DI.AR.TI - 10
KERANDA beroda itu ditolak oleh Din dan Rush. Keranda itu tidak seperti keranda biasa yang terdapat di masjidmasjid. Tidak ada tulisan jawi yang berbunga menghiasi keranda tu. Bentuknya seperti silinder yang dibelah dua. Panjangnya cukup menutupi ketinggian kebanyakan orang Asia. Keranda kayu itu ditutupi oleh sehelai kain putih dengan keputihan yang memudar akibat penyucian kimia yang berulang kali. Lekatan kain pada keranda mengikuti binaan keranda itu. Lekukan kain tampak pada kawasankawasan bercelah yang memanjang. Seakan-akan sebuah sangkar panjang yang dibelah dan ditidurkan pada bahagian belahannya. Tidak ada mata yang menyedari terbaringnya sesosok tubuh ketika ia meninggalkan kawasan hospital menuju ke kawasan fakulti kecuali Din, Rush dan Mr Choong yang mengikuti dan belakang.

Jarak yang mereka tempuh adalah 500 meter iaitu dan rumah mayat ke Jabatan Anatomi. Mr Choong telah pun menelefon Dr Jalani tentang kedatangan mayat yang menurutnya memenuhi kriteria yang persis dikehendaki oleh Dr Jalani. Din menolak dan belakang keranda itu tidak ubah seperti menolak tong sampah. Sampah organan yang akan mengalami proses pembusukan jika tidak diawetkan. Rush menolak keranda itu dan samping itu Din lebih, memegang sahaja dari menolak. Wajah-wajah kosong yang mengiringi jenazah itu tidak melukiskan sebarang simpati pada mayat yang telah kembali ke alam baqa. Tiada doa bergema seperti acapkali terdengar ketika jenazah dibawa ke kubur.

Tidak seperti biasanya, mayat-mayat yang dibawa dan Rumah Mayat terus ditempatkan di bilik pengawetan di belakang Dewan Diseksi. Din dan Rush menurut saja ara han Mr Choong supaya mayat itu dibawa ke makmal Dr Jalani. Suatu kelegaan yang mereka pendam. Kalau tidak, tentu banyak kerja yang perlu dibuat oleh atendan-atendan mayat sebelum mayat itu boleh direndam di dalam kolam formalin. Tidak terlintas oleh mereka kenapa mayat ini dikecualikan. Mereka tidak memperuntukkan masa untuk berfikir lebih jauh dari itu.

Baru dua jam yang lalu, mayat masih berada di ICCU Hospital Universiti. Sebab kematian sudah jelas. Bedah siasat tidak diperlukan. Secara klinikal, punca kematian adalah kerana serangan jantung yang meluas. Ini disokong dengan ujian-ujian darah yang tidak meragukan. ECG pula memastikan kesahihan diagnosis Anterior dan Inferior Infarction. Tidak ada sesiapa yang mengunjunginya selama tiga hari berada di ICCU. Ketika dia dimasukkan ke hospital, dia tidak memiliki kad pengenalan atau sebarang surat mengenai peribadinya. Tetapi melihat tampangnya, dia bukanlah anak tempatan. Pendatang asing yang berusia di lingkungan awal empat puluhan mudah dikenal keasingannya seperti juga 1.5 juta kawan-kawan senasib yang menempati setiap estet, rancangan Felda dan kawasan binaan di seluruh pelosok tanahair. Kehadiran mereka dikehendaki dan juga tidak dikehendaki. Bergantung pada siapa yang diajak berbicara.

Dahulu hanya orang-orang Ash, Cina sengkek yang tiada keluarga dan orang India yang pemabuk dan gila menjadi penghuni dewan diseksi. Tiada orang mahu menuntut mayat-mayat itu. Kini pula orang-orang Indonesia pendatang, mulai menyumbang tidak saja di bidang ekonomi tetapi juga di bidang pendidikan perubatan. Rela atau tidak, mereka tidak ada pilihan kecuali tidak jatuh sakit. Bila sakit pun mereka tidak berani ke klinik swasta apalagi ke klinik kerajaan. Mesti ada kad pengenalan. Untuk mendapatkan kad pengenalan merah bererti harus kerja lebih kuat untuk memperolehinya secara sah atau tidak. Kedua-duanya memerlukan duit. Hanya pada alam mereka pasrah. Alam yang telah menyebelahi nenek moyang agar menjadi kebal pada penyakit dan kesakitan. Pada mereka yang berpenyakit, akan terbiarlah diri mereka dimakan perlahan-lahan sehingga bertemu titik kematian. Tidak ada pemikiran untuk memberi perkhidmatan kesihatan pada mereka atau setidak-tidaknya penyaringan penyakit terhadap pendatangpendatang itu. Tidak disedari mereka mengimport malaria, demam berdarah, demam kepialu, kolera dan penyakit menular lainnya. Pihak kesihatan akan datang memeriksa kawasan perumahan, mengeluarkan kompaun pada pemilik rumah yang dibuktikan terdapat larva nyamuk Aedes di persekitaran rumah sedangkan rumah-rumah kongsi di mana pendatang-pendatang itu menginap tidak dikunjungi, diasingkan kerana keistimewaan mereka. Apabila petugas-petugas kesihatan menyembur malathion mereka mengecualikan kawasan kongsi seolah-olah kulit pendatang-pendatang itu begitu tebal sehingga tidak tertembus dek gigitan sang nyamuk. Pada mereka, kongsi-kongsi itu tidak wujud di peta rasmi. Perancangan fumigasi dibuat dalam bilik dingin tanpa menjenguk ke lapangan. Mereka puas hati dengan seluruh kawasan perumahan yang tertera di peta rasmi telah disembur dengan racun serangga.

