Hari ni pula, seorang lagi klien aku warded di Glenseagle akibat Hernia, kemungkinan besar beliau akan turut menjalani pembedahan esok hari.
Juga, 1 atau 2 minggu lagi, seorang lagi klien bakal menjalani pembedahan ACL di KPJ akibat kecederaan lutut beberapa minggu yang lalu.
Ini aku ceritakan hal yang berat-berat lah. Kalau hal demam lagi banyak.
Semua klien yang aku cerita ni, masa ambil Takaful dulu berkudis kaki pun tak pernah.
Tapi itu lah. Takafulism tak boleh pergi jauh kalau yang menilainya masih berfikir, Saya tak perlukannya.
Sebenarnya Takaful ni bukan untuk saya, tetapi untuk kami dan kita.
Cuba lihat contoh yang aku bagi di atas, mereka ini dulu, kalau berfikir saya tak perlukannya sebab kaki berkudis pun tak pernah merasa, maka mereka perlu sendiri tanggung kos rawatan yang menggila.
Masing masing lebih kurang:
RM22,000
RM13,000
RM12,000
RM3,500
Jadi, yang tanggungnya juga saya seorang lah sebab dahulunya saya tak perlukan.
Tapi mujur, ya mujur, klien aku ini jauh fikirannya, memahami konsep kita dan kami lebih kuat manfaatnya daripada aku dan saya. Mereka mengambil jalan yang terang.
Ibarat lidi, berdiri sebatang patah senang, berdiri serumpun ampuh teguh!
Begitu jugalah dengan kita manusia.
Maka, kenapa masih mahu berseorang kalau berjemaah dalam Takaful itu lebih utuh dan kukuh
Sebab takut tak makan nasi Setakat RM100-200 sebulan, kot mana pun habis.
Simple.