ZACK...kau nak ikut aku Joe Zulkifli bersandar di tepi kubikel Zack sambil mengunyah kepingan Pringles berperisa Krim Masam.
Zack menoleh. Tanpa meminta kebenaran, dia mencapai botol Pringles hijau dari tangan Joe Zulkifli lantas beberapa kepingan Pringles ditaburkan atas meja.
Mana kau dapat niSoal Zack. Dua keping Pringles disuap ke mulut.
Dalam bilik Cik Reen.
Zack terbatuk-batuk.
Joe Zulkifli tersengih.
Zack menggeleng.
Dia bagilah. Bukan aku rembat. Joe Zulkifli mempertahankan diri.
Zack mengangkat kening.
Kau nak ikut aku tak Joe Zulkifli mengulangi soalannya. Lain yang dia soal, lain pula isu yang Zack timbulkan. Dari mana dia dapat Pringles, itu bukan masalah besar. Ekonomi Negara pun tak akan terjejas.
Pergi mana
Tengok staff audition. Jawab Joe Zulkifli sambil mengangkat kening dua tiga kali.
Zack mengangkat kepala, memerhatikan bilik Pengurus Besar yang terletak lebih kurang 25 kangkang kera dari mejanya. Encik Khalid atau kadang-kadang dipanggil Mr. K itu kurang gemar kalau melihat tempat pekerja kosong. Tuduhan curi tulang pasti akan keluar dari mulutnya. Tapituduhan itu, memang selalunya berasas.
Mr. K mana adadia kan pergi meeting kat Ho Chi Minh. Bagai memahami, Joe Zulkifli bersuara.
Zack mengangguk. Terlupa pula pasal itu. Dia pandang pula bilik Zareen.
Cik Reen pun tak ada. Dia jumpa guest kat Coffeehouse. Sekali lagi, Joe Zulkifli memberi penerangan.
Zack angguk kepala. Dahsyat juga Joe Zulkifli ni. Macam ada alat pengesan bos. Dia memandang ke sekeliling. Baru dia sedar, pejabat tingkat 14 itu hampir kosong. Yang ada, cuma Angeline Lim dan Sofiah Harun dari bahagian Sales. Kedua-duanya sedang sibuk dengan telefon. Yang lain-lain, sudah hilang. Tak tahu ke mana perginya. Mentang-mentang Encik Khalid tak ada. Bila si kucing besar tak adamaka, bolehlah sang tikus bersuka ria.
Jomlah Ajak Joe Zulkifli lagi.
Zack angguk setuju lalu bangun.
Staff audition tu, buat kat mana Tanya Zack.
Ballroom Tun Teja.
Jom. Zack bersemangat kali ini. Bersemangat nak curi tulang.
APABILA daun pintu Ballroom ditolak, berkumandang lagu Korea menyapa gegendang telinga. Beberapa orang pekerja Hotel Mayang Sari sedang menjalani uji bakat dengan menari tarian K-pop. Lagu apa yang dimainkan, Zack tak berapa tahu. Dia tak meminati cerita-cerita ataupun lagu-lagu Korea. Tapi walaupun tak minat, pernah juga dia layan dua tiga lagu Korea.
Separuh Ballroom Tun Teja dipenuhi dengan para pekerja Hotel Mayang Sari. Ada yang datang untuk menjalani ujibakat dan ada juga yang datang untuk melihat saja. Yang menjadi juri pada hari itu ialah Chef Joe, wakil komiti dari Kitchen Department, Linda atau nama glamernya Auntie Linda, pengurus Restoran Jepun, Restoran Bushido dan Ronald Liew, wakil dari bahagian Front Office.
Zack tersengih sendiri melihat kegigihan dan gelagat peserta. Mahu tidak gigih Wang sepuluh ribu ringgit yang menjadi taruhan. Itu untuk tempat pertama. Tempat kedua dan ketiga, masing-masing bakal menerima tujuh ribu ringgit dan lima ribu ringgit.