Keranda itu ditolak memasuki Muzium Anatomi. Rush terpaksa mengangkat bahagian depan keranda itu untuk membolehkannya melewati pintu masuk muzium. Din terasa seperti mayat itu akan menggelongsor, segera menahan keranda itu sambil mengangkat bahagian belakangnya. Prof Guislain dilewati sahaja tanpa tegur sapa. Tengkoraktengkorak manusia purba di Muzium Antropologi seolaholah turut menyaksikan pengiriman mayat itu ke makmal Dr Jalani. Mr Choong mengikuti daripada belakang keranda untuk memastikan destinasi mayat itu berakhir di kamar bedah Dr Jalani.

Segala persiapan telah selesai dilaksanakan. Peralatan yang baru sampai juga telah siap menanti. Dr Jalani sendiri yang membuka pintu makmalnya dan menolong menget epikan halangan-halangan yang mungkin menghadang perjalanan keranda itu. Walaupun ada empat manusia yang hidup, tidak seorang pun daripada mereka mengeluarkan suara. Hanya anggota mereka yang aktif bergerak. Din mengendalikan keranda beroda itu dengan hati-hati. Dia tidak mahu penjuru keranda itu melanggari radas-radas gelas yang penuh mengisi meja panjang yang menempati bahagian tengah makmal itu. Pintu kamar bedah dibuka oleh Dr Jalani dan keranda itu berhenti sejajar dengan meja bedah. Rush mengangkat kain yang menudungi sangkar keranda itu. Tampak tubuh sawo matang membujur di antara celahcelah jerejak sangkar itu. Din cuba membuka sangkar itu dan satu hujung. Tetapi tidak berjaya. Sangkar keranda itu mesti dibuka serentak dengan mengangkat di kedua-dua hujung, jelas Rush setelah melihat Din gagal membukanya. Mereka berdua kemudiannya membuka sangkar keranda itu sambil diperhatikan oleh Mr Choong.

Dr Jalani memegang dua keping gelas slaid dan sudip kayu. Dia menantikan mayat itu diubah ke meja bedah. Tidak sabar lagi, dia hendak mengambil sel-sel pipi daripada mulut mayat itu. Din dan Majid cuba mengangkat mayat itu tetapi tidak berjaya. Melihat keadaan itu, Mr Choong membantu. Dia mengangkatnya pada bahagian punggung dengan memperlihatkan wajah jijik yang tidak dapat diselindunginya. Tangan Mr Choong terasa sejuk memegang tubuh yang telanjang seperti semua mayat-mayat di Dewan Diseksi. Dia segera membuka lampu pembedahan dan menuju ke sink untuk mencuci tangannya yang telah menyentuh punggung mayat.

Din membetulkan lampu pembedahan agar Dr Jalani dapatmelihat mulut mayat itu dengan jelas. Dengan sudip kayu itu, Dr Jalani mengikis bahagian dalam pipi mayat. Dipalitkan kikisannya pada salah satu gelas slaid itu dan dengan gelas slaid yang lain, dia menggores lembut pada slaid tadi.

Terima kasih, Din. Awang berdua boleh menghantar balik keranda ke tempatnya, Dr Jalani dengan halus mengarahkan mereka meninggalkan kamar bedah.

Kalau doktor perlu apa-apa, saya berada di stor pengawetan, jawab Din sambil dia dan Rush mendorong keluar keranda itu.

Setelah mereka beredar daripada pandangan, Mr Choong segera ke pintu dan menguncinya. Dr Jalani sedang sibuk dengan perwarnaan khusus untuk pengecatan mitokondria. Slaid itu kemudian dikeringkan. Mehihat Mr Choong seolah-olah ingin mengetahui apa yang sedang dilakukan olehnya, dia menerangkan tentang tujuan pengecatan itu. Duduk di hadapan mikroskop high powered, Dr Jalani meneruskan penerangannya.

Dengan pemeriksaan ini, kita dapat tentukan sama ada dinding mitokondria itu masih utuh atau tidak. Sekiranya tidak ada lysis maka kemungkinan berjaya itu besar. Keutuhan mitokondria ditentukan secara tidak langsung. Dengan pengecatan khusus, kehadiran enzim-enzim lysis akan merubah warna sitoplasma yang menandakan dinding mitokondria telah pecah. Inilah titik tolak proses kematian di peringkat sel.

Mr Choong tidak bereaksi. Dia hanya mendengar penjelasan itu. Dr Jalani memutar-mutar mikroskop itu mencari-cari tanda yang akan menentukan keberhasilan percubaannya.

Tengok! sambil Dr Jalani bangun dan bangkunya untuk membolehkan Mr Choong menggunakan mikroskop itu, sitoplasmanya tidak berubah dengan pengecatan. Mitokondrianya masih utuh.

Mr Choong mengangguk memberi kepastian. Keduaduanya meninggalkan mikroskop itu dan menuju ke sink untuk mencuci lengan dan tangan masing-masing. Mereka mengenakan pakaian bedah, lengkap dengan sarung tangan dan tutup mulut.

Mereka berdua menghampiri tubuh mayat. Mr Choong mendekatkan troli peralatan pembedahan dengan mejanya. Dr Jalani berdiri di sebelah kanan mayat dan Mr Choong

sebelah kiri. Kulit pada kedua-dua pangkal paha, keduadua bahagian leher dan di kedua-dua pertengahan tengan dicuci dengan iodine dan diikuti pula penyucian dengan alkohol. Mr Choong turut membantu Dr Jalani mencuci kulit mayat itu.

