SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 10
Lee Lan adikku yang sering di barisan hadapan dan tidak pernah ketinggalan menghadiri apa juga acara memperingati insiden kematian aku. Aku menerima sepucuk surat daripada Lee Lan selepas setahun aku bersemadi di tempat baru ini. Surat ini aku ingin kongsikan kepada anda semua dan buktikan betapa rapatnya kami dan masih memperjuangkan keadilan bukan sahaja untuk kami tetapi untuk rakyat sejagat.

Kehadapan abangku Beng Hock,

Kematian kamu masih diselubungi misteri. Ia merupakan satu insiden yang amat menyayat hati seluruh keluarga kita. Kerperitan yang dirasai kami sekeluarga lebih ketara pada musim hari-hari perayaan di mana ketiadaan kamu yang dirindui.

Buat masa ini, keadilan buat kami hanya dapat dituntut melalui proses undang-undang. Cuma proses undang-undang sahaja dapat mengadili mreka yang bertanggungjawab ke atas kematian kami. Seluruh keluarga juga percaya bahawa ini juga pendirian kamu.

Walaupun ramai di Malaysia sudah mula hilang kepercayaan terhadap system keadilan di Negara kita ini, kami mengambil iktibar daripada kata kamu sendiri; alang berjawab, tepuk berbalas dan ada hujan ada panas, ada hari ada balas. Kami juga percaya bahawa bukan semua pegawai kehakiman berniat jahat dan tidak berhati perut.

Setiap insan berupaya mendengar suara hati mereka, dan berdepan dengan kebenaran akhir-akhirnya juga. Lebih-lebih lagi pegawai-pegawai kehakiman yang sepatutnya tahu perbezaan di antara kebenaran dan pendustaan.

Justeru, usaha kami untuk mencari kebenaran belum tamt lagi dan kami mesti teguhkan tekad kami demi menuntut keadilan buat kami.

Imej mayat kamu yang berlumuran darah dengan tangan kamu yang tergenggam di perkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap terpahat di dalam ingatan kami, dan menjadi iktibar untuk kami teruskan usaha menuntut keadilan.

Selang setahun selepas pemergianmu, kami sekeluarga, terutama ibu dan kakak ipar masih dilanda kesayuan. Saban hari mereka menunggu kepulangan kami untuk menatap wajah kamu yang diharap menjadi penawar luka hati mereka. Namun, kami sedar bahawa ia seperti suatu perkara yang mustahil untuk dicapai. Adakah apa-apa yang mampu melengkapkan keluarga kita ini yang diurai sebegini

Air mata ibu kepada anakmu tidak pernah berhenti mengalir. Kami sering mendegar rintihannya; kenapa ayahmu tidak pulang, kenapa ayahmu tiada lagi, adakah kamu ingin melihat ayahmu, alangkah baiknya jikalau ayahmu masih ada

Setelah bedah siasat yang kedua diljalankan, pakar forensic terkemuka dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dan peguam kami telah mendedahkan beberapa aspek forensik yang baru. Butiran-butiran tersebut boleh diperolehi daripada laporan bedah siasat yang telahpun dikemukakan di inkues kamu yang lalu. Kami percaya kepada peguam kita ini sepertimana mereka yakin kepada penemuan-penemuan Dr Pornthip.

Beng Hock,

Pada 28 Julai 2009, Perdana Menteri Dato Sero Najib Tun Razak telah berjanji kepada kami sekeluarga bahawa:

1. Siasatan rapi akan dibuat bagi mencari kebenaran dan jikalau terdapat bukti bahawa terdapat perbuatan khianat,

tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ber

tanggungjawab;

2. Penyelesaian akan dicari bagi mengatasi masalah yang bakal dihadapi oleh anak kamu terutama sekali apabila timbul isu sijil kelahirannya;

3. Jikalau keputusan inkues kami kurang memuaskan, beliau akan memperluaskan skop penyiasatan ataupun

menubuhkan suruhanjaya baru bagi menyiasat punca kematian sebenar kamu;

4. Jikalau masih ada aspek yang tidak memuaskan, kami boleh pergi mengadu kepadanya secara terus.

Daripada janji-janji yang diberi oleh Perdana Menteri itu, Cuma satu sahaja yang dikaburinya, iaitu masalah sijil kelahiran anak kami.

Semasa pertemuan kami dengan Perdana Menteri, kami telah menyampaikan kehendak kami tetapi beiau berkata bahawa kerajaan hanya mempunyai kuasa meubuhkan suruhanjaya peniasatan dan inkues dengan bidang kuasa yang sedia ada menurut proses undang-undang.

Oleh yang demikian, kami telah memberitahu beliau bahawa kami berharap beliau akan memperluaskan bidang kuasa suruhanjaya penyiasatan ataupun menubuhkan Suruhanjaya diRaja yang baru untuk menyiasat dengan lebih mendalam punca kematian kamu. Ini akan dimohon sekiranya kami mendapati keputusan inkues tidak memuaskan terutamanya kepada kami sekeluarga.

Beliau tidak memberi apa-apa jaminan dan memberitahu bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan kami berdasarkan undang-undang.

Apa yang kami risaukan ialah siasatan inkues yang dijalankan sepatutnya menerima pendapat professional Dr Pornthip yang masih belum diberi peluang untuk menghabiskan testimoninya. Kami merasakan keputusan tidak sepatutnya diambil oleh peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa tetapi perlulah berdasarkan kepada proses dan penilaian pakar forensic.

Jikalau pihak kehakiman menjunjung keadilan, pihak forensik berwibawa dan tidak tunduk kepada mereka yang menutup kebenaran; sekiranya kami terus meneguhkan tekad kami untuk menuntut keadilan buatmu dan jikalau Perdana Menteri mengotai janji-janjinya pada 28 Julai 2009 untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab jikalau terbuktinya ada perbuatan khianat, keadilan dan kebenaran akan dikecapi akhirnya.

Yang benar,

Teoh Lee Lan