Cobe hanya diam. Celoteh kedua-dua pengikutnya hanya dibalas dengan senyuman. Dia sudah lama tahu tentang Kupih sebenarnya. Lelaki itu sudah lama menjadi api dalam sekam. Selama ini dia hanya mengikut rentak Kupih. Tak sangka Kupih akan membuka pekungnya seawal ini. Betul-betul bodoh! Cobe tersenyum sinis.
Kita akan uruskan dia kemudian. Soal paling penting sekarang, apa yang Faruk nak dengan aku. Cobe mengutarakan persoalan itu. Tim dan Badak terdiam. Kedua-duanya sedang berfikir.
Kau rasa fasal budak perempuan tu Tim menyoal.
Fasal dia, fasal Zahlia dan mungkin juga fasal Snowman. Lagipun semuanya berkaitan. Aku tak bimbangkan Faruk. Aku cuma risaukan Danira. Kalau boleh aku tak nak dia tercedera.
Tim tersenyum. Kau suka budak tu kan
Cobe tergelak kecil. Come on, dia boleh jadi anak aku. Aku lakukan semua ini untuk Zahlia. Kalau sepuluh tahun yang lalu, aku tak mampu melindungi Zahlia dari Faruk dan Mr. Kay, sekarang aku nak lindungi anak perempuannya dari sebarang bahaya. Tegas Cobe dengan mata bersinar-sinar.
Bagaimana dengan Snowman Kau mesti tahu yang Faruk akan cuba sedaya upaya dia untuk dapatkan Snowman dari budak perempuan tu kan Ujar Tim.
Aku tak fikir dia tahu apa-apa tentang Snowman. Keluh Cobe.
Kalau Faruk dapat formula tu, dia akan berkuasa semula ke atas Kawasan Emas. Badak menyampuk, sekaligus cuba mengingatkan Cobe betapa pentingnya formula dadah sintetik itu untuk mereka. Untuk kedudukan mereka selama beberapa tahun akan datang.
Jangan bimbang, kita akan pastikan dia takkan dapat formula tu. Kalau hilang, biar ia hilang buat selama-lamanya. Ujar Cobe dengan wajah serius. Tim dan Badak saling berpandangan. Gagal memahami maksud kata-kata lelaki itu.
Kelab malam terbesar di ibukota itu diberi jolokan The Polka Dots, menjadi tempat pertemuan terbaik untuk menjalankan apa sahaja urusan. Kelab malam itu dimiliki oleh seorang jutawan dalam pelbagai perniagaan. Malah jutawan ini juga terlibat dalam kancah politik tanahair yang membuatkan dirinya dihormati dan mempunyai kedudukan yang penting dalam masyarakat. Tapi itu hanya luaran untuk menutup pekung sebenar.
Pada malam hari si jutawan ini digelar Mr. Kay, merujuk kepada kehidupan sebenarnya yang misteri dan gelap. Dengan menggunakan kuasa dan wang yang dimilikinya, dia berazam untuk menguasai negara dengan cara yang paling licik. Maka dia mengumpul pengikut-pengikutnya di seluruh negara lalu membentuk sebuah organisasi yang cukup kuat dan ampuh. Yang takkan mungkin dapat ditembusi oleh pasukan berkuasa. Dan mereka kini menguasai hampir 40 peratus pasaran dadah benua Asia.
******
Cobe meredah kelab malam itu sambil diiringi oleh Tim. Badak diminta terus mengawasi Danira di Sissy Kindergarden. Dia tidak mahu Faruk mengambil kesempatan memasang perangkap untuk menculik anak gadis itu lagi. Walau dengan apa keadaan sekalipun, dia harus berhati-hati bila berhadapan dengan Faruk yang licik.
Sebaik dia sampai di The Polka Dots, dia dibawa ke sebuah bilik yang dikawal ketat oleh dua orang lelaki bertubuh tegap. Kedua-dua lelaki itu membuka pintu untuknya. Namun bila Tim mahu mengikutinya, salah seorang lelaki itu bersuara.
Maaf, hanya Tuan Cobe yang boleh masuk. Yang lain tak dibenarkan masuk. Ujar lelaki itu. Tim mendengus keras tanda tidak berpuas hati.
Cobe memandang lelaki itu lantas menggelengkan kepalanya. Bagaikan memahami maksud Cobe, Tim terpaksa mengalah lalu perlahan-lahan berundur dari muka pintu.
Cobe meneruskan langkah. Di sebalik pintu, dia melihat sesusuk tubuh sedang menatap pemandangan malam dari jendela di bilik itu. Sebaik menyedari kehadirannya, lelaki itu berpaling. Mata kedua-duanya bertemu, Faruk tersenyum lebar lantas mempersilakan lelaki itu duduk.
Kau nak minum apa-apa Wiski Brandi Faruk bertanya.
Cobe sekadar menggeleng.
Senyuman Faruk semakin sinis. Dia berpaling ke arah bartender yang berada di kaunter minuman di sudut bilik. Bagi aku Bud Light. Ujarnya. Lelaki berambut kerinting dan memakai uniform hitam putih itu hanya mengangguk.
Cobe hanya tersengih. Kegemaran lelaki itu pada bir sama sahaja seperti dulu. Faruk terlalu mudah untuk diramal!
Kau tahu kan kenapa aku panggil kau ke mari Faruk memandang ke arah Cobe. Dia tidak mahu terus buang masa dan berteka-teki dengan lelaki itu lagi.
Cobe menggeleng sambil memandang selamba ke arah lelaki itu. Sengaja dia berlagak bodoh-bodoh alang.
Fasal Danira, anak Zahlia. Kau serahkan dia pada aku baik-baik, dan aku janji yang aku takkan ganggu kau lagi Cobe. Faruk berterus-terang. Nampak sangat dia tidak suka berbelit-belit. Straight to the point memang kebiasaannya bila berurusan dengan sesiapa sahaja.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang menyebabkan keluarga Danira terlibat sama dalam pergelutan ini