Berikan kanula pendek, minta Dr Jalani pada Mr Choong.

Berapa tanya Mr Choong.

Satu dulu.

Dr Jalani mengambil 3 botol plastik yang mengandungi 500ml larutan Streptokinase VR743 10% dan digantungkan pada tiang-tiang penggantung botol. Kemudian dia menusuk jarum kanula itu ke pembuluh darah di pertengahan lengan dan kemudian mengeluarkan jarum itu dengan meninggalkan kanula plastik itu di dalam pembuluh darah itu. Dia cepat-cepat menghubungkan saluran daripada botol plastik ke mulut kanula tersebut. Walaupun tidak ada darah yang mengalir semasa penusukan jarum itu tetapi nampak darah itu belum beku sepenuhnya. Diulangi tindakan itu pada kawasan leher dan lengan yang lain daripada mayat yang membujur kaku.

Mereka begitu tekun sehingga jarang-jarang terdengar percakapan. Kalau pun ada, berkaitan dengan prosedur. Dr Jalani mengambil pisau bedah nombor 4 dan terus memotong kulit di pangkal paha sebelah kanan. Tampak pembuluh-pembuluh femoral bergandingan dengan sarafnya. Dipisahkan salurnadi dan pembuluh vena dengan benang sutera hitam berukuran 20.

Berikan Catheter Hernopump, minta Dr Jalani pada Mr Choong. Dia mengacah-acahnya seakan-akan mengukur jarak daripada salurnadi itu ke jantung kiri. Ditandainya jarak itu dengan ikatan benang sutera hitam.

Hujung catheter ini bersama pamnya akan berada di dalam bilik jantung kiri, jelasnya pada Mr Choong sambil menusuk hujung catheter itu ke dalam salurnadi femoral.

Kalau dalam keadaan In-Vivo kita terpaksa menggunakan mesin fluoroskopi untuk memastikan hujung hemopump ini betul-betul berada di dalam bilik jantung kiri, sambung Dr Jalani lagi. Sebagai seorang anatomis yang punya pengalaman mendalam, kemahiran Dr Jalani tentang angiologi sepenuhnya.

Hemopump yang satu lagi untuk ventrikel kanan tanya Mr Choong.

Ya, dimasukkan melalui vena femoral.

Kemudian disamburigkan dengan motor tanya Mr Choong lagi.

Ya, kedua-duanya

Setelah selesai memasukkan hemopump pertama, Dr Jalani melanjutkan pemasukan hemopump kedua ke dalam pembuluh di sebelahnya. Mata Dr Jalani tertumpu pada botol-botol plastik yang tidak dapat mengalir masuk ke aliran darah. Bila kedua-dua hemopump itu berada di tempatnya, barulah kedua-dua hemopump itu disambungkan ke motor masing-masing.

Keempat-empat mata itu tertumpu pada botol-botol plastik yang bergantungan tu, menanti dengan rasa cernas apabila motor pam itu dihidupkan. Seketika mereka menjadi begitu tegang kerana titisan larutan itu tidak kelihatan. Tiba-tiba, nampak titisan pertama jatuh pada bahagian bawah drip itu. Ini menandakan aliran darah telah ada. Kedua-dua mereka bersorak kecil sebagai cetusan kejayaan awal mereka. Fikiran Dr Jalani berkisar mengenai tidak mahu membebani sistem aliran itu dengan cairan yang berlebihan. Dibuatnya satu manometer air pada bahagian leher yang lain untuk mengetahui kelebihan cairan tubuh. Juga dipasangkan satu saluran pada pembuluh femoral kiri untuk mengeluarkan cairan tubuh yang berlebihan bila diperlukan. Semuanya telah dirancang dengan begitu rapi.

Larutan Streptokinase itu sudah menyebar di seluruh aliran darah. Semua bekuan darah yang menggumpal dan menutupi pembuluh darah dihancurkan. Sumbatansumbatan terbuka kembali. Dr Jalani membiarkan larutan bekerja dengan bantuan hemopump yang mengepam darah pada kadar 82 pancutan seminit. Dia ketahui jantung itu tidak berdenyut tetapi darah bercampur dengan larutan Streptokinase memancut keluar daripada bilik-bilik jantung seolah-olah jantung tu berdenyut. Suatu ketakjuban yang diilhamkan dan perkampungan di Mesir. Doktor yang mereka pam ini, pernah bekerja di Mesir selama 12 tahun. Di sana, dia memerhatikan pam-pam air yang digunakan oleh orang kampung di tebing Sungai Nil mempunyai pancutan yang sama rentaknya dengan denyutan jantung. Teknologi kampung yang ditiru dengan penyempurnaan.

Dr Jalani tidak perlu terburu-buru memasukkan tiub endotrakeal ke saluran pernafasan. Dia mengambil masa yang banyak. Tidak seperti di hospital, tindakan itu harus dilakukan begitu cepat dan tepat. Kalau tidak, pesakit itu akan menjadi kaku dalam tiga setengah minit. Lagi pula, darah mayat itu tidaklah begitu baik untuk mengikat oksigen yang dihembus masuk oleh respirator buatan. Dia perlu menggantikan semua darah tubuh mayat itu. Tetapi tidak sekarang.

