Menjangkau 2 tahun dia setia menyajikan menu ketegaran orang tua itu. Dia tak kisah tentang semua itu walaupun setiap hari perlu menyediakan menu kegemaran Tok Ayah, dia rela. Asalkan orang tua itu beransur-ansur pulih dari penyakit sudah cukup melegakan hatinya.
Dia meletakkan semangkuk sup sayur di atas meja. Tok Ayah yang berada di luar dipanggil masuk. Sementara menunggu Tok Ayah berjalan ala-ala pentas peragaan seperti selalu, dia menyeduk nasi ke dalam pinggan dan dibiarkan menyejuk sendiri. Sampai saja Tok Ayah, dia menarik kerusi dan menyuruh orang tua itu duduk.
Nak suap boleh Nak suap dua kali! Tiga kali! Rengek Tok Ayah sambil menghentak-hentak kaki di bawah meja.
Alah, atuk ni mengada-ngada tau. Nak kena lempang agaknya, Shahrul yang baru tiba acapkali berasa geram dengan Tok Ayah yang semakin mengada-ngada bila ada kakak angkatnya.
Erul. mulut atuk tu, kan Tak baik tau cakap gitu marah Qamra Ain lembut.
Iyalah. kesian Kak Ain. Ada ramai pesakit lain yang Kak Ain nak rawat, bukan atuk sorang aje, adu Shahrul, ketidakpuasan hati.
Haish, kamu ni Erul. Dah tau atuk macam tu yang kamu layan kenapa Tak baik tau! Lain kali jangan buat gitu. Kamu nak makan tak Kak Ain ada buat sup sayur ni, sedap.
Dah masuk 2 tahun Kak Ain tak ada lauk lain ke Asyik sup sayur sup sayur sup sayur aje. Naik kembung perut ni tau! Ujar Shahrul sambil mengosokgosok perut yang membulat.
Penat jerih ibunya masak di rumah, masakan kakak angkatnya juga yang dia ketagihkan meskipun hanya sekadar semangkuk sup sayur. Sudah cukup bikin perutnya kenyang sepanjang hari.
Amboi, demand tak habis. Dua tahun juga kamu makan sup sayur yang Kak Ain masak ni, kan Jangan nak ngomel lagi, pergi basuh tangan. Lepas tu, ke sini kita makan sama-sama, ajak Qamra Ain.
Pantas Shahrul melompat turun dari basikal. Selepas menyandarkan basikal di tepi dinding, dia masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur membasuh tangan di sinki. Kemudian dia berjalan ke arah meja makan. Shahrul menarik kerusi lalu duduk di sebelah Tok Ayah. Diperhati kakak angkatnya sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan.
Baca doa dulu sebelum makan pesan Qamra Ain sambil menyudu kuah sup sayur ke dalam pinggan Shahrul.
Kak Ain tak makan Soalnya dan kemudian menyuap nasi ke dalam mulut usai membaca doa. Suapan keduanya terhenti di depan bibir.
Pandangannya dihalakan terus ke arah pintu. Anak matanya buntang. Segumpal nasi yang berada di hujung jari jatuh berderai ke dalam pinggan semula.
Kenapa, Erul Sup masin sangat ke Soal Qamra Ain dengan kerutan di kening.
Abang Aizal Adu Shahril tergagap-gagap. Mengigil-gigil jari telunjuknya menuding ke arah pintu. Qamra Ain sekilas menoleh ke belakang.
Ain hanya nama itu yang terpacul dari mulut Aizal Fahmi. Dia yang tak bermaya lagi terbaring layu tak sedarkan diri di depan muka pintu.
Abang!!!
A
IZAL FAHMI mengangkat kelopak mata perlahan-lahan. Pandangan layu ditacap ke arah
Qamra Ain yang sedang tidur berbantal lengan di tepi katil. Entah berapa lama gadis itu tertidur, dia tak pasti. Yang masih ingat dia membonceng motor Ducati tanpa henti dari KL hingga sampai ke rumah.
