Penglibatan pertama saya secara langsung di dalam misi banjir ialah pada tahun 2013 semasa daerah Pekan, Pahang dilanda banjir besar. Pada ketika itu secara jujur, mungkin saya hilang kepercayaan terhadap sistem bantuan yang ada justeru membuat keputusan untuk pergi menghantar sendiri barangbarang keperluan menggunakan Van Hyundai Starex yang baru saja saya beli pada waktu itu.
Masih saya ingat pada ketika saya maklumkan pada isteri dan ibu bapa saya tentang niat untuk menghantar sendiri barangbarang bantuan, mereka agak risau kerana pada mulanya saya ingin ke sana secara berseorangan. Dan Alhamdulillah, pada ketika itu, sahabat baik saya, Dr. Reezal Ishak yang secara tidak sengaja mendapat tahu berkenaan misi saya terus secara spontan mendesak saya untuk bawa dia bersama. The rest is history. Bahagian ini saya tujukan khas untuk mereka yang telah bertungkus-lumus dalam mana-mana bantuan misi-misi keselamatan.
Mewakili ahli-ahli pasukan saya yang lain, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang kepada misi-misi banjir yang telah dijalankan. You have made a life by what you gave. Semoga anda semua sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki. Di sini saya kongsikan catatan saya bersama rakan-rakan sepanjang 15 hari misi bantuan banjir ke kawasan-kawasan yang terlibat.
*********************
Banjir Besar
25 Disember 2014
Pada tahun 2013 yang lepas semasa kali pertama terlibat secara langsung dalam misi banjir di daerah Pekan, Pahang, saya ternampak ibu-ibu mengangkat bayi dan anak-anak mereka mengharungi air setinggi paras dada. Sepanjang perjalanan juga saya beberapa kali bertembung dengan keluarga-keluarga yang terperangkap di atas bumbung rumah sambil melambai-lambaikan tangan kepada pasukan saya meminta agar kami mencampakkan barang-barang keperluan kepada mereka yang jaraknya hampir 50 meter daripada kenderaan kami.
Terima kasih atas pemberian kayak kecil daripada penderma yang tidak mahu namanya diketahui umum. Kami mungkin akan berhadapan dengan situasi yang sama kali ini, ataupun mungkin keadaan yang lebih teruk lagi. Kami akan berangkat ke Kemaman seawal pagi Sabtu dan tiada yang lebih baik pada misi kali ini bila ditemani oleh sahabat saya yang juga bekas pegawai tentera laut dan penyelam laut dalam, saudara Norzaidi Kamal.
Semoga dipermudahkan urusan kami, insya Allah.
27 Disember 2014
28
Semalam adalah hari yang penuh emosi dan menginsafkan. Sejak post pertama saya di ruangan peribadi Facebook saya, pasukan kami terus dihujani panggilan telefon dan menerima barang-barang sumbangan daripada ahli keluarga, saudaramara dan sahabat handai. Terima kasih semua! Semoga Allah membalas dan memberkati sumbangan anda semua. Kami kini sudah sedia dengan 2 biji kenderaan yang fully loaded dan akan bertolak pada pukul 10 malam ini.
Misi kami yang sepatutnya menghala ke Kemaman terpaksa diubah ke lokasi lain iaitu Kampung Sungai Resau di Jerantut bagi tujuan rescue and supply. Kami dimaklumkan ada lebih 30 buah rumah musnah akibat banjir dengan mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada orang-orang tua dan kanak-kanak. Bekalan elektrik juga terputus dan mereka kini dalam keadaan terdesak kerana paras air yang naik mendadak.
Terima kasih kepada isteri-isteri sahabat-sahabat saya yang membenarkan mereka untuk turut sama dalam misi ini. Semoga dipermudahkan perjalanan kami, inshaa Allah.
29 Disember 2014
4.30 Pagi
Alhamdulillah kami selamat tiba dan kini berada di Jambatan Jelai, Kuala Medang. Waktu kini 4.30 pagi, hujan masih renyairenyai dan jalan masuk di seberang jambatan terlalu gelap. Kami akan bergerak masuk selepas Subuh. Weather please be kind to us, insya Allah.
12.30 Tengah Hari
Terima kasih semua atas doa. Kata-kata perangsang yang diberikan sebenarnya memberikan kami semangat untuk berusaha sampai ke tempat bencana. Secara peribadi, misi kali ini adalah yang paling mencabar pernah saya lalui. Lokasi tempat bencana juga agak terpencil dengan laluan kenderaan betulbetul di tepi tebing sungai yang mengalir deras. Memandangkan kebanyakan jalan darat telah dinaiki air dan kereta Starex saya pula tidak sesuai untuk laluan offroad, kami terpaksa memunggah barangan ke atas kereta pacuan empat roda. Agak terkilan kerana tidak dapat turut serta bersama rakan-rakan ke pusat mangsa banjir kerana terpaksa menjaga barangan di dalam Starex. Lebih terkilan apabila mendapat maklumat melalui walkie talkie daripada rakan-rakan yang telah tiba di sana bahawa terdapat sepasang suami isteri OKU, orang-orang tua dan kanak-kanak yang memerlukan beberapa barangan penting yang tertinggal di dalam kereta saya.
