Kita sering lupa bertanya kepada diri sendiri, mengapa dan apakah yang menyebabkan anak kita menangis Selalu kita terus bertanya, kita malah lebih senang untuk membentaknya, Diam! Kamu tak tau, Papa lebih banyak masalah dari kamu! Atau mungkin seperti ini, Hah kamu... boleh diam tak Penat Mama mendengar kamu menangis tak berhenti-henti... apa yang kamu mahu!
Tahukah anda, paling tidak ada tiga sebab mengapa anak kita menangis.
1. Kemungkinan kerana dia menderita sakit pada salah satu bahagian tubuhnya tetapi kerana dia tidak boleh menyampaikannya dengan kata-kata, dia hanya boleh menangis.
2. Mungkin anak kita lapar tetapi kerana dia belum tahu bahawa perasaan itu bernama lapar, dia pun menangis.
3. Mungkin ada keinginan tertentu seperti bosan bermain di bilik dan ingin keluar atau sebagainya lalu dia pun menangis.
4. Atau mungkin juga dia berasa takut dengan sesuatu yang baru dilihatnya.
Jadi sesungguhnya, tangisan anak kita adalah satu cara berkomunikasi semula jadi seorang anak dalam menyampaikan apakah yang dirasakannya dan apakah yang diinginkannya. Anak kita sesungguhnya sama sekali tidak berniat untuk membuat ibu bapanya kesal, apalagi marah.
Menangis adalah pilihan semula jadi bagi anak-anak, khususnya kerana mereka belum boleh menyampaikan dengan kata-kata yang baik seperti orang dewasa. Hal yang seharusnya kita fahami adalah menangis sesungguhnya adalah sebuah isyarat dari anak yang memerlukan pertolongan ibu bapanya.
Namun sayangnya, kerana ketidaktahuan kita dalam menterjemahkan tangisan anak atau memberikan pertolongan, kita malah memarahi mereka. Padahal, jika kita memerhatikan dengan teliti, sesungguhnya setiap tangisan anak kita itu berbeza-beza bentuknya, berbeza kerasnya, juga berbeza nadanya. Yang nyata masing-masing itu memberitahu apakah dia sedang sakit, lapar, bosan, mengantuk atau takut pada sesuatu yang baru.
Wahai ibu bapa yang saya cintai di mana pun anda berada, apakah kita masih tetap berasa sebal atau memarahi anak kita yang menangis Tidakkah lebih baik kita mencari tahu mengapa anak kita menangis dan apakah yang boleh kita lakukan untuk membantunya
Tangisan adalah cara komunikasi semula jadi seorang anak dalam menyampaikan yang dirasakan dan diinginkannya.