PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 104
Di kala matari mahu menyilau lenamu di balik langsir nanti aku akan mendatangi lembut dan berbaring menghadapmu lalu membiarkan rambutku terurai menutup sinar pagi yang cuba menyentak hela nyenyakmu

--supaya resah gerak tubuhmu tadi akan kembali tenang