Berseorangan di tepi sungai sementara menanti rakan-rakan lain, saya hanya mampu berdoa agar ada kenderaan pacuan empat roda yang melalui jalan ini.
Ya Allah, mereka sangat memerlukan barangan ini. Tolonglah.
Dan di saat itu juga, Allah memakbulkan doa hambanya. Tanpa diduga, sebuah sampan kecil meluncur laju melawan arus sungai menghala ke arah kawasan bencana. Alhamdulillah lambaian dan jeritan saya disedari. Segala pujian bagi Allah. And that was me doing a selfie, trying to show off a brave face on this tiny little sampan cruising along the rough river current.
2:30 Petang
Saya baru mendapat mesej daripada seorang petugas di pusat mangsa banjir di Temerloh yang mengatakan air juga naik mendadak.
Doktor, Temerloh dah macam pulau sekarang, barang tak dapat sampai dan kami pun tak boleh nak keluar.
Kami sudah selesai membuat agihan di Kampung Sungai Resau dan kini sedang memikirkan bagaimana hendak masuk ke bandar Temerloh. Kebarangkalian untuk mendapatkan trak tentera 3 tan pula adalah sangat rendah. Nasib baik ada maklumat-maklumat mengenai jalan kampung merentasi ladang sawit untuk ke sana. Terima kasih juga kepada Dr. Talhah Kader atas maklumat-maklumat terkini di Temerloh.
p/s: the happy faces of these children do remind us of our kids back home. Papa coming back ya, but maybe not too soon.
5:30 Petang (Temerloh, Pahang)
Alhamdulillah kami selamat tiba di Temerloh melalui jalan tikus merentasi kawasan ladang sawit. Keadaan di sini memang benar-benar seperti yang digambarkan seperti di dalam laman sosial dan media masa. Temerloh lumpuh. Air Sungai Pahang melimpah dan kerisauan jelas terpampang di wajah-wajah orang yang kami temui. Seperti dalam gambar, kawasan ibu pejabat JKR Temerloh teruk dinaiki air.
Kami sempat mengisi barangan keperluan baru dalam perjalanan ke sini. Harapnya cukup untuk diagihkan ke pusatpusat penempatan sementara dan boleh bertahan selama 1 hingga 2 hari sebelum bantuan lain tiba. Di dalam gambar juga adalah sahabat-sahabat Maktab Tentera Diraja saya (Syarizat, Norzaidi dan Zafrul) yang turut sama pada misi ini. Keletihan jelas terpampang di wajah. Terima kasih kerana terus bersama saya dari dulu hingga ke hari ini.
6:30 Petang
When a little bit means a lot. Thank you to all who have contributed. Sumbangan anda sangat bermakna bagi mereka semua. Ini mungkin adalah catatan terakhir untuk misi Temerloh. Gambar yang menceritakan seribu satu kisah. Seorang bapa mencari bekalan kain lampin untuk anaknya, seorang nenek mencari air mineral untuk cucunya, seorang ibu yang bertanya jika ada bekalan ubat demam untuk anaknya yang sakit, kanak-kanak yang mencari-cari makanan yang boleh dibuat bekalan ketika lapar. Perjuangan hari ini ibarat peperangan melawan masa. Masa yang sangat suntuk.
Pasukan kami adalah pasukan yang terawal tiba di pusat pemindahan sementara ini. Barangan kami habis diagihkan tidak sampai 5 minit dan keadaan sememangnya tidak terkawal. Apabila kami sampai, kami disambut dengan situasi pasukan kecemasan tiba dengan kereta ambulans yang dalam proses memindahkan seorang pesakit tua dengan bekalan oksigen. Lebih daripada seribu mangsa banjir di pusat penempatan ini. Perasaan kami bercampur baur di antara kepiluan dan marah. Sedih melihat keadaan dan marah dengan kekurangan bantuan. How we wished we could stay longer and have enough supply! Well be heading home tonight. May Allah ease the victims hardship and give us smooth journey home. Well be back!
28 Disember 2014 (Kota Damansara: nota buat isteri)
Misi pada Jumaat yang lepas dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa sehingga saya tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada isteri saya. Saya masih ingat yang dia ada berikan saya sebuah beg semasa saya hendak memasuki kereta sambil berkata sesuatu (tak ingat apa yang dikatakan).