Mesin respirator yang dipasang ke tiub endotrakeal oleh Dr Jalani sudah mulai bekerja. Dada mayat itu nampak bergerak dan mengembang pada rentak yang teratur pada kadar 20 kali seminit. Dr Jalani dan Mr Choong agak santai sedikit kerana pekerjaan selanjutnya agak ringan. Cuma menggantikan larutan kimia sahaja. Mereka duduk pada bangku masing-masing. Dr Jalani tidak pasti berapa lama larutan Streptokinase harus diberikan. Dia membuat keputusan secara empirikal sahaja: larutan itu diberikan selama sejam.

Suara bilai surau berdekatan sayup kedengaran. Azan maghrib yang sampai ke telinga Dr Jalani dianggap sebagai bising latar yang perlu diacuhkan. Mr Choong bertanya kepada Dr Jalani dan suaranya menutupi dominasi azan dan kejauhan.

Bagaimana doktor boleh tahu larutan itu sudah menghancurkan semua bekuan darah

Saya duga satu jam tetapi kita juga boleh mengambil contoh darah dan diperiksa di bawah mikroskop, jawab Dr Jalani.

Apa yang doktor harapkan pada slaidnya tanya Mr Choong lagi.

Banyak hal. Salah satunya keadaan sel-sel platelets, jumlahnya, jarak antara satu sel dengan yang lain dan apakah ada pengumpallan sel-sel platelets, jawab Dr Jalani mengulangi perbincangannya dengan pakar hematologi Dr Habibah tempoh hari.

Rambut Mr Choong tampak kusut. Biasanya rambut Mr Choong tersikat rapi dengan minyak yang mengilati sisirannya. Dia tidak tahu pukul berapa Dr Jalani akan selesai. Susah-susah dia akan meminta din. Dia ada keluarga. Lainlah dengan Dr Jalani. Makmal itu rumah pertamanya.Dr Jalani bangun menuju ke sebelah kiri mayat itu. Di sebelah tangannya terdapat gelas slaid. Dibuka penutup mulut kanula yang berada di dalam pembuluh di kawasan siku. Darah mengalir. Diambilnya sedikit darah itu dengan slaidnya. Lalu dibuat pengecatan, dikeringkan dan kemudian diperiksa di bawah mikroskop. Semua lapangan pandangan diperiksanya. Dr Jalani memanggil Mr Choong untuk melihat apa yang diketemuinya. Mr Choong menyetujui penemuan Dr Jalani.

Walaupun tidak 100 peratus pasti, Dr Jalani harus membuat keputusan memberhentikan larutan Streptokinase. Dia khuatir kalau terlalu lama kelak merosakkan lapisan dalam saluran darah. Matanya memerhati pada manometer yang dipasang di samping kepala mayat. Sekali lagi dia ke sebelah kiri mayat, membuka tutup mulut kanula itu dan disambungkan ke beg plastik. Digantungnya beg tertutup itu di bawah meja bedah. Darah mulai mengalir mengisi beg plastik itu. Kelebihan cairan tubuh tidak baik pada manusia yang masih hidup tetapi pada mayat yang darahnya mengalir secara buatan belum diketahui kesannya. Dr Jalani tidak mahu mengambil risiko. Pada prinsipnya, apa saja yang berlebihan tidak baik.

Dia mulai menggantikan larutan Sftreptokinase dengan larutan EDTA 0.05%. Untuk larutan ini, Dr Jalani tahu pasti berapa lama dan berapa banyak perlu diberikan. Pemberian larutan EDTA secara perlahan selama tiga jam agak popular di Amerika Syarikat. Terutama bagi mereka dan golongan pendapatan rendah yang tidak mampu menjalani pembedahan coronary by-pass. Sebagai gantian, mereka memilih rawatan larutan EDTA yang jauh lebih murah. Walaupun tindakan ini tidak dibenarkan oleh AMA dan tidak diluluskan oleh FDA6 tetapi pusat-pusat rawatan ini tumbuh bagaikan cendawan di pagi hari di kota-kota kecil di seluruh Amerika.

Mr Choong melihat jam tangannya. Sedikit gelisah kerana terpaksa menunggu tiga jam. Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan selama tiga jam mendatang. Hanya bunyi respirator mengisi setiap ruang di kamar bedah itu. Dr Jalani duduk di bangku dengan tangan-tangannya sating menggenggam. Sekali-sekala matanya memandang pada manometer di leher mayat itu. Tidak tahu hendak buat apaapa. Mr Choong mendekati mayat itu. Matanya melihat pada telapak tangan kanan mayat. Dipegangkan tangan itu dengan kedua-dua tangannya dan terus merenung.

Apa yang awak tengok tu tanya Dr Jalani.

Tidak ada apa-apa hanya garisan-garisan tangan.

Eh, pandai menilik ke

Tak adalah, pernah bapa saya ajar saya bagaimana membaca nasib orang.

Orang-orang Cina memang pandai menilik, kenyataan Dr Jalani cuma untuk memuji Mr Choong.

Sistem yang saya pakai bukan dan Negeri China tetapi dan tamadun Roman.

Apa bezanya tanya Dr Jalani.

Orang-orang Roman menulis kitab-kitab tafsiran garis tangan berdasarkan statistik. Bila kerajaan Roman hancur, kitab-kitab tafsiran dikembangkan untuk menilik nasib.

Padahal, tujuan asal cendekiawan Roman adalah untuk mengkaji hubung-kait antara garisan-garisan pada tangan dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang itu. Malah doktor-doktor Roman menggunakan sebagai alat diagnostik seperti doktor zaman moden menggunakan ujian makmal untuk menegakkan diagnosa.

Ah, setahu saya tak banyak penyakit yang boleh ditegakkan dengan melihat garis-garis tangan. Downs Syndrome dan beberapa penyakit keturunan dan kongenital.