Joe, tema tahun ni dah confirm ke Soal Zack.
Dah. Jawab Joe Zulkifli.
Zack perasan, mata Joe Zulkifli bukanlah kepada para peserta yang membuat persembahan tetapi kepada Mastura, kerani di bahagian Sumber Manusia yang baru masuk kerja minggu lepas.
Apa tema tahun ni Zack bertanya lagi.
Celebrity-Me.
Selebetapa Lagu yang kuat membuatkan Zack sukar menangkap apa yang dituturkan oleh Joe Zulkifli.
Celebrity-Me. Tiru Gaya Artis. Joe Zulkifli menguatkan suaranya. Matanya masih memandang Mastura.
Melihatkan Joe Zulkifli yang seperti gila bayang, Zack tidak bertanya lagi.
What a nice show. Alright, thank you. Jessy bertindak sebagai pengacara majlis pada hari ini.
Next performance will be a stand-up comedy from Amir and Shukri.
Amir dan Shukri muncul di atas pentas. Kelihatan takut-takut dan malu. Setelah memperkenalkan diri sendiri serba sedikit, mereka mula membuat persembahan.
Zack menarik nafas panjang. Berharap masa lima minit yang diberikan kepada mereka segera berlalu. Nak gelak pun ada. Tapi bukan gelak kerana lawak mereka kelakar tetapi gelak kerana lawak mereka memang tak kelakar langsung. Bukan menghina, tetapi dia benar-benar tak memahami apa yang dipersembahkan oleh Amir dan Shukri.
Terdengar bunyi Boo dan Turunlah Woi! dari mereka yang menonton. Chef Joe sudah mula menguap. Mulut Ronald Liew terkumat-kamit. Zack mengagak, Ronald mesti sedang menyumpah perlahan sepuas hati. Hanya Auntie Linda yang tersenyum seolah-olah memberi galakan.
Okay. Thanks Amir and Shukri. Jessy bersuara setelah persembahan mereka tamat. Amir dan Shukri terkulat-kulat turun dari pentas.
Now, let's enjoy an acoustic performance from Taufan Band.
Taufan Nak lawan Hujan le ni Zack berkata lantas menoleh ke kiri. Hampeh! Dia bercakap seorang diri rupanya. Joe Zulkifli tak ada di sebelah. Lelaki itu kini sedang berbual-bual dengan Mastura. Cekap sungguh Joe Zulkifli bertindak.
Mata Zack kembali ke arah pentas. Ahli-ahli Taufan Band mula mengambil tempat masing-masing. Nizam, Qayyum, Amin dan Rashidi, kesemuanya dari bahagian Dapur atau Kitchen. Dengan kiraan satu, dua, tiga, mereka pun memulakan persembahan.
Zack diam memerhati.
Bagus juga dia orang tu.
Zack disapa seseorang. Pantas dia menoleh ke sebelah. Zareen tersenyum manis ke arahnya.
Alamakkantoi. Zack mengurut batang tengkuk.Boleh tahan. Balas Zack, tersenyum sumbing.
Awak tak nak masuk ke Soal Zareen.
Melihat Zareen yang senyum saja dari tadi, Zack rasa agak lega. Sekurang-kurangnya dia tahu, Zareen tak marah dia curi tulang di sini.
TaklahCik Reen.
Kenapa
Entah. Jawab Zack sambil tersengih.
Zareen senyum lagi.
Cik Reen tak nak masuk ke
Ishtak naklah. Kalau saya nyanyi, takut banjir kilat pulak KL ni Balas Zareen.
Zack ketawa walaupun kata-kata Zareen tadi bukanlah lawak sangat. Dia ketawa kerana hendak menutup perasaan gugup dalam diri.
Dia memerhatikan Zareen di sebelahnya secara curi-curi. Tidak pernah dia berada sedekat ini dengan Zareen, maka jarak lima jengkal ini adalah jarak paling hampir setakat ini. Zareen kelihatan tinggi lebih tiga inci darinya. Mungkin Zareen memang lebih tinggi atau mungkin juga ketinggian itu disebabkan kasut yang dipakai oleh Zareen. Orang tua- tua cakap, kalau isteri lebih tinggi dari suami, bahagia rumahtangga. Orang tua mana yang cakap macam tu Zack sengih sendiri.
