FELISHA menopang dagu. Tangan kanan pula asyik menconteng di halaman diari jingga. Fikirannya dah menerawang pada kata-kata mama semalam. Tajdid aku layan, Fariz pun aku layan. Siapa sebenarnya aku suka Tajdid Fariz Hati aku tak ada rasa apa-apa pun pada mereka berdua. Mengapa pulak aku sibuk nak dendam pada Fariz Aku ni muka tembok ke apa Muka tak malu ke Arghh!!! Bingung dah otak aku ni!
Kakbunga carnation ni nak jual macam mana Ainul tunjuk sejambak bunga carnation pada Felisha.
Kak..kak Sha!
Hah Err..apa Felisha tercengang. Terdongak.
Akak ni kenapa Ainul duduk di depan Felisha yang sudah termangu sendiri.
Ai..Ainul tanya apa tadi Felisha kembali ke alam nyata.
Bunga carnation ni nak jual macam mana Pelanggan dah tunggu tu! Ainul tuding ke arah seorang pelanggan yang sedang membelek bunga-bunga di rak.
Oh..maafkan akak. Sekuntum tiga ringgit. Felisha senyum hambar.
Ainul bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah pelanggan tadi.
Felisha kembali menopang dagu. Fikirannya masih bercelaru. Betul ke apa yang aku buat ni Fariz dah sah-sah tak suka aku tapi kenapa hati aku degil sangat nak dia jatuh cinta pada aku Sedangkan hati aku sendiri tak ada rasa apa-apa pada dia
Assalamualaikum!
Felisha mendongak. Tajdid
Waalaikumussalamawak buat apa kat sini Felisha menelan liur.
Saja singgah. Kebetulan hari ni saya tak mengajar. Jadi, saya singgah sekejap kat sini. Lagipun, dah nak tengah hari ni. Awak tak nak makan ke Tajdid masih berdiri di muka pintu.
Errsayasaya.. Felisha dah gelabah. Eii..mamat ni nak ajak aku dating lagi ke Hairan akudia kan lulusan agama dari universiti di Jordan, takkan dia tak tahu hukum Ah! Pening aku wei!!
Saya faham. Tentu awak ingat saya suka keluar dating kan Tajdid senyum.
Felisha mendongak. Dia menelan liur. Macam mana dia ni boleh tahu apa yang aku fikir Tu la! Asyik buruk sangka je pada orang! Kan dah kena sebiji!!
Saya tak kata pun macam tu.. Felisha senyum kelat. Dah terkantoi kau Felisha!
Saya tak pernah ambil kesempatan. Percayalah. Saya menghormati perempuan. Bila saya jumpa awak, baru saya tahu apa itu rasa pelik dalam hati. Tajdid berterus terang.
Sekali lagi Felisha menelan liur. Tergamam. Pemuda yang berdiri di depannya sekarang ini begitu berani meluahkan rasa hati.
Errawak kata nak makan tadi kan Felisha dah gabra. Dia bingkas bangun. Topik bicara diubah.
Ya..kenapa Tajdid dah berkerut kening.
Ainul! Akak keluar makan sekejap! Tolong jaga kedai ya! Felisha laung sambil terjenguk-jenguk ke arah Ainul yang sibuk melayan pelanggan.
Baik kak! Balas Ainul, turut melaung.
Awak tak kisah ke kita keluar berdua je Felisha buat isyarat dua jari.
Takbukan kita makan dalam hutan. Ramai lagi pelanggan lain. Tajdid sengih.
Felisha pandang Tajdid yang dah tersengih. Pandai jugak mamat ni buat lawak! Memanglah bukan dalam hutan cik abang oi!
Kali ni awak pilih tempat. Tajdid buka pintu kereta untuk Felisha.
Felisha pandang Tajdid yang terlalu romantik padanya. Haihni yang lemah ni. Mamat ni nampak sangat nak pikat aku. Aku Entahlah! Sampai detik ni, masih belum ada rasa apa-apa. Usahkan bunga, daun pun belum tentu nak bercambah!
Err..kalau macam tu, kita try restoran Rebung kat Bangsar. Orang kata makanan kat situ sedap. Awak belanja Felisha dah mula mesra.
Tajdid mengangguk setuju. Kereta dipandu laju menuju ke arah Bangsar.
Tiba di restoran, Tajdid dan Felisha mula mencari meja kosong. Mereka mula memesan makanan.
