Bangunan World Trade Centre dibom orang. Empire State Building, cuba dibakar, mujur berjaya disekat. Berpuluh-puluh buah gereja diceroboh., dirosakkan barang-barang di dalamnya. Sebagai balasan, golongan pendokong gereja menyerang pula kafetaria, bar, kelab dan sauna golongan gay di sekitar Bronx, Brooklyn dan Manhattan. Markas besar GAA di Queens, diserang orang-orang bertopeng.
Pencuri-pencuri mengambil kesempatan bermaharajalela. Pekedai-pekedai yang marah, bertindak sendiri, mereka menembak sesiapa yang mereka syaki. Tentera kini mengambil alih sepenuhnya New York. Kereta kebal dan trak bersimpangsiur di jalan raya. Malahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy juga diawasi tentera. Pasukan peronda lebuhraya dari Washington dikirim khas seramai seratus ribu orang. Mereka bergabung tenaga dengan ahli bomba untuk memadamkan api yang dinyalakan merata-rata.
Presiden Amerika Syarikat muncul beberapa kali di televisyen merayu supaya semua pihak bertenang dan mengembalikan keadaan asal. Dia turut melawat tempat kejadian dengan wajah sugul. Datuk bandar dan gabenor berkejar dari Idlewild ke Ellis Island untuk berucap secara terus dengan perusuh-perusuh yang bertambah bilangan.
Menjelang senja, Rumah Putih kehilangan sabar, mengarahkan supaya tentera menembak sahaja mereka yang degil meninggalkan rumah. Apabila gerakan membersih bermula, jumlah kecederaan berganda. Namun selepas tengah malam dilewati, ada perubahan berlaku. Orang awam atau perusuh berkurangan di jalan raya. Kebakaran dapat dikawal. Laporan kecurian sedikit merosot. Belasan ribu pemuda dan pemudi yang ditangkap disumbat beramai-ramai ke dalam penjara menimbulkan kemarahan sesetengah senator dan ahli Kongres. Namun, Presiden tetap mempertahankan tindakan tentera, malahan memuji.
Lorice Washington muncul di televisyen bersama tokoh dan pemuka gay yang lain, meminta supaya bertenang. Paderi-paderi juga diberi kesempatan memujuk supaya berhenti mengganas.
Pertubuhan gay seluruh Amerika Syarikat menghimpunkan tandatangan mengutuk keganasan yang berlaku. Menurut mereka, homoseksual tidak diberi keadilan malahan dipersalahkan sebagai punca rusuhan. Mereka menghantar memorandum menuntut perubahan dalam perlembagaan. Mereka juga meminta suara mereka kedengaran di Capitol Hill.
Suasana tegang berlanjutan berhari-hari lamanya. Rusuhan ini memalukan Amerika Syarikat. Bukan sekadar itu, merugikan republik dan mencemarkan imejnya sebagai polis dunia. Negara-negara seluruh dunia mentertawakan Amerika, akan tetapi masyarakat gay dari benua lain menyokong perjuangan rakan-rakan mereka.
Perkembangan ini diperhatikan Jill Olvis menerusi Cable News Network. Dia resah sepanjang rusuhan. Bukan kerana rusuhan itu sendiri tetapi dia teringatkan J.C yang menghilangkan diri beberapa hari sebelum rusuhan meletus. Jill ingin keluar mencari tetapi itu samalah seperti menyerahkan diri untuk mati. Jill ingin menghubungi seluruh hotel atau rumah tumpangan di serata New York tetapi dia tahu tiada siapa yang ingin melayani kehendaknya di kala genting begini. Justeru itu dia membatalkan sahaja niatnya dan duduk menonton perkembangan terkini yang disiarkan sepanjang hari.
Ahli keluarganya yang lain begitu terluka tatkala J.C mengumumkan siapa dia sebenarnya. Mereka tidak menunjukkan rasa takut apabila J.C memberitahu yang dirinya berpenyakit. Hanya Bruce yang nampaknya beria-ria menentang J.C. Cuma Bruce sahaja yang begitu sempit pemikiran dan menghalau J.C dari rumah.
