MY PRETTY BOY - 100
|2 TAHUN KEMUDIAN|

SAMUDERA yang luas terbentang mendamaikan sanubari. Dia menghampar pandangan ke arah lautan yang sesekali dipukul ombak yang sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai. Qamra Ain berdiri di gigi air. Kadangkala ombak yang datang menerjah kaki hingga membasahi seluar jeans. Tudung yang dipakai pula beralun-alun bak gelombang ditiup mengikut hala tuju angin lalu.

Damai dirasakan hati. Qamra Ain melelapkan mata sejenak lalu mendepakan tangan dan menarik nafas panjang. Kemudian dihelakan keluar perlahan-lahan. Udara petang ini sungguh nyaman. Burung-burung yang berkicauan riang di angkasaraya membuatkan dia mengangkat semula kelopak mata. Dia tersenyum sendiri. Terhibur sebentar hati melihat keceriaan burung-burung yang berterbangan sambil menari-nari di udara bersama teman-teman yang lain.

Dua tahun berlalu, dia masih lagi di sini. Dalam tempoh itu, dia cuba merawat hati yang terhiris luka.

Kini, dia berasa tenang dan damai. Sedikit demi sedikit peristiwa duka itu pergi dibawa oleh angin bayu. Di sini juga, dihabiskan masa yang ada bersama warga emas yang bermastautin di perkampungan ini.

Kak Ain! jerit Shahrul dari jauh.

Qamra Ain tersentak dari lamunan lalu menoleh ke belakang mencari empunya suara yang memanggil. Dia terpandang ke arah seorang kanak-kanak yang sedang mengamit-gamit sambil berjalan pantas menuju ke arahnya.

Ada apa, Erul Soal Qamra Ain sambil menyapuyapu seluar jeans yang melekat pasir-pasir kering.

Tok Ayah merengek ubatnya hilang lagi, termengah-mengah Shahrul menjawab pertanyaan akibat terlalu laju mengayuh mencari doktor ini di sekeliling kampung.

Qamra Ain ketawa sendiri. Masak benar dengan perangai warga tua yang diadu oleh Shahrul. Tok Ayah suka sangat letak ubat merata-rata. Sampaikan ubat berada di depan mata pun dikatakan hilang. Tok Ayah sudah lanjut benar usia dan bakal genap 70 tahun kalau dikira dari tarikh lahir dalam kad pengenalan.

Takkan Kak Ain nak jalan kaki Jauh tu mahu esok pagi Kak Ain sampai. Pengsan keringlah Tok Ayah nanti tunggu kakak, seloroh Qamra Ain sengaja mengusik. Apa kata, Erul bagi Kak Ain pinjam basikal kejap. Nanti Kak Ain hantar balik ke rumah. Kita bukan duduk jauh pun. Sebelah rumah ajekan

Shahrul mengaru kepala. Selalunya, dia membawa basikal tua kalau berbasikal di sekelilingi kampung. Kepala diangguk tanda setuju seraya menyerahkan basikal BMX ke tangan Qamra Ain.

Kalau Erul kayuh basikal abah tadikan best. Dapat duduk belakang, keluh Shahrul perlahan.

Meh sini Kak Ain nak pesan. Bagitau mak Erul malam nanti Kak Ain tak singgah makan. Hari ni kakak nak makan kat rumah Mak Sarah.

Kenapa kak Mak Erul masak sedap tau hari ni. Lauk kesukaan kakak, Sambal Sotong.

Bukan hari-hari mak Erul masak Sambal Sotong ke Dahlah, Kak Ain nak pergi ni. Jangan lupa cakap ngan makcik tau! Nanti makcik tertunggu-tunggu pula macam semalam.

Alah sebelah rumah ajekan Kak Ain cakaplah sendiri... rungut Shahrul perlahan.

Erul Kak Ain dengar ni

Iyalah iyalah, nanti Erul bagitau mak. Kak Ain ni telinga Astro ke sampai Erul cakap perlahan pun Kak Ain boleh dengar Soal Shahrul sambil mengaru kepala.

Qamra Ain tersenyum sehingga terserlah lekuk di kedua-dua pipi yang sekian lama tersembunyi.

Dah, pergi balik. Kak Ain pergi dulu Qamra Ain mengayuh sepantas yang mungkin untuk sampai ke rumah Tok Ayah.

Shahrul pula hanya memerhatikan saja doktor muda itu berlalu pergi mengayuh laju basikal sehingga hilang di sebalik selekoh.

Comel aje abang tengok Kak Ain tukan, Erul Macam cengkerik kudung. Punyalah laju kayuh basikal, tegur Aizal Fahmi sambil menyentuh bahu Shahrul dari belakang. Bila terasa bahunya disentuh terus dia menoleh.