Awak, terima kasih kerana sudi temankan saya makan. Tajdid senyum. Lama wajah Felisha dipandang. Subhanallahcantik semula jadi. Kalau tak bersolek pun, masih manis dengan kulit putih mulus macam tu. Kening lebat, bibir sejemput, pipi kemerahansiapa yang tak tergoda. Ya Allahapa aku dah buat ni Aku dah angau ke apa
Tak apasaya pun belum makan lagi. Menyusahkan awak saja. Felisha tunduk. Aduh..mamat ni tenung aku macam nak tembus anak mata!
Taklagi saya suka jika hubungan ni dah halal.. Tajdid berkata antara dengar dengan tidak.
Errmaaf. Saya rasa elok kita berkawan je dulu. Saya tak sebanding dengan awak yang alim. Awak lulusan agama. Di kolej, awak dipanggil ustaz. Saya pulak macam ni.. Felisha tunjuk dirinya sendiri. Blaus dan seluar jeans masih setia di tubuhnya. Walau begitu, dia tetap menjaga aurat, cuma belum sempurna sepenuhnya.
Tajdid ketawa.
Kenapa awak ketawaFelisha dah berkerut kening. Ada yang tak kena ke apa yang aku cakap tadi
Awak ni lucu jugak kan Saya bukan ustaz macam awak katakan tu. Saya pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Soal pakaian tu, saya tak kata awak ni tak senonoh. Awak masih menutup aurat tapi masih boleh diperbaiki. Allah beri akal untuk kita berfikir untuk memilih mana yang baik. Sekurang-kurangnya awak tak pakai skirt pendek. Cuma Tajdid mengusap dagu. Pengajiannya di Jordan dulu pun atas kehendak mama.
Dia hanya mengikut.
Felisha dah rasa tak selesa. Mata Tajdid dah dirasakan merayap ke seluruh tubuhnya. Mana taknya, setiap pakaian yang melekat di tubuhnya diperhatikan satu persatu.
Cuma apa
Cumaawak tu yang kalut sikit. Tapi saya suka! Happy all the time!Tajdid senyum.
Felisha menelan liur. Jadi selama ni Tajdid perhatikan tingkahlaku aku Oh tidak!
Hah..cepatnya makanan sampai! Felisha pandang pada pelayan restoran yang mula menghidangkan makanan yang dipesan.
Hmmsila! Tajdid hulur lauk kepada Felisha.
Mereka berdua mula menikmati hidangan tengah hari dengan penuh berselera. Banyak cerita dulu-dulu jadi perbualan mereka.
Jadidulu awak ni rupanya satu universiti dengan sepupu saya! Tajdid ketawa. Cerita minggu suaikenal dari Felisha memang lucu. Memang patutlah Felisha didenda kena kira ikan dalam akuarium. Dah buat kesalahan rupanya. Ada ke sengaja pijak kaki fasilitator
Sepupu Siapa Felisha pandang Tajdid tak berkelip.
Kalau saya cakap pun, awak tak kenal. Tajdid sengih. Nasi dalam pinggan dihabiskan.
Selesai makan, Tajdid menghantar semula Felisha ke kedai bunga.
Awak, terima kasih sekali lagi kerana sudi keluar makan dengan saya, Tajdid hantar Felisha sampai ke pintu kedai.
Eh, buat apa nak terima kasih. Kebetulan saya pun belum makan. Saya yang patut ucap terima kasih kerana sudi belanja saya tadi. Felisha senyum.
Tajdid terkesima. Senyuman manis gadis tu dah menusuk ke jantung. Ah, aku ni dah jatuh cinta tahap apa ni Takkan rasa tu dah sampai ke langit ke tujuh
Saya pergi dulu. Tajdid minta diri.
Felisha hanya angguk. Tajdid sudah meninggalkan kawasan tu. Matanya menala ke arah kereta hitam yang diparkir di bawah pokok depan kedainya.
Eh, itu macam kereta yang ikut aku hari tu. Dia buat apa kat sini Takkan spy aku Felisha sudah berkerut kening.
Ehem!
Felisha menoleh. Ainul dah tersenyum di belakangnya.
Wahhandsomenya dia kak! Sopan, gentleman, muka pun jernih je..bertuah akak dapat boyfriend macam tu. Ainul mengusik.
