Mencari Kiblat Cinta - 109
Kalau Fil tak mahu serahkan Melly, jangan salahkan Wirda kalau Wirda terpaksa gunakan mahkamah sebagai langkah terakhir. Ungkap Wirda dengan airmata bercucuran.

Langkah Filman tak jadi diteruskan.

Wirda lebih berhak jaga Melly dari Fil. Mahkamah akan berikan Melly pada Wirda kalau mereka tahu cerita sebenar. ugut Wirda. Filman berpaling. Dahinya berkerut mendengar kata-kata Wirda kali ini.

Wirda merenung Filman dengan mata berkaca. Dia sebenarnya tidak mahu berterus-terang dengan Filman tentang Melia. Tapi jika Filman terus berdegil, dia tidak ada pilihan lain.

Melia bukan anak Fil. Wirda berbohong dengan Fil selama ini. Tutur Wirda nekad. Mata Filman terpisat-pisat memandang wanita itu.

Masa kita kahwin dulu, Wirda dah hamil empat minggu.

Filman tiba-tiba tersenyum, membuatkan giliran Wirda pula bingung. Senyuman Filman bagaikan sedang memberitahunya sesuatu. Mata lelaki itu bersinar-sinar menerjah ke wajahnya.

Fil tahu. Fil tahu Melly kepunyaan Firdaus. Tapi Fil sangka hanya dengan cinta Fil, kita mampu hidup bahagia. Tapi Fil silap. Your father was wrong too. Bisik Filman.

Wajah Wirda pucat. Jadi selama ini Filman tahu apa sebenarnya yang berlaku Itukah sebabnya kenapa Filman sanggup mengahwininya dahulu Malah lelaki itu melamarnya beberapa hari selepas pulang ke tanah air. Orang yang paling kerap memujuknya menerima Filman sebagai suami adalah ayahnya Tengku Husain.

Kahwin dengan Filman, Wirda. Dan lupakan semuanya. Mulakan hidup baru. Pujuk ayahnya Tengku Husain.

Im going to make you happy. This is my promise. Ujar Filman pula.

Wirda merasakan tubuhnya seolah melayang. Perkahwinannya selama ini rupa-rupanya adalah rancangan ayahnya dengan Filman. Semuanya mahu menutup keaibannya yang hamil tanpa suami. Dan dia pula jenis wanita yang tidak tahu mengenang kebaikan Filman. Lelaki itu ditinggalkan setelah dia selamat melahirkan Melia dengan alasan kononnya dia tidak sanggup mahu berhadapan dengan Filman. Tapi selama ini rupa-rupanya Filman yang telah menyelamatkan maruahnya. Meskipun tahu Melia bukan anaknya, Filman masih menjaga dan menyayangi Melia dengan sepenuh hati.

Dan dia datang dengan niat mahu merebut Melia, kononnya dia lebih berhak ke atas Melia. Ya Allah! Apa yang dah aku lakukan selama ini Wirda benar-benar kesal dan sedih.

Filman menolak daun pintu di hadapannya lalu merapati sekujur tubuh kecil yang berbungkus di dalam selimut. Di melabuh diri di birai katil. Memerhatikan penuh asyik Melia yang sedang terlena pulas. Sesekali tubuh anak kecil itu bergerak-gerak dan mencemik. Senyuman Filman singgah di ulas bibir. Terhibur hanya dengan sekadar menatap gerak-geri Melia yang kelihatan comel.

Selang beberapa ketika, senyumannya menghilang. Patung teddy bear berwarna coklat tua pemberian Wirda itu berada di tepi katil, sedangkan teddy bear berwarna pink yang diberinya berada di pelukan Melia. Dalam usia yang masih mentah, Melia sudah pandai membezakan kedua-dua teddy bear itu.

Filman mengeluh panjang sebaik teringatkan Wirda. Entah kenapa, kata-kata Wirda menjadi racun yang memadamkan senyumannya. Filman meraup wajah. Gusar dengan apa yang telah berlaku antaranya dengan Wirda malam ini. Kali ini dia gagal memupuk dirinya agar lebih tenang dan berdiplomasi. Dia tahu Wirda terkejut bila mendapat tahu yang berita kehamilan wanita itu enam tahun yang lalu bukan lagi rahsia. Selain dia dan Tengku Husain, tidak ada sesiapa lagi yang tahu tentang Wirda ketika itu. Tapi kerana cintanya pada Wirda, dia sanggup mengahwini tunang abangnya sendiri. Dia sanggup menjadi pak sanggup demi tidak mahu anak yang Wirda kandung lahir tidak berbapa.

******

Melia Alina. Anak kecil itu adalah penawar di hatinya. Dia amat menyayangi anak itu melebihi segala-galanya. Meskipun dia bukan bapa kandung Melia, namun darahnya dan darah Melia masih memiliki ikatan. Dan ia lebih berharga dari segala-galanya. Filman mengusap wajah itu penuh kasih sayang. Melly, papa sayangkan Melly. Mungkin suatu hari nanti, semuanya akan terbongkar. Tapi papa tidak peduli semua itu, asalkan Melly masih di sisi papa! Bisik Filman sebak.

Dahi anak kecilnya segera dikecup bertalu-talu. Selimut yang membaluti tubuh Melia segera dibetulkan sebelum dia melangkah ke muka pintu. Pintu bilik anaknya dikatup perlahan-lahan. Ketika Filman berpaling, dia terkejut melihat kelibat ibunya di hadapan bilik. Wanita itu sekadar tersenyum memandangnya.

Ma tak dengar pun Fil balik tadi. Tegur Tengku Saida.

Fil dengar ma mengaji tadi, jadi Fil tak nak ganggu ma. Jelas Filman.

Fil dah makan Kalau belum ma hidangkan.

Filman menggeleng. Fil tak lapar ma. Ma makanlah dulu. Filman tersenyum hambar. Wajah Tengku Saida berkerut. Nalurinya memberitahu ada sesuatu yang berlaku pada Filman. Kenapa dengan anak lelakinya itu sebenarnya Filman nampak rungsing dan tidak bermaya.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Tengku Saida menghampiri Filman dan cuba bertanya apa yang menyelubungi fikiran anaknya itu