La Abang Aizal rupanya. Lama dah abang sampai Soal Shahrul sambil berjalan beriringan pergi ke arah pangkin kayu lalu duduk mengadap ke arah laut.

Lama dah. Abang perhati Erul dengan Kak Ain berborak tadi. Malas abang nak kacau.

Lama juga dia duduk berteduh di bawah pokok.

Kebetulan hari ini, dia baru balik di dari memantau tapak projek di KL. Ketika melewati susur jalan ke rumah, dia ternampak Qamra Ain sedang berdiri di tepi laut sambil mendepakan tangan.

Apalah abang ni. Kalau dah suka buat apa nak menyorok. Kak Ain tu baik, kan Erul sayang sangat kat dia.

Haish, takkanlah kakak kesayangan Erul tu sudi terima abang yang kerja kotor begini.

Alah tak payahlah nak bikin muka seposen. Abang arkitek terkenal, Kak Ain pula doktor kombinasi yang sepadan apa! Cadang Shahrul sambil mengangkat-gangkat kening.

Aizal Fahmi hanya tersenyum senget.

Lupa pula abang nak tanya, laju benar Kak Ain kayuh nak ke mana tu

Kak Ain ke rumah abang sebab atuk panggil lagi.

Hah Iye ke

Iyelah. Atuk suka sangat letak ubat merata-rata. Bila Erul nak carikan, dia tak bagi. Hentak-hentak kaki nak Kak Ain juga yang cari. Kesian tau Erul tengok. Separuh dari 24 jam sehari hanya habiskan melayan karenah atuk aje. Erul nak ajak main pasir kat tepi laut pun susah, ngomel Shahrul dengan mimik muka toya.

Ingatkan niat tadi hendak mengajak kakak angkatnya itu mencandat sotong di tepi laut. Alihalih diganggu oleh Tok Ayah terpekik terlolong menyuruhnya memanggil Qamra Ain ke rumah semata-mata hanya kerana botol ubat yang hilang.

Abang balik dululah! Nanti terlepas nak ngorat Kak Ain! kata Aizal Fahmi dengan riak wajah teruja seraya bangkit dari pangkin.

Terus dia berlari ke arah motor Ducati berwarna merah yang diparkir di bahu jalan. Pantas dia memakai helmet. Visor hitam ditarik ke bawah menutup muka.

Enjin motor dihidupkan dan dia terus menderum laju dengan satu tujuan, menuju terus ke rumahnya.

UBA ingat, mana atuk letak tadi Kalau tak

Cmacam mana Ain nak cari soal Qamra

Ain lembut sambil memicit-micit bahu Tok Ayah.

Qamra Ain tak menyalahkan sama sekali Tok Ayah sesekali terletak botol ubat merata. Maklumlah, dalam usia sebegini senja mana mungkin boleh ingat semua perkara sekaligus dalam sehari. Mujurlah Tok Ayah punyai cucu lelaki yang duduk sekali. Cuma, cucu lelakinya itu hanya ada pada waktu malam disebabkan waktu pagi keluar bekerja di kaf siber ataupun bekerja di luar bandar.

Hah! Atuk ingat! Atuk ingat dah! Mula-mula atuk pergi dapur. Lepas tu atuk singgah ke peti sejuk. Lepas tu atuk pergi dapur balik, peti sejuk, pergi ke dapur dan lepas tu atuk duduk sini. Itu aje yang atuk ingat, cerita Tok Ayah sungguh-sunguh dengan riak wajah penuh yakin.

Sambil bercerita, jarinya tak berhenti dari mengaru-garu kaki yang mula melecet akibat kuku yang panjang. Bukan senang hendak memujuk Tok Ayah kalau tak kena gaya pujukan. Silap-silap tangan naik ke muka.

Adoyai! Kalau hari-hari macam ni, mampuih aku nak cari!

Qamra Ain mengeleng-geleng kepala sambil tersenyum. Puas memikir, baru dia tahu di mana Tok Ayah tersalah letak ubat-ubatannya. Dia bangkit dari pangkin lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Matanya mula melilau mencari di atas lantai.

Puas mencari di ruang tamu, dia berjalan masuk ke dalam dapur dan akhirnya ternampak sebotol ubat bergolek di atas lantai berhampiran dengan peti sejuk. Qamra Ain duduk bertinggung mencapai botol dan bangun semula. Dikecilkan sedikit matanya untuk membaca nama ubat botol tersebut.