Hish! Mana ada! Dia kawan je la. Akak ni hati batu. Tak ada rasa apa-apa pun kat mana-mana lelaki setakat ni. Felisha melangkah laju ke bilik pejabatnya semula.
Takkanlah. Dah tiga kali dia datang sini. Saya ingat lagi, kali pertama dia datang sini nak beli bunga dahlia. Masa tu dia pakai jubah putih dan kupiah atas kepala. What a nice man! Ainul tersenyum manis.
Dah! Buat kerja! Felisha jeling Ainul yang dah tersengih dari tadi.
Kakkalau Ainul la..Ainul takkan lepaskan dia. Bukan senang nak cari lelaki macam dia tu. Orang kata apa..The Man of Tomorrow Ainul sempat usik Felisha sebelum menapak keluar dari bilik pejabat Felisha.
Ainul suka dia ke Ambiklah!Felisha turut sengih.
Hish! Akak ni! Ada ke boyfriend sendiri offer kat orang lain! Ainul dah ada tunang la.. Ainul kenyit mata.
Tahu pun! Yang Ainul puji melambung mamat tu kenapa Felisha ketawa kecil.
Ainul turut ketawa sambil berlalu pergi.
Felisha menyambung kerjanya memeriksa akaun jualan untuk dua minggu lepas.
Haihgara-gara mamat tu, jualan aku bulan ni dah turun. Terpaksalah aku ikat perut. Nak bayar balik hutang mama lagi. Gaji Ainul lagi. Api air lagi. Haih Felisha termenung panjang.
Kak Sha!
Felisha mendongak. Alia
Err..Alia buat apa kat sini Felisha menelan liur.
Alia nak ajak akak ke satu tempat. Boleh ke Tapi sebelum tu, Alia nak beli bunga dahlia.Alia jenguk ke arah deretan bunga dalam pasu di atas rak.
Alia nak ajak pergi mana
Akak ikut je la. Itu pun kalau akak tak sibuk. Alia duduk di kerusi depan meja Felisha.
Ya la..tapi nak pergi mana Felisha dah mula geram.
Alia terus tarik tangan Felisha ke arah bunga dahlia.
Kak! Bagi Alia sejambak bunga dahlia ni. Nah, ni duitnya! Alia hulur sekeping not lima puluh ringgit.
Felisha segera menyuruh Ainul membungkus sejambak bunga dahlia.
Terpaksa Felisha mengikut rentak Alia yang dah mula menarik tangannya ke arah kereta. Sebuah kereta BMW hitam sudah tersedia
menunggunya di luar kedai. Hmm..macam kereta mamat tu yang aku langgar hari tu.
ErrAlia bawa kereta sendiri ke Felisha jenguk ke arah tempat pemandu. Tiada sesiapa.
Alia angguk. Bunga dahlia dicium beberapa kali.
Abang Fariz tak marah ke nanti Felisha dah berkerut kening.
Alia yang temankan dia datang sini. Dia kan masih belum sembuh sepenuhnya lagi.
Dia datang sini Buat apa
Kenapa Ingat tempat ni awak punya ke
Suara lantang dari sebelah kiri menyebabkan Felisha cepat-cepat menoleh. Fariz dah tersenyum sambil menapak ke arah kereta. Di tangannya ada sebuah kotak kek. Mungkin dia beli dari kedai kek selang sebuah dari kedai bunga aku.
Abang! Jomlah singgah kedai kak Sha! Alia laung dari tempat kereta.
Orang lelaki tak sesuai masuk kedai bunga. Nanti orang ingat mat bunga! Bunga-bunga ni hanya untuk minah bunga macam orang tu je! Fariz buka pintu kereta di belakang. Kotak kek disimpan atas kerusi belakang.
Felisha mengetap bibir. Aku sumbat karang dengan bunga dahlia ni! Biar mati tercekik kau!
Habis tu, yang awak pesan bunga sampai dua puluh jambak tu kenapa Bukan mat bunga ke tu Felisha sindir Fariz.
Kalau saya tak buat macam tu, bunga awak jawabnya kembang layu la cik Felisha oi! Tak ada siapa yang nak beli! Fariz sengih. Dia letak tongkat di dalam bonet dan mula masuk ke dalam kereta.
Felisha dah genggam tangannya. Ingat bunga aku tu tak laku ke hapa
Kak, jomlah! Alia lapar ni. Kita pergi makan okey Alia tarik tangan Felisha masuk ke dalam kereta di tempat duduk penumpang hadapan.