Sebenarnya dia kurang berpengalaman tentang AIDS namun setelah diberi penerangan oleh Jason tentang sel T, dia berasa begitu sedih, simpati dan ingin menyayangi J.C sementara masih ada.
Mata Jill masih pada gambar-gambar bergerak yang tertera di kaca televisyen. Berita masih menyiarkan beberapa gambar ulangan peristiwa rusuhan di Christopher Street. Kelihatan di gambar, Lorice Washington sedang berucap. Setelah itu, gambar beberapa orang lelaki saling memukul dengan kayu sepanduk disiarkan. Gambar orang berlari tidak menentu arah dan bertempiaran ditayangkan berturut-turut. Mata Jill tertancap pada seorang lelaki berlari tersekat-sekat. Dia kenal. Mulutnya terpancut, Itu J.C....
Jason dari dapur berlari ke ruang tamu. Mana
Itu. Jill menuding jarinya ke arah televisyen.
Mata Jason terbelalak besar. Jill menoleh ke arah Bruce yang duduk di kerusi malas bersandar menghisap paipnya. Itu J.C, aku bimbang....
Bruce sadin dan selamba. Jason duduk berhampiran. Kelihatan di televisyen kini gambar beberapa buah bangunan terbakar, kemudian polis dan tentera mengejar perusuh-perusuh. Gambar itu beralih kepada pasukan anti rusuhan dengan kedok gas.
Jill menangis tersedu-sedu. Jason mengurut-ngurut belakang ibunya. Jill mengesat dengan tisu, memandang Bruce dan bersuara, Kalau dia apa-apakan, saya takkan maafkan awak!
Bruce merenung tajam kepada Jill. Matanya berapi. Kalau kerana anjing itu awak mahu kita terus bertengkar, silakan, biar dia mampusss!
Ya, saya tuntut ceraiiii!
Jason tidak senang hati. Pertengkaran ini sudah berlarutlarutan. Dia sedar benar kalaulah tidak dicegah, suatu yang boleh menjejaskan hubungan rumah tangga bakal terjadi.
Telefon berdering. Jason meninggalkan Jill yang masih teresak. Dan bergegas kembali kepada ibunya selang seketika. J.C, ada berita J.C!
Jill tergamam sebentar tetapi kembali waras, dia bingkas segera menuju ke telefon. Bruce mengekori punggung isterinya. Dalam hatinya tertanya-tanya juga. Jauh di dasar hati, masih ada rasa kasih kepada J.C, anak saudara yang diharap-harapkan sejak dari dahulu.
Hello
Di seberang sana, suara Tim separuh melaung di pondok telefon awam Pusat AIDS Brooklyn. Hello, Puan Olvis
Ya, saya Puan Olvis. Kenapa Awak ada berita tentang J.C
Tenang, J.C terselamat dari rusuhan.
Jill kelegaan. Hatinya padat kasih sayang. Dia di mana Awak siapa Err dan....
Tenang puan, saya Tim, kawan J.C. Emmm, dia sekarang di Pusat AIDS Brooklyn. Tim tenang menerangkan.
Di Brooklyn Kenapa J.C
Begini, dia terbiar kedinginan. Jadi kesihatannya sedikit memburuk. Dia menghidap Pneumonia. Emmm, kata doktor,
dia diserang Toxoplasmosis juga.
Saya akan ke sana. Jill padat dengan kekhuatiran.
Emmm, saya fikir jalan raya belum begitu selamat lagi. Di luar suasana masih membimbangkan. Ya, orang awam sudah keluar membeli barangan tetapi saya masih ragu....
Saya mesti ke sana, mesti. Keadaannya
Stabil puan, stabil, errr, jangan bimbang. Kami menjaganya. Suara Tim halus, dia tidak mahu Jill kerusuhan hati dan perasaan.
Kami Siapa kami Jill masih padat keresahan.
Kawan-kawan J.C.
Emmm, gay Jill bertanya terus-terang tanpa selindung.
Ya, kami gay! Suara Tim agak tegang di sebelah sana.
Maaf, maaf, maaf, saya perlukan kepastian...