Tetapi menurut Medical Palmistry daripada kitabkitab orang-orang Roman, penyakit jantung, otak, saluran penghadaman, hati dan sistem pernafasan dan kehamilan boleh ditentukan dengan membaca pada telapak tangan. Betulkah demikian tanya Dr Jalani ragu-ragu.

Ya, jawab Mr Choong tegas.

Secara saintifik, tidak ada penyelidik yang membuktikan kebenaran yang awak katakan. Garisan-garisan itu wujud kerana lipatan kulit dan genggaman tangan fetus di dalam kandungan. la hanya suatu texture saja. Cuba terangkan bacaan dan tafsiran awak mengenai tangan mayat ini, cabar Dr Jalani pada Mr Choong.

Mr Choong tidak segera menjawab. Dia menilik tangan kiri pula. Dan kemudian melihat tangan kanan kembali sambil disaksikan oleh Dr Jalani yang agak sinis memandang Mr Choong.

Dan apa yang saya baca, memang benar orang ini mempunyai penyakit jantung.

Bagaimana tidak, awak sendiri yang mengambil mayat ini dari rumah mayat! mencelah Dr Jalani cepat ingin mematikan absurditi itu.

Ya, memang benar lihat sendiri, Dr Jalani bangun dan bangkunya menghampiri mayat itu,

Perhatikan bentukan pulau pada garis jantungnya, ini menandakan kelemahan kekuatan intrinsik jantung tetapi

tidak terdapat pulau itu di tangan kiri. Apa maknanya tanya Dr Jalani. Tafsiran saya adalah secara alamiah, dia tidak mempunyai potensi penyakit jantung, ini didasarkan pada tafsiran di tangan kiri. Kerana pada orang yang kebiasaannya menggunakan tangan kanan maka tangan kiri adalah merupakan daya dalaman iaitu sesuatu yang diturunkan kepadanya sedangkan tangan kanan adalah akibat interaksi manusia itu dengan lingkungan atau persekitarannya. Jadi disimpulkan di sini, penyakit jantung yang dialami olehnya disebabkan pemakanan dan tekanan emosi. Badannya relatif gemuk. Tekanan hidup di Kuala Lumpur begitu mencabar pada jantung yang tumbuh membesar di perkampungan kecil di

Indonesia.

Bagaimana pula awak tahu dia dibesarkan di kampung Tanya Dr Jalani menyerang pendapat Mr Choong.

Tengok betisnya, begitu besar. Hipertropi kerana dan kecil terpaksa mendaki bukit atau tanah tinggi. Kawasan-kawasan itu kebanyakannya di kampung, jelas Mr Choong.

Betis pengayuh beca juga menjadi besar, kritik Dr

Jalani

Itu juga salah satu kemungkinan. Saya tidak menafikan. Seni menafsir garis tangan perlu digabungkan dengan tanda-tanda di luar tangan.

Cuba lihat pula berapa umur semasa dia meninggal tanya Dr Jalani yang tampaknya meragukan kemampuan tilik tangan Mr Choong.

Garis kehidupannya putus pada umur empat puluhan.

Ah, mengarut. Awak sudah tahu umurnya dari awal.

Dengar dulu asas tafsiran garis kehidupan. Jika garis itu putus, itu tanda kematian. Jika garis itu memudar, itu tanda kesakitan. Dan umur ditentukan dari separuh bulatan yang dibuat oleh garis kehidupan. Di pertengahan bulatan itu adalah kira-kira lima puluh tahun dan titik akhir separuh bulatan itu adalah seratus tahun. Garis kehidupannya memang putus pada umur 40 tahun, sambil Mr Choong menunjukkan kepada Dr Jalani tempat di mana putusnya garis kehidupan itu.

Jadi tak ada peluanglah dia bernyawa lagi

Belum tentu. Menurut teori pairnistri, sekiranya terdapat kotak segiempat pada mana-mana garisan putus maka keadaan itu diselamatkan ini jelas pada tangan ini. perhatikan kotak penyelamat tu, sambil sekali lagi menunjukkan kepada Dr Jalani dengan gerakan tangan mengikut bentukan segiempat.

Awak reka-reka atau sungguh-sungguh ni tanya Dr Jalani naif.

Ya, cuba lihat pula gadis kehidupan yang bercabang pada hujung akhirnya. ini menandakan dia mengakhiri hayatnya jauh dari tempat asal Iahirnya, jelas Mr Choong membela ilmu tilik yang diturunkan oleh bapanya.

Kalau benar teori palmistri yang awak gunakan, mengapa tidak ada saintis yang menyelidik gunaannya pada pemilihan pilot, pemandu bas atau pemandu kenderaan awam. Bukankah palmistri dapat menentukan apakah seseorang itu accident prone atau tidak

Ya, memang boleh malah a boleh meramalkan kematian seseorang itu disebabkan kemalangan atau penyakit.

Sekiranya benar ilmu itu, syarikat-syarikat penerbangan boleh menyingkirkan pilot-pilot yang tak lulus pemeriksaan palmistri. Dr Jalani cuba berjenaka dengan ilmu tilik gunaan yang tidak disambut kelucuannya oleh Mr Choong.

Dr Jalani tidak perlu skeptikal. Ilmu ini telah dikuasai oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab pada masa lampau. Apapun jenis ilmu, kita dapat gunakan untuk kebaikan atau keburukan. Orang-orang barat telah menolak palmistri sedangkan penafsirannya juga berdasarkan tanda-tanda fizikal sama seperti meteorologis yang membuat ramalan cuaca yang meleset. Biarpun berkali-kali Jabatan Meteorologi gagal membuat ramalan yang tepat tetapi kita tak menutup jabatan itu.