Terpaksa Felisha masuk juga ke dalam kereta. Fariz yang duduk di tempat duduk belakang dah tersenyum sumbing.
Alia segera menghidupkan enjin.
Alia, bagi kakak bunga tu bawa kereta. Dah ikut kita, kenalah jadi drebar! Fariz arahkan Alia tukar tempat duduk dengan Felisha.
Eh, siapa yang nak ikut Perasan! Felisha keluar dari kereta.
Alia senyum.
Felisha mengetap bibir. Terpaksa dia bawa kereta mengikut arahan Fariz. Tak apaaku nak brek kereta ni banyak kali. Biar dia pening dan terhantuk kat tingkap kereta tu! Kereta dipandu laju mengikut arah yang ditunjukkan oleh Alia.
Sepanjang perjalanan, Alia yang banyak berceloteh itu ini. Felisha sekali sekala hanya ketawa bila cerita dari mulut Alia itu dirasakan lucu. Fariz di belakang hanya diam membisu.
Felisha intai dari cermin belakang. Hmm..patutlah senyap dari tadi. Tidur rupanya
Aduh!!
Felisha senyum. Dia sengaja brek dengan kuat bila sampai di petak letak kereta. Kepala Fariz dah terhantuk di cermin kereta.
Hoi! Awak ni nak bunuh saya ke Ni kali ketiga awak buat macam ni! Fariz gosok dahinya yang dah mula rasa sengal.
Alia dan Felisha hanya tersenyum.
Alah..bang, kak Sha tak sengaja. Tadi, ada seekor kucing kebetulan melintas depan kereta. Alia sengih. Memang ada kucing tadi cuba melintas.
Nilah perempuan! Bawa kereta ikut emosi je! Bukan ikut peraturan! Fariz dah berkerut dahi menahan sakit.
Felisha diam. Kalau dibalas kata-kata Fariz nanti, memang tak akan pernah habis. Fariz tak akan mengalah. Perang mulut lagi ada!
Dah sampai! Jom kita makan! Alia segera keluar dari kereta. Dia buka pula pintu untuk Fariz. Tongkat Fariz diambil dari bonet belakang.
Kak, tolong ambil kotak kek tu ya. Alia nak tolong abang ni. Alia pegang tangan Fariz menuju ke meja makan restoran.
Felisha segera ambil kek yang dibeli Fariz tadi. Dia mengikut dari belakang. Mereka bertiga menapak ke meja makan di restoran.
Alia pesan makanan okey Alia angkat tangan dan mula memanggil pelayan restoran.
Kak Sha nak makan apa
Akak dah kenyang. Baru lepas makan tadi. Orang belanja juga. Felisha senyum. Ikut hati malas nak ikut Alia tapi memandangkan Alia beria nak aku ikut, terpaksalah ikut jugak. Dah la tu, terpaksa pulak jadi drebar tak rasmi mamat tu!
Kalau tak nak makan, buat apa menyibuk ikut sekali! Fariz letak tongkatnya di tepi kerusi.
Felisha ketap bibir. Apa yang keluar dari mulut Fariz tak ada satu pun menyenangkan hati.
Kak, minggu depan kita orang nak balik kampung. Akak nak join tak Best tau! Ada sungai, manggis, rambutan, ada sawah padi.. Alia sengih.
Dia jeling Fariz yang memandang ke arah lain.
Felisha hanya senyum. Nampaknya Alia tak tahu yang Puan Suraya terlebih dulu mengajaknya ke kampung.
Ya Kat sungai tu ada buaya tak Felisha sengih. Fariz di sebelah Alia dijeling sinis.
Entahlah kak..tak ada rasanya. Kenapa Alia berkerut kening. Apa hal kak Sha ni Tiba-tiba je tanya ada buaya bagai ni
Tak ada apa. Rasanya lepas ni ada kutkena hati-hati dengan buaya ni. Nanti kena ngap! Felisha senyum sinis.
Haah! Memang dah tabiat buaya macam tu! Tambah kalau makanan depan mata yang gemuk berisi, tak malu suakan diri untuk serah diri. Memanglah buaya tu ngap! Fariz ketap bibir.
Felisha menjeling tajam ke muka Fariz yang dah merah muka. Kau jangan nak cabar aku!!
