Aku mengutuk diri sendiri. Semalam sibuk menonton Fast & Furious 7 di GSC Mid Valley. Sudah tahu hari ini kerja syif pagi, gatal lagi mahu menonton wayang tengah malam. Sampai Subuh pun jadi Subuh gajah. Aku bangun sudah terang benderang di luar. Tak terdengar langsung bunyi jam loceng yang aku pasang pada telefon bimbit. Memang sendiri cari pasal.
Namun mengenangkan ajakan Amir dan Fuad yang tidak boleh ditolak lagi membuatkan aku gagahkan diri untuk pergi. Kata mereka, sudah banyak kali aku menolak pelawan mereka untuk keluar sama.
Dua orang sahabat baik sejak zaman sekolah menengah. Amir kini bekerja sebagai jurutera Petronas. Fuad pula selesa menguruskan firma guaman bapanya.
Kadang-kadang aku mencemburui mereka. Hujung minggu mereka dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Aku Hujung minggu aku sama dengan hari-hari biasa kerana aku bekerja mengikut syif. Syif pagi, petang atau malam. Syif hujung minggu lagi rancak pesakit datang.
Kadang-kadang aku terfikir panjang, kenapa aku jadi doktor Patutnya aku pilih kerjaya lain dahulu. Bukannya kerjaya yang memerlukan aku bekerja tidak kira siang atau malam, menghadap orang-orang yang tidak tahu bersyukur bila kita merawat mereka. Hanya tahu marah-marah atau maki hamun bila keperluan mereka lambat dipenuhi.
Menyesal ke aku menjadi doktor Entahlah, aku pun tidak tahu.
Doktor Zamri, ada satu kes. Jururawat Kamariah mengejutkan aku yang sedang duduk enak di kerusi.
Tak sampai 10 minit aku masuk kerja di zon kuning sudah ada kes. Kes apa
Suicidal attempt, paracetamol overdose . Kamariah tekun menulis vital sign di fail pesakit yang baru diserahkan ke dalam oleh MA Ahmad yang menjaga kaunter triage.
Saya sempat bagi lecture kat dia. Buat benda bukan-bukan macam ni. Aku tidak mendengar sangat apa yang Kamariah katakan. Aku tahu mereka ini suka memberi syarahan percuma kepada pesakit yang melakukan tindakan yang seperti ini. Walaupun pesakit tidak memerlukannya daripada mereka.
Paracetamol overdose Tak mencabar betul. Datanglah kes organophospate poisoning ke Aku merungut-rungut dalam hati.
Kerap kali mendapat kes pesakit makan terlebih dos ubat paracetamol membuatkan aku berasa kes seperti ini sudah terlalu biasa. Ada yang memberi alasan makan banyak kerana sakit kepala yang tidak berkurangan walaupun sudah ambil dalam dos yang disyorkan. Ada yang mengaku memang sengaja makan banyak paracetamol kerana mahu bunuh diri.
Ingin sahaja aku menempikkan mereka, Tak matilah dik, setakat makan beberapa biji PCM. Lainlah kalau makan berpuluh-puluh biji hingga menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.
Lama-kelamaan aku menjadi lali dengan kes-kes sedemikian rupa. Aku merawat mereka sama saja seperti pesakit kes lain. Mengapa mereka menelan paracetamol melebihi dos yang dibenarkan, itu bukan urusan aku. Biar doktor bahagian psikiatri yang mencungkil sebab-musabab mereka berbuat demikian. Benar-benar mahu membunuh diri atau ingin meraih perhatian sahaja.
Aku mencapai fail pesakit yang diletakkan di rak KES BARU oleh jururawat Kamariah. Perlahan-lahan aku menghampiri katil empat yang menempatkan pesakit baru ini sambil meneliti tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan yang dicatatkan di situ. Semuanya dalam kadar normal.
Assalamualaikum, Nora. Aku tersenyum memberi salam. Aku yakin dia seorang Islam daripada namanya.
Gadis itu memalingkan mukanya. Aku sudah biasa mendapat reaksi begitu. Bukan pertama kali. Saya Dr. Zamri. Saya akan
memeriksa awak ya Nora.
Kalau ikutkan fail ni, tertulis awak terlebih ambil panadol. Pukul berapa awak ambil tadi
Gadis yang bernama Nora diam. Mukanya tidak memandang aku langsung.
Awak datang hospital dengan siapa Aku cuba memancing dengan soalan lain.
Emak dia ada di luar doktor. Nak saya panggil masuk ke Kamariah yang terdengar pertanyaan aku menawarkan pertolongan.
Oh, tak apalah. Lepas periksa dia baru saya jumpa emaknya.
Aku meminta Kamariah menjadi chaperon untuk aku memeriksa Nora. Ada kesan luka lama di kedua-dua belah pergelangan tangan. Aku termenung sebentar. Gadis ini pernah mengelar tangannya. Cubaan bunuh diri yang tak menjadi dahulu
Nora seperti mahu muntah. Dia menutup mulut dengan pantas. Aku meminta Kamariah mengambil plastik untuk menadah muntah Nora. Plastik yang dihulurkan segera disambut Nora. Tetapi dia hanya muntah angin. Tidak ada isi perut yang terkeluar.