O.K. mesyuarat jabatan akan datang, saya akan mencadangkan kepada Prof Surip untuk mengadakan penyelidikan korelasi antara garisan-garisan tangan dengan kemalangan bagi mayat-mayat yang diterima di rumah mayat, kata Dr Jalani bernada sinis.

Saya selalu perhatikan mayat-mayat yang mengalami kecederaan di kepala mempunyai garis kemalangan yang tumbuh keluar daripada garis kehidupan dan memotong garis kepala. ini tanda kiasik kematian yang disebabkan kecederaan di kepala, tambah Mr Choong.

Dr Jalani tidak mahu melayani waham yang dianuti oleh Mr Choong. Dia tidak juga mahu terus-menerus menyerang Mr Choong. Kehadiran Mr Choong amat dikehendaki. Mr Choong tidak lagi beria-ria untuk menceritakan mengenai ilmu tilik tangan yang kontroversial itu. Mr Choong sudah tidak memegang tangan mayat itu dan kedua-dua kembali ke bangku masing-masing.

Menunggu adalah sesuatu yang tidak digemari oleh Dr Jalani. Tetapi menunggu kali ini agak berbeza dengan peristiwa tungguan yang lampau. Tungguan kali ini tidak membosankan malah penuh cabaran yang mendebarkan. Seketika terfikir olehnya hendak memasang mesin ECO pada dada mayat itu. Kemudian dimatikan niat itu kerana memasang mesin perakam jantung pada masa ini tidak memberi manfaat apa-apa. Jantung mayat itu tidak berdenyut hanya darah saja yang memancut dan bilik jantungnya. Tetapi terfikir pula oleh benaknya, mengapa harus menunda pekerjaan yang boleh dikerjakan sekarang. Biarkan mesin ECG itu dipasang, setidak-tidaknya jika ada denyutan kecil boleh tertera di monitor itu.

Dr Jalani mengambil Cardiacream dan kabinet yang tergantung pada dinding kamar bedah itu. Melihat Dr Jalani berbuat demikian, Mr Choong menuju ke troli mesin ECG dan menariknya mendekati meja bedah. Krim itu disapukan oleh Dr Jalani pada kedua-dua pergelangan kaki dan pergelangan tangan dan beberapa tempat di dada kin mayat itu. Wayar-wayar bersalut itu dihubungkan ke tempat-tempat yang disapu dengan krim tersebut oleh Mr Choong. Empat wayar dipasang di keempat-empat anggota dan enam ratus wayar lagi dipasang dalam barisan melengkung pada dada kiri yang telah tersapu Cardiacream. Bila ECG itu dihidupkan tampak garisan bercahaya putih di monitor hijau itu lurus merentang dan pinggir ke pinggir, membelah Iayarnya menjadi dua bahagian yang sama besar ukurannya. Bunyi monitor yang mendatar tanpa putus itu dipenlahankan oleh Mr Choong agar tidak mengganggu anak telinga.

Lima belas minit lagi larutan EDTA habis dimasukkan. Dr Jalani dan Mr Choong mulai sibuk mengeluarkan bekas-bekas plastik yang berisi darah dan kotak pendingin. Darah-darah itu direndam ke dalam air suam agar suhunya menjadi sama dengan suhu kamar. Dr Jalani memeriksa kanula di pembuluh vena di paha kiri. Dia ingin memastikan aliran darah di situ akan berjalan lancar kerana dalam beberapa minit lagi suatu maraton pertukaran darah akan berlaku. Satu pain darah segar akan ditukar dengan satu pain darah mayat. Begitu habis pain pertama akan diganti dengan pain kedua dan seterusnya sampai ke sepuluh pain semuanya.

Titisan terakhir larutan EDTA dinanti bagaikan menanti kedatangan gerhana matahari yang akan muncul beberapa saat lagi. Begitu titisan terakhir terbit, ketiga larutan EDTA itu dihentikan serentak. Dr Jalani segera menggantikan botol larutan EDTA yang kosong itu dengan darah segar pada drip di lengan kanan. Pengaliran darah dibiarkan secepatnya dan tutupan pada saluran plastik di paha kin dibebaskan untuk membenarkan darah mayat itu mengisi kantung plastik yang berada di bawah meja pembedahan.

Naikkan aliran oksigen, terdengar suara Dr Jalani memerintah Mr Choong.

Berapa tanya Mr Choong pendek.

Sepuluh liter per minit.

Beberapa minit sahaja tampak perubahan warna kulit mayat itu. Oksigen murni yang dihembus masuk oleh respirator pada kadar 10 liter per minit telah memberi kesegaran pada wajah mayat itu. Kesan kesegaran begitu ketara biarpun kulit sawomatang menyukarkan penilaian paras oksigenasi di peringkat jaringan.

Dr Jalani mengambil oftalmoskopnya dan memeriksa konjuntiva mata mayat itu. Dilakukan ujian cahaya pada pupil mata tanpa memberi reaksi, kaku tanpa kekeruhan kornea. Tetapi dia puas hati dengan keadaan konjuntiva yang tidak kelihatan anemik. Suatu kemajuan yang diharap-harapkan. Dia begitu ghairah untuk menunjukkan penemuannya pada Mr Choong.

