Tiada Tajuk - 10
Bab 10

Mengalami sebuah transformasi tanpa sempadan. Dari haiwan biasa... kepada separa manusia. Punya akal, tapi berjiwa buas. Punya badan seperti manusia, tapi anggota seperti haiwan. Kaki seperti manusia, tapi ekor seperti monyet. Kepala seperti manusia, tapi bertanduk seperti rusa. Wajah seperti manusia tapi kulit bersisik seperti ular. Bahu seperti manusia, tapi berhias kepak seperti helang.

Semuanya seperti manusia... tapi bukan. Ataupun... tidak lagi. Ataupun... barangkali keduanya. Manusia, tapi berkacukan haiwan.

Mereka sendiri pun tidak tahu, duduk sebenar keadaan mereka. Manusia atau haiwan Dan itulah soalan pertama yang mereka akan ajukan nanti. Bila mereka bertemu dengan 'dia yang tahu segalanya'.

- Habis -

Munir meletakkan dokumen tersebut. Dia bersandar pada kerusinya dengan tenang. Terlalu tenang. Sampai menakutkan dirinya sendiri. Kenapa dia tak terkejut Tak melompat dan melatah seperti sepatutnya Barangkali kerana jauh di bawah paras sedar pemikirannya, selama ini dia memang seakan tahu bahawa novel itu tidak pernah meninggalkannya. Sentiasa ada. Hanya menunggu masa untuk menghantuinya semula.

Munir membawa kertas itu kepada Zaiful bersama dengan beberapa akal.

"Dalam cerita ni ada sebut pasal kes polis. Kau ada periksa Samada betul tak ada orang lapor kehilangan budak Azim ni"

"Buat apa Bukannya cerita betul pun...."

"Cuba kau periksa. Cari jugak orang yang nama Elmira dalam cerita tu. Ataupun kawan dia, Nisa. Oh ya... lelaki yang nama Han sekali."

"Ha... pasal watak Han, dia adalah lagi satu persamaan yang ada dalam semua cerita."

"Cerita kedua dan ketiga pun ada watak dia"

Zaiful mengangguk.

"Kau tak baca semua lagi" soalnya pada Munir.

"Tak. Baru Kisah 1."

"Sekarang ni, kau nak kata watak-watak tu semua memang wujud ke" tanya Zaiful yang masih kurang jelas akan ke mana hala tuju yang ingin Munir bawanya berkenaan dengan siasatan kes ini.

"Aku tak tau. Tapi aku rasa kita kena check benda ni."

"Kenapa Dah terang-terang ni cerita dongeng. In fact aku tak faham pun cerita ni pasal apa. Duk cakap pasal peristiwa tiga tahun lepaslah. Masa harijadilah. Kucinglah. Manusia binatang. Apa benda ntah!"

"Memang la kau tak faham. Sebab kau cuma baca sambungan dia. Kau tak baca dari mula."

"Kau cakap apa ni"

"Kau pergi kedai buku, cari novel yang tajuk dia 'Jangan Baca Novel Ni'. Kau baca novel tu dulu. Lepas tu baru kita cerita. Sementara tu aku nak balik. Aku nak tanya Adib pasal cerita-cerita ni."

"Apa kena-mengena dengan Adib pulak ni..."

"Kau baca dulu novel yang aku suruh cari tu," kata Munir ringkas sebelum dia beredar.

Hampir dua jam Zack berteleku di atas bangku kayu itu. Betul-betul berhadapan dengan kedai yang ingin dia masuk dari tadi. Zack memerhatikan sekeliling sekali lagi. Sudah lengang. Ini peluang untuknya.

Zack bangun. Cepat-cepat masuk ke kedai tersebut.

"Iya bang.... Nak beli Banyak baru turun dari Kelantan ni...."

"Yang ni ada lagi tak" tanya Zack sambil menunjuk pada salah satu di antara banyak yang berlipat di situ.

"Ada banyak... abang nak warna apa Berapa"

"Bagi empat. Semua biru."

Penjual itu berhenti dan memerhatikan Zack.

"Kenapa ada masalah ke" soal Zack dengan wajah serius.

"Taklah. Cuma saya kena periksa dulu. Rasanya yang warna biru tak banyak."

"Bagi je berapa yang ada," ringkas Zack.

Setelah membayar, Zack pun beredar dengan girang. Wajahnya tersenyum lebar. Langkahnya juga begitu ringan dan hidup. Ceria dan bertenaga. Seperti seekor arnab yang melompat-lompat di taman.

Dalam Zack melayan perasaan gembiranya itu, telefon dalam poket berbunyi. Kawannya memanggil untuk mengajak Zack berjalan-jalan. Makan-makan. Tengok wayang. Usha awek. Sesuatu yang kerap Zack lakukan bersama sekumpulan rakannya hampir setiap hujung minggu sejak kebelakangan ini. Seolah-olah seperti aktiviti wajib yang Zack tidak dapat tolak. Pasti akan dipaksa oleh rakan-rakannya walaupun ada masa-masa yang Zack tiada keinginan untuk melakukannya.

Sebenarnya ia adalah salah satu ikhtiar kawan-kawan Zack untuk membantu Zack mengatasi masalah penyakit kemurungannya. Mereka kira, walaupun ia tak dapat menghilangkan kemurungan Zack, sekurang-kurangnya bila mereka beramai seperti itu, bergurau-senda, mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, ianya dapat membantu untuk mengurangkan. Sedikit pun jadilah. Agar peristiwa lepas, tidak berulang lagi. Peristiwa yang hampir mengambil nyawanya. Apabila Zack ditemui tak sedarkan diri dalam bilik air dengan kesan torehan pada pergelangan tangannya.

Walaupun berkali-kali Zack menafikan dakwaan bahawa dia cuba membunuh diri, namun barangkali orang-orang di sekitarnya lebih mudah untuk mempercayai kesan parut kekal yang mencacati pergelangan tangan Zack itu, dari mempercayai kata-kata Zack sendiri.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah Zack membeli kain batik biru itu Apakah kegunaannya kepada Zack