Tak mengapa, err, kalau puan berkeras juga mahu datang, emmm, bawalah orang lelaki bersama. Saya fikir rusuhan sudah mereda tetapi perintah berkurung di Brooklyn sudah dilonggarkan kepada beberapa jam.
Kita jumpa di sana.
Jill meletakkan gagang. Dia berjalan tergesa-gesa ke ruang tamu semula. J.C semakin teruk kesihatannya. Awak berpuas hati Jason bawa ibu ke Brooklyn. Nada suara Jill mengejek tetapi lembut semula kepada Jason.
Sekarang
Ya, sekarang ini....
Bruce memandang Jill penuh perhatian.
Ayah tak ikut
***
Tiga minggu berlalu, J.C sudah semakin pulih. Doktor juga menyifatkan ini sebagai satu keajaiban. Namun yang pastinya penerimaan semula Pak Cik Bruce merupakan ubat mujarab untuk J.C walaupun tidak boleh menyembuhkan tetapi cukup untuk menjadi penawar yang berkesan. Ini semua berlaku lewat Januari. Apa yang mengkagumkan ialah Pak Cik Bruce bukan setakat bersikap sangat terbuka menerima J.C baru ini, bahkan dia sanggup bertahan menghadapi cemuhan dan pandangan negatif masyarakat. Terutamanya dari gereja.
Berkali-kali Pak Cik Bruce menekan kata-kata John Stuart Mill kepada seisi keluarga, katanya, sekadar mengutip kata-kata Mill, keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekan dan hinaan. Itulah prinsip dasar Bruce Olvis sekarang. Kekejutan seisi rumah bertambah apabila Pak Cik Bruce turut merawat dan menjaga J.C dengan penuh perhatian dan tumpuan.
J.C kini terpaksa akur mematuhi desakan pak ciknya dan mak ciknya supaya bersetuju dengan kaedah catheter implant, walaupun di hatinya tidak suka pada jarum-jarum yang tercucuk dan tercancang di dadanya. J.C juga setia dengan rawatan IV drip. Sekeluarga sedar yang rawatan menggunakan AZT menelan belanja 45,000 USD setahun, tetapi mereka rela, dan ini menambah keharuan di hati J.C.
J.C juga dikawal penggunaan AZTnya. AZT bukanlah ubat atau penawar untuk AIDS, ia cuma menyebabkan HIV tidak dapat menjadi sebati dengan sel-sel yang diserangnya ataupun menghentikan pengaruh HIV ke atas sistem pelali pesakit. Ini melambatkan proses virus merebak, supaya AIDS tidak mudah berlaku. Pengguna AZT turut mengalami risiko dan kesan sampingan. Mereka menerima bahana kekurangan sel-sel darah (Anemia) oleh kerana fungsi tulang sum-sum dijejaskan AZT, justeru itu penerimaan darah kerap dilakukan juga. AZT juga menyebabkan J.C pening, nausea, sakit otot, kesukaran tidur dan penuh dengan ruam kulit. Apabila ini berlaku, AZT dihentikan pemberiannya selama 14 hari.
Meskipun J.C pulih segera dari radang paru-paru, toxoplasmosis yang menyerangnya semakin hebat bertindak. Serangan sejenis organisme kecil, toksoplasma di dalam darah. Ia merosakkan otak, hati, paru-paru dan jantung tanpa disedari. Sebenarnya keadaan J.C cukup buruk tetapi kemampuannya untuk tersenyum dan menikmati hidup banyak membantunya kelihatan seperti orang sihat.
J.C apa yang dimenungkan
J.C berjalan lemah dari tingkap ke katilnya semula.
Dia tersenyum manis kepada pak ciknya. Melihat salji.
Pak Cik Bruce tersenyum lebar. Ya, sewaktu kecil dahulu kau memang suka melihat salji. Entah kenapa ya Orang lain membenci musim salji kau tahu Pak Cik Bruce terus tersenyum.
Ya, dinginnya memang menyeksakan. Siapa suka Akan tetapi salji tidak wajar dihukum jahat semata-mata kerana sifatnya itu. Salji dicipta untuk menjadi dingin dan sejuk.
Pak Cik Bruce angguk.
