Bukan dia. Yang seorang lagi, Joshua membetulkan pertanyaannya.
Err..Fil..Filman. Entah mengapa ada getaran pada kata-katanya kali ini.
Filman Dahi Joshua berkerut. Macam pernah dengar!
Dia ayah kepada salah seorang anak di taska tu. Jelas Danira.
Dia kerja apa
Kalau tak salah dia peguam. Sebut Danira lurus bendul.
Joshua terdiam. Peguam Mungkinkah lelaki itu adik Firdaus Lagipun sebagai orang yang pernah rapat dengan Firdaus, dia tahu semua anak-anak Tengku Amar diharuskan menceburi bidang undang-undang. Tapi sejak bila Danira kenal dengan lelaki itu Apakah lelaki itu tahu siapa Danira yang sebenarnya Joshua mula tertanya-tanya dalam hati.
Josh Danira menyapa. Wajahnya bingung menatap Joshua yang termenung panjang secara tiba-tiba. Lelaki itu tiba-tiba menoleh ke arahnya.
Danira, lepas ni kemaskan barang-barang Danira kat taska tu. Saya nak Danira ikut saya. Saya akan carikan tempat yang selamat untuk Danira. Ujar Joshua.
Danira tersentak. Kata-kata Joshua membuatkan dia bingung.
Ke mana
Mana-mana sahaja yang boleh menjamin keselamatan Danira.
Tapi Josh, saya tak boleh pergi macam tu aje. Bantah Danira.
Joshua terdiam. Kata-kata Danira dibalas dengan kerutan di dahi.
Josh, saya terhutang budi dengan Kak Mila. Dia yang beri saya perlindungan kat tempat itu. Kejadian yang berlaku semalam hanya satu kebetulan. Mereka hanya nak merompak. Saya takut sebab tu saya lari dari situ dan bermalam di rumah kenalan saya. Itu sahaja Josh! Ujar Danira resah. Entah kenapa, dia belum bersedia mahu meninggalkan taska itu. Budi baik Kamila harus dibalas terlebih dahulu sebelum dia pergi. Selebihnya dia masih ingin mencari Naufal.
Joshua terdiam. Hatinya benar-benar risau dan bimbang dengan keselamatan gadis itu. Entah kenapa dia dapat merasakan Danira tidak habis berterus-terang dengannya. Jika diikutkan hatinya, ingin dia membawa Danira tinggal bersamanya agar dia dapat menjaga keselamatan gadis itu. Tapi dia cukup kenal dengan anak gadis itu. Danira takkan mungkin mahu mengikutnya. Sekalipun dia memaksa, Danira takkan mahu melayan permintaannya!
Bilik yang agak bersepah itu ditatap beserta keluhan panjang. Di atas lantai, pakaian-pakaiannya bergelimpangan di sana sini. Tidak jauh dari pintu, beberapa barang peninggalan arwah ibu dan ayahnya tercampak dari bakul barang yang tergolek di tepi katil.
Beberapa kesan tompok darah yang dikatakan Zulbhan jelas kelihatan berhampiran dengan pintu biliknya. Dia cukup pasti, darah itu angkara lelaki dipanggil Cobe itu. Dan ia milik lelaki-lelaki yang cuba menganggunya malam semalam.
Melihat bingkai gambar ayah dan ibunya yang sudah pecah akibat hentakan keras, Danira tunduk lalu mengutip bingkai tersebut. Hujung gambar berlipat-lipat dan sedikit terperonyok. Hatinya jadi sebak melihat bingkai gambar yang sudah cela. Dia segera membersihkan habuk dan sisa kaca yang melekat pada gambar tersebut dengan mata berkaca.
Kamila tiba-tiba menjengah masuk ke biliknya. Menyedari kehadiran wanita itu, Danira segera mengesat tubir matanya yang sedikit berair. Bingkai gambar di tangannya segera diletakkan ke tepi.
Kamila masuk lalu duduk di birai katil. Pandangannya melekat pada wajah Danira yang nampak muram. Hatinya mendesah melihat sekeliling bilik itu yang kelihatan tidak terurus.
Memang ada orang pecah masuk taska ni malam semalam kan Soal Kamila sekadar meminta kepastian. Zulbhan agak yakin dengan teorinya tentang tetamu tidak diundang yang menceroboh masuk ke rumah itu. Dia juga berfikir demikian, hanya menanti Danira membuka mulut sahaja.
Nira jangan bohong kakak. Kakak tak suka macam ni. Taska ni rumah untuk anak-anak tu belajar dan dijaga. Jadi ia harus berada dalam keadaan selamat. Jika ada sesuatu yang berlaku, Nira harus berterus-terang dengan kakak supaya kita boleh cari jalan penyelesaian terbaik untuk selesaikan masalah ini. Pujuk Kamila tanpa berselindung.
Danira serba-salah. Jauh di sudut hati dia merasa bersalah terhadap Kamila. Secara tak langsung, dia telah menyusahkan wanita itu. Meskipun dia tidak tahu apa tujuan lelaki-lelaki berpakaian serba hitam itu menceroboh masuk menganggunya, atau kenapa dia dipertemukan semula dengan lelaki bertatoo naga itu, namun dia tahu ada sesuatu yang dimahukan lelaki-lelaki itu terhadapnya. Memang dia sudah lama tidak sedap hati, sejak Filman memberitahunya tentang beberapa orang lelaki yang selalu mengintipnya.
Maafkan Nira kak. Nira cuma tak mahu kakak bimbang. Ujarnya berterus-terang kali ini.
Jadi betullah ada orang menceroboh masuk Kamila terkejut.
Danira hanya mampu mengangguk.
Mereka cederakan Nira Tanya Kamila lagi sebaik teringatkan tompok darah yang sedang membeku di hadapan bilik gadis itu.
Danira menggeleng. Tak, itu memang darah mereka. Nira tak ingat kak, tapi waktu kejadian tu ada orang selamatkan Nira.
Siapa Nira kenal mereka Kamila seolah berminat ingin tahu sebaik mendengar penjelasan gadis itu.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Danira akan meneruskan ceritanya kepada Kamila atau terus membohonginya