Transfusi darah berganti dan satu pain ke pain yang lain. Begitu juga darah yang dikeluarkan melalui pembuluh vena di paha kiri. Manometer di leher kiri diawasi Dr Jalani dengan kewaspadaan yang tinggi. Dia mengetahui ada satu perkara lagi yang perlu dilakukan terhadap mayat itu sebelum pacemaker dimasukkan ke dalam jantung. Tangannya menekan-nekan pada kawasan pundi kencing. Terasa sesuatu yang memenuhi. Pasti air kencing yang tertinggal sebelum kematian mayat itu.

Berikan Fowleys catheter, minta Dr Jalani pada Mr Choong.

Nak buat katerisasi tanya Mr Choong yang memang mengetahui Fowleys catheter untuk tujuan itu tetapi ia tidak faham untuk apa kemaluan mayat itu dimasukkan catheter. Dia memberikan catheter yang berada dalam bungkusan plastik steril pada Dr. Jalani.

Siring 10 c dan Normal Saline, kata Dr Jalani setelah rnemasukkan catheter itu yang telah dilumuri dengan K-Y jelly ke dalam mulut kemaluan. Setelah catheter itu benarbenar berada di dalam pundi-pundi, air kencing yang begitu hancing baunya memancut keluar mengisi bekas yang telah disediakan. Biarpun hidung Dr Jalani beralaskan penutup kain, bau hancing itu begitu menyengat sekali. Kepalanya terpaksa dipalingkan ke arah samping untuk mengurangi penghiduan yang merangsang deria baunya. Setelah pundi itu dikosongkan, Dr Jalani mulai menyuntik 10 cc Normal Saline ke dalam belon yang terdapat pada catheter itu. Catheter itu kini tidak mudah lucut kerana belon yang mengembang itu bertindak sebagai sauh yang menghalangjnya keluar biarpun ditarik. Akhirnya Fowleys catherer itu disambungkan ke bekas plastik yang berskala untuk mengukur isipadu pengeluaran air kencing.

Kamar bedah itu yang pada mulanya sunyi sepi tetapi kini berbagai-bagai bunyi mengisi ruang itu ibarat simfoni muzik futuristik yang digubah dan rentak respirator yang menderu, resonan monitor ECO yang mendatar dan bunyi putaran motor hemopump yang mendengung. Gabungan oktaf yang mungkin hanya harmonis dengan muzik heavy metal rock yang begitu asing pada telinga mayat yang biasa dengan kelembutan nada gamelan.

Jam kuno yang melekat pada dinding kamar bedah menunjukkan pukul 11:30 malam. Delapan pain darah telah dimasukkan dan delapan pula yang dibiarkan keluar. Masanya telah tba untuk memasukkan pacemaker sebagai ujian akhir. Tanda-tanda keletihan sudah tampak terlukis di wajah kedua-dua manusia itu, Tidak ada yang lebih mendebarkan daripada tindakan merangsang jantung dengan memasukkan pacemaker ke dalam serambi jantung kanan. Sekiranya usaha ini gagal, dia akan menggunakan rawatan D.C. shock untuk merangsang denyutan jantung. Jika jantung mayat berjaya berdenyut maka mayat itu dianggap telah hidup kembali. Barulah pula EEG8 dipasang untuk merakam gelombang otak yang akan mengesahkan kesahihan kewujudan nyawa yang dipulihkan. Buat masa ini, tubuh itu mempunyai nadi yang berdenyut dan nafas yang diatur oleh respirator membuatkan definisi kematian masih berlaku pada tubuh itu kerana pemulihan nadi dan nafas adalah semu belaka.

Jari-jari Dr Jalani meraba-raba mencari petanda pada tulang selangka kanan. Setelah begitu yakin akan kedudukannya, Dr Jalani memasukkan hujung pacemaker itu ke dalam pembuluh vena subklavian yang akan disusuri sehingga sampai ke serambi jantung kanan di mana pemacu jantung yang asli berada pada dindingnya. Tangan Dr Jalani gementar ketika menekan suis pacemaker itu. Mr Choong memerhatikan Dr Jalani dengan ketegangan yang dirasakan bersama. Kedua-dua pasang bola mata menumpu pada monitor ECG. Tiada response Mr Choong segera menghampiri monitor sambil memperkuat bunyi yang mendatar tu.

Adrenalin 2 ml dan jarum kardiak, cepat! teriak Dr Jalani. Mr Choong mencapai vial Adrenalin yang dipatahkan di antara ibu jari dengan telunjuk kirinya. Jarum yang panjang dengan siring yang berisi adrenalin diserahkan kepada Dr Jalani bersama gumpalan kecil kapas yang dibasahi dengan alkohol. Dia menyuntik pada jantung dengan menembusi ruang sempit antara tulang-tulang rusuk dan tulang dada. Bagaikan halilintar, dia mencabut jarum itu setelah Adrenalin dimasukkan ke dalam otot-otot jantung. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi monitor yang diharap-harapkan. Kegembiraan mewarnai kedua-dua wajah itu seolah-olah merayakan pengusiran malaikat maut dan jasad itu. Bunyi monitor ECG begitu teratur mengikut rentak yang diatur oleh pacemaker. Dr Jalani memasang sfagnomanometer9 pada lengan atas kiri untuk mengukur tekanan darah.

Seratus ... tujuh puluh, kata Dr Jalani sambil melepaskan stetoskop itu dan telinganya.

Bila nak pasang EEG tanya Mr Choong.

Sekarang juga.

Tak apa ke kalau hemopump itu dibiarkan di dalam jantung sedangkan jantung sudah berdenyut. Tak apa-apa, jawab Dr Jalani pendek.

Tidakkah ia boleh mencederakan jantung

Tidak, hemopump itu kan fleksibel. Macam kanula dan catheter juga.

