Mencari Kiblat Cinta - 101
Danira terdiam. Amaran dan ugutan lelaki itu masih jelas di kotak fikirannya. Dia bukan takut pada lelaki itu, bukan! Hanya dia tidak mahu orang-orang yang disayanginya menjadi mangsa lelaki itu pula. Meskipun cukup jelas lelaki bertatoo itu yang menyelamatkannya dari menjadi mangsa kerakusan lelaki-lelaki berpakaian serba hitam itu, namun dia tidak ada hati langsung mahu berterima kasih. Takkan!

Entahlah kak, Nira tak tahu. Dia menggeleng.

Kamila terdiam sebentar. Habis, malam semalam Nira tidur di mana

Wajah Danira berubah. Dia nyaris-nyaris terperangkap dengan pembohongannya sendiri. Nafasnya ditarik perlahan.

Sebenarnya, masa lelaki tu selamatkan Nira, Nira terus ambil peluang lari kak. Nira ke rumah kawan dan tidur kat situ. Maaf sebab tak beritahu hal ni lebih awal pada kakak. Ujarnya serba-salah.

Kamila mengeluh. Ngeri pula dia mendengar cerita anak gadis itu. Dia dapat membayangkan ketakutan yang dirasai Danira ketika itu.

Kakak rasa kakak kena pasang sistem keselamatan pada rumah ni. Biar selamat. Baru tak ada orang berani menceroboh masuk ke mari. Tapi apa yang mereka fikir sebenarnya Rumah ni kan cuma taska biasa, kalau nak merompak sekalipun, ada banyak pilihan lain selain taska untuk budak-budak. Bodoh betul mereka ni. Rungut Kamila.

Sebab mereka datang bukan untuk merompak. Mereka mahukan sesuatu dari aku! Bisik hati kecil Danira. Namun tak terkeluar suara hatinya di hadapan Kamila.

Malam ni Nira tidur rumah kakak. Kakak tak sedap hati nak tinggalkan Nira seorang diri kat sini. Cadang Kamila.

Eh tak usah kak, Nira di sini saja. Lagipun Nira tak rasa orang-orang tu berani datang lagi. Kak Mila jangan bimbang ya! Getusnya cuba menyakinkan wanita itu.

Kamila termenung sejenak. Sejurus dia mengangkat wajah memandang anak gadis itu. Kakak masih tak sedap hati Nira. Tapi janji dengan kakak, kalau ada apa-apa yang tak elok berlaku, cepat-cepat telefon kakak. Nanti kakak minta tolong dengan Zulbhan pasang sistem keselamatan tu. Ujar Kamila.

Danira sekadar mengangguk. Dia sebenarnya masih takut. Tapi dengan janji Kamila mahu memasang sistem keselamatan pada rumah itu, sekurang-kurangnya dia merasa lebih selamat.

Oh ya, tadi Filman ada pesan suruh Nira call dia. Dia tinggalkan hadiah untuk Nira, kakak letak kat meja solek tu. Bibir Kamila menjuih ke suatu arah.

Danira berpaling. Melihat kotak sederhana besar itu berada di situ, wajahnya segera berkerut. Hadiah Untuk apa

Filman nampaknya ambil berat sungguh fasal Nira. Tak putus-putus dia minta kakak jaga Nira baik-baik tadi. Canang Kamila sambil tersenyum.

Danira tidak menjawab. Wajahnya sudah merah padam menahan malu mendengar celoteh wanita itu.

Kakak rasa Filman tu sukakan Nira.

Kak Mila, Nira dengan dia tak ada apa-apa. Lagipun siapa Nira ni kak berbanding dia Nira ni bekas banduan. Layak ke Nira ni untuk dia

Kamila terdiam sebentar. Bicara anak gadis itu mengundang kesayuannya. Separuh hatinya seolah-olah membenarkan kata-kata itu. Mahukah Filman menerima Danira jika lelaki itu tahu rahsia silam anak gadis itu

Boleh kakak tanya sesuatu pada Nira Selama ini, Nira ada tak perasaan sukakan Filman Soal Kamila berhati-hati.

Danira terkejut. Pertanyaan Kamila terlalu terus-terang untuk dijawab. Bagaimana dia harus memberi jawapan jika selama ini hatinya sentiasa berbolak balik. Dia bagaikan pipit yang tidak harus bersama enggang seperti Filman yang tampan dan penuh karisma.

Nira tak layak kak..

Tapi Nira juga sukakan dia kan Provok Kamila.

Filman lelaki yang baik kak.

Nira juga gadis yang baik. Pintas Kamila.

Danira tersenyum. Pujian Kamila hanya bersifat memujuk.

Kakak ni perempuan Nira. Dari cara Filman pandang Nira pun, kakak tahu yang dia sukakan Nira. Memang dia duda anak satu, tapi dia lebih baik dari mana-mana lelaki yang pernah kakak kenal. Kalau Nira ada perasaan terhadap Filman walaupun sedikit, ia bukan satu dosa sayang. Nira juga berhak untuk bahagia macam orang lain. Nira juga berhak untuk merasa kehidupan baru. Kakak tak kenal rapat sangat dengan keluarga Filman, tapi kakak rasa Filman bukan jenis lelaki yang berfikiran cetek. Dia tak mungkin akan sisihkan Nira jika dia tahu hal sebenar. Pujuk Kamila, cuba menyakinkan anak gadis itu.

Danira terdiam. Cakap memang mudah, tapi siapa yang akan sanggup menerima dirinya Jika dia boleh berterus-terang dengan lelaki itu, tentu sudah lama dia melakukannya.

Usai Kamila beredar dari biliknya, dia terus merapati meja solek. Kotak hadiah berbungkus cantik itu direnung sebentar. Hadiah apa agaknya yang ditinggalkan Filman untuknya Tanpa disedari, kedua-dua tangannya sudah merungkai pembalut kotak itu.

Sebaik penutup kotak itu dibuka, wajahnya segera berubah.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah barang yang ada di dalam kotak hadiah tersebut