Hari ini, sambil mengemas-ngemas barangan sumbangan untuk misi yang seterusnya, saya teringat beg pemberian isteri saya. Apabila saya buka, terdapat lampu suluh, pisau lipat, tali, sleeping bag dan roti Gardenia.
Walaupun hanya selepas pulang baru teringat untuk membuka beg ini, saya harap masih tidak terlewat untuk saya ucapkan terima kasih kepada isteri saya dan juga isteri-isteri sahabatsahabat saya yang memberikan kata-kata semangat serta doa sepanjang misi ini. I would also like to apologize to my team members wives for taking their precious time away from their respective family. This is my tribute to all the supportive partners and family members of the men and women in service be it our soldiers, police, firefighters doctors, nurses and all volunteers.
30 Disember 2014 (Kg. Gajah, Teluk Intan, Perak)
1:30 Pagi
Alhamdulillah, saya dan 2 orang sahabat selamat tiba di Teluk Intan pada pukul 1.30 pagi dan disambut oleh sahabat saya, Navin Jayakhumar. Memang tak disangka yang sesetengah kawasan di negeri Perak juga sebegini teruk.
Apabila kami tiba di Kampung Gajah, jalan menghala ke pusat penempatan sementara di SK Dato Sagor tenggelam dinaiki air. Bukan setakat Starex, Triton sahabat saya pun tak dapat nak lalui.
Alhamdulillah ada beberapa penduduk tempatan tiba dengan pacuan empat roda yang lebih sesuai. Semua barangan selamat kami punggah ke kenderaan mereka. Hope to get through this soon. 6:00 pagi
Pada masa nota ini ditulis, kami semua telah selamat tiba di Kuala Lumpur dan mungkin ada antara kami yang telah pun masuk bekerja. On a personal note, mohon maaf kepada para penyumbang kerana ada 1 tin sardin jatuh ke dalam parit semasa proses pemunggahan barangan. Keadaan yang terlalu gelap menyukarkan proses pencarian. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah barangan lain selamat dipunggah, dibawa dan diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir di SK Dato Sagor, Kg. Gajah di bawah kendalian YB Fauzi yang masih berada di pusat tersebut sehingga pukul 3 pagi. A respect should be given when its due. He is one good man. 31 Disember 2014 (Kota Damansara)
Our team members are all dazed and exhausted, mentally and physically tired. Tiga misi dalam tempoh 3 hari. Bencana banjir tahun ini benar-benar menguji kami ke tahap yang maksimum. Di media dan laman sosial masih melaporkan keadaan yang teruk terutama di kawasan pantai timur. Its only a matter of time this disaster will be forgotten. But then, we continuously see people keep donating, photos of people packing things, people on the boats/4WD/chopper delivering supply, the Director General of Health updating his Facebook 24/7 about the flood conditions and relief efforts, men and women of service working day and night.
Gambar rumah yang dibawa arus hingga tersadai di atas rumah yang lain, berita kematian akibat dihanyutkan air deras, kemusnahan kampung dan harta benda, puluhan ribu tinggal sehelai sepinggang, mangsa-mangsa terperangkap di tingkat 3 sekolah sementara menanti bantuan dan sebagainya. Adalah sesuatu yang unthinkable untuk kami semua berhenti setakat ini. Tahun 2014 adalah tahun yang penuh tragedi dan kesedihan yang saya pasti kebanyakan daripada kita mahu lupakan. Malam tahun baru, pasukan kami akan berangkat ke Kemaman malam ini. Were going to make the year end worthwhile. Bismillah.
Selamat tahun baru semua!
1 Januari 2015 (Kemaman, Terengganu)
11.30 Pagi
A kind gesture can reach a wound that only compassion can heal. Sayu pemandangan di pusat penempatan di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman. Alhamdulillah kami selamat tiba di Kuantan pada pukul 5 pagi tadi dan selepas rehat serta solat, kami terus menghala ke Kemaman. Terima kasih kepada sahabat, Fitrin Borhan kerana menumpangkan dan menyediakan sarapan buat kami semua di rumah. Semua barangan keperluan kami serahkan buat mangsa-mangsa banjir di sini dan sekarang kami dalam perjalanan ke Kampung Bukit Mentuk.
2:00 Pagi
Only when you give from the heart does it make the giving whole. Banjir alhamdulillah telah surut tetapi fasa selepas banjir sememangnya lebih berat. Kami berpecah kepada 2 kumpulan dengan 1 pasukan yang diketuai oleh sahabat, Zafrul Hisham menghala ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mentuk untuk membuat agihan bekalan makanan dan satu lagi pasukan membantu penduduk-penduduk kampung membuat pembersihan rumah ke rumah. Ah! Cantik gambar Mas Arman dan Dr. Haikal Halil bersama Puan Rahmah, yang berusia 70 tahun dan tinggal berseorangan di sini. Senyuman Makcik Rahmah sememangnya menyerikan hari Tahun Baru kami!
