Ketika dia mengangkat telefon itu dari dalam kotak, matanya segera terpandang sekeping kad kecil. Dia segera mengambil kad tersebut lalu ditatap.
CALL ME! Hanya itu sahaja perkataan yang tertera pada kad tersebut. Tapi di bawah perkataan itu, ada sederet nombor ditulis dengan pen berwarna merah. Dahi Danira segera berkerut. Mungkin ini nombor telefon Filman agaknya Danira menghembus nafas panjang. Dia ragu-ragu sebenarnya, apatah lagi dia asyik teringatkan kata-kata Kamila sebentar tadi tentang Filman.
******
Filman termenung panjang di bawah bangku kecil di halaman rumah. Sejak dia pulang dari hospital menjenguk ayahnya, dia langsung pulang ke rumah. Malam ini ibunya berkeras mahu menemani ayahnya di hospital. Hendak tak hendak dia terpaksa pulang ke rumah. Lagipun soal Melia juga harus diberi keutamaan.
Keadaan ayahnya semakin stabil, namun tubuh lelaki itu masih lemah. Menurut doktor yang merawat ayahnya, keadaan ayahnya akan dirujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan. Dia juga berpendapat serupa dengan doktor yang merawat ayahnya.
Soal ayahnya tenggelam timbul bila wajah Danira pula kerap mengintai ke dalam benak fikirannya. Sejak dia tahu apa yang berlaku di taska Sissy Kindergarden itu, hatinya sering diulit resah berpanjangan.
Apa sebenarnya yang berlaku malam itu Meski gadis itu mengatakan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi, namun hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya, Mustahil jika hanya sekadar berkemas menyebabkan bilik itu tunggang-langgang dibuatnya. Malah tompok-tompok darah yang terdapat di hadapan bilik itu menimbulkan kehairanannya. Kata Danira dia tercedera, tapi gadis itu kelihatan biasa-biasa sahaja. Jangan-jangan Danira cuba menyembunyikan cerita sebenar. Pasti ada sesuatu yang berlaku di sana malam semalam. Filman benar-benar pasti! Entah kenapa dia tiba-tiba teringatkan pelbagai peristiwa aneh yang membabitkan gadis itu. Lelaki-lelaki yang mengintip gadis itu di restoran tempohari serta kereta yang mengawasi anak gadis itu, masih tersisip kemas di fikirannya. Mungkinkah peristiwa kali ini ada kaitan dengan lelaki-lelaki itu
Bunyi kenderaan memasuki laman rumah membuatkan lamunannya terhenti sejenak. Dia berpaling ke arah Naza Rio berwarna silver yang berhenti di petak garaj bersebelahan Audi Coupe kepunyaannya. Aliff keluar dari kenderaan itu dengan wajah sugul. Sebaik anak muda itu menyedari kelibatnya, wajah itu segera melemparkan senyuman hambar ke arahnya.
Dari mana Tanya Filman. Dia dan Aliff keluar bersama-sama dari hospital petang tadi, tapi baru kini kelibat anak muda itu muncul.
Aliff singgah di IJN, dapatkan brosur-brosur tentang penyakit jantung. Lepas ni bolehlah kita baca sama-sama supaya kita lebih maklum tentang kesihatan ayah termasuklah soal pemakanan. Jelas Aliff.
Filman terkedu. Kata-kata anak muda itu membuatkan dia terkejut. Aliff benar-benar menyayangi ayah mereka. Dia benar-benar mengagumi hati anak muda itu. Patutlah ayah dan ibunya sangat menyayangi Aliff.
Aliff memang baik, prihatin dengan penyakit ayah. Puji Filman.
Aliff cuma nak jaga ayah baik-baik bang. Aliff terhutang budi dengan ayah. Kalau bukan sebab ayah yang ambil dan jaga Aliff, entah apa nasib Aliff sekarang. Ujar Aliff.
Filman hanya mampu tersenyum. Belum sempat dia mahu membalas kata-kata adiknya, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Melihat lelaki itu sudah mencapai telefon bimbitnya, Aliff segera mengambil keputusan meninggalkan abangnya bersendirian. Dia tidak mahu menganggu perbualan lelaki itu.
Danira ya
Nama yang meniti dari bibir Filman, entah kenapa membuatkan langkah Aliff terhenti mendadak. Dia segera berpaling ke arah Filman. Wajah lelaki itu kelihatan ceria. Dia mendengar beberapa ketika perbualan abangnya dengan gadis itu, sebelum dia mengambil keputusan berlalu pergi. Entah kenapa, ada getar rasa menyelubunginya saat dia mencuri dengar perbualan keduanya. Danira! Nama itu kerap benar meletus di telinganya sejak akhir-akhir ini. Tapi nama itu jua yang meragut ketenangannya. Siapa sebenarnya gadis itu Kenapa setiap kali dia menatap gadis itu atau mendengar nama itu, ada semacam keresahan berhimpun di setiap rongga hatinya
Danira memutuskan panggilan terlebih dahulu. Perbualan dengan Filman berlangsung untuk beberapa minit tanpa disedarinya. Mulanya dia hanya berniat mahu bertanya tentang hadiah yang diperolehinya, tapi lama kelamaan perbualan itu semakin berlarutan. Filman seolah-olah tahu bagaimana mahu mendesaknya menyambung perbualan mereka.
Hadiah itu untuk Danira. Ujar Filman sebaik dia bertanyakan hadiah yang diterimanya.
Untuk apa
Supaya senang saya hubungi Danira nanti.
Dia terkedu mendengar alasan lelaki itu.
Filman, saya tak boleh terima hadiah ni. Saya
Syydont say a word. Seharian ni Danira dah buat saya bimbang. Kali ni tolong jangan buat saya risau lagi.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Danira akan menerima seperti apa yang diminta Filman