Dia bangun dari katil dan mengatur langkah mendekati jendela. Langsir disingkap ke tepi. Mentari menerjah masuk terus menerangi bilik tidur. Dibuka jendela seluas-luas yang mungkin. Angin laut bertiup segar di pagi ini. Dia menghirup udara bersih dan kemudian dihela perlahan-lahan keluar dari rongga hidung. Nyaman dirasakan peparu bila diganti dengan udara bersih.
Pagi ini dia bercadang untuk ke KL setelah sekian lama tak menjejak kaki ke sana. Dia pergi bersendirian dan secara rahsia dari pengetahuan sesiapa kecuali Pak Usop dan Mak Sarah. Mereka harus diberitahu.
Taklah mereka tertunggu-tunggu nanti. Cadangnya juga untuk duduk menumpang di rumah Yoonaniza dan sekaligus menjenguk Tunku Hazreen di kondo kalau berkesempatan.
Seperti yang dia pernah katakan pada Aizal Fahmi. Dia akan pergi juga dari kampung ini. Dia harus kembali ke tempat asal. Dua tahun sudah dia membawa diri. Mengubati jiwa lara yang pernah dimamah derita. Sepanjang tempoh itu, dicuba sedaya upaya melupakan kisah pahit yang singgah sikit masa dulu.
Alhamdulillah, hatinya mula terubat selepas mengenali Pak Usop, Mak Sarah, Aizal Fahmi, Tok Ayah dan Shahrul. Mereka inilah yang memberi kekuatan padanya setiap hari dan sayang sekali, dia terpaksa meninggalkan mereka untuk sedikit masa lagi.
Erul! Dah hantar laptop Kak Ain Tegur Qamra Ain semasa Shahrul sedang menolak basikal keluar dari rumah.
Dah, kak Ain. Lepas sekolah semalam Erul singgah jap. Abang Aizal kata dah siap nanti, dia hantar sendiri kat kakak.
Tak apalah. Jaga diri baik-baik. Jangan gatal nak buat aksi willy ya! pesannya pada Shahrul.
Erul terus mengayuh basikalnya laju tanpa menoleh ke belakang lagi.
Jangan kayuh laju sangat Erul!
Ain, kamu dah bangun Kalau dah, pergi mandi. Lepas tu, kita sarapan sama-sama ya! Laung Mak Sarah dari arah dapur.
Dah, makcik. Biar Ain bersiap dulu, balasnya dari dalam bilik. Tanpa berlengah, sambil lalu tangannya pantas mencapai tuala yang tersedia sidai di belakang kerusi dan terus melangkah memasuki bilik air.
A
IN cadang nak ke KL dalam dua, tiga hari. Ain nak minta izin dari pakcik dan makcik
untuk benarkan Ain ke sana.
Seorang diri
Dia menjawab dengan mengangguk perlahan kepala sambil tersenyum.
Ni yang buat pakcik risau. Kamu tu perempuan. Bahaya jalan tanpa berteman. Pakcik dengar dalam berita, macam-macam kes sekarang di KL... haish! keresahan mula tampak di raut wajah berusia Pak Usop.
Ain dah biasa, pakcik. Masa Ain kerja di hospital sampai lewat malam. Ain balik bersendirian ke rumah sewa. Insya-Allah, Ain tahu jaga diri. Nanti Ain tumpang tidur di rumah kawan Ain, jururawat hospital tempat Ain bekerja dulu, ceritanya secara terperinci untuk menyakinkan mereka berdua.
Tak pada Mak Sarah. Mulalah hati gundah gulana. Memikir yang bukan-bukan. Kalau berteman, dia taklah berasa risau. Ini seorang diri. Pelbagai perkara boleh berlaku apatah lagi di zaman sekarang banyak sungguh kes-kes ragut, rogol, culik yang berlaku di sekitar KL.
Bila Ain nak ke KL
Hari ni, pakcik. Lepas sarapan Ain terus gerak ke sana. Lekas Ain pergi, lekas Ain balik sini, jawabnya di kala dalam mulut penuh dengan nasi goreng.
