KERAMAT SEBUAH HATI - 10
'Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.'

Sebab hati tidak bahagia adalah adanya mazmumah dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati pasti tidak tenang.

2. Pendendam - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun. Sebab itu orang pendendam mudah diserang sakit jantung.

3. Hasad dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan sebagainya dari diri beliau sendiri. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

5. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah dan benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.

6. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga.

7. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

8. Tidak sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyak-banyaklah bersabar bila menghadapi dugaan.

9. Ego - Ibu segala mazmumah yang membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

10. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berpura-pura di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

11. Cinta dunia - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta tidak salah tetapi kawallah agar hati jangan mengagungkan harta itu.

Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA hatinya.