Thanks Taufan Band! Good job! Suara Jessy kembali memenuhi ruang Ballroom. Ramai yang bertepuk tangan.
Lets now give a big shout to...the one and onlyJAY!
Jay Zack dan Zareen berkata serentak lantas mereka ketawa
Rasa-rasa Cik Reen, Jay nak buat show apa Soal Zack sambil tersengih.
Entah. Macam nak menyanyi pun ia. Nyanyi kot Ke nak menari Balas Zareen sambil memandang ke pentas.
Lagu Sayang dendangan Shae berkumandang. Jay berlenggang-lenggok di atas pentas. Zack dan Zareen saling berpandangan.
Ketawa mereka terburai lagi.
Saya nak balik ofislah. Kata Zareen apabila ketawanya reda.
Okey. Jomlah. Balas Zack.
Mereka beriringan meninggalkan Ballroom Tun Teja.
WAKTU bekerja sudah tamat. Zack mengemas mejanya yang berterabur, penuh dengan kertas. Mengemas sekadarnya saja.
Joe Zulkifli sudah hilang seawal 10 minit yang lepas. Teka Zack, lelaki itu nak singgah ke pejabat sumber manusia yang terletak di tingkat dua. Sempat dia jeling ke bilik Pengurus Marcom, mencari kelibat Zareen. Mana tau, boleh jalan sama-sama macam tadi.
Nak balik dah
Zack nyaris melatah. Tiba-tiba saja Zareen muncul di depannya.
Errya. Nak balik dah Jawab Zack, tergagap sedikit. Niat nak usha orang tu, orang tu yang usha dulu.
Cik Reen nak balik jugak ke Soal Zack.
Zareen hanya mengangguk perlahan. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.
Kalau macam tu Ayat Zack termati di situ. Dia menelan air liur. Jomlah jalan sekali
Apa yang kalau macam tu
Kalau macam tu Ulang Zack. Saya nak ajak awak jalan sekali. Lepas tu...mana tau, kita boleh pergi makan-makan ke
Zack Panggil Zareen apabila Zack terdiam lagi.
Kalau macam tu, see you tomorrowlah Cik Reen. Mulut dan otak Zack tak selari. Lain yang difikir, lain yang keluar.
Zareen mengangkat kening, memandang pelik ke arah Zack.
Okay. See you tomorrow. Zareen menganggukkan sedikit kepalanya kepada Zack dan terus berlalu.
Zack hanya mampu melihat Zareen sehingga hilang dari pandangan. Kalau macam ni, sampai tua pun aku tak berbini. Hati berdesis. Dia menggeleng lagi untuk entah ke berapa kali. Usai mejanya habis dikemas, dia pun melangkah dari situ.
APABILA sampai di lobi, Zack ternampak Kate di sebelah kedai bunga. Sebelah tangannya memegang sebotol air mineral manakala sebelah lagi terkial-kial mencari sesuatu di dalam beg tangan. Lain macam gaya si Kate. Macam kucing hilang anak.
Zack berjalan perlahan-lahan ke arah Kate, memastikan kehadirannya tidak disedari.
Booo!! Zack bersuara kuat, betul-betul di belakang Kate.
Shoot! Kate terjerit. Beg tangannya terus jatuh ke bawah.
Zack memandang Kate sambil tersengih.
You...idiot! Marah Kate sambil mengutip kembali beg tangannya.
Seperti tadi, Zack masih tersengih tanpa rasa bersalah. Kata-kata Kate tidak dibalas. Sejak berkawan rapat dengan Kate, dia sudah terbiasa dengan Kate yang suka cakap lepas seperti itu.
Tolong pegang. Kate menghulurkan botol air mineral kepada Zack.