Nampak buruk benar perangai bila menjawab pertanyaan Pak Usop dalam keadaan begitu. Mujur baiknya Aizal Fahmi tak ada sekali. Kalau tak, mahu ditertawakan oleh jejaka kacak itu tanpa henti.
Dah bagitau Aizal yang Ain nak ke KL Boleh juga Aizal hantarkan nanti ke stesen keretapi, cadang Mak Sarah yang berkenan sungguh dengan jejaka berkerjaya itu. Kalau dijodohkan dengan Qamra Ain, tentu bahagia rasanya bermenantukan arkitek muda dan juga pemilik kaf siber hujung pekan sana.
Ain tak nak susahkan abang Aizal, pakcik. Ain pergi dulu ya.
Qamra Ain menghulurkan tangan menyalami Mak Sarah. Kemudian mengalas beg Wild Channel ke bahu dan mengatur langkah pantas menuju ke perhentian bas yang menghantarnya terus ke stesen keretapi.
T
OK AYAH setia menunggu kedatangan Qamra Ain. Selalunya di waktu begini, doktor muda itu dengan lenggang lengkok datang bersama kotak kit kecemasan. Entah kenapa pula pagi ini, Qamra Ain yang ditunggu masih belum kunjung tiba seperti selalu.
Sementara menunggu, Tok Ayah menghabiskan susu yang dibancuh oleh Aizal Fahmi tadi. Kalau ada Qamra Ain, tangan yang lembut itu yang setia membancuh susu untuknya. Susu di dalam gelas hanya sekali nafas diminum sehingga habis. Mulut Tok Ayah yang berseluming dengan susu yang melekat di tepi bibir dilap rakus dengan belakang tangan.
Ain tak sampai lagi, Tuk
Atuk nak sup sayur! Ain! Sup sayur atuk mana Jeritnya berkali-kali sambil mengaru-garu kepala.
Dia juga tertanya-tanya kenapa lewat Qamra Ain datang ke rumah hari ini. Bingit telinga mendengar pekikan warga tua itu di siang hari. Itulah rutin Tok Ayah sejak di bawah jagaan Qamra Ain. Selagi doktor muda itu tak muncul seperti selalu selagi itulah atuknya takkan berhenti dari berterusan menyebut nama Qamra Ain itu berulang kali.
Aizal Fahmi meraba-raba kepala yang beransur pulih. Seharusnya, balutan di dahi sudah boleh ditanggal namun sengaja dibiarkan Qamra Ain yang menanggalkan untuknya. Dia sukakan layanan manja gadis itu pada atuknya. Sungguh dia cemburu dan teringin juga dilayan seperti itu. Manja dan mengadangada bak kata Shahrul. Namun, hatinya juga tertanyatanya.
Kenapa Ain lewat datang hari ni
H
ARI sudah beransur petang. Dia yang sudah selesai mandi dan menunaikan solat Asar namun Qamra Ain yang ditunggu masih lagi tak muncul. Mula timbul keresahan di hati Aizal Fahmi. Tok Ayah puas menunggu di pangkin sejak tadi akhirnya tertidur berbantal lengan di situ.
Kenapa dia tak datang lagi ni Ada sesuatu yang berlaku pada dia ke
Aizal Fahmi mencapai kunci motor Ducati berserta mencapai jaket kulit dan terus disarung ke badan. Topi NYC disarung pantas. Enjin motor dihidupkan dan dengan satu ngauman yang kuat, motor Ducati itu menderum laju di atas jalan tar yang menghala terus laluan ke rumah Pak Usop. Alang kepalang boleh juga menghantar sekali komputer riba yang siap dibaiki pulih semalam.
Sekejap sahaja dia sudah sampai di rumah Pak Usop. Kebetulan pula, lelaki itu sedang melangkah keluar dari rumah dan ternampak dia tercegat berdiri di luar pagar. Aizal Fahmi turun memarkirkan motor dan berjalan masuk ke laman. Dia duduk bersila di pangkin menunggu Pak Usop di situ.