J.C kembali berbaring di atas katil. Matanya merenung siling seketika sebelum memandang semula kepada pak ciknya. Ada surat saya dari Malaysia
Pak Cik Bruce yang sedang membetulkan selimutnya, memasang telinga. Emmm, ya ada, ada, bertulis Pauletta di belakang sampul.
J.C tersenyum riang. Ada pak cik bawa
Pak Cik Bruce menggaru-garu kepalanya. Errr, itu bukan keutamaan. Nanti sahaja, ya, bila pulang nanti.
J.C nampak kecewa, dan untuk menutupnya dia bertanya lagi, Jadi bila saya dapat pulang
Pak Cik Bruce tersenyum lembut. Sabar dulu.
J.C membiarkan kepalanya terkulai, dia menahan pilu dan menitiskan air mata tanpa dibuat-buat. Saya takut di sini....
Takut Pak Cik Bruce duduk di sisi J.C. Bukankah pak cik menjagamu Suara itu memujuk.
Saya, err, sayaaa, entah kenapa tidak suka pada tempat ini.
Pak Cik Bruce mengambil berat. Petugasnya berkasar
J.C menggeleng. Tidakkk, tidakkk, bukan itu puncanya, bukan, bukan itu pak cik. J.C menelan air liurnya. Dia terbatuk-batuk perlahan dan dengan mata masih berair, dia menyambung lagi. Saya takut dengan kematian...
Pak Cik Bruce tersentak. Dia tersentuh. Takut dengan kematian Dia menarik nafas lambat-lambat. Dia berfikirfikir. Mati Ah, semua orang akan mati J.C. Cuma, errr, cuma caranya berbeza. Aku Ya, aku tidak tahu cara apa malaikat mendatangiku. Emmm, barangkali dengan cara yang lebih dahsyat. Kau tahu cuma orang yang baik sahaja mati awal... itu pepatah Inggeris yang terkenal. Sabar nak, sabar nak....
Hati J.C cair. Bukan selalu dibelai dan dipanggil anak begitu. J.C menangis teresak-esak. J.C meletakkan kepalanya di dada Pak Cik Bruce dan orang tua itu merangkulnya dengan penuh kasih sayang.
J.C menangis semakin deras. Dalam hatinya dia sangat berduka. Tangis itu kuat sedu-sedannya. Di dalam benaknya, berfikir-fikir ligat, kenapa perubahan pak cikku ini sebegini mendadak
***
Norman duduk di atas bangku jubin di tepi tasik dengan hati yang bertakung duka. Bunyi cit-cit burung yang riuh di taman tidak mampu mengatasi perasaannya. Norman berdiri di tebing tasik merenung airnya yang berkelabuan. Dia agak terkejut pula seketika tatkala sepasang payau, jantan dan betina ke sana ke mari, berkeliaran di taman indah. Norman mendongak melihat langit yang nilakandi. Biru menggoda. Jaringan cuaca pagi bagus sekali.
Mata Norman beralih semula pada permukaan tasik.
Ada dua pasang angsa menjeludu damai. Dia menghirup nafas semau-maunya. J.C, kenapa kau mendiamkan diri tanpa mengutus sebarang khabar Apa salahku J.C
Seekor rama-rama Monarch hinggap di belakang punggung tanggan Norman. Dia membiarkan sahaja. Berjurus-jurus ia di situ sebelum mengirai sayapnya dan terbang bebas semula. Norman mencapai kuih tepung gomak di dalam piring lalu mengunyahnya. Ah, tidak pernah tepung gomak sesedap ini. Selalunya dia membenci kuih bertepung ini.
Duhai, apalah salah dan silapku Duhai, bagaimana beratkah kesalahanku ini sehingga begini sekali penderaan dan hukuman. J.C kau tidak memberiku peluang. Kau sesungguhnya tidak berperikemanusiaan. Kau sesungguhnya serupa dan sewajah dengan Haji Yusuf, kau buruk dan jahat!
Kebetulan kau memanggil aku! Suara parau itu menerkam pendengarannya. Kebetulan pula kau menghinaku! Suara itu makin garau, makin jahat menyucuk gegendang.