You cari apa Soal Zack.
My kunci kereta. Jawab Kate tanpa memandang Zack. Mukanya berkerut-kerut.
Gosh! Where did I put it Sambil membebel, Kate mengorek beg tangannya lagi.
Zack hanya membatu di tepi.
Found it! Kate sedikit menjerit, lega.
Zack menggeleng. Botol air mineral dihulurkan kembali kepada Kate.
Thanks. Ucap Kate, tidak lagi menyinga. What Soal Kate apabila Zack melihatnya dengan muka tanda tanya.
You okey ke tak Soal Zack.
Im fine. Why Kate bertanya kembali.
You nampak macam orang sakit.
Am I
Zack mengangguk.
Kate angkat bahu, membiarkan saja soalan Zack hilang dibawa angin lalu.
Ada rokok Kate mengubah topik.
Amboi. Kau nak pow rokok aku pulak Kening Zack terangkat namun dia tetap mengangguk.
Kate senyum.
Lets go Kata Kate, mengajak Zack untuk merokok bersama-sama di tempat biasa. Nak merokok di lobi, pasti akan dimarahi pengawal keselamatan. Mereka kemudian berjalan beriringan.
I tak nampak you pun dua tiga hari ni. Mana you pergi Sambil berjalan Zack berkata.
Kate diam, wajahnya mendung.
HeyIm talking to you.
You miss me, isnt it Kate membalas dengan soalan.
Yes Kate. Miss you soooooo much. Zack menjolok anak tekak lalu pura-pura hendak muntah.
"Idiot." Ujar Kate lalu ketawa. Wajahnya kembali ceria.
Sekali lagi, Zack memandang dengan kening berkerut. Mood Kate senantiasa berubah-ubah. Seperti ada butang di badan Kate yang boleh mengawal mood sesuka hati. Tekan butang satu mood sedih. Tekan butang dua mood ceria. Tekan tiga mood maki hamun.
I cuti. Ada hal sikit Jawab Kate.
Zack mengangguk.
Hai Kate.
Terdengar satu suara menegur. Langkah Zack dan Kate terhenti. Muncul Zareen entah dari mana.
"Hey...Reen." Kate menyapa kembali beserta senyuman.
Zack Zareen menyapa Zack pula.
Zack senyum sumbing sambil mengurut tengkuknya. Dalam hati, dia menuduh Zareen bela hantu raya kerana sudah beberapa kali Zareen muncul secara tiba-tiba.
Kate dan Zareen berbual-bual ringan sebentar.
Sesekali bila mata Zareen mereling kepada Zack membuatkan Zack jadi tak tentu arah. Pandangan Zareen semacam sahaja. Seperti ada riak cemburu. Atau dia saja yang terlebih perasanyang Zareen itu cemburu
Okeylah Kate. See you next time. Zareen meminta diri. Dia melihat pula ke arah Zack.
Zack
Cik Reen
Zareen tersenyum tawar kepada Zack sebelum berlalu pergi.
Iskmarah ke Teka-teki muncul dalam kepala Zack.Dia hanya memandang Zareen yang kini sedang menuju ke arah sebuah kereta Alza berwarna merah, yang sudah sedia menunggu di luar lobi. Lehernya dipanjangkan, cuba untuk melihat pemandunya tetapi tak berjaya. Terlalu jauh. Kereta Alza merah kemudiannya meninggalkan kawasan itu.
Kate memerhatikan tindak-tanduk Zack dengan senyum sinis. Hey! Lengan Zack ditampar sekuat hati.
Sakitlah! Suara Zack meninggi sambil menggosok lengannya yang ditampar Kate tadi.
Kate ketawa.
You tengok Zareen macam nak makan saja." Kate memberikan komen.
Zack diam dan melihat jam tangannya. Komen Kate tidak dibalas.
Lalalasomebody is falling in love Kate menyanyi-nyanyi dengan lirik dan nada yang dicipta sendiri.
Shut up, idiot...
Kate tergelak lagi.