Ada 3 botol ubat atuk yang aku bagi bulan lepas. Kenapa sebotol aje yang jumpa Mana pula 2 botol yang lain Qamra Ain duduk bertinggung semula. Terbongkok-bongkok dia mencari sambil tangan meraba-raba di bawah celahan almari. Tiada. Dia beralih merangkak ke arah bawah meja. Barangkali juga botol ubat bergolek sampai ke situ.

Cari apa, Cik Dr. Ain Tegur Aizal Fahmi dari belakang. Oleh kerana terkejut kepalanya terhantuk di bawah meja. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang dan terus bangkit berdiri.

Ubat atuk, entah mana tercicir. Puas Ain cari tadi serata dapur tak jumpa,adu Qamra Ain sambil mengosok-gosok kepala dengan hujung jari. Agak kuat juga terhantuk tadi.

Aizal Fahmi tergelak kecil lalu menunjuk 2 botol yang dicari oleh doktor muda itu.

Ni ke ubatnya, Cik Dr. Ain soal Aizal Fahmi sambil menayang-nayang 2 botol ubat di depan wajah gadis itu.

Mana abang dapat

Masa abang masuk ke rumah tadi nampak kat tepi reban arnab. Pelik juga, awat atuk letak dekat situ.

Jangan-jangan atuk bagi makan arnab tak Pantas Qamra Ain berlari keluar dari rumah diekori oleh Aizal Fahmi dari belakang.

Tiba di reban arnab, Qamra Ain memerhatikan dengan cuak setiap arnab yang ada jika ada perubahan ternyata tiada. Baru dia terasa lega. Takut juga kalau arnab-arnab termakan ubat yang kandungan miligram yang agak tinggi. Mahu mereng pula arnab itu nanti.

Seekor arnab dikeluarkan lalu dibawa ke arah pangkin. Dia duduk sebelah Tok Ayah yang tak hentihenti mengaru kaki manakala Aizal Fahmi berdiri sambil bersandar di tepi tiang ampaian baju. Qamra Ain mengusap-usap bulu arnab perlahan-lahan. Itulah penghibur yang ada di waktu datang menyinggah rumah Tok Ayah. Arnab pengganti Turbo.

Ain, abang minta maaf kalau atuk abang banyak menyusahkan Ain.

Tak apalah, abang Aizal. Ain tak kisah. Janji atuk sihat dah cukup buat Ain bahagia. Lagipun, tugas Ain merawat pesakit di kampung ni. Atuk pun tak terdaya nak pergi klinik dekat pekan sana. Apa salahnya Ain datang sesekali melawat, balasnya yang masih tak berhenti mengusap arnab berbulu lebat itu.

Arnab ini juga yang menjadi saksi bisu penat jerihnya berkayuh ke sini merawat Tok Ayah setiap hari.

Abang, masukkan balik Tipah dalam reban boleh tak Ain nak rawat kaki atuk. Tengok tu, dah melecet. Nanti ambil ketip kuku sekali ya. Ain nak potong kuku atuk. Sedap benar dia menggaru, pinta Qamra Ain sambil menyerah arnab betina itu ke tangan Aizal Fahmi.

Sementara menunggu, dia bertanyakan tentang ubat yang hilang tadi pada Tok Ayah.

Ain dah jumpa ubat atuk. Kenapa atuk letak kat tepi reban arnab Atuk ada bagi arnab makan ubat tak

Haish, soalan apa yang aku tanya ni Kang aku tanyakan, dia jawab tak ada. Tak pasal-pasal esok atuk bagi arnab makan ubat dia. Mahu tidur tak bangunbangun Tipah and the geng nanti.

Dr. Ain tanya apa tadi Atuk tak dengar, soal Tok Ayah sambil mengorek-gorek lubang telinga dengan jari telunjuk.

Ain dah jumpa ubat-ubat atuk. Atuk dah makan ubat belum Ain tengok kat sini, tak luak pun ubatnya.

Atuk makan ubat, Ain. Cuma, culas aje. Tak ikut jadual. Puas abang cakap, tak mahu ikut. Nak Ain juga. Susah sangat, Ain pindah ajelah ke sini jaga atuk. Kesian juga abang tengok Ain. Jauh nak datang ke sini, cadang Aizal Fahmi sambil menghulur ketip kuku ke tangan Qamra Ain.

Segelas air mineral yang dibawa sekali sepatutnya untuk Qamra Ain. Tok Ayah pula yang merengekrengek mahukan gelas itu.

Abang bagi ajelah kat atuk, arah Qamra Ain.

Aizal Fahmi mengangguk dan membantu Tok Ayah memegang gelas. Punyalah laju Tok Ayah meneguk air mineral hingga habis air segelas. Sisa air yang menjelejeh keluar dari tepi bibir dilap dengan belakang tangannya.

