DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 10
Pasangan ini menjadi pesakit aku sejak lebih 5 tahun yang lalu. Kedua-duanya berumur awal 40-an. Selepas berkahwin lebih 10 tahun, barulah mereka mendapat cahaya mata. Selang setahun, mereka dapat satu lagi cahaya mata. Kedua-duanya perempuan dan sekarang berumur 5 dan 4 tahun. Mereka sering datang ke klinik aku atas penyakit-penyakit biasa seperti demam dan selesema. Mula-mula dulu anak-anaknya cukup takut dengan aku tapi lama-kelamaan mereka semakin mesra dengan aku. Tapi bukan itu yang aku nak kisahkan.

Pertengahan tahun lepas, isterinya datang berjumpa aku kerana sesak nafas. Walaupun dia takda penyakit asma, terdapat ciriciri serangan asma pada paru-parunya. Ada sesuatu kelainan pada sistem pernafasannya. Aku rujuk isterinya ke hospital untuk pemeriksaan x-ray. Masa itu aku langsung tak terfikir pasal kanser payu dara dan sebagainya. Selepas itu, aku tak mendengar perkhabaran daripada mereka sehingga semalam bila suaminya datang untuk pemeriksaan biasa.

Aku terkejut bila diberitahu bahawa isterinya meninggal dunia sehari sebelum itu. Arwah menghidap kanser payu dara tahap 4. Selepas rawatan chemo pun, penyakitnya tak boleh lagi diubati.

Ini kali kedua aku termissed mengesan kanser payu dara. Kali pertama adalah pesakit Cina yang selalu datang ke klinik untuk rawatan darah tinggi. Kedua-duanya hanya sampai di hospital bila penyakitnya berada di peringkat kritikal. Tahap 4 bermakna sel-sel kanser merebak ke organ-organ lain menyebabkan pembedahan tidak boleh dijalankan. Apa boleh aku buat untuk mencegah perkara ini daripada berulang

Sebagai seorang doktor lelaki, takkanlah semua pesakit wanita aku nak tanya atau raba payudara mereka Pastinya kalau tak lebam biji mata, masuk courtlah jawabnya. Sexual harrassment. Rasanya lepas ni, aku nak suruh setiap suami pesakit check isterinya setiap minggu. Periksa sama ada wujudnya benjolan atau kelainan pada payu dara isteri masing-masing. Perempuan biasanya tidak dapat menerima hakikat akan kehilangan aset mereka. Mereka lebih rela hilang nyawa banding hilang aset mereka itu. Rasanya persepsi ini perlu diubah. Mereka patut cepat-cepat pergi mendapatkan rawatan jika ada kelainan pada aset mereka. Ujian Mammogram tak sampai RM250 untuk sekali pemeriksaan. Produk-produk kecantikan harga ribu-ribu boleh beli takkanlah yang ratus-ratus pun nak berkira

Rasanya mereka bukannya tak nak pergi check, mereka tak nak mendengar keputusan pemeriksaan dan mengalami trauma jika berita buruk yang mereka dapat. Mereka takut suami-suami mereka lari kerana aset berharga mereka dah takda. Mungkin itu antara alasan-alasan mereka.