PEREMPUAN ANGGERIK - 10
DIA berasa sebagai graduan Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia, dia telah lengkap semuanya. Hilmi tidak pernah berasa tidak yakin melangkah masuk ke Sekolah Tinggi A itu ketika dia menerima surat arahan posting. Niat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dipendamkan dulu. Khabarnya pengambilan staf dibeku sementara ekonomi masih rusuh. Hilmi berpuas hati di situ, malah dia berazam menumpahkan ilmu demi anakanak bangsa. Kalau ada rezeki, dia akan dipanggil temu duga, begitu bisik hati sendiri.

Akan tetapi, hari demi hari berlalu, keyakinannya makin tergugat. Ia kian terkikis perlahan-lahan. Dia sepatutnya bersedia kalau dihantar ke pedalaman atau desa, ujian sebagai guru luar biasa kata orang. Namun, ujian mengajar Bahasa Melayu di sekolah yang terletak di tengah bandar, dengan pusat membeli-belah bertaraf lima bintang 200 meter dari pagar sekolah, nyata mencabar sukma jiwanya.

Cikgu, saya ada tatu lambang rimau di pangkal dada, cikgu nak tengoksaya bukakan! ujar seorang murid perempuan apabila dimarahi kerana disyaki menghidu gam. Jiwa muda Hilmi bergelodak. Kalau dia gila tentu sahaja dia ingin melihatnya.

Sabrina, pelajar cerdas, dengan wajah campuran InggerisMelayu beberapa kali menelefon ke rumahnya mengajaknya menonton wayang bersama.

Cikgu handsome, muka macam Leonardo DiCapriosaya mimpikan cikgu malam tadicikgu nakal ya. Hilmi menelan air liur mendengarnya.

Hatini pernah tidur beberapa kali dengan Karim, pelajar nakal tersohor di tingkatan lima. Karim sendiri mengakui dan Hatini senyap-senyap menggugurkan janin entah di mana. Sekolah gempar, pelajar dibuang, tetapi barah tidak terawat, yang ada makin melarat.

Tengku Farah, yang tidak cantik itu menggoda Farid yang kacak lawa, cergas bersukan, dan bijak dalam pelajaran. Umpannya, ajarkan Matematik di rumah ketika ibu bapa tiada. Lain diajar lain pula jadinya, pita lucah jadi tontonan, dan perkara terlarang jadi ulangan. Hanya sesudah pelajaran Farid merosot, semuanya terbongkar secara mendadak.

Hilmi kini sakit jiwa. Ketika dia mengajar ada pelajar lelaki memandang secara berahi, dia pula jadi serba salah. Kekeliruan yang beragaman. Guru-guru memang bercakap perkara-perkara yang sama di bilik santai mereka. Akan tetapi, guru pun sudah menganggap itu semacam perkara biasa pula. Ada cikgu menyewakan pita-pita video kepada rakan setugas.

Kalau Cikgu Hilmi nak yang panas pun ada.

Jadi, bagaimana bentuk acuan begitulah kuihnya.

Dia rimas. Hari demi hari dia lebih mengharap urusan memohon menjadi pensyarah dan menyambung pelajaran itu dikabulkan segera. Dia hampir-hampir putus asa.

Pagi seperti biasa, Hilmi memandu sendiri motosikal Honda buruk ke sekolah, di hadapan pagar, pelajar bermotor lebih besar membunyikan hon tanda mesra, atau tanda mengejek. Dia sendiri sudah jahil membezakan. Kereta besar kecil semuanya berjenama mewah mengitari pelajar. Fenomena biasa, kian dia terima. Ini sekolah bandar dengan anak-anak orang bandar yang semuanya berduit belaka, begitu pujuk hati.

Dari garaj kenderaan, mata Hilmi tiba-tiba tidak dapat lepas menangkap Mastura, pelajar perempuan paling diam di kelas. Ada pemuda segak berkaca mata hitam yang menurunkannya dari motor TZM. Pemuda mencium pipi Mastura dan Mastura rela begitu sahaja. Ketawa mesra sebelum bubar dengan lambaian yang penuh keghairahan.

Abang agaknya, getus hati Hilmi.

Di dalam kelas, ketika mengajar, air muka Mastura menjejaskan kepercayaan hati. Pada wajah Mastura dia yakini wajah gadis baik. Justeru apa sebetulnya yang sedang bergelora dalam hati anak gadis ini Tumpuan ketara tiada. Gadis itu kosong tanpa jiwa. Tiada roh tiada seri. Mendung sesekali dikesani pada ekor mata. Mata mana pernah menipu

Di hujung kelas, setelah berasa tidak senang ditenung secara lain oleh pelajar-pelajar lelaki, dan apatah lagi yang perempuan, dia sengaja bersuara lantang, Mastura, bawakan buku latihan ini ke bilik guru, letak di meja saya Dia lekas keluar menuju ke bilik rehat.

Gadis itu terhegeh-hegeh menghantar timbunan buku latihan dan buku kerja. Timbul kasihan melihat Mastura merengkeh mengangkut begitu. Lepas ni awak kelas apa

Kena pergi makmal, Mastura jawab lembut dan takuttakut.

Tak apa, awak duduk sekejap, saya ada benda nak cakap

sikit.

Mastura menarik kerusi di hadapan dan duduk. Mata dia tawaf, dua tiga orang guru perempuan sedang berbual tentang kain renda. Seorang guru lelaki asyik membaca akhbar Utusan Malaysia.

Hilmi berasa selesa dengan keadaan yang sedia ada.