Qamra Ain memegang hujung jari Tok Ayah lalu diketip kuku satu persatu dengan penuh berhati-hati. Takut kalau tersilap ketip terkena isi, mahu orang tua tiba-tiba membuka bunga silat kejap lagi. Maklumlah, bekas guru silat di kampung ini masakan boleh melupakan zaman gemilang meskipun mengidap Alzheimer ringan. Hanya itu saja memori yang masih terpahat di ingatan Tok Ayah.

Aizal Fahmi memerhati telatah doktor muda itu melayan karenah atuknya. Walaupun 2 tahun mereka mengenali hati budi sesama sendiri, hanya asal-usul Qamra Ain masih lagi menjadi tanda tanya. Bila ditanya pada keluarga yang Qamra Ain menumpang duduk, jawapan mereka juga sama. Yang mereka tahu, Qamra Ain berkhidmat di klinik desa dan datang ke sini menyewa bilik sejak di hari dia mengendong gadis itu balik ke rumah Pak Usop.

Sesungguhnya, dia kagum dengan ketabahan gadis ini menjalankan tanggungjawab sebagai seorang doktor apatah lagi merawat pesakit yang banyak karenah seperti Tok Ayah. Terbuai rasa hati bila melihat sesekali atuknya yang menjerit-jerit manja bila Qamra Ain terkepit hujung jari. Sekian lama dia tak melihat keceriaan di sebalik wajah yang dimamah usia itu. Tenang rasa duduk di kampung jika dibandingkan duduk bersendirian di Villa agam peninggalan arwah kedua orang Tuanya yang bertemankan barisan orang gaji di KL.

Kuku dah pendek! Yeah! Yeah! Kuku dah pendek! jerit Tok Ayah sambil membelek-belek jari-jemari.

Qamra Ain pula mengambil kit kecemasan lalu dibuka penutup. Dia mengambil cecair iodin, tisu swab dan beberapa keping handyplast.

Qamra Ain menarik kaki Tok Ayah lalu dilunjurkan ke depan. Dituang cecair iodin ke atas tisu swab lalu disapu ke seluruh kawasan yang melecet. Berkerutkerut muka Tok Ayah menahan pedih. Usai membersih, ditampalkan handyplast di tempat mana-mana yang melecet.

Qamra Ain melirik ke arah jam yang melingkari pergelangan tangan kanan. Sudah pukul 6 petang. Dia harus pulang ke klinik untuk menghantar kit kecemasan sebelum balik ke rumah Pak Usop. Qamra Ain pantas mengemas peralatan dan dimasukkan semula ke dalam kit kecemasan. Dia bangkit dari pangkin dan berjalan menuju ke basikal BMX.

Abang, Ain balik dulu. Takut Ain sampai lewat risau pula keluarga Pak Usop nanti.

Ain, biar abang hantarkan. Dah lewat senja ni. Risau pula kalau apa-apa jadi kat Ain. Jalan ke rumah Pak Usop tu lampunya terbakar malam tadi.

Ain dah janji dengan Erul nak hantar balik basikal.

Tak apa, basikal Erul malam nanti abang hantarkan.

Tak payahlah abang. Nanti apa kata keluarga yang Ain menyewa bilik tu. Tak manis pula dipandang orang. Kita berdua bukan muhrim. Jangan risau, Ain boleh jaga diri. Atuk, Ain balik dulu ya. Oh ya malam nanti abang bagi atuk makan Donepezil sebiji sebelum tidur. Lagi satu, abang letak botol-botol ubat atas para kat dapur. Nanti senang nak cari bila Ain datang nanti, pesannya satu persatu sambil menunjukkan botol ubat yang harus diberikan pada Tok Ayah malam ini dan untuk malam berikutnya.

Usai meminta izin Aizal Fahmi untuk pulang, Qamra Ain mengayuh basikal BMX sepantas yang boleh sebelum langit bertukar senja merah. Dapatlah dia melihat mentari tenggelam di ufuk timur sambil mengayuh basikal berdekatan dengan samudera yang terbentang luas nanti.

Mentari nan merah, kaulah yang banyak menyimpan kisah cinta suka dan duka aku dan aku mahu kau tahu bahawa, terima kasih kerana setia menemani aku setiap saat dan waktu.

Dari muka pintu, Aizal Fahmi memerhati Qamra Ain dengan pandangan sayu berlalu pergi melewati senja seorang diri sehingga hilang di sebalik langit yang beransur-ansur bertukar warna kemalapan. Ain, sesungguhnya abang teramat cintakan Ain.