DIAGNOSIS: DELUSI - 10
Aku teringat salah satu stesen OSCE* pagi tadi. Senario yang diberikan kepada pelajar tahun empat MBBS adalah; Question:

Miss Sarah, a 20 years old student with an eating problem came in with a complaint of fainting. She was brought to the hospital and was referred to Psychiatry.

Acquired psychiatric history from the patient and answer a question from examiner.

Sebelum masa satu minit tamat, aku catat di kertas putih beberapa soalan yang relevant untuk ditanya dan juga beberapa differential diagnosis.

Krengggggg.

Aku mengetuk pintu bilik tertera nombor 7 di hadapan pintu itu, melangkah masuk ke dalam bilik. Suasana senyap dan sejuk. Terdapat sebuah meja dan kerusi untuk examiner, Prof Maryam. Dua kerusi terletak di hadapan meja tersebut, satu kerusi telah diisi oleh Cik Sarah, satu lagi perlu diisi oleh aku.

Haih, terasa jauh pula jarak antara pintu ke kerusi, gugup barangkali. Senyum kepada examiner kemudian bertukar pula kepada Cik Sarah. Menghulurkan sticker berwarna oren tertulis nombor matrikku kepada Prof Maryam dan mula menjawab peperiksaan.

Di hadapanku duduk seorang gadis muda, kurus sahaja. Muka cengkung ala-ala supermodel yang masuk pertandingan Americas Next Top Model. Badan pula, aku agak beratnya lebih kurang berat aku, eh, ye ke. Tingginya pula agak tinggi berbanding diriku yang kontot ini, mungkin lebih kurang tinggi Salma kawan sekelasku yang tinggi lampai itu, 160 cm mungkin. Tapi, BMI dia ini kemungkinan besar dalam kategori underweight. Now, lets get started.

Assalamualaikum, saya pelajar perubatan tahun empat akan bertanya beberapa soalan sikit kepada Cik Sarah ya.

Cik Sarah: *angguk*

Datang hospital sebab apa ya (senyum nipis bersedia menunggu jawapan)

Saya pengsan di rumah tadi. (bersuara dengan hanya tunduk sahaja. Belum ada eye contact.) Boleh ceritakan sedikit apa yang terjadi

Ini kali kedua saya pengsan. Kejadian pertama terjadi dua minggu lepas semasa saya sedang bersiap untuk ke kolej. Tibatiba pandangan saya menjadi gelap dan saya terus tidak sedar apa yang terjadi. Sama jugalah yang berlaku pagi tadi. Saya sedang melakukan sit-up di ruang tamu rumah sewa saya. Tiba-tiba, mata berpinar-pinar dan selepas itu, saya tidak sedar dengan apa yang berlaku. Nasib baik ada kawan saya membantu. Itu hari belum sempat untuk pergi ke hospital saya sedar dengan sendiri. Tapi, kali ini kawan saya bawa saya ke hospital kerana risau. (sudah mula membuat eye contact denganku)

Saya ada terbaca report ini menyatakan bahawa Cik Sarah ada masalah dengan pemakanan. Boleh saya tahu, bagaimana masalah Cik Sarah

Saya kadang-kadang makan, kadang-kadang saya tak makan langsung. Jika saya makan pula, saya akan rasa bersalah kemudian memuntahkan semula kesemua makanan tadi.

Berulang-ulang setiap hari.

Kenapa Cik Sarah memuntahkan semula Bukankah ianya menyakitkan

Saya risau berat badan saya akan bertambah. Biasa kalau saya makan pun, saya ambil portion yang sedikit sahaja kemudian muntahkan semula. Saya takut kalau-kalau saya menjadi gemuk, buncit, paha saya menjadi besar, lengan akan menjadi lebar, hodoh, nanti tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Bila muntah, mula-mula tu sakit juga, tapi bila teringat apa akan jadi kalau saya tak muntahkan makanan itu, saya kuatkan diri.

Sejak bila perkara ini terjadi

Lebih kurang 7 hingga 8 bulan semenjak saya mendaftar di kolej saya.

Okey berbalik kepada pemakanan Cik Sarah, adakah Cik Sarah suka makan atau mengunyah lewat malam, makan snack sahaja atau apa sahaja Cik Sarah hanya menggeleng.

Period teratur tak Cik Sarah

Sudah 4 bulan saya tidak period, minggu lepas saya period. Tapi, hanya 4 hari sahaja, sebelum ini seminggu jugalah.

Aku mengangguk dan berhenti sejenak berkira-kira apa soalan yang wajib ditanya sebelum masa tamat. Berapa berat badan Cik Sarah dan berapa pula BMI, kalau Cik Sarah tahu Kalau tidak, berapa tinggi Cik Sarah

Ada-ada, setiap pagi saya akan timbang berat. Dan, baru pagi tadi saya kira BMI. Berat badan saya timbang pagi tadi sebelum bersenam adalah 38.8 kg. Tinggi saya pula 158 sentimeter. BMI saya tak silap lebih kurang 15.542.

Aku hanya mengangguk. (wah, begitu tepat dan cepat dan padat sekali!)

Ehem, Prof Maryam, examiner aku yang berdiam diri dan blend with the wall, berdeham. Spontan aku memalingkan mukaku kepadanya. Okey, Farah, since there is no time left for you to ask questions. Now, I need to ask you a question. What do you think this patient is having

Senyum dan cuba memberi keyakinan kepada kotak suaraku untuk melontarkan jawapan. Based on my interview, this patient is having anorexia nervosa, considering the eating habit, her body weight as well as the BMI less than 17.5 or below normal limit of an adolescent which I would say can distinguish it from Bulimia nervosa. Other than that, she also had body image disturbance and is having menstrual disturbance too. Hence, she is having anorexia nervosa! Perlulah tegas dan tepat sekali. Perlu juga memberi justifikasi untuk setiap jawapan supaya markah tinggi beb!

Krenggggg.

Masa tamat, aku berterima kasih kepada examiner dan juga pesakit. Aku berjalan keluar dari bilik 7 dengan puas hati, insya Allah aku boleh lulus di stesen psychiatry tersebut.

****

Hoi John! Wei, Nur Jannah, kau berangan ke Aku tanya ni, kau nak makan KFC atau ayam penyet Tiba-tiba ada suara mematikan lamunan panjangku. Rakan serumahku telah menarik muncung tanda tidak puas hati. Oh, kau, terkejut aku. KFC je lah! Aku pula menyeringai dan menyaingi rakan serumahku itu berjalan menuju ke KFC.

****

Anorexia Nervosa adalah sejenis penyakit di dalam kategori masalah pemakanan. Di dalam kategori ini juga, dikategorikan juga penyakit lain iaitu, Bulimia Nervosa serta Binge Eating Disorder.