5:00 Petang
The best way to find yourself is to lose yourself in the service of others. Perhentian kami yang terakhir di Kampung Pasir Minal. Di sini kami lakukan pengagihan barangan di ruangan terbuka dan juga penghantaran barangan bantuan dari rumah ke rumah. Alhamdulillah semua barangan selamat diagihkan.
No man is useless while he has friends. Ikhlas daripada hati saya ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut serta sepanjang misi ini. Adik-beradik seperjuangan daripada Maktab Tentera Diraja, Zafrul Hisham, Mohd Syarizat, Feroz Ramli, Mas Arman, Mukhriz, Fitrin dan juga sahabat-sahabat doktor pergigian, Dr. Haikal Halil, Dr. Syuwari Azhar, Dr. Afiq serta
anak murid saya yang turut serta kali ini, Aiman Najhan (saya berikan A+). Kebanyakan daripada kami akan pulang ke Kuala Lumpur dan ada sebahagian juga yang akan berangkat terus ke Kota Bharu untuk misi seterusnya. Tidak kira ke mana hala tuju kami, semoga perjalanan ini sentiasa dilindungi Allah.
3 Januari 2015 (Kuala Krai, Kelantan)
11.00 Pagi
You can only have more for yourself by giving it away to others. Alhamdulillah saya dan isteri selamat tiba di Kota Bharu pada pukul 8.30 pagi. Misi kali ini yang disertai oleh sebuah kereta Kelisa (dipinjamkan oleh abang saya, Dr. Firman Hariri yang bertugas di Hospital USM) dan sebuah pacuan empat roda (fully loaded, lock stock and barrel) akan diketuai oleh isteri saya.
Destinasi: Kampung Kuala Nal, Kuala Krai. Bismillah.
2:00 Petang
Kampung Kuala Nal. Kami tidak pasti di mana hendak dimulakan. Tiada sebarang kata-kata yang dapat kami ungkapkan. Saya sedang berdiri di atas struktur yang pada suatu ketika adalah tangga pintu masuk utama ke dalam sebuah rumah. Semuanya habis musnah. Allah! How would they respond to these losses, what they make of whats left, thats the part they have to make up as they go.
4:00 Petang
Kami sedaya upaya membuat pengagihan ke seberapa banyak keluarga yang boleh. Sukar digambarkan keadaan selepas banjir di sini. Isteri saya mungkin pada saat ini menjadi favourite di kalangan kanak-kanak dan dipanggil dengan gelaran kakak dengan gula-gula. Harus saya akui yang kehadiran isteri saya memberi lebih empathy dan sentuhan yang berbeza berbanding dengan misi-misi yang sebelumnya. Lebih banyak sentuhan sebagai seorang ibu. Thank you for being here, with all of us, Hafizah Shariff.
5:30 Petang
These people here, they feel hurt and alone, I pray that they be strong and carry on. Jika tidak kerana pokok besar yang menghalang, rumah ini sudah pasti telah musnah dihanyutkan oleh air deras daripada tapak asalnya di mana saya dan Dr. Afiq berada. Sepanjang berada di sini, riak wajah isteri penuh dengan kesayuan dan adakalanya kami hampir-hampir menangis bersama. Saya bisik pada isteri dan juga kepada diri sendiri, We have to show a strong face because these people here are stronger. How I wish we could stay longer with them, assuring that things will get better and more help will arrive soon.
Kami akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada malam ini, dengan penuh kesayuan dan hati yang teramat berat.
10 Januari 2015 (Jerantut, Pahang)
Anything worth doing is worth doing right. Terima kasih sahabat, Hirwan Hatta kerana sekali lagi menemani saya. Beliau kali pertama menyertai saya pada misi banjir tahun 2013. Seorang pemain dram untuk kumpulan rock, Pesawat, kumpulan ini giat bermain muzik sambil menyampaikan mesej-mesej positif kepada masyarakat. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa Hirwan Hatta juga adalah seorang survivor kepada penyakit kanser tahap empat.
Alhamdulillah kesemua barangan bantuan habis diagihkan dari rumah ke rumah. Di sini kami bersama pasukan tentera berehat seketika sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur.
Allah masih berikan aku peluang untuk hidup jadi aku nak habiskan dengan perkara-perkara yang baik untuk semua.
Some say that the greatest gift you can ever give to another person is your own happiness. Probably thats too much. But a small caring act is like a drop of water, it ripples the whole pond. Hirwan Hatta, he is one example of a selfless people. And so shines a good deed in a weary world.
*********************
So many things to say and so many questions remain unanswered yet I feel so empty. So I just live.