Kalau saya tanya sedikit, awak jangan marah, ya Mastura.

Mastura mengherotkan mulut. Menghela nafas, memang ada debar berkencangan di dalam dada. Guru kelas bertanyakan sesuatu dalam keadaan terpencil begini, tanda masalah besar! Dia dan segala yang hitam tercoreng sudah dihidu

Mastura mengangguk lambat.

Saya Nampak awak kebelakangan ini kurang beri tumpuan di dalam kelas. Pelajaran sedikit tidak terurus. Ada aduan daripada Cikgu Fikri dan Puan Hasnah. Hilmi sengaja mengada-adakan cerita.

Saya nampak pemuda yang hantar awak pagi tadi tu. Dia abang awak Hilmi bernada tegas dan sedikit mengancam. Perlahan-lahan dia berasa berkuasa.

Mastura berkerut kening. Dia menggeleng.

Hemm, siapa

Kakakawan, cikgu. Mastura tergagap.

Kawan sampai berciuman pipi

Mastura menelan air liur. Ada putik air bergenangan di kelopak matanya.

Khali.

Saya tak boleh cerita dengan cikgu sekarang, Mastura tiba-tiba memecah suasana sunyi.

Hilmi diam, berfikir, ini suatu jaminanperkataan sekarang itu baginya boleh diumpan sebagai perjanjian bagi masa akan datang. dia tidak mahu terlalu memaksa.

Baiklahawak datang jumpa saya bila sudah bersedia. Hilmi melembutkan suara dan mencucuk intim pada nadanya.

Mastura mengangguk dan bingkas pergi.

Kemudian, Hilmi kembali galau. Mastura tidak hadir ke sekolah hampir seminggu. Apabila kembali semula, wajah lebih mendung dan ekor mata lebih rusuh melilau. Ada bengkak di kaki; kepada rakan-rakan dijawab kemalangan di dapur yang licin.

Pada hari tersebut Hilmi sedang bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba diterjah Mastura. Saya nak cakap dengan cikgu

Saya sudi mendengar.

Mastura duduk damai, menghela nafas beberapa kali, dan membiarkan mata mulai berair.

Lelaki yang cikgu nampak itu bohjan. Saya tak kenal sangat dia

Hilmi tarik nafas.

Awak dengan dia dah

Sudah. Beberapa kalisekurang-kurangnya dia sayangkan saya.

Sayang Kata tak kenal tadi, kalau tak kenal bagaimana timbul sayang Awak tahu awak merosakkan diri awak, Mastura Hilmi cuba bercakap sebaik mungkin.

Kalau tidak kerana dia pun, saya memang dah rosak , cikgu

Mata Hilmi terjegil.

Mastura menitiskan air mata. Nampak dia cuba menahan.

Keluarkan semuanya Mastura, jangan simpan dan jangan tahan, nanti mudarat

Dan Mastura pun teresak-esak lama. Bahu terpingkalpingkal dan berenjutan. Tangis itu mujur kurang disedari seorang dua guru yang belum pulang lagi.

Ayah saya sudah lama meninggal, cikgu. Ibu saya sakit kuat, angin ahmar, hanya mampu terbaring. Adik-beradik kami ramai, yang menanggung persekolahan saya, yang menanggung persekolahan saya, yang menanggung adikberadik saya yang lainialah abang ipar saya. Hilmi memasang telinga, terlalu mengambil berat.

Abang ipar saya, berulang kali meminta saya Mastura menangis lagi.

Dia rogol saya sesuka hati, bila dia mahu. Kakak tahu, tetapi tak berkata apa-apa. Seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Kini Hilmi faham. Gadis tanpa upaya. Kakak sulung yang tidak menentang dan rasa kacau mendorong Mastura mencari kebahagiaan lain. Pemuda tampan menegur, purapura memahami lekas jadi ulam hati.

Saya dulu kerja di KFC, dapat duit sikit saya belikan rantai halus untuk ibuabang saya rampas Mastura kembang kempis hidung, memerah.

Awak tak terfikir nak lapor kepada polis Perkara ini tidak boleh didiamkan, Mastura, Hilmi menggesa. Ini jenayah yang harus dibendung.

Cikgu nak beri kami makan kemudian hari tanya Mastura semula dengan tegas dan sarat kesal berbaur marah.

Cikguorang macam cikgu nak ambil saya jadi isteri Tajam pertanyaan itu menusuk benak.

Hilmi terdiam. Haruskah dia memberi jawapan jujur

Masalah itu bernanah di dalam kepala. Dia perlahan-lahan mendapat nasihat pengetua, aduan mesti dikehadapankan jua. Menerusi bantuan rakan, seorang polis kes ini cuba dibongkar.

Hilmi di luar rasa kejut, Mastura menafikan ada kelakuan seumpama itu berlaku. Fitnah yang mengugat keharmonian keluarga kami, sangkal abang iparnya. Polis tiada bukti, pemeriksaan fizikal bukan boleh dilakukan tanpa ada bukti atau tuduhan daripada mangsa.

Hilmi kini melanjutkan pelajaran di UKM, dia berhasil memindahkan kontrak Kementerian ke Institut Pengajian Tinggi, tetapi dalam kepalanya tidak pernah terbunuh pelajar bernama Mastura. Apa khabar agaknya dia.

Dan galau dalam hati, sampai bila jenayah ini akan berulangan dan tidak dikekang.

Siapa yang bersalah

Atau peraturan dalam masyarakat ini kacau-bilau

Hilmi kerusuhan sepanjang malam.

Dan galaunya tidak pernah berhenti kacau.