Mencari Kiblat Cinta - 107
Boleh saya tahu nama awak Wirda bertanya. Dia memang teringin mahu tahu nama anak gadis di hadapannya yang kelihatan rapat benar dengan Melia. Malah sewaktu dia datang senyap-senyap ke taska itu tempohari, kemesraan antara gadis itu dan anak perempuan sudah terserlah.

Err..Nira. Danira. Jawabnya serba-salah.

Sudah lama awak kerja di taska ni

Baru aje puan.

Tapi awak rapat dengan Melly. Ulas Wirda.

Danira terdiam. Lain macam sahaja bunyi kata-kata wanita itu. Meskipun wanita itu tersenyum memandangnya, namun hatinya merasa tidak enak.

Melly ni budak baik puan. Saya sukakan dia sama macam anak-anak lain kat sini. Jawab Danira merendah diri.

Maaf, saya tak ada maksud apa-apa. Awak pun tentu tahu, saya dah bercerai dengan papa Melly. Saya terpaksa tinggalkan Melly dulu kerana sesuatu sebab. Tapi sekarang saya dah balik. Saya nak cuba jadi mama Melly semula. Tapi semua ini sukar sebab Melly tak kenal siapa saya. Dia tak tahu saya ni ibunya. Keluh Wirda berterus-terang. Entah kenapa mulutnya ringan bercerita pada gadis itu perihal dirinya yang menagih kasih anak sendiri.

Danira terdiam. Dia tahu sedikit sebanyak perihal wanita cantik itu dari mulut Kamila sendiri. Jika diikutkan hati, ingin benar dia bertanya kenapa wanita itu sampai tega meninggalkan anaknya sendiri. Tapi dia tahu dirinya tidak berhak untuk mencampuri urusan keluarga Filman.

Seperti biasa Filman muncul di taska itu tepat jam 5 petang. Lelaki itu tersenyum sebaik terserempak dengannya yang kebetulan sedang keluar menghantar seorang anak kecil ke tangan ibunya di luar pagar taska. Apabila dia masuk semula, dilihatnya Filman sedang membelek-belek patung teddy bear yang sedang dipegang Melia.

Langkah Danira mendadak berhenti. Dia resah dan tidak keruan melihat lelaki itu asyik merenung teddy bear berwarna coklat tua itu. Aduh! Macamana kalau Filman tahu tentang bekas isterinya yang datang ke mari tadi Apa yang harus dijawabnya Dia teringatkan amaran Umaira yang memintanya memberitahu Filman tentang kedatangan Tengku Wirda.

Filman tiba-tiba menoleh ke arah Melia.

Siapa bagi patung ni Melly tanya Filman pada anaknya.

Danira menarik nafas panjang.

Makcik cantik tu papa. Jawab Melia acuh tak acuh.

Dahi Filman berkerut seribu. Makcik cantik

Siapa Melly

Makcik yang datang rumah kita dulu papa. Dia cium Melly sambil nangis. Cerita mulut yang keletah itu. Dahi Filman semakin berkerut. Anak matanya segera melencong ke arah Danira yang entah sejak bila sudah berdiri di muka pintu.

Siapa yang datang tadi Nira Soal Filman ingin tahu.

******

Danira teragak-agak mahu berterus-terang. Dia benar-benar bimbang jika Filman naik angin jika tahu cerita sebenar. Tapi dia juga tidak pandai berbohong.

Err..sebenarnyatadi.Puan Wirda ada datang ke mari. Tergagap-gagap Danira cuba menjelaskan. Seperti yang diduga, wajah Filman dengan cepat berubah.

Dia nak apa soal Filman dengan wajah kelat. Danira telan liur. Mood lelaki itu kini terlihat semakin meruncing. Hatinya sendiri berdebar-debar tidak keruan. Dia seolah-olah telah melakukan satu kesilapan besar terhadap lelaki itu.

Maaf Filman, saya tak tahu yang awak tak suka. Maafkan saya. Pinta Danira serba-salah. Filman tarik nafas panjang. Dia merenung Danira yang kelihatan muram. Tidak ada langsung niat di hatinya untuk memarahi Danira. Dia cuma tidak suka mendengar bekas isterinya datang ke situ tanpa pengetahuannya.

Nira, lain kali kalau dia datang lagi, telefon saya dulu. Saya bukan tak izinkan dia datang jumpa Melly, tapi saya tak mahu Melly keliru. Selama ini Melly tak kenal dia sebagai ibu. Saya perlukan masa untuk jelaskan semua perkara ini pada Melly. Ujar Filman.

Saya tahu Filman, maafkan saya. Lain kali saya akan lebih berhati-hati. Balas Danira seraya mengangguk. Matanya berkalih ke arah Melia yang sedang asyik bermain-main dengan patung teddy bear itu. Hatinya entah kenapa jadi belas melihat anak kecil itu. Kasihan Melly! Sekarang mungkin anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Tapi bagaimana pada masa akan datang Bagaimana Filman mahu menjelaskan segala-galanya pada Melia nanti

Dia cantik sekali.

Filman memandang ke arah gadis itu. Wajah Danira ditatap lama. Dia mengerti siapa yang dimaksudkan gadis itu.

Ya, dia memang cantik. Dahulu dan kini, dia selalu cantik. Tapi apa gunanya kecantikan itu jika hati saya sudah beku untuknya. Getus Filman tenang.

Danira menarik nafas panjang. Renungan Filman ditatap berani. Untuk kali ini hatinya merasai getar yang aneh membalut sanubarinya. Dirinya seolah-olah tenggelam dalam renungan Filman yang memukau.

Bunyi loceng pintu yang sayup-sayup kedengaran membuatkan Wirda yang sibuk menyiapkan makan malam menjenguk keluar dari arah dapur. Matanya sempat mencuri pandang ke arah jam di ruang tamu.

bersambung

Bab akan datang :

Apa punca Wirda meninggalkan anaknya, Melia