Doktor, perut saya sakit. Dia memandang aku dengan muka yang sugul.
Aku menulis preskripsi ubat yang mahu diberikan dan meminta Kamariah memberikan suntikan ubat untuk meredakan sakit perutnya.
Belum sempat aku kembali duduk menulis fail Nora, satu kes lagi masuk.
Doktor, kes baru. Paraquat poisoning .
Berdiri aku serta-merta mendengar jawapan MA Ahmad. Ahmad, paraquat poisoning masuk resus la. Kenapa masuk yellow zone63 Aku menegur Ahmad.
Ahmad yang baru beberapa bulan bekerja terkebil-kebil. Patient nampak ok lagi doktor.
Aku merengus. Sudah tidak tahu pandai menjawab pula.
Nak tunggu patient tak okey baru nak tolak resus Aku memulang paku buah keras.
Ok, rileks Doktor Zamri. Jangan marah-marah. Biar saya hantar patient ni ke resus. Kamariah mengajak Ahmad supaya menghantar pesakit yang baru masuk ke bahagian zon merah sebelum darah aku mendidih naik.
Kamariah memang pernah nampak aku mengamuk, mungkin sebab itu lekas-lekas dia mengambil tindakan supaya aku tidak naik suara.
Pesakit yang mengambil paraquat mengadu perutnya sakit, disusuli muntah-muntah yang teruk. Aku menyibuk sekejap di zon resus mendengar rakanku, Ain bertanya dengan isteri dan ibu pesakit kisah yang berlaku.
Dia gaduh dengan isteri. Marah-marah, lepas tu dia terus minum racun. Satu botol dia minum. Ibunya bercerita dengan suara yang tertahan-tahan.
Isteri lelaki itu mengongoi dari tadi, melihat suaminya berada dalam kesakitan.
Huh, berbaloikah mengambil racun hanya kerana menurut perasaan marah
Pesakit akan mengalami multi organ failure atau kegagalan pelbagai organ dalam badan dengan pengambilan racun paraquat.
Ikutkan hati sangat, terimalah padahnya, dalam hati aku mencemuh tindakan tidak matang lelaki ini.
Membahayakan diri sendiri dan menyusahkan ahli keluarga. Mengapalah manusia suka berbuat perkara yang tak masuk akal.
Aku kembali ke zon kuning kerana malas melihat drama swasta yang berlaku di depan mata.
Aku menghampiri Nora. Bagaimana Nora Sakit perut lagi ke
Nora berpaling memandangku. Wajahnya tampak sugul benar. Seolah-olah ada masalah besar yang terpikul di bahunya.
Kenapa doktor tak marah saya Selalunya orang hospital suka marah-marah bila saya datang. Ayat yang terkeluar dari mulut gadis itu memang langsung tidak ku duga.
Kenapa saya nak marah-marah awak Awak kan sakit. Jawab aku bersahaja. Sebenarnya aku tidak tahu apa yang perlu ku balas. Orang seperti Nora jiwanya rapuh. Tersalah cakap, hatinya akan tersinggung.
Doktor baik. Terima kasih sebab tak marah saya. Ayat itu membuatkan aku tersentap. Baikkah aku
Sebenarnya aku tidak peduli apa tujuan dia menelan paracetamol, mahu membunuh diri atau menarik perhatian orang sekeliling. Aku hanya merawat dia mengikut keperluan.
Saya selalu harap ada orang yang faham dengan apa yang saya rasa. Saya nak peluang kedua. Tiba-tiba dia mula menangis teresak-esak.
Ah, sudah. Kenapa menangis pula. Apa yang aku perlu lakukan. Aku bukannya pandai memujuk orang, perempuan muda pula tu.
Saya selalu rasa diri tak berguna lepas tunang saya mati dalam kemalangan. Dia selamatkan saya tapi dia sendiri terbunuh. Aku ternganga mendengarnya.
Sebab itu saya buat macam-macam. Saya harap mati macam dia.
Tak baik minta untuk mati, Nora. Awak hidup kerana Tuhan hendak bagi peluang kedua pada awak. Tersekat air liur ketika aku menuturkannya.
Peluang kedua
Tiba-tiba aku sendiri rasa mahu menangis. Aku diberi peluang untuk menjadi doktor yang lebih baik dengan bertemu pesakit seperti Nora.
Aku sepatutnya kasihan kepada pesakit keracunan paraquat kerana peratusannya untuk mati amat tinggi kesan racun tersebut. Tipis peluang untuknya hidup bahagia bersama dengan isteri. Tiada peluang kedua jika dia mati.
Aku bukan insan yang baik. Solat aku pun tunggang-langgang lagi.
Inikah peluang kedua untuk aku