Faruk ketawa kecil. Cobe ikut tertawa. Masing-masing seolah tahu apa yang mereka kehendaki sebenarnya.
Jangan nak berdalih dengan aku Cobe. Kau selamatkan budak perempuan tu ada sebab kan Dan sebab aku sama dengan kau. Apakata kita bekerjasama kali ini dan cari formula tu sampai jumpa. Faedahnya kita kongsi bersama. Usul Faruk.
Cobe tersenyum kecil. Rupa-rupanya ini helah Faruk mahu bertemunya. Tak dapat cara kasar, lelaki itu guna cara halus pula.
Sia-sia sahaja Faruk. Dia tak ada formula tu.
Faruk tergaman. Tak mungkin. Kau sengaja berbohong kan
Aku dah soal dia. Dia memang tak tahu menahu langsung fasal formula tu. Kami dah geledah barang-barang dia lebih awal dari orang-orang yang kau hantar tempohari. Kalau bukan sebab orang-orang kau tu bodoh dan nak merogol budak tu, pasti mereka akan tahu formula tu tak ada dengan budak tu. Sindir Cobe selamba.
Wajah Faruk merah padam. Tak guna!
Maaf, aku bukan sengaja nak belasah orang-orang kau tu. Tapi aku harus beri pengajaran bagi pihak kau supaya mereka semua tidak memalukan organisasi kita lagi. Sambung Cobe.
Faruk mendengus. Hancur harapannya mahu mendapatkan formula yang sudah hilang selama lebih 10 tahun itu. Itu satu-satunya peluang untuk dia bangkit semula dan mendapatkan kepercayaan Mr. Kay.
Kau macam tak kisah langsung dengan formula tu. Dahi Faruk berkerut. Ternyata Cobe kelihatan tidak terjejas langsung dengan kehilangan formula itu.
Cobe menatap lelaki di hadapannya tidak berkelip. Matanya berbalas tatap dengan renungan Faruk yang menikam wajahnya.
Kau memang tak kisah bukan Kau hanya kisahkan budak perempuan tu, sebab dia anak Zahlia. Hanya itu sebabnya bukan Tuduh Faruk tiba-tiba berang.
Cobe bingkas bangun. Wajahnya merah padam menatap Faruk yang seakan-akan cuba mencabar kesabarannya. Kalau ya kenapa Kau nak hapuskan dia macam kau lakukan pada ibunya Sindir Cobe.
Wajah Faruk terbeliak. Kau jangan melampau Cobe. Kalau bukan sebab aku yang kutip dan bawa kau ke organisasi kita, jangan-jangan tempat kau masih di kaki lima. Bentak Faruk. Angin sepoi-sepoi bahasa tadi kini berubah taufan La Nina.
Ya, aku masih ingat siapa yang bawa aku ke tempat ini. Tapi aku juga masih ingat apa yang kau dah lakukan pada Zahlia dulu. Bibirnya diketap kegeraman.
******
Lelaki itu terkelip-kelip memandangnya. So kau nak salahkan aku pulak Hei dia jadi gila tak ada kena mengena dengan aku. Getus Faruk.
Aku bukan cakap fasal gila Zahlia. Tapi aku cakap fasal kematian dia. Aku tahu apa yang dah kau buat Faruk.
Apa yang kau merepek ni Faruk kelihatan gelisah dan tidak senang duduk.
Ikutkan hati aku, aku nak sangat bunuh kau dan siat-siat kulit kau. Tapi itu pun takkan mampu menebus kematian Zahlia. Setelah kau musnahkan hidup dia, kau pergunakan dia semahunya, lepas tu kau bunuh pula dia! Herdik Cobe.
Jangan salahkan aku. Salahkan diri kau sendiri. Kau yang heret dia dalam hidup seperti ini. Hidup sampah! Perang Faruk seraya ketawa besar. Berang mendengar kata-kata lelaki itu, Cobe mulai hilang sabar. Dia melompat ke arah lelaki itu lalu melancarkan tumbukan padunya. Tumbukan yang agak kuat itu mendarat ke batang hidung Faruk, menyebabkan lelaki itu terhumban ke arah lantai. Faruk mendesis kesakitan. Di sudut bibirnya, terdapat kesan luka yang mengalir darah segar.
Jahanam kau Cobe. Berani kau pukul aku. Bentak Faruk berang.
Itu baru warm up. Lain kali jangan cuba cabar kesabaran aku, atau lain kali bukan penumbuk aku yang akan singgah, tapi peluru yang akan pecahkan otak kau. Jangan ingat aku tak berani buat apa-apa pada kau. Dan satu lagi, jangan ganggu budak perempuan tu lagi. Kalau kau berani sentuh dia, aku akan pastikan anak-anak buah kau terpaksa kutip sisa-sisa mayat kau satu-persatu nanti. Ugut Cobe seraya mengemaskan kolar bajunya di hadapan Faruk.
Sejurus lelaki itu beredar dari situ, Faruk menumbuk meja di hadapannya sekuat hati hingga berderai. Bartender yang menyaksikan pergaduhan itu tercengang-cengang di suatu sudut.
Telinga Cobe sempat menangkap bunyi kaca pecah itu sebaik dia melangkah keluar. Kedua-dua tukang pukul Faruk segera meluru masuk sebaik terdengar bunyi bising itu. Namun Cobe hanya acuh tak acuh. Matanya memberi isyarat pada Tim agar mereka segera angkat kaki dari situ sebelum Faruk mengamuk lebih teruk.
Tidak jauh dari situ, sepasang mata tekun mengintip situasi yang berlaku di dalam ruangan persendirian mewah itu.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah hubungan Cobe dengan Zahlia