Kenapa dengan kamu, Aizal Berbalut bagai Kena lesing dengan atuk kamu ke semalam Pak Usop terhenti sebentar menyidai baju di ampaian. Matanya tak berkelip memandang ke arah Aizal Fahmi yang berbalut di kepala.
Ain tak cerita ke yang saya accident dekat site minggu lepas
Sarah, buatkan air kopi. Aizal datang ni Laung Pak Usop dari luar rumah sebelum menjawab pertanyaan pemuda itu.
Ain tak ada pun cerita yang kamu accident. Kalau kamu ke sini bertanya tentang Ain, dia tak ada dua, tiga hari. Dia ke KL, beritahu Pak Usop yang sudah selesai menyidai baju. Dia mengendong bakul kosong dan mengatur langkah menuju ke pangkin lalu duduk berlabuh serta menyilakan kakinya. Bakul tadi diletakkan tepi berdekatan dinding kayu.
Ke KL Tak ada pun dia cakap dengan saya, terangkat telinga Aizal Fahmi mendengar berita gadis itu ke sana sementelah sekian lama tak melangkah keluar dari kampung ini.
Ain kata tadi tak nak susahkan kamu bila tengok keadaan kamu begini. Jangan risaulah. Dua, tiga hari nanti, baliklah dia, pujuk Pak Usop sekaligus memujuk hatinya juga. Walaupun hanya sekadar anak angkat, dia tiada hak untuk menghalang ke mana gadis itu ingin pergi. Itu haknya, bebas ke mana saja.
Habis tu, pakcik lepaskan Ain macam tu aje Soal Aizal Fahmi dengan nada yang agak berlainan dari tadi. Senang sungguh orang tua itu melepaskan gadis itu pergi seorang diri.
Aizal, kamu kena ingat yang KL itukan tempat dia. Takkanlah Ain tak tau tempatnya sendiri. Ha dia kata duduk menumpang rumah kawan di sana nanti. Janganlah kamu risau. Kalau kamu risau, pakcik ni lagi risau dari kamu tau.
Tentulah saya risau, pakcik. Saya saya satu keluhan berat dilepaskan oleh Aizal Fahmi.
Pak Usop tahu benar dari seraut wajah kacak itu jelas terpacar yang jejaka ini mula menaruh perasaan luar biasa pada anak angkatnya. Erti kata lain, Aizal Fahmi menyintai doktor muda itu.
Aizal Fahmi menyintai Anggerik _Putih!
Anggerik_ Putih yang bernama Ain!
Memang dia risaukan gadis itu pergi ke sana tanpanya. Apa yang lebih merisaukannya lagi Bila gadis itu berjumpa semula dengan kekasih hati yang 2 tahun ditinggal tanpa khabar berita. Sah-sah, dia akan kehilangan terus gadis itu selamanya. Tak! Dia tak mahu gadis itu pergi jauh dari hidupnya!
Kalau dah suka, kenapa tak terus terang saja, Aizal Sampai bila kamu nak pendam rasa cinta kamu pada, Ain
Saya dah luahkan pada Ain. Tapi hatinya milik orang lain, pakcik, jawabya lambat-lambat, perlahan.
Habis tu Kamu iyakan saja Selagi belum ada ikatan yang sah, dia bukan milik sesiapa, Aizal. Tambah lagi, dia bersendirian. Ain hanya ada kita.
Tak apalah, pakcik. Saya percaya pada jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT.
Makcik suka benar kalau kamu dijodohkan dengan Ain, Aizal. Dua tahun kamu berdua berkawan, sia-sia saja kalau hubungan kamu berakhir dengan cara yang patut dielakkan, Mak Sarah tiba-tiba muncul terus mencelah perbualan mereka berdua.
Aizal Fahmi hanya tersenyum kelat. Ada benar kata Mak Sarah. Sembilan tahun lamanya menyimpan rasa cinta pada gadis itu kalau dikira dari awal perkenalannya dengan pemilik id Anggerik_Putih. Takkan disebabkan doktor muda itu dimiliki hati oleh orang yang terdahulu, dia harus mengalah tanpa berjuang.
