LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 108
Khayal, asyik berangan, ghairah terang-terangan, dua belah tangan dalam saku, tapi dalam minda penuh dengan haiku, jampi serapah ditiup dengan telatah berempah, melihat kami seperti sampah masyarakat yang menyampah, walhal kami aset masyarakat mampu membina jalan-jalan baru, bukan sahaja untuk kami sendiri malah untuk generasi akan datang.