Mencari Kiblat Cinta - 106
Dengan sedikit mekap samaran, dia yakin tidak akan ada seorang pun dari organisasi Mr. Kay yang memenuhi The Polka Dots itu akan mengenalinya. Cobe dan Faruk, kedua-duanya tangan kanan dan kiri Mr. Kay. Tapi kedua-duanya berantam seperti dunia mahu runtuh. Ini peluang yang aku tunggu-tunggu selama ini! Bisik lelaki itu seraya tersenyum lebar.

Seorang wanita jelita berambut panjang mengurai sedang berdiri di hadapan pintu pagar Sissy Kindergarden. Mata wanita itu asyik tertinjau-tinjau ke dalam taska, seolah-olah mencari seseorang. Umaira dan Lynn asyik berbisik-bisik sesama sendiri sambil memerhatikan wanita itu. Danira yang kebetulan lewat di hadapan kedua-dua gadis itu sempat mendengar cakap-cakap keduanya.

Cantiknya. Macam pelakon filem aje. Komen Umaira. Lynn mengangguk setuju. Wajah dan penampilan wanita itu ditilik dari hujung rambut ke hujung kaki. Dengan tubuh tinggi lampai berbalut pakaian yang up to date, dilengkapi pula handbag dan kasut berjenama, rupa wanita itu benar-benar anggun dan bergaya.

Siapa tu Sampuk Danira seraya turut tertoleh ke arah wanita itu.

Dari tadi dia berdiri kat situ. Ujar Umaira seraya tersenyum. Lynn seperti biasa tidak pernah ambil pusing dengan kehadiran Danira.

Dia nak jumpa Kak Mila kut. Duga Danira.

Nira, awak pergilah tanya dia. Tanya apa dia mahu. Suruh Umaira.

Danira terdiam sejenak. Matanya masih tertumpu ke arah wanita itu. Siapa dia sebenarnya Jika mahu menjemput anak-anak di taska itu, bukankah masih awal Jarum jam baru menginjak pukul 10 pagi.

Hendak tak hendak, dia memberanikan diri menghampiri wanita itu. Salam mukadimah diberikan. Lembut dan tersusun. Wanita itu berpaling. Melihat kemunculannya, dahi itu berkerut sedikit.

Boleh saya tahu puan nak cari siapa Soal Danira ingin tahu.

Saya datang sini cuma nak jumpa dengan anak saya sekejap.

Siapa anak puan Maaf, saya tak pernah tengok puan sebelum ini. Danira tersenyum. Dia memang jujur bila mengatakan tidak pernah melihat wajah cantik itu singgah di Sissy Kindergarden sebelum ini.

Saya nak jumpa dengan Melia Alina, anak saya.

Usai nama itu meniti dari bibir wanita itu, wajah Danira berubah sedikit. Airmukanya membayangkan kejutan mendengar kata-kata wanita itu. Mama Melly! Bekas isteri Filman!

Boleh saya jumpa dia sebentar Pinta wanita itu.

Danira terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberi jawapan. Patutkah dia membenarkannya Tapi wanita itu ibu kepada Melia. Tentu wanita itu lebih dari berhak untuk melawat anaknya sendiri. Hati kecil Danira bermonolog sendiri!

******

Melihat gerak-geri wanita itu bercakap-cakap dengan Melia dari jauh, membuatkan dia tidak mampu melarikan pandangannya. Tak sangka, ibu kandung Melia secantik itu. Jika diletakkan Filman di antara kedua-duanya, mereka tak ubah seperti sebuah keluarga sempurna. Entah kenapa, kenyataan itu membuatkan hatinya diusik pelbagai rasa. Antara kagum dan cemburu, dia merasai kedua-duanya.

Namun sikap Melia apabila berada bersama wanita itu agak kekok. Melia seolah-olah takut ketika berada bersama wanita itu. Sesekali anak kecil itu memandangnya. Dia hanya tersenyum, namun Melia kelihatan seperti tidak selesa. Malah sewaktu wanita itu cuba memujuk dengan memberikan teddy bear besar berwarna coklat, anak kecil itu seperti enggan menerima pemberian itu.

Encik Filman tak marah ke kalau dia tahu mama Melia datang Entah sejak bila Umaira singgah di sisinya. Dia berpaling memandang gadis itu. Wajahnya berkerut sedikit.

Mereka kan dah lama bercerai. Sambung Umaira lagi.

Tapi walau macam mana pun, dia masih ibu Melly. Takkan kita nak halang pulak. Ujar Danira menyatakan rasionalnya.

Entahlah Nira, saya takut Encik Filman tu marah. Dia memang minta kami jaga Melia baik-baik. Jangan bagi sesiapa pun yang tak berkenaan menghampiri anaknya tu. Lagipun saya dengar hubungan Encik Filman dan bekas isterinya tu memang tak baik. Canang Umaira.

Danira terkedu. Patutkah dia hubungi Filman dan memberitahu lelaki itu tentang kehadiran wanita itu di taska Tak mengamuk ke Filman nanti Aduh macamana ni Belum sempat dia berfikir panjang, wanita itu bingkas bangun lalu menoleh ke arahnya. Dia tergaman. Senyuman itu mengundang pelbagai perasaan. Wajah Melia di samping wanita itu ditilik. Memang mereka ibu dan anak, kerana wajah kedua-duanya saling tak tumpah bila berdekatan seperti itu.

Tiba-tiba Melia berlari ke arahnya. Tangannya segera diraih anak itu lalu dipegang kemas. Dia terpanar melihat reaksi Melia. Malah wanita itu turut tergaman melihat Melia yang kelihatan manja dengannya. Menyedari perubahan pada wajah itu, Danira segera melemparkan senyuman.

Melly memang macam ni, dia manja dengan semua pekerja kat taska ni. Ujarnya seolah-olah memberi alasan di atas sikap Melia padanya. Wanita itu hanya mengangguk.

Terima kasih sebab benarkan saya jumpa Melly hari ni. Ujar wanita itu lalu menghulurkan salam. Dia menyambutnya dengan wajah sedikit gugup. Sekali lagi senyuman ramah wanita itu membuatkan dia semakin rendah diri.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Filman tahu isterinya datang menemui Melia