ASKAR BERJALAN KAKI - 10
Bukan sedikit kenangan di bumi Sabah. Dari hari pertama hingga hari terakhir aku tidak pernah duduk diam. Ada cerita dalam cerita. Ada berita dalam berita.. ada yang gembira dan ada yang penuh nostalgia. Tapi itu semua telah menjana minda untuk menjadi insan berguna.

Apa yang aku lakukan hari ini adalah hasil dari kenangan silam yang telah aku cerna dan telah aku terjemahkan mengikut acuan aku sendiri. Perjalanan panjang di negeri Sabah (5 tahun) sebenarnya telah mengajar aku erti kehidupan dan mendidik aku untuk bersyukur.

Kini aku perlu berpindah ke pasukan baru bagi memikul jawatan baru. Namun apa yang menyebabkan aku terkilan ialah ketidak sudian cikgu shida untuk bertemu dengan aku di saat akhir sebelum aku berlepas balik ke semenanjung.

Shida saorang guru sandaran adalah saorang anak ustaz yang juga merupakan saorang pengadil tetap pertandingan musabaqah di peringkat negeri Sabah.

Aku jumpa beliau semasa perkhemahan sekolahnya yang melibatkan pasukan aku. Sifat muslimah yang ada pada beliau menyebabkan aku amat selesa untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Tapi biasalah, nak jumpa orang baik-baik ni bukan boleh bertengek sembarangan. Akhlak kena jaga.

Dalam masa yang sama kawan sepasukan aku cuba untuk memotong selekoh agar aku di ketepikan. Bagi menjaga hati kedua kami cikgu shida telah menjauhkan diri dari kami berdua. Satu langkah yang bijak.! Melepas kami berdua.

Penerbangan dengan pesawat sewa khas tentera ia itu Transmail telah membolehkan aku membawa barang peribadiku secara berlebihan. Inilah kelebihan yang ada pada pergerakan secara pukal. Tapi jangan amalkan selalu. Jika dikesan akan menyebabkan semua orang akan kena pemeriksaan rapi.barang peribadiku adalah pakaian awam dan tentera serta buku.

Badan aku mulai panas tanda hendak demam dan rasa hendak muntahterlalu penat membuat persiapan untuk bertukar keluar. Dua kali pramugari bertanya samada aku hendak makan, tapi aku tak ada selera langsung untuk makan.

Sebaik sahaja aku mendarat di lapangan terbang subang aku terus menaiki teksi ke stesyen keretapi menuju ke TUDM Kluang untuk melapor ke pasukan baru.