Diraba kepala yang masih berbalut. Perlahanlahan dia mengusap atas tudung gadis itu dengan penuh rasa kasih. Dia mengalih pandang ke arah luar bilik. Atuk Kadir sedang duduk di ruang tamu ditemani oleh Shahrul. Sesekali terdengar mereka ketawa. Mungkin ada cerita yang mengelikan hati mereka yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.
Qamra Ain terasa kepalanya disentuh seseorang. Pantas dia mengangkat kepala serentak Aizal Fahmi mengalih tangan. Terus dia menatap wajah jejaka yang sedang berbaring di atas katil.
Apa yang terjadi, abang Soalan pertama yang terpacul dari bibir mungil Qamra Ain.
Bibir Aizal Fahmi mengoyak senyuman kelat.
Terubat rindunya selepas tiga hari tak bertemu dengan gadis ini.
Jangan risau, abang tak apa-apa. Cuma abang rindu sangat kat, Ain pujuk Aizal Fahmi walhal kepalanya terasa berdenyut-denyut semakin kuat. Dia cuba untuk bangkit namun dihalang oleh Qamra Ain.
Abang kan baru aje sampai, berehatlah dulu. Jangan banyak bergerak. Risau Ain kalau apa-apa berlaku kat abang ujar Qamra Ain menahan sebak di dada. Tak semena-mena air mata jatuh membasahi pipi kerana melihat keadaan jejaka di depannya sekarang.
Ain Ain nangis Jangan menangis, Ain. Kan abang ada kat sini dan akan selalu berada di sisi Ain. Please, stop crying Ain, berkerut-kerut wajah Aizal Fahmi menahan kesakitan. Kuat sungguh hantukan batu yang jatuh sebesar penumbuk itu. Nasib baik mengena sipi. Bak kata Rudy Armani pagi tadi, tak ada kerentakan serius di tengkorak.
Abang tak ada kekuatan untuk berjauhan lagi dengan Ain. Berilah abang peluang untuk bertakhta di hati, Ain, bisik Aizal Fahmi perlahan ke telinganya. Dia mengumpul kudrat untuk menyeka air mata jernih yang semakin deras mengalir di pipi gadis itu dengan hujung jari.
Abang nak sup sayur tak Ain ada buat tadi untuk atuk dan Erul. Nanti Ain ambilkan ya tanya Qamra Ain usai tangisnya mula reda, biarpun esakan masih kedengaran. Sengaja dia menukar tajuk perbualan. Dia belum lagi bersedia untuk berbicara soal hati dan perasaan setelah pelbagai kisah yang meragut kebahagiaan yang dibina atas dasar cinta.
Tak payahlah, Ain. Abang tak ada selera.
Kalau macam tu, abang rehatlah dulu. Ain nak balik klinik. Kalau sempat petang nanti Ain datang sini.
Ain please dont leave me Aizal Fahmi sempat memaut lengan Qamra Ain bagi menahan dari beredar keluar.
Kak Ain! Atuk sepahkan ubat lagi! Laung Shahrul dari arah ruang tamu.
Qamra Ain menjadi serba-salah. Ditoleh ke arah Aizal Fahmi dan Tok Ayah di luar silih berganti. Perlahan-lahan Aizal Fahmi meleraikan pegangan dan mengisyaratkan pada gadis itu supaya pergi ke arah atuk di ruang tamu. Sebelum pergi, Qamra Ain menarik selimut hingga ke paras dada yang sudah melelapkan mata. Qamra Ain melangkah keluar seraya menutup pintu bilik.
Aizal Fahmi mengangkat semula kelopak mata dan terus memandang ke iPhone 6. Diambil lalu dimasukkan kata laluan dan terpampang gambar Qamra Ain memenuhi ruang skrin telefonnya.
Ain, abang sanggup lakukan apa saja untukmu asalkan Ain berada di sisi abang.