Makanan yang dipesan mula tiba di meja. Alia dan Fariz berselera menikmati makanan. Felisha pula hanya meneguk jus epal hijau bersama asam boi. Aduh, gatal la pulak paha aku ni. Nak garu payah. Dah pakai seluar jeans ketat macam ni. Adoih..berkerut dahinya menahan rasa gatal.
Apa hal awak ni Macam nak terkucil saya tengok Fariz renung Felisha yang dah berkerut dahi. Sekejap okey, sekejap macam cacing kepanasan.
Err..saya nak ke bilik air sekejap. Bergegas Felisha bingkas bangun. Dia cepat-cepat ke bilik air.
Eh, nak kena bayar ke bilik air restoran ni Mata Felisha tertancap pada papan tanda. Terpaksa bayar tiga puluh sen semata-mata nak garu pahanya yang rasa gatal dari tadi. Apa nak buat..dah gatal sangat pakai seluar jeans tebal dan ketat. Lega bila dapat garu. Orang kata menggaru tu satu nikmat! Memang betul! Felisha menapak semula ke meja makan. Senyuman sudah terukir di bibir.
Fariz pandang Felisha yang sudah tersengih. Berak batu ke apa
Eh, lupa la kek tu! Alia buka kotak kek.
Ya la! Cepat potong! Fariz tepuk dahi. Hampir terlupa kek yang dibeli tadi.
Err..kek ni sempena apa Hari jadi Alia kan dah lepas Felisha beranikan diri mencelah.
Sempena hari jadi abang.. Alia potong kek coklat indulgence dan dihulur kepada Felisha dan Fariz.
Felisha pandang Fariz. Fariz senyum sengih. Huh! Hari jadi dia rupanya. Apa hal panggil aku
Kenapa tak buat majlis besar-besaran Kan awak suka sangat benda-benda macam tu Tak nak order bunga banyak-banyak Felisha mula sindir Fariz.
Awak ingat saya ni suka sangat ke bunga awak tu Buat menyemak mata je! Fariz sambar pisau dari tangan Alia. Kek coklat tadi dipotong separuh dan diletakkan dalam pinggan. Laju dia menyuap kek ke mulut.
Felisha menelan liur. Huih! Kena kencing manis baru tahu!
Tak ada la. Ada la peluang awak lagi nak ambil kesempatan. Felisha pandang ke arah lain. Geramnya pada kejadian dulu masih belum reda.
Apa awak cakap Saya tak dengar! Fariz dekatkan telinga ke arah Felisha.
Felisha senyum. Puas bila muka Fariz sudah merah menyala macam tu. Dia mula menikmati kek yang dihulur Alia tadi. Kek tu ditekan-tekan dengan garfu.
Eii! Pantas Felisha angkat kedua kakinya. Garfu sudah terpelanting jatuh. Melekat kek di muka Fariz. Felisha bingkas bangun. Seekor cicak sudah merayap ke meja lain.
Alia ketawa terbahak-bahak. Sempat dia jeling Fariz yang sudah penuh dengan krim kek di muka.
Apa hal awak ni Sengaja awak buat macam ni kan Fariz capai tisu di atas meja dan mengelap mukanya yang sudah tertempek dengan krim kek.
Maafsaya tak sengaja. Tadiada cicak merayap di betis saya Muka Felisha sudah pucat. Geli geleman bila teringat cicak naik ke betisnya tadi. Sempat dikuis dengan kaki kiri.
Cicak Sebab cicak awak tonyoh muka saya dengan kek Fariz dah menyinga. Gara-gara cicak, mukanya dah penuh dengan krim kek!
Saya geli dengan cicak.. Felisha melilau memandang bawah meja. Mana tahu cicak tadi masih merayap-rayap di situ.
Saja buat alasan! Cicak pun tak terliur la dengan betis awak tu! Fariz bingkas bangun. Tongkat di tepi kerusi diambil dan dikepit bawah ketiak.
Dia pandang Felisha yang masih pucat. Hmm.takut cicak rupanya minah bunga ni!
Selesai membayar, Alia menghantar Felisha ke kedai bunga semula. Alia pula memandu pulang bersama Fariz.
TIBA di rumah, Fariz segera ke bilik.
Siapa pulak sms aku ni Telefon bimbit diambil dari poket seluar. Mesej yang tertera di skrin dibaca satu persatu. Huh! Minah ni lagi!
Hmmaku cicak man Fariz ketap bibir. Aku jadi cicak man betul-betul baru tahu!