Betulkan kata saya bahawa kotak penyelamat itu membolehkan dia hidup kembali, dakwa Mr Choong meminta pengiktirafan sambil mengukur pada beberapa bahagian kulit kepala mayat itu untuk dipasang 12 elektrod 9 Sfagnomanometer alat mengukur Lekanan darah. yang akan dihubungkan ke mesin EEG.

Ini belum apa-apa. Pupilnya belum bereaksi. EECnya belum tahu ada gelombang atau tidak. Respirator belum dihentikan, hemopump dan pacemaker belum dikeluarkan.

Bila nak habis ni

Kalau awak lapar, ada pizza dalam peti sejuk. Cuma panaskan dalam ketuhar microwave, jawab Dr Jalani yang menyimpang dan pertanyaan.

Darah itu dah nak habis, kata Mr Choong sambil menunjukkan jan telunjuknya pada bekas darah yang hampir habis. Dr Jalani meninggalkan mesin EEG. Dia menggantikan darah itu dengan larutan Dextrose-Saline. Diaturkan kecepatan drip itu sesuai dengan keperluan tubuh itu sambil memerhati pada manometer di leher kiri. Kemudian dia memberhentikan pembuangan darah pada saluran di paha kiri. Sepuluh pain darah telah dikeluarkan. Keseluruhan darah jasad itu adalah darah segar yang dianggap unggul dalam keadaan ini.

Sewaktu memeriksa darah yang dibuang, Dr Jalani ternampak bekas plastik berskala berisi air kencing baru, Dia bangun daripada tundukannya dan memandang Mr Choong yang nampaknya keletihan.

Tengok, buah pinggang sudah berfungsi. Ada 100 cc urin baru.

Itukan saya dah katakan tentang ramalan saya. Dr Jalani tidak melayani komen terakhir daripada Mr Choong. Dia mendekati mesin EEG yang sedang diurus oleh Mr Choong. Sudah hampir siap nampaknya. Mesin itu bukanlah yang terbaharu. Ia tidak mempunyai layar monitor tetapi mempunyai 12 jarum bertinta hitam yang akan melakarlakar pada gulungan kertas putih yang berpusing bila suisnya dijalankan. Berbeza dengan generasi mesin yang lebih baru yang mempunyai 16 leads dan berlayar monitor tanpa gulungan kertas yang berjela-jela, mesin ini sudah cukup bermakna untuk penyelidikan ini.

Awak tahu nama mayat ini Kita sudah perlu memberi nama padanya, tanya Dr Jalani.

Nama pada label tu bukan namanya. Dia tidak mempunyai kad pengenalan. Di ICCU, diberi nama En. X.

Awak ingat nama pemeriksa luar tahun lalu yang datang dan Indonesia itu

Prof Sutrisno, jawab Mr Choong.

Sutrisno ... bagus. Kita panggil Sutrisno saja, sambil tersenyum lebar yang dibalas pula oleh Mr Choong.

Entah sudah berapa kali Mr Choong menguap sejak pukul 11:30 malam tidak diketahui Dr Jalani. Isyarat-isyarat itu diacuhkan saja. Tetapi nguapan terakhir dengan ngangaan mulut yang tidak lagi ditutupi oleh belakang tangan. Dr Jalani hanya ingin berehat setelah EEG selesai dipasangkan. Mr Choong sudah lama membuka penutup mulutnya kerana merasa kurang selesa dengan sesuatu yang menutupi mulutnya.

Kedua belas elektrod telah dipasang. Suis mesin itu dihidup kan. Dua belas garis lurus menghitamkan kertas yang berputar tanpa sebarang gerakan pada jarum-jarum itu. Dr Jalani segera mengambil beberapa vial ubat perangsang otak yang belum pernah dicuba pada manusia. Dicampurkan dengan ubat-ubat neurotrofik yang lain untuk memberi makanan pada otak. Bolus ubat itu disuntik perlahan-lahan ke dalam tiub getah pada drip Dextose-Saline. Beberapa minit berlalu, kedua-dua manusia itu mengadap mesin perakam gelombang otak dengan tekun menanti detik-detik yang mendebarkan seakan-akan suami tua yang menantikan kelahiran bayi pertama dan gadis perawan yang dinikahinya.

Tiba-tiba empat dan dua belas jarum mulai bergerak. Kedua-dua manusia itu bersorak riang seolah-olah merayakan kejayaan mereka mengusir malaikat maut dan tubuh itu. Kemudian beberapa jarum yang lain mulai bergerak. Kegembiraan menghilangkan semua kelesuan yang selama ini membelenggu mereka. Lebih-lebih lagi Mr Choong. Kejayaan ramalannya yang diraikan tanpa berani mengulangi peringatan ramalannya pada Dr Jalani. Mereka saling berjabat tangan. Saling memberi tahniah tentang usahasama yang membuah hasil. Masanya untuk merayakan pula. Ubat-ubat perangsang otak itu bekerja secara optima dalam masa tiga jam lagi. Jam rnenunjukkan 2:15 pagi. Dr Jalani mengajak Mr Choong mengisi perut yang telah lama kosong setelah berasa puas melihat kedua-dua belas jarum itu bergerak-gerak melakari gulungan kertas putih yang lebar itu. Mereka meninggalkan kamar bedah itu setelah menanggalkan pakaian bedah mereka untuk berehat selama tiga jam. Pizza yang dibeli semalam oleh Dr Jalani masih belum disentuh. Makanan yang telah mengganti lidah orang Malaysia dengan lidah Amerika yang tidak cukup berpuas hati dengan dominasi Big Macnya di arena perlumbaan deria pengecapan.