Wahai gadis, ayunya dirimu. Tuhan telah menjadikan setiap ciptaan-Nya tanpa cacat-cela. Setiap yang diciptakan-Nya adalah sempurna dan cantik. Kerana itulah setiap manusia suka melihat yang cantik.
Apakah gaya penampilanmu sekarang, gadis Apakah yang kamu pakai seharian Tahukah kamu, dengan sedikit perubahan pada gaya penampilanmu sudah boleh membuatkan seorang lelaki jatuh cinta padamu
Ya, benar. Adakalanya apa yang kamu pakai setiap hari tidak menepati citarasa lelaki yang kamu impikan. Bukanlah mahu mengatakan yang kamu harus menukar gaya penampilan sehingga mendedahkan auratmu. Cukup dengan hanya mengubah warna dan jenis pakaian yang kamu pakai.
Tentu kamu tidak mahu kelihatan seperti kanak-kanak atau orang tua, bukan Carilah padanan yang sesuai dengan diri kamu. Carilah corak dan warna yang mampu menyerlahkan kecantikan diri kamu.
Setiap gadis adalah berbeza. Ada yang apabila mengenakan busana berwarna terang akan menaikkan lagi seri wajah mereka. Ada pula yang apabila mengenakan cara lilitan tudung yang berlainan semakin menjadikan wajah mereka ayu. Ketahuilah apa yang sesuai denganmu.
Kamu boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada adik-beradik, sahabat rapat atau ibu kamu berkenaan hal ini. Sudah pasti mereka akan membantumu dengan ikhlas. Siapa yang sengaja mahu melihat orang yang rapat dengannya kelihatan hodoh, bukan
Kecantikan gayamu bukan juga bermakna kamu perlu mengenakan solekan tebal di wajah. Berikan wajahmu keanggunan semulajadi. Cukup sekadar dengan menyapu bedak ke wajahmu. Jika itu juga tidak membantu, barulah kamu oleskan sedikit warna agar keserian semakin menyerlah.
Namun, ingatlah wahai gadis. Berhati-hatilah dalam berhias agar tidak menimbulkan fitnah kelak. Berhati-hatilah dalam memilih busanamu agar tidak menjadi mangsa lelaki-lelaki miang di luar sana. Kamu berhak menghias diri sehingga kelihatan cantik. Asal sahaja kamu tahu caranya.