Mencari Kiblat Cinta - 108
Jarum jam menunjukkan pukul 8 malam. Dengan apron yang masih melilit pinggangnya, dia segera melangkah ke muka pintu. Sebaik daun pintu diselak, dia terkejut melihat kelibat Filman di hadapan apartmennya.

Fil... Tutur Wirda bingung. Apa lelaki itu buat di sini Dan yang paling penting, macamana Filman tahu di mana dia tinggal Melihat wajah Filman yang serius, Wirda merasa tidak sedap hati. Tentu ada sesuatu yang mahu diperkatakan Filman padanya kali ini. Fasal Mellykah

Macamana Fil tahu fasal rumah ni Tanya Wirda ingin tahu.

Fil call ayah. Dia yang bagitahu. Ujar Filman, merujuk pada bekas ayah mertuanya Tengku Husain yang kini berada di luar negara. Matanya asyik merenung apron yang tersarung di tubuh Wirda.

Err..Wid tengah masak tadi. Apa kata kita makan malam bersama Pelawa Wirda, cuba menutup gelodak resah yang kian bermukim di hatinya.

Filman menarik nafas panjang. Dia tidak berminat dengan apa yang baharu sahaja dicadangkan wanita itu. Kedatangannya kali ini bersebab. Urusannya dengan Wirda lebih penting dari aroma bau yang menyelerakan yang datang dari dapur wanita itu.

Jangan datang ke taska tu lagi tanpa kebenaran Fil. Ujar Filman serius.

Wirda tersentak. Kata-kata Filman membuatkan anak matanya meratah wajah lelaki itu separuh nanar.

Kenapa tak boleh Wrda ni mama Melly. Dia darah daging Wirda, Fil.

Wirda hanya akan buat Melly keliru. How I am supposed to tell her That you are her mother, someone who left her alone Getus Filman keras.

Airmata Wirda dengan mudah berlinang. Kata-kata Filman benar-benar menghiris perasaannya.

It so unfair, Fil. Wirda tahu dulu Wirda banyak sakitkan hati Fil. Tak bolehkah kalau kita berdamai dan lupakan semuanya Tanpa sebarang amaran, pelupuk yang digenangi air jernih itu mula luruh ke pipi.

Filman memandang wanita itu dengan perasaan kesal. Senangnya Wirda mahu berdamai dengannya. Lima tahun dia membesarkan Melia sendirian tanpa insan bergelar isteri. Dan kini wanita itu mahu berdamai Apa maksudnya

Do you still love me Fil Pertanyaan itu bermain di bibir Wirda.

Filman hanya diam.

Kita boleh jadi macam dulu. Kita dan Melly boleh jadi keluarga semula. Bukan ini yang Fil mahukan selama ini Soal Wirda sebak.

Filman menarik nafas panjang. It wont be the same again. Bisiknya.

Wirda tersentak. Kata-kata Filman mengejutkannya. Fil dah tak cintakan Wirda lagi Fil dah ada pengganti Soal Wirda bertalu-talu. Hatinya entah kenapa bimbang. Dia benci mahu mengaku bahawa di mata Filman sudah tidak wujud sinar yang sama seperti dahulu yang memandangnya dengan seluruh rasa cinta.

I do love someone else. Akui Filman berterus-terang. Wajah itu kelihatan serius.

Wirda merasakan seluruh tubuhnya lemah sebaik mendengar pengakuan lelaki itu. Hatinya seolah dihiris. Sampai hati Filman!

Fil akan kahwin dengan dia Tanya Wirda ingin tahu.

Bukan itu yang diharapkan oleh setiap pasangan yang bercinta Mendirikan keluarga sendiri Soal Filman semula. Sinis nadanya.

******

Wirda mengetap bawah bibirnya. Kata-kata Filman entah kenapa menyakitkan hatinya. Filman benar-benar tahu bagaimana mahu merosakkan suasana. Sedar tak sedar ada sesuatu tertinggal di dasar hatinya sebaik mendengar kata-kata Filman itu. Ya ALLAH, cemburukah aku

Kalau Fil kahwin dengan dia nanti, Wirda nak ambil Melly semula. Tutur Wirda berterus-terang. Kepalanya tunduk ke bawah, tidak berani membayangkan bagaimana reaksi Filman.

Filman terdiam sejenak. Wajah di hadapannya direnung tajam. Betul anggapannya selama ini. Wirda memang pulang ke mari dengan niat mahu merebut Melia dari tangannya.

Dont ever think about it. Getus Filman kasar.

Wirda mengangkat wajahnya. Dia terkesima mendengar tutur Filman yang agak kasar kali ini. Dia tahu Filman marah dengan kata-katanya. Tapi kalau Filman benar-benar akan berkahwin lain, dia tak sanggup membiarkan Melia mendapat ibu tiri baru.

Fil, tolonglahWirda benar-benar rindukan Melly. Wirda nak jaga Melly. Rayu Wirda memohon pengertian dari Filman.

Jaga Kalau Wirda benar-benar nak jaga dia, kenapa tinggalkan dia dulu Kenapa singkirkan dia dari hidup Wirda semata-mata sebab nak ke Italy Getus Filman berang.

Im doing that because of you Fil. Bentak Wirda hampir mahu menangis.

Oh please..jangan salahkan Fil pulak sebab itu semua salah Wirda sendiri.

Esakan Wirda makin ketara. Filman mengeluh panjang. Dia datang bukan mahu bergaduh dengan wanita itu. Malah tidak ada langsung niatnya mahu memarahi Wirda seperti ini.

Melly masih kecil. Tolong jangan kelirukan Melly dengan apa yang dah berlaku pada kita dulu Wirda. Im begging you. Pinta Filman. Dia mahu beredar dari situ sebelum dia jadi lemah dengan tangisan wanita itu.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Filman hingga merayu sebegitu pada Wirda