Saya balik dulu, pakcik! Tanpa sempat bersalaman dan terkocoh-kocoh berlari ke arah motor. Enjin terus dihidupkan dan motor Ducati menderum laju membelah jalan di petang ini.
Aizal! Kut ya pun minumlah dulu... Haish! Apa kena dengan budak Aizal tu Meroyan tak tentu hala. Panggil Mak Sarah namun jejaka itu sudah pun beredar pergi jauh membonceng motor Ducati Monster.
Biasalah, Sarah. Orang baru nak belajar bercinta jadi rupa itulah. Macam awak muda-muda dulu, jawab Pak Usop seraya mencapai cawan yang berisi kopi dari dalam dulang lalu dihirup perlahan-lahan.
Amboi! Awak nak kena seligi dengan siku saya ke
L
ANGIT VANILLA yang luas berserta awan yang berarak memutih dipandang sepi olehnya dari dalam gerabak keretapi. Air kotak Vico yang sempat dibeli tadi dibiarkan tanpa berusik. Hatinya dilanda resah dan gelisah. Dua tahun lamanya dia memencilkan diri. Hakikatnya, dia rindukan mereka yang berada di KL.
Lima jam perjalanan, Qamra Ain sampai di KL Sentral. Berpusu-pusu penumpang keluar dari perut keretapi dan diganti pula penumpang yang menunggu di luar. Dia pula menjadi orang yang terakhir keluar.
Qamra Ain mengalas beg ke belakang serta meluaskan pandangan di sekitar stesen. Kemudian dia melangkah mendekati eskalator. Sampai di aras atas, dia berjalan menerusi air gate dan berhenti sebentar di depan gerai-gerai yang berderetan di situ.
Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket kecil beg galas. BB Z10 dikeluarkan dan terus dia mencari alamat seseorang yang wajib ditemui bila menjejak kaki di sini. Puas menilik dan akhirnya terjumpa alamat yang dicari dan berharap agar empunya alamat ini masih lagi menetap di situ. Serentak dengan itu, bunyi mesej menerjah masuk ke dalam telefon. Terus dia menekan ikon open lalu terpampang mesej WhatsApps yang memenuhi separuh skrin.
Aizal Fahmi
Ain, sampai hati Ain pergi tak bagitahu! Tell me where are you now I go and fetch you!
Whatssaps itu dibiarkan tanpa jawapan.
A
IZAL FAHMI mencampak telefon di atas katil setelah lama menunggu gadis itu membalas mesejnya namun hampa. Melantun-lantun telefon tadi berulang kali ke udara. Dia termangu sambil berbaring telentang dan menghala pandangan ke arah kipas siling yang berpusing. Sejak balik dari rumah Pak Usop terus memerap diri di dalam bilik.
Tok Ayah pula tak habis-habis memanggil nama gadis itu di luar. Sakit kepala yang mula beransur hilang kembali berdenyut selepas seharian memikirkan tentang gadis itu.
Apa saja yang ada berdekatan, pantas dia mencapai dan membaling ke depan. Marah! Dia marah sungguh pada gadis itu kerana pergi tanpanya. Pelbagai andaian menerjah fikiran. Sudahlah mesej tak berjawab. Ditambah pula dengan denyutan kepala yang semakin lama semakin kuat. Erti kata lain, dia tak rela sesuatu yang buruk berlaku pada gadis itu.
Sedangkan sehari tak berjumpa, tak tertahan menanggung rindu apatah berhari-hari. Apa yang harus dia lakukan Duduk tunggu di depan pintu setiap hari menunggu atau menanti kepulangan doktor muda itu di pangkin kayu Ain, kenapa buat abang macam ni! Ain tahu, kan yang abang sayang sangat dekat Ain!
Jangan biarkan abang derita merindu, Ain!
Dirasakan kepalanya seperti mencengkam-
cengkam, akhirnya dia tertidur bertemankan pilu dan rindu pada Ainnya. Atuknya pula, dibiarlah orang tua itu melayan perasaan sendiri bersendirian di luar.