Norman terkesima. Dia membulatkan matanya seraya berkata, Ayah
Haji Yusuf ketawa merendah dan kemudian semakin kuat. Ketawa itu mengejutkan payau, angsa-angsa dan rama-rama yang sebelum ini damai. Ya, aku ni ayah kau. Kau pelik Ahhh, jangan pelik. Ini kebiasaan. Bila-bila boleh ke sana dan ke mari. Ya, bersiar-siar ke alam nasut dari alam malakut. Dan lembaga seiras Haji Yusuf ketawa lagi.
Kau di sini
Aku mencari kau! Kau derhaka! Kau kotor dengan maksiat, kau hancur dengan zina dan liwat. Kau jijik, sangat jijik bila kau membiarkan duburmu itu meleleh dengan air lekit. Ahhh, kau memang menjijikkan! Kau jahanam....
Norman memekap kedua belah telinganya. Dia berpeluh-peluh sehingga lencun. Rasa takut mengejarnya. Tolong, jangan, tolong jangan kau ganggu aku. Haji Yusuf gelak nyaring. Gelak itu melaung dan bergema sekitar tasik dan taman indah.
Kau kubenci! Kau kubenci!
Ya, aku tahu itu. Aku tahu kau meraikan kematianku. Aku telah menjalankan kewajipanku, tapi tidak terhalang. Kau tuduh aku jahat dan penyeksa ibumu. Ya, aku begitu dan begini tetapi aku segera kenali diriku siapa! Aku insaf dan bertaubat. Kau Bagaimana kau Kau anjing selayak dibakar di neraka paling dasar.
Norman melaung dan melalak. Matanya dibuka luas, cungapnya mengocakkan dada. Peluh menitik-nitik basah. Dia memandang sekelilingnya, dia tertidur di meja menulis. Yang ada cuma sebotol bir kosong, sepotong pizza yang telah diunggis, buku Dracula karya Bram Stoker, sebatang pena dan buku diarinya yang terbuka, bertulis separuh. Dia mengeluh, dia mengesat dahinya, menyeka peluh di leher. Dia duduk bersandar dan ketawa sendirian di dalam hati. Ah, hanya mimpi rupa-rupanya. Mujur benar, begitu.
Norman mengenepikan sepotong pizza yang terbiar di dalam piring, juga botol arak yang sudah habis ditonggang.
Norman mencapai diarinya yang tidak habis tercatat itu. Dia membacanya.
18 Januari.
Sepanjang hari aku bingung sendirian. Aku kacau dengan perasaan yang pelbagai. Entah kenapa tiba-tiba, wajah ibuku muncul berkali-kali di ruang mata. Aku berasa sesak nafas dan ada air yang bertakung di mata. Ibu, lihatlah anakmu yang menderita ini. Dan duduk bermenung begini ibu mengingatkanku bagaimana kita sengsara bersama dahulu. Ibu, kau manusia tabah yang aku kagumi selalu. Kau melihat suamimu di atas ranjang bersama orang gaji yang dipercayai, kau masih boleh menerima Kau bersabar.
Ahhh, karut! J.C Semudah itu kau berubah hati Secepat itu Aku masih menyayangimu meskipun kau sudah terlalu parah dengan AIDS. Aku setia ke akhir hayatmu J.C. Aku tidak berubah. Sebaliknya kau yang berbohong.
Aku boleh menjagamu J.C, aku telah pun menyerahkan seluruh hidupku ini untukmu. Seluruh! Kau tidak percaya
Norman menutup coretan harian itu. Dia bangun dan berjalan ke kamar tidurnya. Dia menanggalkan pakaiannya. Sudah terlalu lama dia merindu, dia kesepian. Dia kelaparan, nafsunya tertahan.
Dia mengangkat gagang telefon, terletak di sisi katil. Dia mendail angka dan setelah menanti, dia bersuara halus. Sengaja dimanjakan, sengaja bernada berahi.
Gerald Emmm, bukan Oh, Jeremy... Err, kau seorang
Norman berbisik terus. Jeremy, aku, aku keseorangan, begitu juga kau.
Setelah mendapat jawapan, dia meletakkan gagang telefon itu di tempatnya semula. Dia menanti dengan tidak sabar. Menanti Jeremy.