Konsep pengabadian momentum berlaku apabila berlaku pelanggaran (collision) antara dua objek. Sebelum dua objek berlanggar, jumlah momentum sebelum objek berlanggar dan selepas berlanggar adalah sama. Inilah yang dimaksudkan dengan pengabadian momentum.
Lihat pada gambar, momentum bola A dan momentum bola B dapat dikira dengan mendarabkan (multiply) jisim dan kelajuannya. Sebelum berlanggar, jumlah momentum kedua-dua bola ini adalah sama dengan jumlah momentum selepas berlanggar walaupun mungkin kelajuan bola A tak sama sebelum berlanggar dan selepas berlanggar.
Kelajuan bola A boleh berkurangan selepas berlanggar, tetapi apabila hal ini berlaku, kelajuan bola B akan bertambah kerana telah berlaku pembahagian tenaga sewaktu pelanggaran untuk mencukupkan jumlah tenaga.
Dalam permainan snuker, kita selalunya menyerang bola yang tidak bergerak. Bola yang kita gunakan untuk menyerang mempunyai momentum. Bola yang kita mahu serang tidak mempunyai momentum, atau momentumnya sama dengan kosong. Selepas berlaku pelanggaran antara kedua-dua bola tadi, bola yang tak bergerak akan bergerak dan bola yang kita gunakan untuk menyerang tadi akan berkurangan kelajuannya. Tetapi, jumlah momentum sebelum berlanggar dan selepas berlanggar tetaplah sama.
Kita sukar untuk memastikan hal ini di dunia realiti kerana banyak daya lain yang mengganggu pengabadian tersebut seperti hadangan angin (air resistance) dan daya geseran (frictional force).