan berbuih daripada mulutnya.
Kau okay Tima mengelap mulutnya dengan hujung lengan baju kurung.
Aku cuma muntahkan balik racun pisau tu. Mary, esok jangan lupa datang rumah aku ambil penawar. Fetty, kau teman Mary. Jangan sampai apa-apa jadi lagi. Aku rasa kita semua patut bersurai dan awasi rumah masing-masing, kata Tima. Nada suaranya kedengaran tegas.
Semua hadirin mengangguk setuju. Fetty memapah Mary
keluar dari bilik mesyuarat. Masing-masing mula meninggalkan bilik mesyuarat. Hafez mematikan langkah apabila melihat kelibat Yop.
Eh, Yop! Kau nak cakap apa tadi
Ha, aku terlupa!
Fetty berhenti memapah Mary. Tima duduk di atas jalan sambil menunggu reaksi daripada Yop.
Aku nak bagitahu yang aku tak jadi buat majlis makanmakan sebab bajet aku lari.
Hek eleh!