Dia juga berasa damai, jiwanya tenang menghirup udara permai. Sekali-sekala ayam menyaring, membelah pagi tua yang kedengaran kokoknya bagaikan bunyi ingin berlaga. Kokok ayam bersahut-sahutan, dan yang pasti dua ekor bapak ayam sedang berbalas kokok sebelum berlaga.
Ayu masih lagi melalai kaki. Fikirannya berteraburan, ada yang singgah ke desa. Kisah di desa membawa dirinya mengingati suasana persandingan Rasyidah dan Faisal. Alhamdulillah, kedua mempelai itu selamat juga disatukan. Segala- galanya berjalan lancar tanpa tercalar.75
Puputan fikiran yang singgah di Kuala Lumpur melontarkan dirinya ke persoalan mengenai permo-honannya. Sudahkah surat permohonannya diproses
Layakkah dirinya untuk dipanggil temuduga Atau, gagalkah dia untuk terbang di awan biru, mem-buah senyuman emas sambil menjelajah dunia
Ayu!
Terasa ada cuitan di bahu.
Ayu... naik... ada orang tu! Aton mencuit anak daranya yang sedang melamun di tangga. Sementara itu dia menjengah ke laman, melihat sebuah kereta yang masih hidup enjinnya.
Neng Jenab yang sedang mengutip sampah kelihatan terpinga-pinga.
Ayu... pergi naik! Tak baik anak dara melanguk di muka pintu!
Ayu mengeluh dan dengan muka mencuka dia mula bingkas.
Pergi masuk... biar mak tengok siapa pulak yang datang tu! Aton menuruni tangga, perlahan-lahan menghampiri kereta.
Seorang anak muda keluar, membuah senyum dan kejernihan terbayang di wajah.
Murad! Aton senyum. Di beleknya anak muda itu daripada atas ke bawah dan sebaliknya. Kemeja rapi, berseluar slacks dan berkasut kulit. Baunya pun harum.
Mak cik... apa khabar Dengan sopan Murad mencium tangan Aton. Nek apa khabar. Disambutnya tangan Neng Jenab yang baru tiba selepas tersedar daripada keterpingaan sebentar tadi.
Mak kamu apa khabar
Mummy
Ha... apa sajalah kamu panggil!76
Oh... mummy sihat dan dia kirim salam! Dan ini... ada sikit buah tangan saya bawak dari London! Dihulurkannya sebuah bungkusan.
Hm... terima kasih! Susah-susah saja!
Aton... ajaklah Si Murad naik! Amboi, dah besar panjang... aku pun tak kenal! Aku ingatkan pegawai dari bandar datang! Neng Jenab menggeleng. Dah besar rupanya kau ye Murad!
Ala mak ni... Si Ayu tu pun dah besar panjang... inikan pula Si Murad!
Oh ye... mana Ayu Murad melilau mata, cuba mencari kelibat Ayu. Dan, jikalau dia tidak silap, se-bentar tadi dia ada terpandang seorang gadis ayu sedang duduk di birai tangga. Dan... dia ingat lagi serambi itu tempat yang pernah didatanginya suatu ketika dulu.
Iya tak ya jugak... mana Si Ayu... tadi aku tengok dia ada kat tangga nu! Neng Jenab pula yang kehairanan.
Dia ada di dalam! Marilah Murad, kita naik ke rumah dulu!
Murad angguk dan mengekori Aton.
Rumah kami ni, taklah cantik sangat! Aton senyum. Kamu tak biasa agaknya!
Eh... tak adalah! Di mana pun sama saja mak cik!
Mereka sudah pun memijak lantai. Bunyi keriutan papan ditindih membelah sepi tetapi bunyi itu sudah lali di telinga Aton dan Neng Jenab.
Murad melilau mata, menjamah setiap sudut rumah kayu yang sekian lama dipusakai oleh keluarga abang kepada mummynya sedangkan dia hanya pernah menjejakinya sekali sahaja semasa kecil. Dan saat ini dia hampir lupa strukturnya.77
Malah, semasa kematian arwah datuk saudaranya dulu pun, dia sekeluarga hanya mendengar berila lanpa sempat menziarah.
Ayu! Ayu! Neng Jenab memecah hening.
Duduklah Murad! Aton pula mempelawa.
Ayu! Keluar kejap... boleh jumpa dengan sepupu kamu! Neng Jenab sudah pun tercegat di muka pintu bilik Ayu.
Murad berdebar. Entah kenapa dia berasa gugup.
Duduk dulu ye Murad. Mak cik ke dapur dulu! Aton meminta diri dan Murad keseorangan melayan debar.
Segala-galanya hadir serentak. Baru semalam dia masih mendengar Big Ben berbunyi, kemudian dia dikerumuni merpati di Trafalqar Square, lantas terdengar laungan pembesar suara di Heathrow. Hari ini dia telah berada di sebuah kampung yang damai dan permai. Dan di rumah ini tersimpan kuntum bunga yang sedang mekar.
Assalamualaikum!
Suara halus itu telah menarik mata Murad dan apabila pandangan bertemu, Murad bertukar menjadi anak kecil yang jakun melihat suasana di Disneyland.
Ini Abang Murad ye! Suara Ayu terus meresap ke dalam setiap liang di tubuh Murad.
Dan, Murad bagaikan kanak-kanak sesat di dalam ribuan manusia di Disneyland. Dia terkapai-kapai tanpa arah. Matanya kagum dengan kehebatan di Disneyland. Tetapi, di dalam realiti, matanya mengagumi keayuan sepupunya itu.
Hah Murad... inilah Ayu; jangan malu-malu, kalau kamu nak jalan-jalan tengok kampung ni, ajak Ayu. Boleh dia tunjuk-tunjukkan! Neng Jenab menyampuk. Ayu sekarang tak kecil dan comot macam 78
Ayu dulu yang pemah kamu lihat!
Yelah nek! Lancar suaranya pecah. Dan yang hairan, kenapa suaranya bagai menyepi apabila Ayu yang bersuara
Abang Murad nak tengok kawasan kampung ni ke Ayu masih berusaha untuk menarik tumpuan Murad yang gugup bagai ayam bacul.
Bo... boleh jugak! Itulah yang mampu disuarakan walaupun gugup. Bi... bila Ayu nak pergi!
Eh... sabarlah! Makan tengah hari di sini, nanti petang, bila dah redup boleh kita ke hujung kam-pung! Ayu membunga senyum. Tapi, di kampung ni, taklah sehebat KL!
Eh... janganlah merendah diri sampai begitu! Murad sengih. Dia sudah mula merasai kemesraan Ayu. Yang pasti, matanya berasa begitu damai setiap kali pandangannya bertaut dengan Ayu. Yang pasti, hatinya berasa begitu permai setiap kali telinganya mendengar suara Ayu.
Abang berehatlah dulu ye! Hah., tu pun mak datang... mesti suruh abang minum! Okeylah... Ayu nak siap ke kelas!
Kelas apa
Oh... Ayu sekarang belajar menaip. Tak tahu nak buat apa, saja ambil kursus tu!
Oh... perempuan memang begitu. Tak belajar menaip tak sah! Murad ketawa.
Ayu senyum dan dia berjaya menarik kemesraan sepupunya.
Hah... ini ada air bujang dan sedikit kuih! Minumlah... jangan malu-malu! Aton tiba dengan talam yang berisi teko dan cawan berserta kuih- muih.
Dan Murad, dia berasa hatinya sudah terpaut di desa ini!79